Khamis, 3 September 2009

BUZZ!

Banyak persoalan bila saya buka hati saya tau wak. Ye lah. Saya macam dah penat dah rasa putus harapan lagi. Biar harapan tu jalan terussss je, wak.


Wak,kali ni saya malas nak bikin ayat bunga-bunga lagi. Lantak lah kalau awak nak cakap saya jantan tak tau malu. Tak pandai ayat. Masalahnya, saya letih nak buang masa karang ayat power-power. Kadang tu, ayat tinggal ayat je la. Habuk pun tak ada wak.


Awak, awak nak tau tak? Saya dah lama tak main sms dan 'buzz-buzz' awek Johor kat ym. Kiranya awak ni macam rare lah. Tapi saya tak sanggup la nak samakan awak dengan seluar jeans Edwin bundle yang baru saya angkat hari tu. Itu pun rare jugak bila lepas basuh dia terus rabak. Bagi saya awak tiada bundlenya lagi dalam kehidupan saya. Itu pun kalau awak terima saya sebahagian dari hidup awak la. Kalau tak, saya dengan hidup saya, awak dengan awak punya pasal lah!


Kalau jadi lah, awak kan. Saya pinang awak terus la. Tapi masalahnya wang simpanan saya dah menyusut. Nak beli sireh dan pinang pun tak cukup wak. Tapi tak apa lah, sebab saya guna. Elaun pulak tak masuk-masuk. Bodoh ke apa entah orang-orang atas ni? Apa kebangang lambat sangat masuk duit? Ni ada yang dah dapat duit ada yang belum. Ni macam mana ni? Diorang ni sengal lah, wak. Dorang belum kenal erti lempang ni wak. Kalau kena lempang pun rangup jugak dorang nih. Isy panas tau wak. Tapi kan wak, kalau kita share duit dulu untuk pinang awak tanpa pengetahuan mak ayah awak pun cara jugak ek? keh keh keh keh.


wak.

wak..

BUZZ!

BUZZZ!

BUzzz!

wak..

BUZZ!

BUZZ!

14 ulasan:

Paan Ovrtd berkata...

Sedih siak...KLMJ.

Dewajiwa berkata...

keh keh keh.
bleh tahan gak kalau YM slalu macam nie. part last tu yang thrill.

faqhrule berkata...

patut letak sekali ayat yg awek tu reply!

dzul berkata...

hahaha..
kalau x ada keh keh keh jadi dah rasanya..serius sikit lain kali

Darkkadabra berkata...

Haha. Kesian, tak terlayan. :)

Brader Black berkata...

Kau memang jujur la.

Ni yg rasa nak sponsor kau punye majlis ni.

Tapi tunggu bisnes air ketum aku menjadi la.

Danielle_Corleone berkata...

hoi. Sg Wang cari baju lu nak pegi dating. ha ha ha.

kecik berkata...

bang juna,
patut letak audible yang ada kaitan pasal love2 tu

cimon berkata...

gilerr ahh...

skrg da jd mat bunga pulak!

heheh(^v^)

Mak Su berkata...

hai .... i am back :)

tak leh tinggalkan blog lelama, rindooouuuu ;p

alah, share share ler duit tu semua, pinjam kat koperasi, oops!

Sleepy Peach berkata...

hahahahaha...ni cite btol ker nih...hmmm...hihihihihi

dEs berkata...

haha..majlis nanti buat kt dewan sri tanjung ya...
I sponsor bunga kertas...

Rajuna berkata...

paan-gila. pengaruh din akar!

dewajiwa-oleh itu jom mirc. asl?

faqhrule-mana boleh. dah tak seprais.

dzul-i ni manja.

dark-diam!

parjo-ko punya perusahaan heroin dah tak jalan ke? tak ada downline ke?ha ha ha

daniyal-jadah!

kecik-cis. tak abang2 langsung!

cimon-i memang mat bunga. i suka naruto.

maksu-bijaaaaaaaaaaaaak. pinjam bank nanti, bini aku jadi milik bank! ha ha ha

sleepy-nak caya caya tak caya gua caya sama lu he he he

des-seponser lah telor rebos.

hegira berkata...

:). so sweetttt..