Isnin, 30 Mac 2009

I Garang

Bayangkan. Engkau berusaha separut maut untuk mengejar sesuatu yang engkau impikan, akhirnya kecundang. Kalau saat-saat begini memang laju je lidah aku mencarut. Ya, iman aku memang tipis. Tak macam engkau yang sedang berkata dalam hati, “teruknya Juna ni, panas baran.” Ya, engkau memang baik dan selalu sahaja rezeki menyebelahi engkau. Nasib la. Rezeki masing-masing.

Paling aku geram bila saat-saat begini ada pula mulut yang berkata, “usaha You kurang kuat ni.” Bila terdengar ungkapan-ungkapan sebegini, tak semena-mena nafsu buas amarah aku membuak-buak. Memang aku tak dapat tahan lagi. Kalau lelaki aku dapat tahan lagi. Tapi bila perempuan yang bagi ungkapan ni, aku tak boleh tahan. Kena pula yang lawa. Seksi. Mata bundar. Kulit cerah. Rambut karat. Baju nampak pusat. Seluar nampak lurah punggung. Lagi aku marah. Lagi aku baran. Telinga jadi merah. Bibir jadi biru. Lagi aku menyirap limau aku dibuatnya. Ngr..ngr..ngrr..bunyi dia.

Jadi, kau tau apa akan aku buat bila aku marah dengan perempuan-perempuan lawa? Saat-saat begini perkataan hak asasi manusia, seksis atau feminism memang tak ada langsung dalam pertimbangan aku. Aku buang jauh-jauh dalam mangkuk tandas coklat kehitaman. Jadi, sekali lagi aku tanya engkau semua; apa aku buat kepada mereka bila aku marah?

Capai sekuntum bunga(tak kira plastik atau asli)lalu aku hulurkan kepadanya sambil melutut, “nah amek lah. I love You.”

Lega. Begini lah bila I marah, You. I memang garang dan tak romantik. I macho. Titik.

Sabtu, 21 Mac 2009

Semangat 46

Saya baca akhbar. Kalau saya resah gelisah saya akan cepat-cepat ambil akhbar. Tak kiralah akhbar bila. Tapi saya memang gembira bila baca akhbar atau lebih senang dipanggil suratkhabar. Malah lebih gembira dari membaca koleksi-koleksi surat cinta saya yang lepas-asyik tulis ‘pecah kaca pecah gelas’ je bila sampai bahagian penamat. Perkataan lain tak tau nak tulis ke? Bodoh rupanya bekas-bekas makwe saya ni. Patutlah tak pernah kekal. Terpengaruh dengan budaya pop. Tak avant-garde langsung. Bongok macam dhab. Dhab pun berbaloi walaupun rupa dia buruk. Boleh buat ubat tenaga batin. Engkau-engkau ni boleh buat apa? Masak pun tak tau. Mengemas malas. Bilik macam tongkang karam. Solat pulak selalu tinggal. Tutup aurat apatah lagi. Tak guna punya perempuan. Macam hampas kelapa. Nak aku kukur kepala kau? Cakap dengan bapak kau bila cas wang hantaran tu berpada-padalah sikit. Anak-anak sampah macam kau 2-3 ribu pun dah alright(ni aku nak cerita pasal suratkhabar ke pasal awek ni?). Ini sampai belas-belas ribu gila apa bapak kau ni? Nak aku rodok perut bapak kau guna penyapu?

Bila banyak baca akhbar kita akan dapat banyak pengetahuan. Saya percaya proses pendidikan adalah berterusan dan tidak berhenti setakat di universiti sahaja. Sebab itu saya akan terus membaca suratkhabar. Suratkhabar banyak pengetahuan. Malang sekali saya jarang beli suratkhabar nasional dengan duit kocek saya sendiri. Saya selalu pangkah kat perpustakaan sekolah atau bapak saya punya. Kalau sudah terpaksa atau tak ada duit untuk bahan bacaan berkualiti barulah saya beli suratkhabar melayu nasional arus perdana. Apa gila seronok akhbar arus perdana kita ni ialah kita dapat banyak ayat bodek-membodek. Memang elok diaplikasi bila kita di medan kerja kelak. Kita boleh belajar cara bodek mengikut susun atur ayat yang betul untuk bos kita.

Saya sebenarnya baru tahu kandungan akhbar tempatan arus perdana kita sangat berkualiti dan segala laporannya adalah sahih lagi menyahihkan. Saya sangat menyesal menyondol-nyondol pongkes apabila saya berpendapat sebaliknya ketika mengajukan hujah dalam sesi temuduga KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) tempoh hari. Ini semata-mata dilakukan kerana saya nak tunjuk keintelektualan saya yang tak seberapa ni. Akhirnya saya tak dapat kerja tetap. Apajadahnya tahap intelektual tinggi tapi takda kabel kuat orang dalam? Siapa nak pandang? Siapa nak jawab soalan saya ni? Danielle boleh jawab ke? Atau Danielle pun sama nak kena lempang prata macam penemuduga tu. Dia soal saya lebih kurang macam ni:

“Kamu kata kamu minat membaca. Bagaimana pula dengan akhbar?”

Saya jawab:

“Sumber-sumber yang dipercayai dan sahih hanya akan diperolehi melalui kajian dan pemerhatian yang terperinci. Tanpa fakta yang tepat di dalam kajian dalam bentuk perangkaan dan laporan terperinci, adalah sukar untuk dicerna bagi saya. Fakta di dalam akhbar itu sendiri adakalanya meragukan.”- Oh, teruknya saya. Saya rasa saya macam sampah sarap yang tak boleh kitar semula apabila saya jawab macam gini. Saya nampak macam budak jahat yang malas hafal sifir dan suka makan aiskrim perisa coklat berbanding bihun dawai goreng yang makcik kantin masak. Tapi Danielle lain. Dia tak boleh makan mi goreng. Nanti dia gatal asyik mintak nombor telefon awek kat hentian bas depan Mid Valley.

Beberapa hari lalu, saya terbaca akhbar bahawa ada 46 ribu kerja ditawarkan dalam sektor awam. Hati ini meruntun hiba dengan tangis kesyukuran walaupun saya terkejut macam lotong yang tak dapat mengawan masa itu. Dalam tak sedar, air mata sebening embun pagi sesuci lebaran merembesi pipi saya yang diadun dengan foundation secukupnya. Celak di kelopak mata saya ni pun cair. Akhirnya, muka saya dah macam budak Black Metal. Seram dan sangat keliwon. Nampak garang macam Dr. Puad Zarkashi.

“Ya allah. Syukur kehadrat Mu. Dalam keadaan begini masih ada lagi jawatan kosong,” seru saya dalam hati yang berbunga-bunga umpama ada taman dalam hati saya yang serba hitam dan gelap ini. kalau terang sikit-sikit pun sebab doa mak bapak saya.

Bila ekonomi kita stabil dan banyak pelabur melabur(seperti yang dicanang-canangkan dulu), berasak-asak para graduan nak cari kerja. Semua tolak ke tepi. Gara-gara ingin menjadi seorang berkarier. Soal jodoh, kahwin, MLM sudah tak hip lagi bagi mereka. apa yang penting karier. Carrier fair sana. Carrier fair sini. Gila baboon (yang buntut merah) saya dibuatnya hingga tak menang kaki atlit ni nak pergi carrier fair yang mana satu. Kalau macam gini gayanya, tauke Fair And Lovely pun boleh bankrap habis duit untuk pergi carrier fair, tapi habuk pun tak ada. Bila dah bankrap, siapa nak jawab? Danielle? Mangkuk arkopal tu tak boleh harap. Dia ada bisnes sampingan lain. Dia kata nak jual tali pinggang bergegar anti-buncit pulak lepas bisnes tudung bawal dia tak jalan.

Sekarang, apabila ekonomi dunia huru hara macam gig anarko/crusty/D-beat punk-bertambah banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak pulak lah kerja kosongnyerrrrrr, Senah oiiiii!! Oh, sesungguhnya kemelesetan ekonomi ini telah memberikan hikmah tidak terhingga pada umat marhaen seperti saya, kamu dan mereka. Danielle lain cerita. Dia dah pergi temuduga terakhir PTD(dia kata dia tengah berfikir-fikir untuk buat sajak patriotik ala jihad ekonomi di era glokal). Yang ada kabel, boleh tolong jauh sikit tak? You macam kopra kelapa tau. Bacin.

Tak dapat saya bayangkan betapa siboooooooooooknya bila saya asyik menjawab panggilan dan menghadirkan diri ke temuduga nanti (nama saya dah masuk tahun kedua dalam senarai lulus ujian bertulis kakitangan awam ni, takjub nak datang temuduga lah pulak sebab belum pernah dipanggil temuduga). Saya tengah berkira-kira ni. Berapa masa yang perlu dihabiskan untuk ke temuduga. Berapa banyak pula duit habis buat tambang. Berapa banyak pula duit habis fotostat resume dan sijil-sijil untuk dibawa ke temuduga kelak. Berapa lama pulak kita semua kena tunggu jawapan hasil dari penat lelah datang temuduga dan akhir sekali berapa biji bakul dan baldi perlu saya sediakan untuk mengisi maki hamun caci maki sumpah seranah taat setia bila temuduga yang saya hadiri langsung tak ada jawapan.

Bagi saya, itu semua sangat indah, manis, asyik dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya. Malah, lebih diabetik berbanding memori-memori kisah cinta saya yang ditolak mentah-mentah beberapa kali dulu kerana pakai skuter, tak pandai main gitar, tak hisap rokok, tak minum arak, tak cekap berzina, tak hensem, bukan kalangan anak orang politik dan tak ada kerja tetap. Malu saya dibuatnya. Sekarang, saya pulak tolak besar cinta mereka huhu..(intonasi iklan pelekat gigi palsu Mirnawan dengan gaya tangan sekali). Apa punca saya menolak cinta mereka tidaklah pula diketahui kerana suka hati saya lah.

Apapun, saya berharap agar saya akan dapat menjalankan apa yang dikatakan tanggungjawab pada masa akan datang iaitu mengundi agar saya dapat jadi seorang ayah yang baik(itupun kalau ada yang sudi nak mempersuamikan saya). Saya naik hairan dan berbulu perut lebat, apakah mengundi itu tanggungjawab dan kewajipan? Ketika musim mengundi lalu, semua orang kampung sibuk menunaikan kewajipan mereka tetapi tidak bagi saya. Lantas orang kampung tak suka saya. Malah, saya dikatakan pengamal ilmu hitam kerana selalu pakai baju band hantu dan bawak budak-budak luar masuk kampung(mungkin mereka fikir saya seorang pawang dan budak-budak ni datang untuk berubat dengan saya-panggil saya Tok Juna lepas ni. Nak jumpa Tok Dalik cari dia kat Kampung Niyang Rapik).

Apa yang menjadi persoalan, antara solat Jumaat dan mengundi mana satu yang sebenarnya wajib? Dosa mana yang lebih besar? Rasuah atau sedekah? Janji tak ditepati atau maki? Minum arak mahal di hotel sambil ditemani perempuan bukan muhrim atau tak mengundi?

Sehingga hari ini saya masih membiarkan persoalan ini menjadi suatu misteri yang tak terungkap. Bagi saya misteri itu adalah sesuatu yang romantis untuk diungkapkan. Apabila ia romantis pastinya ia sesuatu yang indah. Bila indah ia pastinya mengundang kebahagiaan. Ingatlah, bahagia tidak berbau. Hati busuk pun tak berbau. Apa lagi yang tak berbau? Cuba teka?

Dendam gua lagi lah yang tak berbau tu. Kalau berbau susahlah gua nak tikam lawan gua dengan screw-driver!!!


(Gua rasa inilah entri-paling hardcore politik emosional setakat ni)

Band pilihan minggu ini:

The Psalms- The Long Haul

Jumaat, 13 Mac 2009

Ok, Ok. Impian saya.

Berikut adalah impian saya. Bila bercakap tentang impian, kebanyakan impian saya jarang menjadi kenyataan. Ada lah seketul dua impian saya yang terlaksana. Yang lainnya, macam biasa lah, impian tinggal impian ataupun impian yang belum tercapai. Tapi, jangan pula kamu fikir saya tidak berusaha untuk mencapai impian saya. Sebaliknya ada sahaja faktor konstren yang menjadi penghalang. Apa pun, point-point yang saya bakal bentangkan ini bukan untuk dijadikan modal bagi usahawan-usahawan Multilevel Marketing untuk mendekati diri saya kerana saya lebih kenal diri saya berbanding diri para usahawan ‘angin’ sekalian. Anda semua boleh jalan, tapi jalan lah elok-elok jangan sampai terpijak orang nanti lu sendiri yang kena pijak di dahi lu. Okeylah, tanpa membuang masa, berikut adalah impian saya :



Ingin ada kugiran sendiri-Selalu sangat tengok orang ada band, saya teringin nak ada band sendiri. Bukan tak pernah mengusahakannya, tetapi tak pernah menjadi. Selain daripada tahap piawaian permainan yang belum melepasi tahap pencapaian peribadi yang diinginkan, kekurangan masa dan modal menyebabkan usaha ini selalu terbengkalai. Harapan saya bila ada kugiran kelak, dapatlah saya mengekspresikan kreativiti dan emosi saya di dalam muzik hingga ke peringkat antarabangsa. Saya tak perlukan glamour, percayalah. Terus terang saya katakan, bermain muzik ni bagi saya cukup sekadar hobi. Nak sampai buat cari makan tu, payah lah sikit. Antara pencapaian saya yang paling kuat hanyalah bermain band dan menyertai pertandingan yang diadakan di dalam kampus. Ye, memang loser. Nak buat macam mana. Kelengkapan semua kampus sediakan. Bukan barang sendiri. Jamming pun percuma. Cuma yang tak seronoknya bila terpaksa main lagu yang tak ‘in’ dengan diri saya. Ini menyebabkan balik-balik tang tu jugak lah stail saya main. Tak evolve. Giler bosan. Disamping itu saya terpaksa mengisi beberapa posisi yang saya tak gemar. Hakikatnya saya benci instrument ini- Bongo dan conga. Saya akan cepat mengah bila main alat ini(saya akan jadi hiperaktif bila main muzik) dan orang akan gelakkan saya. Tak guna. Oh, ya. Saya amat terdesak untuk memiliki twin-pedal berjenama Yamaha seperti yang saya selalu main di studio Uncle Jimmy. Nak rembat tak sempat. Ketuk kuat sikit pun dah kena jeling. Siak.


Ingin nak ada kedai/perniagaan sendiri- Antara perniagaan yang saya inginkan adalah seperti berikut; perniagaan pakaian/butik/fesyen/bundle, kedai makanan atau kafe tradisional masyarakat jawa/bugis/banjar (Johorean), kedai muzik/ala-ala youth culture(Dalam kedai ada studio muzik, jual kaset ,cd, vcd, dvd, baju, majalah, zine, hasil seni dan lain-lain). Ingat nak buat cyber café, tapi tak boleh dah. Leng dah memonopoli pasaran pekan Rengit, ha ha ha. Bila bercakap soal bisnes, benda ini tak boleh main-main apatah lagi yang membabitkan permainan wang yang banyak. Disamping masalah modal, masalah target pelanggan juga memainkan peranan penting. Ini bermakna lokasi yang strategik untuk setiap jenis perniagaan sebenarnya turut berbeza-beza. Tapi benda bisnes-bisnes ni, boleh sembang nanti-nanti lah. Tunggu duit rezab (duit simpanan) lapang-lapang atau tak tau nak buat apa sangat, boleh lah buat bisnes. Nak berhutang macam tak berani pulak.



Melancong sekurang-kurangnya enam bulan sekali- Peh ini kalau dah ada kerja tetap, gaji pun sedap memang tak ada masalah kot. Saya memang suka jalan-jalan walaupun tak beli apa-apa. Saya suka tengok-tengok je sebenarnya. Sekarang ni memang susah lah. Kerja tak tetap lagi. Bila ada duit dalam tangan sekarang ni pun kena jaga-jaga dan beringat. Tak boleh nak layan sangat kehendak yang bukan-bukan ni. Kena jugak menyimpan untuk kecemasan. Sebenarnya saya dan famili jarang melancong-melancong ni. Jangankan luar negara, dalam negara pun jarang sangat-sangat. Jadi, kononnya bila dah ada gaji yang konsisten ingat nak pusing satu Malaysia. Pusing berkali-kali pun tak apa. Nak melancong luar negara? Hmm…boleh dipertimbangkan kalau duit rezab saya dah terlebih-lebih. Kalau ada teman wanita di sisi lagi bertambah seronok lah kan. Masalahnya tak ada lagi perempuan sudi jadi kawan rapat saya apatah lagi yang nak jadi isteri saya. Mungkin saya jahat dan tak banyak duit. Saya mula rasa ‘vibe’ melancong ni sejak buat kajian di Langkawi selama sepuluh hari guna duit sendiri. Nasib baik ada simpanan masa tu. Ok lah, seronok jugak layan kawan-kawan dari Sabah yang kaki mabuk lepak tepi pantai sambil dengar lagu reggae ni. Betul-betul macam kat Costa Rica lah time tu. Siang buat kerja, malam kita bergembira. Hmm.. indahnya masa tu. Ada siapa-siapa sudi nak plan bercuti dengan saya? Kalau tak sudi, tak apalah, saya melancong sorang-sorang (merajuk sambil kaki kuis-kuis tanah).


Ingin mempunyai kenderaan berkeupayaan dan selesa-Ya, saya juga manusia yang ingin mempunyai kenderaan untuk kegunaan harian dan rekreasi. Bagi saya, kriteria kenderaan kegunaan harian saya perlulah mempunyai kadar sedutan petrol yang rendah, mudah dikendalikan dan selesa. Untuk itu, model kereta kompak amat bersesuaian dengan citarasa harian saya. Kalau ingin nampak stailo, ubahsuai la sikit biar nampak samseng. Tapi untuk hujung-hujung yang penuh ‘cari pasal’, saya rasa saya perlukan mpv untuk mengangkut gajet-gajet atau hasil membeli-belah saya. Saya tak perlukan kenderaan yang terlalu bombastic atau yang laju-laju sangat hingga perabih minyak sebab saya tak minat sangat menunjuk skill perlumbaan di jalan raya. Boleh je kalau nak betting. Tengok berapa lu ada, berapa kilometer lu berani, set tempat, kita berembat, amacam? Tapi, cukuplah sekadar selesa, boleh angkut barang dan laju yang sedang-sedang aje lah. Laju-laju sangat pun nak buat apa. Banyak lagu boleh dengar kalau bawak kereta perlahan-lahan ni. Lagipun kalau bawak slow-slow boleh tengok awek terbongkok-bongkok menyapu laman rumah bila petang-petang. Sejuk hati ni ha bila memandang. Kalau bawak laju, asyik tengok line jalan je lah. Bosan ah.


Rumah atau bilik dengan dekorasi tersendiri-Sekarang duduk dengan orang tua. Tak boleh buat dekorasi ekstrim. Nanti kena bebel. Bila kat KL, duduk rumah sewa. Pak Haji baru cat rumah. Tak sampai hati aku nak buat apa-apa. Paling kuat pun tampal poster. Tapi, tak pe. Baru- baru ni Mak cakap, “Kau ambil la mana-mana bilik kat rumah ni, buat la macam mana kau nak.” Tapi aku buat permintaan, “Buat tempat jamming boleh?” Dan mak cakap, “Suka hati kau lah.” Yay. Tapi macam biasalah, tak ada modal lagi. Kalau dah ada modal ingat nak tukar cat dalam bilik ni. Nampak monotonous. Saya nak bikin kasi macam kaler-kaler gitu. Katil dengan gerobok saya kasi campak keluar. Saya mahu beli katil yang ringkas, meja komputer yang ringkas dan almari buku yang ringkas. Saya juga akan memastikan ada ruang untuk set dram saya. Hah, siapa rasa nak jam tu, boleh lah tinggalkan amplifier anda di sini.



Set dram sendiri-Selalunya bila kat kampung ni saya akan cari mana-mana studio untuk saya hentak dramnya. Tapi saya seganlah nak pergi rumah Wak Sarno ni walaupun murah. Biasanya, petang-petang yang boring saya akan naik motor relaks-relaks pergi bandar main dram sorang-sorang. Gila bosan. Jadi, bila ada set dram sendiri senang la saya memekak ketang ketang ketung ketung dish dish dish dalam bilik saya nanti. Mak saya mesti tak bising kalau main di waktu yang tepat kerana mak saya cukup risau kalau saya merayau tak tentu hala di kawasan kampung ni. Kalau kat area KL tak risau sangat pasal mak tau mana saya selalu port.


Oklah members. Saya dah menceceh panjang dah ni. Saja layan otak yang kosong. Impian nak kahwin tak boleh nak tulis kat sini. Kot rasa macam nak kahwin kang saya petik je la siapa-siapa yang sudi. Saya tak hebat, nak memilih sangat pun belum tentu pilihan saya tu suka kat saya yang kampungan ni. Kalau ada yang cakap apa yang saya tulis ni poyo saya peduli apa. Saya Cuma rasa nak cari kereta kontrol lah kat pasar malam. Ok lah, bai.

Broom broom…broom…