Jumaat, 13 Mac 2009

Ok, Ok. Impian saya.

Berikut adalah impian saya. Bila bercakap tentang impian, kebanyakan impian saya jarang menjadi kenyataan. Ada lah seketul dua impian saya yang terlaksana. Yang lainnya, macam biasa lah, impian tinggal impian ataupun impian yang belum tercapai. Tapi, jangan pula kamu fikir saya tidak berusaha untuk mencapai impian saya. Sebaliknya ada sahaja faktor konstren yang menjadi penghalang. Apa pun, point-point yang saya bakal bentangkan ini bukan untuk dijadikan modal bagi usahawan-usahawan Multilevel Marketing untuk mendekati diri saya kerana saya lebih kenal diri saya berbanding diri para usahawan ‘angin’ sekalian. Anda semua boleh jalan, tapi jalan lah elok-elok jangan sampai terpijak orang nanti lu sendiri yang kena pijak di dahi lu. Okeylah, tanpa membuang masa, berikut adalah impian saya :



Ingin ada kugiran sendiri-Selalu sangat tengok orang ada band, saya teringin nak ada band sendiri. Bukan tak pernah mengusahakannya, tetapi tak pernah menjadi. Selain daripada tahap piawaian permainan yang belum melepasi tahap pencapaian peribadi yang diinginkan, kekurangan masa dan modal menyebabkan usaha ini selalu terbengkalai. Harapan saya bila ada kugiran kelak, dapatlah saya mengekspresikan kreativiti dan emosi saya di dalam muzik hingga ke peringkat antarabangsa. Saya tak perlukan glamour, percayalah. Terus terang saya katakan, bermain muzik ni bagi saya cukup sekadar hobi. Nak sampai buat cari makan tu, payah lah sikit. Antara pencapaian saya yang paling kuat hanyalah bermain band dan menyertai pertandingan yang diadakan di dalam kampus. Ye, memang loser. Nak buat macam mana. Kelengkapan semua kampus sediakan. Bukan barang sendiri. Jamming pun percuma. Cuma yang tak seronoknya bila terpaksa main lagu yang tak ‘in’ dengan diri saya. Ini menyebabkan balik-balik tang tu jugak lah stail saya main. Tak evolve. Giler bosan. Disamping itu saya terpaksa mengisi beberapa posisi yang saya tak gemar. Hakikatnya saya benci instrument ini- Bongo dan conga. Saya akan cepat mengah bila main alat ini(saya akan jadi hiperaktif bila main muzik) dan orang akan gelakkan saya. Tak guna. Oh, ya. Saya amat terdesak untuk memiliki twin-pedal berjenama Yamaha seperti yang saya selalu main di studio Uncle Jimmy. Nak rembat tak sempat. Ketuk kuat sikit pun dah kena jeling. Siak.


Ingin nak ada kedai/perniagaan sendiri- Antara perniagaan yang saya inginkan adalah seperti berikut; perniagaan pakaian/butik/fesyen/bundle, kedai makanan atau kafe tradisional masyarakat jawa/bugis/banjar (Johorean), kedai muzik/ala-ala youth culture(Dalam kedai ada studio muzik, jual kaset ,cd, vcd, dvd, baju, majalah, zine, hasil seni dan lain-lain). Ingat nak buat cyber café, tapi tak boleh dah. Leng dah memonopoli pasaran pekan Rengit, ha ha ha. Bila bercakap soal bisnes, benda ini tak boleh main-main apatah lagi yang membabitkan permainan wang yang banyak. Disamping masalah modal, masalah target pelanggan juga memainkan peranan penting. Ini bermakna lokasi yang strategik untuk setiap jenis perniagaan sebenarnya turut berbeza-beza. Tapi benda bisnes-bisnes ni, boleh sembang nanti-nanti lah. Tunggu duit rezab (duit simpanan) lapang-lapang atau tak tau nak buat apa sangat, boleh lah buat bisnes. Nak berhutang macam tak berani pulak.



Melancong sekurang-kurangnya enam bulan sekali- Peh ini kalau dah ada kerja tetap, gaji pun sedap memang tak ada masalah kot. Saya memang suka jalan-jalan walaupun tak beli apa-apa. Saya suka tengok-tengok je sebenarnya. Sekarang ni memang susah lah. Kerja tak tetap lagi. Bila ada duit dalam tangan sekarang ni pun kena jaga-jaga dan beringat. Tak boleh nak layan sangat kehendak yang bukan-bukan ni. Kena jugak menyimpan untuk kecemasan. Sebenarnya saya dan famili jarang melancong-melancong ni. Jangankan luar negara, dalam negara pun jarang sangat-sangat. Jadi, kononnya bila dah ada gaji yang konsisten ingat nak pusing satu Malaysia. Pusing berkali-kali pun tak apa. Nak melancong luar negara? Hmm…boleh dipertimbangkan kalau duit rezab saya dah terlebih-lebih. Kalau ada teman wanita di sisi lagi bertambah seronok lah kan. Masalahnya tak ada lagi perempuan sudi jadi kawan rapat saya apatah lagi yang nak jadi isteri saya. Mungkin saya jahat dan tak banyak duit. Saya mula rasa ‘vibe’ melancong ni sejak buat kajian di Langkawi selama sepuluh hari guna duit sendiri. Nasib baik ada simpanan masa tu. Ok lah, seronok jugak layan kawan-kawan dari Sabah yang kaki mabuk lepak tepi pantai sambil dengar lagu reggae ni. Betul-betul macam kat Costa Rica lah time tu. Siang buat kerja, malam kita bergembira. Hmm.. indahnya masa tu. Ada siapa-siapa sudi nak plan bercuti dengan saya? Kalau tak sudi, tak apalah, saya melancong sorang-sorang (merajuk sambil kaki kuis-kuis tanah).


Ingin mempunyai kenderaan berkeupayaan dan selesa-Ya, saya juga manusia yang ingin mempunyai kenderaan untuk kegunaan harian dan rekreasi. Bagi saya, kriteria kenderaan kegunaan harian saya perlulah mempunyai kadar sedutan petrol yang rendah, mudah dikendalikan dan selesa. Untuk itu, model kereta kompak amat bersesuaian dengan citarasa harian saya. Kalau ingin nampak stailo, ubahsuai la sikit biar nampak samseng. Tapi untuk hujung-hujung yang penuh ‘cari pasal’, saya rasa saya perlukan mpv untuk mengangkut gajet-gajet atau hasil membeli-belah saya. Saya tak perlukan kenderaan yang terlalu bombastic atau yang laju-laju sangat hingga perabih minyak sebab saya tak minat sangat menunjuk skill perlumbaan di jalan raya. Boleh je kalau nak betting. Tengok berapa lu ada, berapa kilometer lu berani, set tempat, kita berembat, amacam? Tapi, cukuplah sekadar selesa, boleh angkut barang dan laju yang sedang-sedang aje lah. Laju-laju sangat pun nak buat apa. Banyak lagu boleh dengar kalau bawak kereta perlahan-lahan ni. Lagipun kalau bawak slow-slow boleh tengok awek terbongkok-bongkok menyapu laman rumah bila petang-petang. Sejuk hati ni ha bila memandang. Kalau bawak laju, asyik tengok line jalan je lah. Bosan ah.


Rumah atau bilik dengan dekorasi tersendiri-Sekarang duduk dengan orang tua. Tak boleh buat dekorasi ekstrim. Nanti kena bebel. Bila kat KL, duduk rumah sewa. Pak Haji baru cat rumah. Tak sampai hati aku nak buat apa-apa. Paling kuat pun tampal poster. Tapi, tak pe. Baru- baru ni Mak cakap, “Kau ambil la mana-mana bilik kat rumah ni, buat la macam mana kau nak.” Tapi aku buat permintaan, “Buat tempat jamming boleh?” Dan mak cakap, “Suka hati kau lah.” Yay. Tapi macam biasalah, tak ada modal lagi. Kalau dah ada modal ingat nak tukar cat dalam bilik ni. Nampak monotonous. Saya nak bikin kasi macam kaler-kaler gitu. Katil dengan gerobok saya kasi campak keluar. Saya mahu beli katil yang ringkas, meja komputer yang ringkas dan almari buku yang ringkas. Saya juga akan memastikan ada ruang untuk set dram saya. Hah, siapa rasa nak jam tu, boleh lah tinggalkan amplifier anda di sini.



Set dram sendiri-Selalunya bila kat kampung ni saya akan cari mana-mana studio untuk saya hentak dramnya. Tapi saya seganlah nak pergi rumah Wak Sarno ni walaupun murah. Biasanya, petang-petang yang boring saya akan naik motor relaks-relaks pergi bandar main dram sorang-sorang. Gila bosan. Jadi, bila ada set dram sendiri senang la saya memekak ketang ketang ketung ketung dish dish dish dalam bilik saya nanti. Mak saya mesti tak bising kalau main di waktu yang tepat kerana mak saya cukup risau kalau saya merayau tak tentu hala di kawasan kampung ni. Kalau kat area KL tak risau sangat pasal mak tau mana saya selalu port.


Oklah members. Saya dah menceceh panjang dah ni. Saja layan otak yang kosong. Impian nak kahwin tak boleh nak tulis kat sini. Kot rasa macam nak kahwin kang saya petik je la siapa-siapa yang sudi. Saya tak hebat, nak memilih sangat pun belum tentu pilihan saya tu suka kat saya yang kampungan ni. Kalau ada yang cakap apa yang saya tulis ni poyo saya peduli apa. Saya Cuma rasa nak cari kereta kontrol lah kat pasar malam. Ok lah, bai.

Broom broom…broom…

21 ulasan:

Yana Ismail berkata...

yeah firstt!;)huhu

tgh imagine bang juna main bongo dan conga..hahaha ;P

Melancong 6 bln skali tu mmg perghhh dasattt ooo.kaya btolla org gitukan bg juna. tkpe yana doakan smua impian ni tercapai..aminnnn;)


hm, dah besar2 pn nak main kereta control ke?hish...;P

leng berkata...

aku dulu pun belajar main dram sorang2 kat jamming studio.mulanya rasa pelik arr pasal ko sorang je yg ketuk dram tapi lelame peduli la ape orang nak cakap.yg penting ko yg pandai bukannye orang yg tengok ko main.kalau rasa nak jamming sorang2 sound aku la..aku pun da lame tak meroyan.

hzrh berkata...

melancong tetiap 6 bulan tu mmg hebat!
sy pun suka..

*hint..hint*

tkpe lah..sy pegi sorg2 lah..
(kuis2 tanah jugak)

T__T

yoshz berkata...

saya? apa kerjaya dah lakukan pada kau?

H berkata...

1) owh, drummer rupe nye. sangat cool. =)

2) kedai muzik/ala-ala youth culture(Dalam kedai ada studio muzik, jual kaset ,cd, vcd, dvd, baju, majalah, zine, hasil seni dan lain-lain). <-- best nye! *mate bintang2*

3) oke, ni memang best. jom. jom. sedang planning nak ke kg. salang. best tau... banyak divers laki & pompan, ade bar tepi laut dan ade pompan foreigner topless. suke tak?? hahaha...

4) erk, porsche cayman nak? baru la yuppy! wowi. =)

5) masuk casa impian... mane tau dapat. hehe. jimat gile babi.

6) same cam nombo satu tadi... owh, drummer rupe nye. sangat cool. =)

adeh, penat nye menaep.
oke, bye!

apek terror berkata...

uit bulan 7 awal,trip hardcore goes to tioman,salang baru topless ciki nie penangan ABC lak,strip beb at coconut tree amacam berani....ok la bilik lu siap amp roland gua nie tinggal situ,effect je gua bawk balik...

H berkata...

apek kate trip hardcore goes to tioman, salang??
erk...
jom juna!
ngahahaha...

Danielle_Corleone berkata...

Lu? kereta? nampaknya tinggal gua je la yang naik pengangkutan awam.

King berkata...

suprise!!!!
1. ko blh mula anto demo kt rancangan Tom2 Bak

2.ko blh join mana2 MLM yg guna modal sikit. hmm..

3. tgk arr rancangan 'destinasi budget'... tv brape ntah...

4. ko blh mula dgn kancil turbo bodykit skyline.. huhu

5. daftar "casa Impia" musim terbaru utk bilik ko

6. set dram? nanti beta belikan.. sila buat kertas kerja!!

S.YanaZ berkata...

Set dram yg unik dgn rega yg bpatutan boley didapati di Toys R US bhampiran...


Jgn berlengah lagiiii........

Unknown berkata...

hahaha..aku pun mempunyai impian untuk punyai band sendiri, tapi bila buat mesti berpecah. entah, nasib badan.

kecik berkata...

nape takde cite sal impian nak kawen?
nape?nape?

*sambil lari laju2 angkat skirt*

Unknown berkata...

giler banyak impian...tapi impian aku dah berkubur...kejar lah impian ko Rajuna...(lari2 dlm ujan)..owh..Sari Yanti...

FAZ berkata...

lu tengah buat contoh karangan untuk student ke?!

Rembo berkata...

gua dah mula rasa macam gua ni idola lu je...he he he

iyan berkata...

lu nih da teruk...
cuba ubat cara tradisional...
gua da agak pil dan kapsul mmg tak jalan...

dzul berkata...

ya..perniagaan kena ada perancangan..kena pikir masak-masak..buat permulaan aku cadangkan kau meniaga masak-masak..

Airinar anastasia berkata...

mmbr aku ade sorg dulu..melancong pi obersi 6 bulan sekali..arini pi hongkong..nx 6 month..pi turkey..tp..dia CEO syrikat beb..kite ni apelah kan??tp takpe la..kita simpan hajat bersame la ye..haha

p/s: dh masuk 3 thn sy tggu kamu utk ajar sy main dram

tasekM berkata...

aku nk alphard je sebijik. he he.


.

Rahimin Idris berkata...

ok. kalau tak dapat jangan ngamok!

Rajuna berkata...

liyana-melancong bersama i kalau berani. i sediakan pakej bernikah sekali. auwwww~

lengcipan-jom buat band. aku main dram. engkau main dram. band apa ni siak?

hazirah-nak join jugak? ok saya sediakan pakej melancong sambil nikah.

cikenet-sg salang? betul ni. auw. mengggegar iman i macam tak sanggup.

apek-sudah la. lu dah nampak kl lu mana nampak pekan parit raja. lu biarkan gua dan rambo mengharungi hari2 sepi sendiri.

danielle-gua belum dengar ptd naik bas.

king-kalau gua nak set bini nak kena set kertas kerja gak ke?

s.yanaz-terima kasih dengan info anda. saya akan ketuk kepala anda dengan tukul plastik nyet nyet kat situ.

bukanblogsuci-nak memecahkan lemak di badan memang susah kalau malas. apa benda aku mengarut ni.

kecik-please. jangan angkat skirt. distracted!

tembakauhijau-sedekahkanlah alfatihah pada impian ko tu. lari dalam hujan bukan ada faedah pun.

xfazx-ya karangan methadon. boleh?

rambo-cit..podah!

iyan-lu tau mana rumah tok dalik?

dzulkarnain-aku tak rasa macam tu. aku rasa kena start dengan perniagaan pondok-pondok dulu.

syore-sapa kawan ko?single lagi tak?nk kawin dengan aku tak?

tasikmerah-gila banyak pakai minyak silinder. ceh!

rahimin-tak. aku berjanji akan berdondang sayang!