Selasa, 12 Januari 2010

Pengor

Tempoh hari ada pensyarah aku yang berbincang mengenai latar belakang pelajar. Melihat bagaimana ia boleh mempengaruhi perilaku dan nilai seseorang pelajar di dalam kelas. Ya, mungkin teori-teorinya mungkin boleh digunakan. Mungkin juga tidak relevan.


Ngilu juga aku hari tu. Bila dia mengeluarkan kenyataan, "ya orang-orang keturunan Jawa terkenal dengan sikap rajinnya. Tapi mereka adalah pendatang."


Pedih. Aku terbayang. Mesti ada yang anggap. Mak bapak aku datang ke Malaysia. Menaiki bot. Berasak-asak. Menyelinap di balik semak-semak. Berkerja sebagai buruh binaan dan pembantu rumah. Malam-malam dengar lagu dangdut koplo.-Haish....


Dalam kelas aku. Aku anggarkan. Cuma ada sekitar 3 orang yang berketurunan Jawa. Aku, Si Gemok dan Kak Nani. Aku yakin. Mereka pun berdenyut jugak dalam hati.


Sedikit terluka sebenarnya bila masih ada yang menganggap orang yang berketurunan Jawa ini masih lagi pendatang biarpun sudah punya kad pengenalan serba 'canggih' warna biru. Tapi perkara ni aku tak ambil kisah sangat sebenarnya. Cuma sekadar nak berkongsi. Tentang pandangan orang lain terhadap mereka yang berketurunan Jawa.


"Sebelum tu, ada juga seorang kawan dari Pantai Timur yang mengatakan kepada aku, "Sebenarnya saya seram jugak nak kawan dengan awak. Orang kata, orang Jawa ni banyak ilmu (hitam)."


Pulak.


Hmm. Tak kisah lah orang nak anggap aku apa sekali pun. Aku tak rileks je. Cuma kadang-kadang sedih jugak. Macam-macam rupanya orang anggap orang jawa ni. Macam lah orang jawa ni hina sangat. Ada pulak yang samakan keturunan Jawa kat Malaysia ni sama je macam yang kat Indonesia sana. Tapi, kalau ada ciri yang sama pun, aku kisah apa. Hina sangat ke orang Indonesia berbanding dengan orang Malaysia? Kenapa? Geli eh? Dah, tu. Bagus sangat ke orang Malaysia ni?


Yang kau terlalak dengan ring tone lagu-lagu Indonesia tak geli pulak? Berkaraoke bagai nak tercabut anak tekak nyanyi lagu Radja tak apa pulak? Tak jijik lah pulak? Cis. Takkan melayu hilang di dunia konon. Hang Tuah tu pun entah ke mana. Orang kata dia pergi pasar lepas tu tak balik-balik sampai hari ni.


Sudah la Hang Tuah. Nak tunggu kontrek ribu-ribu la tu.



19 ulasan:

Dewajiwa berkata...

leks Juna.
bumi Johor tidak pernah anggap begitu. Jawa dan Bugis orang yang menjaga bumi Johor.

sepatutnya hanya orang asli pribumi sahaja yang layak cakap apa-apa bangsa lain pendatang. Malaysia nie mana ada bangsa asal selain pribumi asal macam kaum Negrito, Melayu Proto atau Senoi. setakat orang Siam, Thai semua tu nak ngaku pribumi dan cap bangsa lain pendatang memang tak sedar diri lah kan.

dzul berkata...

juna, aku nak tanya lama dah soalan ni., jawa tu bukan dari rumpun melayu juga ke? sbb dulu aku ada sorg kawan yg slalu kata..'aku bukan org melayu, aku org jawa..' minta penjelasan ya.

Rahimin Idris berkata...

kulo wong prancis!

notso_violet : seindah bunga seri pagi berkata...

yang selalu dengar orang jawa nih sinonim dengan tempe. bang juna pun macam tu ya hehe?

kat kawasan saya ada 2 buah kampung, satu kg.jawa lg satu kg.arab. murid sekolah daripada kg.jawa mencatat keputusan yang lebih baik di sekolah berbanding murid daripada kg.arab. pengkaji buat kesimpulan tabiat memakan tempe boleh meningkatkn prestasi pelajaran haha.

Rembo berkata...

kau sepak muka dia guna converse. Cakap kat dia, jangan kuat sangat perasaan rasis melayu tu, nanti boleh bikin hilang enjin jet, lepas tu tak ngaku, lepas tu mengkambinghitamkan orang lain, lepas tu, cover up isu lain. Dan macam macam lagi.

Tanpa Nama berkata...

rilek ar...kawan i byk je jawa..tp cool je. just jgn paksa i mkn tempe je...hehe...:P

blackpurple @ jowopinter berkata...

Aku dhudu wong jowo...ngomong jowo pun ora iso.... hahaha!

faqhrule berkata...

awak juo urang minangkabau. darah anyang kakek awak dari sumatera.

den orang n9. darah moyang den dari tanah datar sumatera sana.apahal?

ada masalah ke dengan bangsa siak? sama semua.

aku ada kawan, tak tau la dia jawa ke bugis ke banjar. tapi dia selalu cakap ni bila dia marah

bungol..macam pengor jugak kan?

Rembo berkata...

bungol tu banjar brader.

lagi rare...bungolikam! marah tahap tinggi la gitu.

he he he

faqhrule berkata...

rembo:
hahaha tengs tambah vocabulary gua

cimon berkata...

bumi Allah jugak...asalkan dtg secara halal-sume orang ade hak utk dilayan sama adil...kan?

Brader Black berkata...

Cilakak! Diorang xde amek subjek Bahasa Melayu masa form 6 ke?

Buta sejarah seyh!

Yg terkilan,
Brad Pitt Sulawesi.

Rajuna berkata...

dewajiwa-aku rasa mereka yang berkata demikian mengalami masalah kekaburan.

dzul- begini, menurut rencana yang aku petik dari berita harian bertarikh 8 november 1989 oleh kamarudin musa, abdul rahim kajai mentakrifkan bahawa-bangsa melay adalah penduduk asal gugusan pulau melayu atau alam melayu seperti PULAU JAWA, bugis, madura, bawean, minangkabau dan juga banjar. orang asli seperti semang, jakun dan pangan termasuk dalam definisi melayu kerana mereka adalah penduduk asli di semenanjung. oleh yang demikian, bangsa melayu akan tetap dan kekal sebagai bangsa melayu walaupun dilahirkan di kutub utara, bertukar kerakyatan hatta bertukar agama sekali pun.


rahimin-opo meneh kue?

notso-ya, saya peminat tempe dan produk makanan kekacang. ha ha

rembo-dan, isu kenaikan gula ditutup dengan isu nama allah.


manny-ahah, tempe dengan daging lembu mana lagi cool?

bp-aku toh orah iso ngomong jowo piye ki toh? ha ha ha

faqhrule-sepatutnya isu2 bodoh ni tak timbul. ini semua gara2 melayu utusan malaysia.

cimon-kalau bukan ahli parti politik haluan kanan biasanya tak dapat layanan yang sama.


suparjo-hahahahah ko jangan perasan lah.

Mak Su berkata...

maksu ada keturunan jawa, tapi sepatah haram tak paham cakap jawa. tempe pun tak berapa nak makan, tapi maksu bangga gaks. jawa campur acheh :)

pendatang? kita semua datang dari perut ibu :)

Rajuna berkata...

woh~
saya pernah jatuh cinta dengan gadis acheh bawah umur..arkh!

kecik berkata...

haha. Melayu bukan suka bangga2 diri ke? saya asal n9, err minang, semua mcm pandang pelik and cakap saya ni pendatang.

abah lu la~ melayu tu pun bukan ori sgt

Rajuna berkata...

tak ada cop sirim pun, kan?

cikzazi berkata...

hahaha...semua melayu,cuma suku je lain2 kan..
aku bangga jadi campuran jawa+ kelate...lol!

Rajuna berkata...

cik zazi-guano gitu deh? kabare? ha ha