Jumaat, 3 September 2010

Boleh tunjukkan saya cara berhari raya dengan betul?

Raya?


Biasa je. Tak ghairah pun. Sekadar bersyukur dengan apa adanya. Tak melebih-lebih. Ketika saat aku menulis ni aku cuma ada sepasang baju melayu baru yang masih belum siap dijahit. Kalau difikirkan balik ada ramai lagi diluar sana yang kesempitan. Aku jadi tenang dan rileks-rileks saja. Kita suka-suka bagai nak rak, bagi yang tak ada dan tak punya apa, apa ceritss?


Tapi tak tau la kenapa aku malas nak beraya-beraya ni. Kadang-kadang kena paksa dengan kawan atau keluarga baru lah aku nak keluar beraya.


Tapi aku ingat tahun ini aku nak buat kelainan sikit lah.
Ingat nak main bunga api yang kaler-kaler meriah macam hari kebangsaan punya tu.


Agak-agak boleh datang mood beraya macam zaman kanak-kanak dulu tak?

5 ulasan:

Rembo berkata...

gua dah bertahun rasa macam tu, cuma, bagi budak budak ngn mak bapak seronok sudah.

Welcome to the club orang dewasa yang bujang.

Kalau dewasa dah kawen lain sikit kot rasa dia.

Brader Black berkata...

Susah beb nak dapat mood beraya macam zaman budak2 dulu.

cimon berkata...

yg best time raya cuma tinggal rasa masakan rendang yg maka masak d pagi raya...tu jek

huhu (T_T)

p/s: tak kene tangkap ke kalo main mercun?

p/s/s: bak sepapan - main kat KL

Rajuna berkata...

rem- dia ada vibe tapi lambat sikit. sikit2 dia naik. contohnya bila si dia antar munjung..alahai. tak pernah pun rasa sweet macam ni.


suparjo-tu la pasai tak tau napa.

cimon-kat kampung takde pulis. haha. gila nak main kat kl?! hahaha

cimon berkata...

malam semalam bunyi mercun kuat gilerr time aku lepak kat rumah member aku kat blok 2, vista lama tuh!

p/s: SeLaMaT HaRi RaYa, MaAf ZaHiR & BaTiN ek Faq...aku & si tempe balik kg malam raya...seriess boleyy nyanyi lagu raya tau!