Sabtu, 27 November 2010

Pemerhati Dari Jauh

Semakin hari scene hardcore punk dilihat semakin berkembang. Ramai diantara kita mengambil peluang untuk berpatisipasi di dalam arena ini.


Tidak lain tidak bukan tujuannya untuk mengekspresi diri. Meluahkan apa yang mereka rasakan tidak kena disekeliling mereka. Bagi seseorang yang bertanggungjawab dan komited dalam scene ini, rata-rata mereka bertindak akibat pengaruh persekitaran. Lahirnya idea-idea ini adalah kerana rentetan adanya refleksi diri dan kesedaran tentang apa yang berlaku disekeliling mereka.


Hidup di dalam sebuah negara yang sarat dengan undang-undang itu dan ini, menyebabkan ada diantara menjadi platform ini sebagai wadah berkongsi idea serta pendapat tersendiri dan dizahirkan dalam bentuk seni. Baik dalam bentuk muzik mahupun penulisan. Kerana di sinilah mereka mempunyai kebebasan untuk mengekspresi diri mereka.


Namun, sejajar dengan kematangan individu ada diantara mereka yang tidak mahu lagi dikongkong dengan idealisme tertentu sebaliknya bergerak ke luar dari lingkungan itu dan melahirkan hasil seni yang tinggi nilainya.


Hardcore, grindcore dan segala macam lagi genre muzik yang dilahirkan bagi penulis tidak lebih sekadar cara bagaimana sesuatu mesej itu disampaikan. Begitu juga halnya dengan penulisan zine yang pelbagai gaya bahasanya. Namun, lama kelamaan ramai diantara mereka perlahan-lahan memvariasikan lagi hasilan seni mereka dalam pelbagai bentuk. Yang bermuzik akan lebih bereksperimentasi dengan muziknya, manakala yang menulis pula dilihat semakin kreatif hasilnya di luar dari penulisan zine itu.


Aku melihat ramai diantara anak-anak hardcore punk yang telah lama bergiat dalam scene mula menampakkan hasil kreativiti mereka di sudut yang lain dari lingkungan hardcore punk itu sendiri. Jelas, kebebasan mengekspresi diri tanpa sebarang sekatan itu akhirnya akan melahirkan sesuatu yang hebat dan diluar jangkaan. Ini tidak bermaksud mereka yang masih terus kental dalam aktivitisme hardcore punk itu tidak kreatif tetapi aku melihat scene yang sering dipandang remeh ini adalah tapak permulaan yang besar dalam bidang kreatif tanpa membelakangi unsur resistansi yang ada di dalamnya.


Dah, tu je.
Malas aku nak tulis!

5 ulasan:

faqhrule berkata...

aku pulak sekarang, dah jaded dengan scene kononnya hardcore. bila ada tuhan dalam scene yang claim orang ni tak true, orang tu poser, kau ni trendy, kau pulak loser. WTF kan?

katanya hardcore tapi fasis!

cimon berkata...

perghh...

ayat da mcm abang2 skrg nie

hahaha (^v^)

p/s: wei, gilerr lame gua tggu entry lu...tido ke?

Buah Pulasan berkata...

hahaha.
Lama aku tunggu tulisan semacam ini dari Saudara Juna.Bagi aku tak ada lain,hc/punk masih wujud atas muka bumi dan pemain-pemainnya adalah manusia.
Macam aku,kau,Faqhrule,Irman Hilmi dan beberapa nama lain.
Jadinya,kita semua ada pelbagai idea.Ada pelbagai perangai.isme-isme yang kita tahu dari wiki,zines dan pelbagai bahan adalah idea dari manusia juga.
dan kita sebagai pemainnya,mahu tidak mahu,akan berdepan pelbagai manusia.depan kawan-kawan semua macam-macam,belakang kawan-kawan,pukul gf,kutuk kepercayaan orang lain,hina fizikal orang lain,dan semuanya atas sebab mahu katanya ekspresi diri dan punk pecah braderrr.
aku jadi tak faham la.hc/punk kepala bana apa begini?
tak mengapalah.saya juga sekadar menulis apa saya rasa.freedom of expressing apa saya rasa pasal scene tercinta.

kah kah kah kah

Rajuna berkata...

lahirnya idea dalam punk itu bukan dibina untuk membataskan diri sebalik ia dilahirkan untuk memecahkan tembok-tembok kebuntuan yang memperlekehkan unsur kemanusiaan dalam kehidupan seharian.

Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...

Hey there...long tyme...
so, u did check out the venue at The Wall...Those r our boys..

C ya' this nu year gig 1/1..check out the flyer in the blog. thnx!