Ahad, 23 Januari 2011

Kayoh

(Ni beskal aku. Tak ada beskal melainkan yang beskal-beskal saja. Tak ada brek dan ciri keselamatan lain)

Dah berminggu rasanya aku tak jalankan kegiatan rutin harian aku. Berbasikal. Sibuk sangat. Aku betul-betul terasa penat. Bila penat aku tidur. Minggu lepas sahaja aku dah sodok dua biji kereta dalam satu hari. Aku betul-betul penat. Kalau penat aku tak main-main. Hal-hal lain seperti mempersendakan ahli politik, itu masih boleh lagi dibawak main. Kemik pintu kanan aku. Terkopek cat di bumper. Aku kalau dah penat aku akan hilang tumpuan. Nasib baik dua-dua pemilik kenderaan tu tak mintak aku repair kereta diorang. Nasib baik.


Stress tak ada pil. Cuma ada kekuatan diri kita untuk menangani stress. Jadi aku rasa cara lain untuk mengurangkan stress adalah berbasikal. Tapi malang sekali, kawan-kawan sekampung tak ada yang suka aktiviti ni. Mungkin kurang cool. Mungkin tak nampak berjaya di mata makcik-makcik. Tak apa. Itu pilihan mereka. Aku naik basikal. Aku rela naik basikal dari main futsal. Main futsal adalah tidak cool kerana tak boleh dengar mp3 lagu-lagu metalcore terkini. Adalah lebih hina bila futsal pun dipolitikkan.


Basikal aku murah. Cukup murah. Aku bedal saja. Janji otak aku akan beralih arah sekejap dari memikirkan perkara yang bukan-bukan. Aku tak ada duit ribu-ribu untuk sebiji basikal. Aku hanya memikirkan untuk kayuh. Kayuh. Kayuh.


Mampuslah apa orang nak cakap. Nak join, jom. Tak nak sudah. Pergi hisap rokok.


3 ulasan:

afrohead berkata...

err aku nak join tapi aku tak punya sebarang basikal

cimon berkata...

aku suke jalan kaki kat area Masjid India & Jalan Tar - exercise body & mata sekaligus.

hehehe (^v^)

p/s: bawak beskal kat bandar - kene langgar sia2 jek

Rajuna berkata...

afro-ko kayuh la pengisar air batu cendol tu. tu pun kayuh jugak.

cimon-apa barang jalan? lari la. haha