Khamis, 11 Mac 2010

Jari-jariku, sakit semua!

Aku kini dah tak manja lagi. Em...Kadang-kadang je manja. Manja-manja musyuk kata bekas teman wanita aku yang berkedudukan itu.


Dulu aku dimanjakan oleh makcik dobi. Satu kilo, MYR 2.50. Setiap minggu berkoyan pakaian aku hantar ke Makcik yang kadang-kadang aku terpanggil Mak. Bukan apa, sesekali terpana juga arjuna aku terhadap anaknya yang belajar di Politeknik Behrang tu. Agak manis dan lembut tutur katanya. Kalau anak Makcik yang menyambut plastik pakaian aku memang, AHAI................ Bila mata bertentanglah mata........ Dunia bagai nak gila..... Bila sudah gila judi.. (Datuk M. Daud Kilau).



Tapi sekarang, aku sudah berada di tempat baru. Dekat tepi pantai. Jauh dari Banjaran Titiwangsa. Ini sekali menyebabkan harga mencuci pakaian melambung kepada MYR 3.00 untuk sekilo. Sekaligus menaikkan darah muda aku. Pekejadahnya sampai MYR 3.00 sekilo? Bengong!


Untuk itu, aku terpaksa menggunakan kudrat aku yang tak seberapa ini untuk mencuci pakaian aku. Bagi yang mempunyai kekotoran minor, aku hanya perlu menggosok/memberus dengan ala kadar. Bagi yang berat aku perlu mengerah sepenuh tenaga untuk menyahkan kotoran pada fabrik berkenaan.


Aku lakukan ianya setiap hari agar beban itu tak terasa sangat. Sebenarnya tak la penat sangat basuh baju ni. Cuma kita terpaksa berhadapan risiko cuaca apabila pakaian berkenaan dijemur. Selain itu, pakaian kita juga akan berhadapan dengan risiko kena rembat dek mat pet. Ini semua menyebabkan aku berada dalam dilema untuk menyidai seluar Levi's 501, t-shirt rare. Itu belum risiko ahli sihir lagi.


Ah, sudah!


Kalau lah ada orang basuhkan dan gosokkan baju kan senang. Kalau dia pandai ikat tali leher itu sudah BONOSSSS, BANG!

1 ulasan:

cimon berkata...

kawenn jee laa...

the end