Khamis, 5 Jun 2008

I Tak Marah Baby, Sumpah!

Kadang-kadang aku meluat. Benci dengan sesetengah (ni aku dah bold, bodoh. Jangan buat tak paham. Nak kena terajang?) attitude orang melayu bisnes. Ego bodoh sombong. Berlagak tak kena gaya. Kalau aku cakap mengaruk. Melenting. Macam ni la attitude orang melayu. Tak boleh ditegur. Cepat kecik ati bila ditegur. Tampar nak?

Bisnes kedai makan adalah bisnes favourite orang melayu. Perkara pertama yang aku nak sentuh adalah kekedekutan melampau berkira macam haram. Kalau jual kuih jangan tak kecik. Lagi la bila dengar tentang kenaikan itu dan ini, ewah engkau apa lagi ambik kesempatan. Kuih besar ibu jari tupai kau jual sampa 60/70 sen? Kau betul-betul dah melampau. Karipap pulak berintikan angin. Kalau ada inti pun sebesar tahi hidung. Apa kau ingat kau sorang yang berangin. Aku punya hangin kau nak letak mana?

Servis lembap dan bodoh. Kalau tak order dua tiga kali memang tak sah. Nak kata pekak boleh pulak datang bila dipanggil. Ke engkau ni binatang haram? Punya la perlahan macam unta. Buat mee goreng sama dengan perjalanan KL-Melaka patah balik apa cerita? 2 jam tu bai, 2 jam!!! Kalau sampai makanan tu kira bonus. Kalau tak sampai? Aku pernah berpesan kepada dia, "Bang, kalau ada masa nanti mee dah siap silalah hantar ke rumah saya kat belakang tu. Tingkat 1. Itu pun kalau abang senang la," Nampak sangat kau memang berminat melihat aku menghempas kerusi plastik ke dapur.

"Alamak, bang takde duit kecik?" Kau ni binawe haram macam sial. Aku bagi RM10 pun tak ada duit balik? Engkau memang sudah over. Kalau nak berniaga siap-siap la dengan duit tukar sekali. Lepas tu, ewah-ewah, "Boleh abang tukar dulu duit kat kedai sebelah?" Pandai pulak arahkan aku. Bapak kau. Bapak kau. Bapak kau!

Ini betul-betul buat aku marah. Lagi enak bermarahan bersama mendengar lagu-lagu grindcore dari band tempatan. Kalau masak sedap boleh kurang jugak marah aku. Ini tak. Masak macam nak tak nak. Serupa budak main masak-masak. Lepas tu, komplen minyak mahal. Kau komplen tapi bila masak kau bubuh banyak minyak. Aku pun pelik kenapa orang melayu suka masak dengan kadar minyak masak yang banyak. Bukan minyak ada perasa pun. Apa kau ingat bila minyak berlinang itu lambang kegagahan warung jahanam kau tu? Cilaka. Nanti aku gemuk, bongok.Tapi aku terpaksa makan jugak sebab dah tak ada pilihan dan masa. Terpaksa tau, tarpaksa.

Hasad dengki sesama peniaga memang tak boleh dinafikan. Kalau kita tengok masing-masing tersenyum simpul. Belakang mari, ada tabur juga mambra! Sampai bila nak macam ni?


Sampai bila?

11 ulasan:

Danielle_Corleone berkata...

peristiwa malam tadi...

areleaf berkata...

standard la melayu..x melayu plak klu x mcm 2..

Muki berkata...

ye ye rajuna aku setuju...mmg keji dowh..sesame sendiri niaga pon keji..tgk kedai mammak skang dah jd bistro...mahal tp sedap,servis cepat

Yana Ismail berkata...

Pernah kena pasal duit kecik tu. Sakit jiwa je. Satu kedai di Taman U. Tempat dirahsiakan:p
Tapi, diskriminasi. Ghades2 comel dan menarik seperti kami ditindas. Lelaki juga yg dilayan:p

Rajuna berkata...

danial-kesinambungan sebenarnya

alif-kau boleh jadi pemuda UMNO. Bagos.

muki-aku dah lama tau. haha

liyana-alololo...mungkin dia suka yg sama jenis kot. haha

FAZ berkata...

mcm tu rupenye kdi melayu.gua xtau.sbb slalu gua mkn hotel2 ja atau pon restoran2 high class.
hahahaha...

ka-ii berkata...

haaaa...betul. ak bengang tol peniage skang. kat pd dgn satu bazar kt um ni. xpnah nye ade duit tuka. every time ak g kdai die xde wet tuka. every time ye. da tuh siap marah2 lagi tu. mangkok! da tau awak tu deal with customer sediakan duit tuka siap2 bole x. bangang. aku hangin betol..

Yana Ismail berkata...

errk...yg mendiskriminasi kami itu sama jenis dengan saya:phahaha

Rajuna berkata...

xfazx- tak guna, arghh!!!! *hempok kerusi plastik di kepala sendiri*


kaii- rumh aku banyak minyak angin Wak Dakam made in Batu Pahat. Yg ni jamin tak naik lagi.


liyana-dia masih berkeinginan bersuami lagi :P

Airinar anastasia berkata...

oi..apehal tak ajak aku join lepak bawah skali..bole aku jadi saksi kejadian..gerai mane tu bai??aku mmg tanak singgah dh gerai bwh tu..pnah dulu..dia masak aku punye mknan..tak basuh ape2 pon..aku dh kembang2 je tekak..trus tak lalu dh..haha..hijas vista ok kot..megi goreng dia sedap dowh..paprik pon..jom la try..-->promote sket

d o m i n o berkata...

msc pon mcm ni jgk.
sme tmpt maju ke..xmju ke same aje.