Satu petang, di salah satu daerah kecil yang berada paling hujung dalam jajahan daerah Batu Pahat. Terdapat beberapa pemuda dari pelbagai variasi peringkat umur sedang menikmati minum senja. Kawan-kawan, jangan ikut perangai mereka tau. Suka balik lewat maghrib. Apa nak jadi tak tau lah. Aku pun ada sekali kat situ. Tak guna.
Duduk berbincang begini bukanlah perkara selalu bagi kami. Semua ada tugasan tersendiri. Termasuk aku [huhu..]. Kami jarang bersua. Perhubungan yang mesra antara kelompok senior dan junior Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon menjadi punca adanya golongan yang melewat-lewat solat maghrib di hujung minggu seperti ini. Termasuk aku sekali. Hampas.
Kisah duka, luka, nestapa dan sengsara. Itu perkara biasa yang diketengahkan dalam forum yang bakal menerima leteran orang tua masing-masing bila balik rumah nanti, termasuk orang tua aku. Argh.
Seperti Supandi. Selalu mengadu domba. Bosan dengan kerjanya. Menyelia tapak binaan di Kuantan. Menurut beliau, kalau tapak semaian ok juga. Boleh selitkan bunga-bunga segar di celah telinga atau di tepi gelas minuman. Nampak elegan dan tampak seperti dalam drama atau lagak Upperline MLM. Tapi usahawan MLM lebih suka bergambar di rumah kosong atau dalam proses pembinaan yang entah siapa-siapa punya.
Senja itu, Supandi mengusulkan cadangan untuk mengubah
“ kepala gua berpusing mau bikin bisnes bila lalu Jalan Muadzam Shah-Segamat lu tau tak?”
Aku selaku brader-brader yang berada di usia pertengahan antara kami, mencelah tanda tunjuk respon. “Apa lu mau bikin? Sekarang lu bilang gua, boleh?”
“Gua fikir gua mahu bawa jala dan sekaligus menjala tenggiling di sepanjang jalan semasa gua balik kampung. Lu tau, seekor tenggiling boleh jejak ratus-ratus woo?” Aku kaget. Merembes. Menggigil bila terdengar wang ratus-ratus. Sukenyer…Tapi, kalau juta-juta, itu sudah kira tipu bai. Ini dah kira MLM ni. Lu bikin gua panas. Nak kena debik ke apa?
“Ok gak, bai.” Aku setuju. Mana tau, boleh jadi downline. Yang lain cuma angguk-angguk kepala. Tak tau la pasal apa. Tapi ada 2,3 orang yang tunjuk tanda ‘good’.
“Dan gua akan mengiklankannya di laman sesawang yang akan gua bangunkan. Siap dengan info binatang sekali,” aku mula tercengang. Terpana dek bernasnya idea si Supandi ni. Tak sia-sia dia lahir di
Beliau kembali menghisap rokok yang masih di bibir. Disedut dalam-dalam. Sampai kecil matanya menahan pedih di paru-paru. Semua ahli jemaah tahu beliau akan menambah hujahnya lagi selepas beliau menghembuskan kepulan asap di udara.
“ Dan gua akan letakkan tajuk berkelip-kelip di situ HAIWAN EROTIK LENGKAP DENGAN INFO DAN VIDEO BERFORMAT 3GP.”
Serentak dengan itu, beberapa ahli jemaah mula mengalirkan air mata. Tunduk memandang simen restoran. Apakah mereka terharu dengan idea segar ini?!!!! Atau mereka insaf dengan dosa-dosa silam mereka?!!!! Entah lah. Aku cuma harap pihak yang berkenaan dapat memberikan sokongan yang padu kepada Supandi sebagai usahawan melayu baru yang tak menipu dan memijak golongan yang tersepit dengan ayat bekerja dari rumah dan pendapatan mencecah RM4 juta setahun. Beliau ikhlas.
Semoga dia dapat mencari kontek tauke restoran makanan erotik tersebut. Go Supandi, Go..!Aku doakan perniagaan haiwan erotik kau berjaya dan boleh join MAHA kelak. Semoga berjaya, sahabat. Aku sentiasa di sisi mu dan mendoakan yang terbaik hanya untuk mu.
“ Erotik Endas mu* Supandi!”
*Endas mu-Kepala kau
36 ulasan:
supandi menyelia tapak bina? nasib supandai macam aku. nasib aku macam supandi. tentu supandi sudah ireng ken? supandi boleh speaking london jawa?
erotik? hih hih hih (gelak sampai terguling2)
Apasal ko anti sangat dgn MLM ni. Bukan semua mcm sial ambik gambar kat kereta ntah ape rumah entah siapa. Aku ok doh...
kalau ko berminat, jom ikut aku Sabtu mlm ni.Senang jer. takyah jual barang.Tiba2 je kau kaya...
p/s: tukar gambar nampak..ape position aku kat jabatan ko?
Nama supandi..lahir kat London..keje kat pahang..ckp mcm cina...ptt la erotik!!
idea supandi terbaik doh!
gua sanggup jadi downline beliau.
heh!
yoshz,
ko wat biz ape? aku minat bab2 bisnis nih!!
hahahaha...suruh supandi buat posing erotik sekali tau! kendian tepek kat laman sesawang yang dia cakap tu...letak lip lap tu betul dah tu :))
macam haremmmmm :)) :))
p/s poyotito's - tu gambo tayang jerangkung bergerak eh? lekuk kat tulang takung air ah?
'bang' juna, tolong cakap kat supandi, ini gamba poyotito's baru ada ciri2 erotik...haihhhh
hahaha mmg gampang la supardi tuh...aku taip erotik kat google ni tak keluar plak tenggiling, tp laki dan perempuan tgh guling2 adalah!
hahahah siol la lu
Kalau semua kaya. sapa plak nak jadi orang-orang biasa?
rahimin-sekali pandang supandi dah macam snoop dog. mesti lah, boleh.
maksu-amvoiii....merenyam lain macam mak su ni seram aku!
yosh-ha ha ha..ada orang panas..panas...panas..hahahaha
kau jurumekap boleh?
qaseh-jangan terangsang pulak. haremm!!
poyotito-kau ada 24000? cari bawah lagi 48 orang dan 48 orang akan cari 48 lagi. tgk berapa kau dah dapat?
life-ada betulnya jugak..bibir supandi paling erotik sekali. macam angelina jolie wohh
kuih-huih!!!! aku tak bertanggungjawab atas zina mata kau hahaha
daniel-yang jadi orang biasa adalah orang-orang lek-lek jenis pemalas macam aku.
hehe.
tenggiling hewan erotik.
cemane gaye nye tenggiling erotik tu ye?
*google laju2*
=))
Tenggiling erotik ek? WOW!!! Ter'turn' on nye aku!!! wakakaka!!
Oh Supandi...bukankah itu haiwan ynag dilindungi?
Heh! Kagum aku dengan smangatnya.
Bro.,
Supandi dan Tenggiling mana lebih erotik?
Kalau jwpannya Supandi;
"Aku perlukan khidmat Supandi utk murid2 kelas 2 Hijau A.S.A.P!"
musang chivet pun erotik jugak..
utk capai tahap MLM diamond, supandi patut banyakkan lagi produk makanan kesihatan bukan berasas tenggiling sahaja.
cikenit-dia akan menjadi erotik apabila dia menggulingkan dirinya
kikuri-auuww jangan merembes!! hik hik hik
kak waterlily-supandi kurang pengetahuan animal rights sedangkan ramai kawannya vegetarian dan vegan
s.yanaz-aku rasa supandi lebih erotik. dia macam snoop dog. hidung besar dan bibir tebal. jangan. nanti budak perempuan tergoda ha ha ha
dzul-musang chivet sama dengan musang pulut ke?
macam haram la supandi..gua penah kene gak like that...
haha. sekali baca tak prasan. dua kali baca baru perasan.. haha.. erotik! eksotik! kira supandi ok lah tu buleh rima.. huhu
Nak suruh tenggiling tu menari ka Supandi weh? Endasmu! Ha ha!
hahahaha...mlm memang sering dikaitkan dgn melayu. hahahaha
supandi na tangkap tenggiling...xtakut kena tangkap ngan jabatan haiwan ker
Supandi, nm erotik.
Berbual pon nak erotik.
jgn balik maghrib2..
tunggu la tgh mlm skit..baru balik :D
apek-bisnes MLM mas cotek kan?
art-supandi memang pandai berpantun
marjerin-kenapa ya? hi hi hi
suparjo-aku pikir kau ada kaitan la. nama lebih kurang. seksi tau lelaki bila nama dimulakan dengan Su ni. ha ha ha
areyou-abis tu maghrib nak kena qadha la? aduuih
wah, bisnes tenggiling utk mencapai tahap Diamond MLM?? sungguh eksotik..eh,silap erotik..
arinie kita blajar perkataan erotik?? kena buat ayat gak ker??
chait!!!!
u ni mmg suka merembes ke juna manja?
sang rajuna tapa..erotik ka..eksotik?haha..ek eh..maaf kan sy jike terlanjur kata..tidak berniat mengutuk..cuma bertanya..huhu
supandi wes mereng,harharharhar
bang juna,
kue opo arek milu supandi nggolek ei tenggiling?
idea memang dah tahap terbaik bai.tapi baik tukarkan tenggiling tu dengan lintah ke, ikan keli ke.kalu tenggiling nanti tak pasal pasal kena jail woo...eh, ikan keli ke aku taip tadi? banyak kali org call ajak labur dalam bisnes ternakan ikan keli. aku buat dek je lah
hehe.. mahal ni haiwan tenggiling ni..
huhu tenggiling2..;p
bisnes haiwan erotik dlm format 3gp di laman sesawang? x tercapai di akal ku. bijak, kau memang bijak supardi! semoga berjaya :p
wak lu...org tmpt lu yg ajak bende cengini..haha..
Erotik? Jotos wae endas si Supandi kuwi. Ha ha ha!
tropicoloco-haha...huih..berderai anak murid aku bila aku ajar perkataan erotik
ofa-amvoi..u punya mulut macam vacuum ye ofa?
syore-otokratik sebenarnya
azie- moh aku. akeh meneh seng aku arep lakoni ha ha ha
bebel-oleh itu, kau ternak sahaje ikan kembong. senang..ternak lepas apa orang kata.
tiung-mahal lagi pengalaman kena penjara
liyana-tergolek2 macam....?
donut-kau tau supandi ni penagih pil examo?
apek-ha ha ko tengok..mana ada budak parit raja yang berpikiran macam geng2 aku? ha ha
bp/jp-haha endase wong koyok ngono ojo dijotos..di tablek wae wes enak!
Catat Ulasan