Rabu, 13 Ogos 2008

Sedikit Catatan Separa Penggal

Beberapa hari aku tak berkesempatan menjenguk blog-blog kalian. Komen-komen di blog aku juga tak sempat aku balas. Nak kata terlalu sibuk tak juga. Semenjak dua menjak ini emosi jadi tak stabil. Terlalu banyak perkara yang menekan-nekan ubun-ubun aku sehingga menyebabkan aku malas dan lesu berkomunikasi. Apatah lagi bila di kampung, segala-galanya jadi terhad. Faktor kewangan juga menyebabkan keadaan aku menjadi sedikit goyah. Temuduga punya temuduga masih tak nampak rezeki. Bahagian perkhidmtn awm pulak asik panggil ujian bertulis je. Apsal ni? Aku dah lulus 4 jawatan pun kena ujian lagi ke untuk jawatan yang sama? Ni bila nak panggil temuduga ni? Kau ingat aku ada masa nak layan? Kalau bapak kau bagi tambang ok jugak. Ini lokasi ujian bertulis semua mengarut-ngarut tempat jin bertendang semua ni. Peh, menyirap limau aku.



Kadang-kadang di dalam penulisan picisan sebegini kita menjadi perhatian sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan. Perkara yang santai, akhirnya berubah menjadi rantai yang cuba membelenggu kebebasan kita. Seperti aku contohnya, yang kerap bercerita tentang masalah aku dan persekitaran yang mana berkait rapat dengan keadaan ekonomi aku serta karier yang masih tak tentu hala disamping hidup aku yang sentiasa bersepah ke hulu dan ke hilir. Rupanya, masih ada manusia-manusia yang cuba mengambil kesempatan atas aku. Haha. Kadangkala lucu mengenangkan apabila masih ada orang percaya bahawa aku adalah manusia yang berguna untuk mereka menjalankan perniagaan “angin dan air liur” mereka. Jadahnya nak ajak aku main multilevel? Duit haram pun tak ada? Apatah lagi yang halal? Ha ha ha



Maaf ya, aku langsung tidak berminat menjalankan perniagaan angin sebegitu. Dan sekali lagi aku menegaskan bahawa kekayaan dan kemewahan bukanlah impian atau tujuan utama aku hidup di dunia ini. Bukan berlagak baik atau tidak punya matlamat. Cuma pada pandangan aku, sekiranya kita terus dibutakan dengan harta, pangkat dan kekayaan percayalah suatu hari nanti kita pasti akan hilang kehormatan diri. Keghairahan terhadap harta yang tak dapat dibendung akhirnya boleh memusnahkan integriti kita sesama manusia. Sedangkan, perhubungan kita sesama manusia sebenarnya lebih dari sekadar unsur harta, kewangan dan pangkat. Semaikanlah kasih sayang sesama manusia. Peliharalah alam sekitar. Bebaskan diri anda dari belenggu arak, rokok dan kapitalis. Renong-renongkanlah. Selamat beramal, cewah...



**

Sabtu lalu, merupakan antara hari bersejarah dalam hidup aku apabila berlangsungnya hari konvokesyen. Ia boleh dikatakan sebagai kemuncak kehidupan aku sebagai pelajar kerana aku sudah tidak sanggup lagi belajar ke peringkat seterusnya, hahaha. Seperti biasa, acara sebegini dimeriahkan dengan kehadiran kedua ibubapa, adik dan nenek aku. Selain tu, si Tempe dan Daniel pun ada datang sama. Relaks-relaks sudah. Aku tak ada kekasih hati. Jadi aku tak dapat merasa peluk teddy bear besar pakai topi ‘murtabak’ tu. Sepanjang sesi pengambaran pun tak ada gadis perempuan yang menghiasi kiri dan kanan aku. Aku relaks-relaks je. Cuma aku menerima teddy bear dan cawan berdekorasi berskala kecil. Aku tak tau pemberian siapa. Mengikut kad yang diberikan, ia terdiri dari budak-budak rumah sewa aku dan budak-budak blok 5 Vista Angkasa. Apapun terima kasih semua. Aku tak dapat nak sms semua sebab aku malas nak top up. Rabak giler weh. Takkan aku nak kiss pipi masing-masing kot? Ramai tu….ha ha ha



Sewaktu konvokesyen inilah biasanya para graduan akan memperkenalkan pasangan masing-masing kepada ibu bapa. Cehwah. Ibu bapa mana tak hati tak berbunga bila tengok anak sudah tamat belajar dan dah ada calon pasangan untuk berumahtangga. Peh. Time ni la paling sesuai nak peluk-peluk arab dan salam cium tangan para bakal bapak dan mak mertua. Jangan lupa bawak sejambak bunga sekali. Nak lagi best bawak sekali belon hidrogen. Baru cool. Aku tak cool pun, simple-simple sudah. Bergambar dengan famili dan budak-budak junior yang perangai sebijik-sebijik macam setan tu je. Kadang-kadang terfikir juga, bila dah gambar-gambar dengan awek/pakwe disamping ibu bapa tercinta ni, mesti nak letak dalam frame dan gantung di dinding rumah kan? So, kalau ditakdirkan Tuhan tak de jodoh macam mana? Peh sakit mata memandang, pedih lagi hati tersoyat bila melihat foto-foto kenangan itu! Kalau aku, aku sorok awek aku tu. Tak kasi datang. Kalau awek aku betul-betul lawa dan comel macam model baru aku tunjuk dan bergambar. Baru lah stylo.



Walaupun begitu, aku sangat terhutang budi pada individu-individu yang banyak selain dari ibu bapa aku sendiri yang terlalu bersabar kerana makan hati berulam jantung pisang dek kerana perangai aku. Adi, Sepet dan Cikgu Lan yang merupakan antara budak kelas aku. Tanpa mereka entah di mana aku sekarang. Budak bilik aku si Pendek yang selalu bersabar dengan karenah dan muzik bising aku (akhirnya si Pendek ini pun terpengaruh dengan muzik bising, ha ha ha). Kawan-kawan sekolej senior/satu batch/junior yang selalu bagi ‘can’ aku guna internet diorang untuk ber myspace dan MIRC (terutama bilik Daniel dan Tempe) ha ha ha . Begitu juga dengan geng-geng mat Kelantan macam Pok Nik, Uden, Kama dan Mat Yie. Junior-junior yang sanggup membantu aku yang slow ni dan sanggup bersengkang mata study dengan aku dan..er..ah, banyak sangat ni nak buat thanks list. Siapa yang rasa pernah berbudi pada aku, tolong tuntut terima kasih pada aku di ruangan komen, boleh? Nak belanja korang? Jangan harap. Nak belanja diri sendiri pun susah. Duit pergi cyber cafĂ© ni pun amoi saloon kat tingkat bawah ni yang pinjamkan duit. Itu pun lepas aku puji-puji peha gebu dia.



Special no thanx kepada mereka menipu, menindas, yang tikam belakang aku, tersenyum simpul bila melihat aku jatuh dan terduduk, pengurusan dan pentadbiran yang rasis dan bersifat kenegerian, mereka yang memandang rendah kepada kebolehan aku serta mereka yang selalu menghina aku. Peduli apa aku kau nak panggil aku si Jebat? Kau dengan jalan kau dan aku dengan jalan aku. Engkau boleh pergi jalan!


***
Ada lagi beberapa siri temuduga. Harap dikuatkan semangat, dilancarkan lidah untuk berbicara dan disinarkan ketrampilan diri yang tak hensem ini. Ha ha...

27 ulasan:

Rahimin Idris berkata...

bertemuduga dan konvo rupanya. aku ingat ko dah kena tangkap gara-gara menyabung ayam di kampung!!!

yoshz berkata...

rajuna, aku ada bisnes baik utk ko. takyah jual barang, ko carik 3 org bawah ko. kalau ko berminat, mlm esok kite gi tempat tu. ada mkn2 sikit...


haha. menyirap bandung tak??

Rajuna berkata...

rahimin-ha ha apa barang rahimin? main ikan pelaga la weh..


yoshz- lahanat kau yosh! ha ha

Sang Pencinta berkata...

rajuna bdak 2 pon ade bg no kat aku..hahha..by d way saudara ayol nak pindah dah ke johor so cmne uma sewa ni?..ko ble nak dtg cni?xpulangkan jubah ke?ke ko nak bgmbr 1 kampong ngn jubah ko 2?heheh..pape hal all the best bro!!jom karaoke jamban!!jimbara ckit..

alif-mikail berkata...

bro rahimin..
kah kah kah..

rajuna..
panjang entri..

Mak Su berkata...

:), all the best to rajuna, caiyuk caiyuk

t i u n g berkata...

wah ko dah kombo(kata makcik kat sblah umah aku) aa? tahniah! :D

Airinar anastasia berkata...

tahniah di ats pengradan anda..npknya..sy tidak dpt hadir pd aritu..memandangkan ada perkare antara idup dan mati yg perlu disetelkan..haha..kot tak..msti ade awex di sebelah kiri kamu utk ambil gmbr bersame..(sbelah kanan adalah family kamu)..haha

p/s: woi..lu yg tapakai boxer ke..wa yg tapakai boxer?gile hape?seypak nak?haha..

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! rilek2 sudah! bagus2.

ladylikeme berkata...

walaupepun tujuan hidup ko...itu aku xperlu tahu....ehheehehh..all the best bro

yoshz berkata...

padan muka. ko kena tag.
sila rujuk blog aku.

p/s: kalau ko dah kena, buat bodoh udah...

tasekM berkata...

mencari kerja mmg letih... harapnya konvo hr tu sedikit menggembirakan kamu...

aku dulu mcm kamu juga... relaks2 masa konvo.. tak de bakal mak mertua bagai nak berkenal2an ...

psstt... ramai kawan2 aku yg berkenalan dgn bakal mak mertua masa tu pun haram tak jadi menantu...

moga cepat dapat kerja... moga bahagia...

Hajime berkata...

wah!
loser gak ko rupenye...
tu a...
dulu aku ajak bersosial xmo...
anti sosial...
tak happening...
ah!
ko lupe berterima qamu dengan aku...
eh!
silap2...
berterima kasih!
papepun...
semuga berjaya ya!
skang ko piki ko xdpt keje...
padehal dah apply intebiu kejadah sume...
but ade yg plg susah nanti...
when ko dpt offer...
time tu bertimbun2 offer dtg...
part tu plg susah...
serius...

S.YanaZ berkata...

Bang Juna,

Tak perlu menchari kerjaaa...biar kerja menchari dirimu...

*ahaks*

l.i.f.e berkata...

"bang" juna - tahniah la ye. semoga dapat keje cepat. jadi warganegara yang berguna

alaa yoshz...i juga dah tag bang juna ni. isks. rebutan la pulak

Marjerin berkata...

tahniah atas konvokesyen anda dan semuga berjaya mencari kerja yang sesuai

apek terror berkata...

ceh lu bukan dahi licin ker...
good luck ok..

azie berkata...

tahniah bang juna:)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Terus mencari bro'. Jangan mengalah. Jangan putus asa.

Adik aku, keluar USM. Merata cari kerja. Gagal. Aku cakap kat dia, sambar jer apa-apa kerja yang ada. Baru-bari ini aku dapatkan dia kerja di sykt percetakan kawan aku, [errr...kira pakai kabel ke kalau macam tu...]. Nanti2 dah ada pengalaman, carilah tempat lain, aku cakap kat dia.

dzul berkata...

ada la rezeki tu esok..
usaha lagi
dapat kerja baru masuk MLM semula..
hah..saham internet dulu kau ada join tak..dengar ramai budak u masuk..
* kau ni mcm penah kecewa dgn mlm..haha

A t i Q a h berkata...

Selamat2 untuk apa2 jua yang u buat okey. ;)

AL-BIMA SAKTI berkata...

moga dilancar dan ditajamkan lidah... dibaikkan nasib...

Yana Ismail berkata...

Tahniah2 bang juna.konvo sudah:)

hehe,tak semestinya waktu konvo nak bawa jumpa mak ayah kan. dah smpai masa nanti,bang juna akan bawa jgak, jgn risau:)

Semoga bertemu dgn jodoh kamu:)

Rajuna berkata...

tempe-lu seolah2 tau kekuatan vokal gua terhadap lagu bernote tinggi

alif-lepas geram ha ha ha

maksu-yok yok...apa yang cai tu? capcai kah? hi hi


tiung-maceh..tiung terbang pipiskan lada

syore-sepatutnya ayna sebelah gua! ha ha ha


daniel-asia bagus.


lady-kalau nak tau pun apa salahnya. aku memang best :)

yoshz-auuhhhhhh.....lesu badan dibuatnyerr


tasikmerah-ha ha ye ke kak? alohhaii...ha ha..insya allah..mudah2an..

hajim-perkara itu lah yang selalu menghantui aku. tapi lagi susah nak memilih antara dua wanita berbuah dada besar atau yang berpeha besar


s.yanaz-apa kau fikir aku diva? ha ha ha

life-mekasih..ha? tag? aRGHH


marjerin-bila dah ada kerja sesuai boleh la aku lepak dengan kamu. ha ha ha

apek-aku perut je licin. semua aku belasah.


azie-tahniah je? hi hi hi bunga mana?

bp/jp-oh..yeke? eh takpe2...itu ikhtiar terakhir nak buat macam mana kan? terima kasih dengan nasihat kamu.


dzul-aku benci gila dengan MLM ok? tapernah keciwa lagi. cuma keciwa bila sms tak berbalas je.

atiqah-terima kasih ye..insya allah

albima-insya allah mudah2 an bang!


liyana-alahai...yang ni lain sket bunyi komennya..hahaha ok2..ye la ye la..ha ha ha

FAZ berkata...

gua pwasan klu keje pengembala kambing pon bole kaya.
lu xmo try?xyah temuduga beb!!

p/s:nnt dh kawen suro bini lu bercucuk tanam plak.bru la ammad albab.hahahaha...

Rajuna berkata...

xfazx-kau ni bijak yaaamatz

cimon berkata...

Tahniah utk konvokesyen nya. Harap ko berjaya menghadapi interview keje yg seterus nya. Chayo'2 !!