Ahad, 17 Ogos 2008
Terharu Yaammatz lantas Merembes!
Sekali sekala buka blog, tiba-tiba Bang Juna terperasan bahawasanya blog ini telah di anugerahkan satu bentuk penghargaan yang tak ternilai pada biji mata coklat badam Bang Juna ini. Eh, tiba-tiba melatah "Oh, kepala bapak berseri!" Terkasima sekejap Bang Juna dibuatnya. Kelasss...
Apapun Bang Juna mengucapkan ribuan terima kasih buah bidara sayang selasih hamba turutkan kepada dua makhlok Tuhan yang taat dan tawaduk biarpun tak berwuduk dan mengangkat hadas besar iaitu saudara Yoshz dan L.I.F.E (apa nama timang-timangan kau sebenarnya nih? Tak ada nilai komersil. Ha ha)
Sebenarnya Bang Juna ni agak glam. Dah lama berangan nak jadi Huss, Mama Jawiez, atau BAMbino. Siap gentel-gentel rambut bagi nampak macam kerinting nak ikut macam idola-idola Bang Juna itu. Namun masa dan kewangan tak mengizinkan. Lagipun kecenderungan muzik Bang Juna agak berfalsafah. Mungkin kalau ada majalah hiburan buat ruangan Member Rock Melampau Dan Kejam barulah Bang Juna mempertimbangkan cita-cita Bang Juna untuk menjadi wartawan hiburan. Lagipun, kadang-kadang Bang Juna suka juga mengorek perihal rumahtangga orang, hi hi hi.
Dulu pernah juga Bang Juna cuba-cuba menerbitkan newsletter secara fotostat dengan harapan dapat memberi saingan kepada majalah hiburan di arus perdana. Namun semuanya gagal. Bang Juna pasrah. Lagipun dulu Bang Juna tak ada komputer. Tulis tangan. Tulisan pulak macam orang perempuan. Halus-halus dan sebijik-sebijik. Fancy, lagi. Ekor huruf G siap berputar alam.
Di saaat ini, Bang Juna pun tak tau nak tag siapa. Sebab Bang Juna habis paiseh kalau tag orang tak layan, hu hu. Mana nak letak muka licin, tampak muda, jadi muda dan terus muda ini? Apa pun kau orang semua patut letak sendiri anugerah ini, sebab bukan semua makhlok tuhan sanggup mengadap pc berjam-jam menulis tulisan yang tak ada macam suratkhabar? Itu sudey kreatif beeeebb..
Okla bai. Bang Juna nak cari resepi Lompat Tikam. Pencuci mulut ni nampak macam berpuaka je?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
Beb,
nih apa citer nihhh...lompat tikam nihhh.
:/
Ahh, dlm kolum Member Rock Melampau dan Kejam, lu taruk foto Yoshz.Tak pun Bro.Rahimin. Tak ponn En.Denanz.
Apa macam 'sajesyen' gua?
:P
*Sesuweiiii tawwww*
Rajuna,
Aku accept suggestion cikgu syanaz.
cikgu syanaz,
aku accept.tunggu 1-2 hari.Ahaha..
Kolum Member Rock Melampau dan Kejam
coming soon...
Rajuna->Yoshz,
ahahaaaaaa...
uikssss!
*gua dh terbayang darah...*
s. yanaz- ni lompat tikam ni sajian cadangan buat Member Rock Melampau dan Kejam...
sajesen tak seswai. Yosh dan Rahimin patut jadi jurumekap dan jurugamba bila ada shoot di tepi kolam sambil tak berbaju
yosh-jangan nak lebih2..kau dah ada position dalam jabatan hiburan aku.
oooh tahniah babe!
shoot tepi kolam sambil tak berbaju?
sapa? sapa?
bila?
dimana?
*drools*
hahaha
wow! bang juna di kl! angin KL berubah lagi. Bang juna hebat seperti Matahari yang tak pernah terbenam! hahahahahaha!
wei, dah siap ko bikin lompat tikam sila sms aku.
nak gak aku merasa.
bang juna, buatkan i lompat tikam perisa kari udang okeh?
resepi kuih badak berendam taknak? badak berendam..
art-toche toche...kamsia!
daniel- ni pahal plak ni? nak kena belanja pizza hut ke apa? ha ha
life-mesti la bang juna dulu yg berposing macam tu..edisi pengenalan! ha ha ha
atiqah-atiqah ni kena sampuk ke? jarang pencuci mulut mengandungi kandungan arsenik yang tinggi seperti yang terdapat dalam udang. ha ha ha
cempaka-namanya saja dah mengerikan. aku bajet rasanya juga menggiurkan.
dzul-badak berendam? kau ni tak abis-abis dengan benda seram. dengan resepi pun kau nak bereksperimentasi dengan keseraman?
betul-betul kurma jalis kau dzul.
ceh, lepas paiseh sibuk dengan lompat tikam plak?
jangan taruk daun pandan. taruk darah sotong. baru black metal menyerlah sikit!
Woo..ko dapat awad tu tanpa menjawab tag. Akak dengki hahahahah!
rahimin-haha betul2..darah hitam!!
kak waterlily-ha ha ha
pagi ni mase aku nak tapau breakfast di kafetaria, aku terserempak ngan lompat tikam. nampak cam sedap je..tp aku still ambik nasi lemak. heheh (^v^)
(p/s: award? camne ko bley dpt? tak kuar tv pon... )
cimon-uihh..kat bank negara ada ke?
Catat Ulasan