Suasana di kampung memang nyaman. Udaranya segar. Tak seperti di kota. Pagi-pagi naik motor di KL tak payah pakai jacket pun tak apa. Pengalaman aku sewaktu mula-mula datang ke Kuala Lumpur sudah cukup mengajar aku betapa panasnya udara di Kuala Lumpur biarpun pada dinihari. Kau bayangkan minah-minah rempit boleh pakai tube pukul 3-4 pagi naik motor? Sedangkan aku dengan Iskandar Muar siap menggigil-gigil naik motor pergi Uptown di Damansara. Dah la plat Johor. Ini sangat mengaibkan bagi aku ketika itu. Tapi, tak kisahlah. Minah-minah rempit tu pun asal dari kampung jugak macam aku. Mana taknya, speaking Kelantan lagi. Aku rasa aku ok lagi kot. Boleh sorok kejawaan aku. Cuma slanga aku je kantoi sikit-sikit.
Tetapi, suasana nyaman dan sunyi bukanlah suatu gandingan yang mantap bagi aku. Kesepian yang mencengkam keadaan di sini menyebabkan diri aku meronta-ronta mencari keriuhan. Kawan-kawan di kampung hanya tinggal beberapa kerat. Yang lain semua sibuk bekerja. Yang tinggal ini pun kadang-kadang menyakitkan hati. Balik-balik cerita MLM. Ceh! Ini yang potong stim nih. Semua sembang pakat-pakat nak tarik aku.
Argh…saat-saat begini aku memerlukan seseorang untuk bersembang, berbincang dan bertekak tentang hal-hal politik, ekonomi dan sosial. Tak lupa juga pasal awek.
Antara lain aktiviti di kampung bulan-bulan puasa ni adalah pergi ke surau. Jarak surau dan rumah aku tak jauh. Setapak dua dah sampai. Tapi aku cuak kalau-kalau ada ular melintas di waktu malam. Jadi, aku akan naik motor. Lampu ada terang sikit. Boleh Nampak benda melintas. Tapi apa yang kurang menarik bagi aku adalah kadar jemaah yang tak ramai. Ini sudah tak meriah. Budak muda bukan tak ada sebelah-sebelah ni. Tapi semua tak nak bertarawikh. Penat la kot kerja kan.. Tapi, apalah erti Ramadan tanpa solat tarawikh? Sudah tak feel la kan? Sekali sekala mesti mau buat beb. Peduli apa orang mau kata kita wak-wak ke, abah-abah ke, pakcik-pakcik punya line ke..
Namun begitu, kampung aku adalah kampung tipikal seperti yang engkau lihat di dalam majalah lawak-lawak tempatan(gambaran bagi yang tak pernah jejak kampung atau urban sejati). Budak-budak remaja atau kanak-kanak akan bermain meriam buluh atau tanah bila bulan puasa. Ini yang aku paling menyampah. Memekak. Entah hapa benda faedah main binatang ni pun aku tak tau. Siapa tau, apa faedah main meriam ni?
Aktiviti eksplorasi bazaar Ramadan pun semacam kurang tarikan. Makanan yang sepesen dan kemeningkatan harga sesetengah produk makanan menyebabkan aku hilang semangat nak menerjah bazaar-bazaar yang ada di sekitar Batu Pahat. Murtabak RM 3 di Rengit dan tauhu bakar saiz S berharga RM 2 di Parit Raja bukanlah sesuatu perkembangan yang menarik. Ini menyebabkan aku membara!
Apapun aku harap Ramadan kali ini lebih sedikit pengisiannya berbanding tahun-tahun lepas. Bila sudah habis belajar, sudah tidak bekerja jadi kuranglah sikit maki hamun aku. Mata aku pun tak ada lah asik nak notty-notty je. Kat kampung, awek di bazaar Ramadan tak daring sangat. Kalau engkau pergi Bangsar atau SS14 PJ, aku rasa macam tak puasa je. Mak ai. Rileks-rileks sudah. Aku biasanya buat-buat cool je. Godaan dan cobaan je tu sebenarnya.
Aku belum survey sangat apa yang menjadi kegilaan di gedung-gedung pakaian. Terutamanya pakaian perempuan. Nama kain aneh-aneh. Sedikit masa dulu, ada musim Mawi la, Siti la. Tahun ni tak tau apa. Engkau rasa, ada ke bahan baju nama Aizat?
27 ulasan:
Bengong aizat tu gemuk. Lagu tak sedap pun org cakap sedap. Aku tak paham tul..
Psstt...Juna, aku ada bisnes best nak citer ngan kau.Rabu mlm ko free tak? aku nak cerita sikit..
Nama pakaian skang dah pelik2 la bro.
Cuma belum jumpe je baju melayu Rajuna.
Kalau ade mmg aku sambar satu.
hoho.. mmg byk kaen ke baju name artis2 gtu. menyampah! yang paling xthn "kain tudung Datuk K" dan yg plg latest, kain tudung KLCC..
haha
tak logik, tak logik
kalau ada baju nama bang juna, ok gak,ahaha
Puasa tahun ni banyak sikit pahala u bro. Sbb mata u terjaga. Hihihi.
Yoshz,
Aizat dah slim la. And lagi satu, lagu Aizat sedap hokey. Huhuhu.
amin. alhamdulillah
bertuah kekasih bang juna yang tak balas kad raya tu
hehe..cian ko kalo nak smbang pasal awek meh la dtg KL kondo kite ni ramai awek2 cun g bazar..hehhe..ermm..aku rasa bj aizat swai tuk mak2 janda n aku rase ade tdung norizah la anak anwar..hehhe..pasal terawikh sjak ko xde ktorg xg terawikh ni ko pnye pasal la ni
Aku chenta...wooooh...aku chentaaaarghh...woooooohooh.. :)
Aizat best!
bro juna. alhamdulillah duk di kampung terpelihara ye iman bro. huhu.
apa kata belajar belajar pelihara belut atau lintah??
tudung dato K pun ada. Ha ha. alasannya apa? manik2 tu macam misai dato K. alahai~
wah! dok kg makin berseri wajah lu!
weyh raye t dtg uma aku tao. umah sejengkal je. xkn xmo dtg..
bgus jgk ek ddk kg, bley pelihara kesucian mata tuh bln pose nh. kami yg kat KL nh...mata mmg rabak laa...heheh (^v^)
woi, ada kawan aku balik jawa ponorogo, aku kirim belangkung, ingat nak pakai raya. haram sampai hari ni tak dak. memang nak kena pelakung mamat tu.
kat indonesia top belangkung matta skang ni kot! HAHAHA
woi woi woi.
jgn sebut Parit raja kuat2!
yosh-oi aizat dah kurus siot. ko ni tak abis2 bisnes je.
suparjo-aku cadang macam tu jugak. mau bikin satu baju telok belanga kontemporari modernist. peh meletop trendy dan stylohhh!
valse-aku ada dengar jugak. tapi belum meneliti apa yg membezakan fabrik ni dgn yg lain..cehh macam tom abg saufi.
azie-ko tunggu je. sikit ari lagi mesti ada. seluar renang!
atiqah-huhu harapnya begitu lah...penah tengok aizat masak nasi goreng kg dalam ketuk2 ramadan?
life-jgn ckplah. sapa2 jadi awek aku memang bertuah!
tempe-korang apa nak jadi? surau dekat je tapi pemalas masing2?
huzai-peh! itu dia...
art-di kg aku sukar jumpa belut dan lintah. maklumlah pantai barat semenanjung. pisang senang la jumpa.
tasik-owh macam tu ke? ha ha
daniel-tak de mananya. hitam. duk kg panas.
cimon-perut ko rabak tak? ha ha ha
rahimin-mana ada...dorang suka pakai nama sms skrg...penah dengar lagu sms?
rambo-parit raja bando beso siot!!!
kaii-ah..mana aku tau umah ko mana satu?
huhu..kalau takde baju aizat,baju fahrin ahmad..mesti ramai nak bli:)yuhuuu
kain aizat? heh heh heh
baju aizat takde lagi setakat ni.
baju hujan dah lama ada.
boleh pakai time hujan je
x biase laa bli baju atau kain tempatan ni..
slalu tempah kt Milan jer atau Paris...
malam raye ade lelong...haha..
ape la aizat,x bisa menarik perhatian makwe...gua dgr sudah ade baju kurung hujan atau bittersweet kegemaran lu ok ar tu kan..kan...
perut aku mmg da rabak pon...psl tu la aku n tempe tak dpt bergerak pas berbuke...hahaha(^v^)
(p/s: bile lg kite nak lepak Boarders same2? aku xde geng laa)
haha..
emmm. dok kampung memang best. suasan tenang.
tarawikh jangan lepaskan. setahun sekali bro. rugi tak dapat keberkatannya.
liyana-cis....fahrin dengan i bukan banyak sangat beza pun
maksu-maksu takde buat MLM kain raya?
poyotitos-hujan ke Hujan? he he
King-peh..sapotlah barangan tempatan king!ko tak berjiwa rakyatlah
apek-peh.baju cetak rompak tu. aku ada nampak kat parit raja. SAYA SAYANG MAK SAYA HA HA HA
Cimon-aku skarang tempah online je novel2 terlarang ni
tiung-ha ha
denanz-itu la pasal. berapa malam dah kao tuang terawikh? ha ha
aper ko ingat kain tu semua tempatan ker??
silap beb!!!!
kalau x dr Kemboja, dr Thailand...
KONFEM!!
Catat Ulasan