Isnin, 22 September 2008

Kisah Dari Desa: Jiran Bang Juna 1

Ada sebuah keluarga baru mengisi kekosongan rumah sebelah. Jarak hanya kurang 3 meter dari rumah aku. Mereka sepasang suami isteri serta seorang anak. Kanak-kanak yang dikatakan berumur 9 tahun itu tak bersekolah. Tetapi,dari susuk tubuhnya aku beranggapan dia berumur 11 tahun. Budak ini tempang. Kasihan. Dia tak tau membaca. Tak tau mengira. Tak pernah dengar mengaji. Lagi aku kasihan.


Aku tak tau pekerjaan sang suami. Aku agak kerjanya tak menentu. Kadangkala dia lebih kerap tidur di rumah. Aku dikhabarkan juga dia seorang kaki judi. Dia jarang berkomunikasi dengan keluarga aku. Lagipun dia tak pernah ke surau. Sekalipun tak pernah. Sembahyang Jumaat pun jarang-jarang.


Anak kecilnya itu aku gelarkan Ayie. Anak ini amat aneh. Dia berani menceroboh rumah aku. Dia berani menggeledah rak makanan dan peti ais kami. Tetapi tidak lagi kini. Setelah langkah-langkah pencegahan diambil oleh kedua orang tua aku.


Aku kira anak ini sentiasa kelaparan. Lepas bangun tidur, dia akan mengelilingi rumah aku. Mencari pisang atau apa-apa yang ada untuk ditelan. Kasihan. Pernah juga dia meminta pisang dari aku dan ayah. Malangnya. Hati kami sekeluarga sudah terluka untuk memenuhi permintaannya.


Saban hari dia memusnahkan tanaman orang tua aku. Ubi baru nak bercambah dah tinggal batas. Dedaun hijau yang disiram dan dijaga bertebaran di atas jalan. Putik-putik nenas dihumban ke dalam dalam parit.


Lagi. Apa pula perasaan kamu bila melihat anak seusia 9-11 tahun kencing dari tingkap? Kulit buah duku di baling ke jendela aku? Mengintai kamar aku? Cuba ‘hijack’ basikal nenek aku? Aku rasa orang tua Ayie terlalu sayangkannya. Orang kata, sayang anak tapak, sepak, terajang-terajangkan atau cucuh-cucuhkan api rokok. Tetapi itu semua tak pernah terjadi kepada Ayie.


Hari ini. Tengah hari. Bulan Ramadan. Ayah dengar orang sedang menyukat beras ke dalam periuk. Bunyi dapur gas di petik. Tak jauh dari rumah. Sebelah je. Kami sekeluarga tak hairan.


Sebelum ini pun. Di pagi Ramadan. Remang-remang tengah hari. Hidung kami selalu terhidu bau rokok. Kami sekeluarga tak hairan.


Semalam. Tengah hari. Bulan Ramadan. Dia merayu meminta pisang dari aku dan ayah. Setelah beberapa percubaannya untuk mencuri sesisir pisang mengkal di pondok kereta gagal. Tak diendahkan ayah. Akhirnya. Bungkusan sisa makanan sahur yang siap untuk dibuang di luar rumah hilang.

Burrrp. Ayie kenyang. Tak tau lah mak dan ayahnya kenyang atau tidak.


Ini baru hairan.

37 ulasan:

Unknown berkata...

ish manusia mcm mana ni? ini betul X-File...

Huzai Mansor berkata...

misterius sungguh.

Rahimin Idris berkata...

suspen la gua. ayie tu manimal ka?

l.i.f.e berkata...

uiksss...ini cerita apa ni bang juna.

betul2 ke eksen je ni

tasekM berkata...

anak itu mangsa keadaan...

Rajuna berkata...

kuih-apa kau ingat ni makhluk asing?

huzai-eh bukanlah. mastika sungguh!

rahimin-aku rasa ayie itu seorang anarkis kental.

life-ewahh..ingat cerita aku ni semua eksen2 ke? cih!

tasik-kesian....anak angkat pulak tu. nasib tak terbela.

yoshz berkata...

budak skinhead ni. mesti!
panggil mastika cepat.

dzul berkata...

ish..celaru sungguh..
mesti mak ayah kau tak selesa..
kau pun bengang je..nk marah kang jiran

cheryna zamrinor berkata...

best cite nieh...rase macam nak bace part seterusnye...
name hero nye pon ade style name abg siti nurhaliza...glamer sungguh...

boleh tumpang link kat me blog? nak masuk dlm blog list so dat nanti leh bace next story bout ayie?

Mak Su berkata...

buat muka tak malulah gi jenguk2 ayie dan parentsnyer, naper sampai jadi mcm tu?

Wardrobe kita berkata...

aku agak ayie tu monyet peliharaan pasangan tu la..apesal peberet dia pisang jeh kan? mkn sampah pulak tu..ish..aku nk join buat siasatan..moh moh..

Brader Black berkata...

Skang kat tivi 3 ade Jejak Rasul-Rihlah Ibnu Battutah.

Ape kate ko buat program yg sama, versi Batu Pahat.

Jejak Ayie-Rihlah Bang Juna

Ade chara x?

hegira berkata...

ala siannya. mungkin dia ada untuk uji kesabaran korang satu keluarga.. erm.

Bila Diary Bercerita berkata...

Cerita ini mungkin betul kerana ada orang yang mengalami masalah kemiskinan. Miskin harta dan juga miskin iman. Anak kecil itu perlu dididik oleh ibubapanya untuk menjadi manusia berguna. Tapi siapa pula yang nak mendidik ibubapa tersebut?
Akhirnya penyakit-penyakit sosial makin merebak.

Kalu cerita ini hanya rekaan? Bagus gak le sebab bule buat minda kita berfikir tentang nasib orang lain.

Airinar anastasia berkata...

lu pahal dh tak aktif kat blog gua?gua trasa ngn lu ni..tau tak..dh la balik johor tak sound..nak lepak char kuew tiaw pon dh takde geng

p/s: ayna fly 26..sila la bg amanah terakhir..haha

azie berkata...

ayie to posa!!

apek terror berkata...

lu g cek parent dia ade bela jembalang x?

::.. a t i q a h ..:: berkata...

Kesian kat Ayie. Cerita betul ye ni bang?

AL-BIMA SAKTI berkata...

makhluk jenis apakah itu..?

indah-chan berkata...

hurm. ayie mangsa keadaan. nape die tempang? takkan terlalu dimanjakan spi d biarkan berlapar?

tepon je majlis agama. report la. ckp makbapak rosakkan anak. da la xbwk g skolah. boleh sabit kesalahan tu kalo ikut akta pendidikan negara. hurmm..

susahla gni sbb mak bapak hanya pandai buat anak. aduhh.. ni kes parah. kalo mampu, sila rujuk kes ni ke pihak yg dipertanggungjwabkns spt jabatan kebajikan or jabatan org asli..erk! sbb gaya idup lebih truk dr org asli ni. hish3.

jabatan agama spttnya blh men pranan ni.. ku rs. aduhh.. shushah tol la.

nape mak bapak die cenggitu?? argghh [emo pulak!] haha

poyotito berkata...

gua syak ayie tu kena penderaan seksual la.
ke camna?

Yana Ismail berkata...

ish3..scarynye bang Juna;p

Rajuna berkata...

yoshz-budak skinhead pakai baju lambang kambing douh....

dzul-itu lah yang aku rasa sekarang. pening kepala aku.tiap hari kalau tak selak langsir rumah aku tak sah.

cheryna-ah..ye lah.ha ha.boleh-boleh. terima kasih :)

maksu-pendidikan bermula dari rumah maksu. kalau memang tak bley handle dari rumah macam mana tu?

qaseh-oi.dia bukan monyetlah. tapi perangai macam monyet. sebijik!

suparjo-ceh!apa kata kita buat rancangan masak-masak?!

alina-sabo je la.semalam pun dia baru cabut pokok ubi aku.

aishah-memang selalu aku reka cerita. tapi kali ni agak real.tepat sekali pemikiran engkau.setuju 200%! kalau dah dari akar tak betul, apa nak jadi pada pucuknya?

syore-kau ingat rumah aku internet tak putus 25jam ke?

azie-nak tak jadi kakak ayie?

apek-tak.dia bela jambang je.

atiqah-boleh dikatakan benar.

albima-tak tau la bang. hidup sekadar ingin menarik nafas kot.

valsa-hm.biarlah. hak masing-masing.mereka ada hujah tersendiri. diri sendiri. sendiri yang tentukan. tetapi bila sudah mencabuli hak orang lain. itu yang salah.

poyotitos-ish. takdela pulak aku dengo bunyi2 aneh!

liyana-dengan scary movie, mana lagi ngeri?

d.o.n.u.t.m.a.n.i.s berkata...

sadis!

siku lipat berkata...

tiba-tiba aku teringat cerita the omen 666

blackpurple @ jowopinter berkata...

Aku cadangkan kau mintak Rashid Sibir dramakan cerita kau ini. Mesti menarik!

Sweety Cutielady berkata...

apsal ayie asyik mintak pisang je eh?

t i u n g berkata...

uii.. lain macam tabiat ni..

Danielle_Corleone berkata...

haaa! ni misteri ni bang juna! hidup bang juna semakin diselubungi misteri.


psst..psst! bro gua baru order buku Screenplay filem KAMI dari Amir Muhammad. Limited Edition tu. hahahaha! buku tu editor dier AKAB.

cimon berkata...

Ooo...patut arr da taknak blk Kl..
sebok mlayan bdk sblh rupenye...
skrg nak praktis jd pgrh drama citer seram la pulak ek.
hehe (^v^)

Sang Pencinta berkata...

ermm salam ramadhan rajuna, aku rase ko sepatutnye memberi zakat kat jiran ko 2 xpon ko masuk kan dalam rncgn bersamamu ko bleh interframe jgk..mane adun daerah ko 2?xkan xbg derma smpai bdak makan sampah g2?ari2 masuk tv tp rakyat xterjaga

Mr Jagatraya berkata...

Sekali baca cerita macam Ayie ni anak kera je..Kalau manusia,biar betul ada yang perangai gini?

Si Jambi Darat berkata...

aku rasa ayie adalah seekor jin..

S.YanaZ berkata...

Agak2 Bersamamu nk kaver tak kisah keluarga Ayie nih, bro...?

FAZ berkata...

ayie adalah baka baru bg kategori pemimpin masa hadapan iaitu mampu hidup dalam apa jua keadaan.
mak bapak die mmg praktikal.

Suka Bebel berkata...

macam spesis monyet plak dah asik mintak pisang je.lenkali suruh dia mintak anggur ke strawberri ke baru lah best.ha ha

Rajuna berkata...

donut-bukan. sadus.

sikulipat-bukan blok 404 ke?

bp/jp-ha ha..rashid sibir orang batu pahat. betul ke?

cutielady-tak. semalam dia dah rembat ubi pulak. gerek.

tiung-ini yang spesel.

daniel-jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri dan mastika. ok cun.

cimon-ko pun tau aku memang minat seram2 ni.:P

jagatraya-aku sendiri konfius. tapi dia suka tengok karton.

si jambi-ha ha. mungkin jin tan manis.

s.yanaz-cekgu. ini penyakit malas. orang lain yang dapat akibat.

xfazx- ini lah yang kita cari! hu hu hu

bebel-ces. apa kau ingat johor ni tanah tinggi ke?