Jumaat, 26 September 2008

Kisah Dari Desa : Jiran Bang Juna 2

Aku jadi takut. Entah mengapa dia bersikap sedemikian. Sekitar awal tahun 2004 hingga pertengahan 2008 aku tak pernah sunyi dari surat dan pesanan teks ringkasnya. Kediamannya selang sebuah rumah dari rumah aku.


Sedikit masa dulu, ketika aku pulang dari surau aku sering terkejut. Helaian-helaian tebal terselit-selit di celah-celah motosikal dan skuter aku. Bait-bait rindu, keluh, kesah, tangis dan sayang tak pernah lekang dari tulisan tangan hodohnya itu. Pada mulanya, aku sangsi. Barang siapakah yang menulis warkah cinta sebegini. Lama-kelamaan, aku sudah mula mengesyaki. Bila pandangan matanya agak berbeza bila kami bertentangan mata.


Keadaan jadi semakin merimaskan ketika aku menginjak kaki ke kampus. Ada sahaja pesanan teks ringkas yang panjang berjela dikirimkan. Tak lain tak bukan menyatakan perasaan rindu dan kasihnya kepada aku. Persis orang yang bercinta Namun, percayalah sahabat. Aku tak pernah memaki dan membalasnya. Melainkan ketika telefon genggam aku dirampok tempoh hari. Maka aku terpaksa bertanya milik siapakah setiap pesanan ringkas dan panggilan yang diterima.


Beberapa ketika aku mendiamkan diri. Aku tak mengadu kepad emak. Aku tak mengadu kepada ayah. Aku kira aku boleh menyelesaikan sendiri. Aku pernah menunjukkan kepada Danial isi warkah kirimannya. Aku menjadi semakin tak keruan bila pulang ke kampung. Telefon aku dihujani mesej-mesej rindu dari dia. Betapa girangnya dia bila aku ada di kampung. Aku sering diintai ketika sedang bertelefon dengan teman wanita di halaman rumah. Mungkin cuba-cuba mendengar pebualan aku. Bayangkan, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, aku menerima mesej terus-terusan dari Batu Pahat sehingga ke Melaka. Gelodak jiwa aku tak dapat ditahan lagi. Tertekan.


Aku mengadu kepada Pak Itam. Bapa saudara aku. Seorang guru. Imam di surau. Berkahwin. Punya sepasang cahaya mata yang petah. Pak Itam hanya tertawa. “Engkau pun kena jugak? Aku fikir aku sorang yang kena!”


Aku mengadu pada Chunk. Adik lelaki aku. Lepasan SPM. Bakal menjadi jururawat. “ Engkau pun kena jugak?! Enn pun kena siak!” Jeritnya lagi. Enn dua pupu aku. Berkahwin. Punya seorang cahaya mata. Wajah persis Pasha vokalis Ungu. “Kau tahu sampai jam telefon Enn sebab mesej si badigol tu.” Jelas Chunk lagi.


Perbuatan Samsol menyebabkan aku takut kalau-kalau pesanan teks ringkasnya dibaca tiba-tiba oleh bakal pacar aku (ceh!). Mana la tau tak sempat padam. Pasti hatinya hancur. Harus bagaimana nanti aku akan menceritakan segalanya. Persepsi sang kekasih pasti berubah.


Aku mengerti. Mungkin keturunan aku ramai yang persis selebriti. Aku sendiri ramai yang mengatakan aku seperti Arash Mohamad. Hai. Entahlah. Namun, percayalah. Hati aku hanya untuk wanita.


Kerana.


Aku memang pencinta wanita (frasa ini hendaklah dibaca dengan sengau dan berlagu. Ah sendiri mau ingatlah lagu apa…).

27 ulasan:

tasekM berkata...

samsol? alahai~

dzul berkata...

silap kau kasi no h/p kat dia..kau jiran dia patut dah kenai perangai dia..

indah-chan berkata...

haha. samsol tu saket ke? sian sungguh. ke ko yg mula2 kasik hint kat mamat tu? oo.. xngaku la tu, mentang2 samsol tu laki!

erk!

haha. takpe. at least ade org igt kat ko. :D

cimon berkata...

aku rase ko silap cucuk susuk laa... camne nie... hehe (^v^)

l.i.f.e berkata...

isks kamu ni bang juna...ngapa punya jiran2 yang pelik2 sahaja ni? duduk di negeri buniah ke?

kamar hati berkata...

selamat hari raya...
semoga ceria sentiasa... (",)

yoshz berkata...

Okla tu. Ramai org cakap aku mcm Jehan Miskin. Jom buat album?

Rahimin Idris berkata...

cilakak! itu hari dzul cakap aku macam duta. aku ingat duta saudi arabia ke. rupanya duta Shiela On 7. hak ptui!!! aku tak setuju!!!

Brader Black berkata...

Anuuuu,

ko idaman gay ke bro?


Slamat Hari Raya.

A t i Q a h berkata...

ish ish ish...
pelik2 jiran bang juna ni yeh.

AL-BIMA SAKTI berkata...

AKU PUN BEGITU
HATIKU YG SATU
HANYA UTK WANITA ITU...

FAZ berkata...

lu slalu ke klua jln sne sni mlm2 pki mekap tebal2 pastu pakai pakaian xkena jantina smpi dia mnt sme lu??

Danielle_Corleone berkata...

dia kacau lu lagi ka? haha.

H berkata...

heh.
=)

Unknown berkata...

cerite rekaan ka?

Suka Bebel berkata...

samsul? bukan samsu kah?ha ha...nasib ko la bro! jaga jaga sebelum peristiwa berdarah melanda.ha ha

Unknown berkata...

aku ada buat iklan raya..
kalo ada masa bacalah blog ku..
tajuk post":
Tadi Aku Terdengar Perbualan Radio


selamat hari raya

apek terror berkata...

arash mohamad..murahan jek yea...

Nisa Awesome berkata...

adohai.
bukan sahaja idaman wanita dia nih.idaman jejaka juga rupanya.haha

poyotito berkata...

jambu betul lu ni sampai jadi idaman gay

Yana Ismail berkata...

Arash muhammad?uhuhu..napa bukan fahrin ahmad bang Juna?huhu

Slamat hari raya,maaf zahir batin...

nak duit raya?uhuhu..nakkkk

Sang Pencinta berkata...

ermm cian ko nasib ko same jek ngn ayah pen..hahha..selamat hari raye..uma ade buat open house dtg la

Huzai Mansor berkata...

Aku teringat tajuk drama :Jangan Main Belakang.

Eh, terkeluar tajuk ke? Sipi-sipi kot. haha.

Letting the time pass me by berkata...

Bersempena dengan kedatangan Bulan Syawal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca blog yang budiman jika terdapat sebarang kesalahan atau tersinggung kata. Almaklumlah, kekadang tu bila beri komen tu tak toleh kiri kanan. Diharapkan kedatangan bulan Syawal kali ini akan dipenuhi dengan keberkatan dan keinsafan....

Rajuna berkata...

tasik-nak watcamna lagi kak?

dzul-aku baru dok kat kampung tu mana tau macam2?

valsa-iyo la tu!

cimon-khurafat!!

life-haish...! buniah ke bunian?

kamar-terima kasih. mudah-mudahan

yosh-maksud ko album gambar ke?

rahimin-ramai orang cakap macam vocalist morbid angel

suparjo-idaman para biseksual kot? ha ha ha selamat hari raya!

atiqah-nak jadi jiran bang juna tak?

albima-sama la kita, er playbot ke? ha ha ha

xfazx-from first to last, showbred pun pakai make up apa?

daniel-setakat ni dah tak

cikenit-hek eleh, nak cubit?

iberahim-tak. serius!

suka bebel-oit oit,,...jgn sebarang cakap, ha ha ha

apek-aku memang berjiwa melayu deli

poyo-tengok sendiri baru tau.

liyana-bang juna tak kerja lagi. kalau tak boleh la kita lepak bangsar.

tempe-cantek!

huzai-oi oi oi! nak kena tahan tanpa bicara ke? ha ha ha

letting-sama2..:)

Wardrobe kita berkata...

eheh..ko ingat artis tu glam ke..dapat title muka mcm artis pun da bangga..haha..

citer ko ni btl ke?pelik la..

Yana Ismail berkata...

Tunggu Bang Juna kejela, ok;)?