Isnin, 30 Jun 2008

Thrash Hardcore Desa Yang Penuh Persoalan

Malam semalam. Aku pergi ke studio. Bermuzik. Bersama teman lama. Seleksi lagu-lagu keras ala migrain menjadi pilihan. Buas.

Berdua. Sudah cukup menambah kehangatan malam. Dua pemuda tak berbaju. Peluh tak lagi malu dengan penghawa dingin.


Tekak tiada rasa silu. Jerit. Mengaum. Mesra. Gitar bingit menghiris telinga. Distorsi di tahap maksima. Paluan gendang menggila. Solo berterabur. Ketukan menghambur. Langsung tiada melodi. Hanya kemarahan. Kemarahan. Kemarahan. Menjerumus kepada kekecewaan. Sesekali Man Dawai tertinggal di balik ketukan dram aku. Bukan sesekali sebenarnya. Hampir kesemua lagu.


"Kau ni dah kenapa?" Man Dawai graduan UTM bertanya. Muka mencuka. Mengetap bibir. Menyerlahkan muka tua tak laku kahwinnya. Macam anak dara terlajak usia.


"Betul ke Man baca NST senang dapat kerja?" Tanya aku sambil menggali hidung dengan menggunakan kayu dram.


"Ok Juna. Next cover song dari Anjing Tanah. Budaya Timur Harus Mati. Ingat lagi lagu ni? Jangan off beat lagi. You dont belok-belok. Dont belok-belok. Straight je," Pesan Man Dawai.


Lagu berkumandang. Laju menderu. Peluh berjurai. Meninggalkan aku dalam persoalan demi persoalan. Kami harus cepat. Kami harus melajukan tempo 2 kali ganda dari kebiasaan. Kami mahu cepat. Esok pagi Man mahu bangun awal.

Ke pejabat.

Bersama sabit dan gerabak sawitnya.

Sabtu, 28 Jun 2008

Sambil Membaca Sambil Mendengar Bosan Di kata, Nyanyi Bersama



Yael Naim (France)
New soul

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit bout how to give and take.
But since I came here,
Felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake

la-la-la-la-la-la-la-la...

I'm a young soul
In this very strange world
Hoping I could learn a bit bout what is true and fake
But why all this hate?
Try to communicate
Finding trust and love is not always easy to make

la-la-la-la-la-la-la-la...

. . . . . .

This is a happy end
'Cause you don't understand
Everything you have done
Why's everything so wrong?
This is a happy end
Come and give me your hand
I'll take you far away

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit bout how to give and take.
But since I came here,
Felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake

I'm a new soul... (la, la, la, la,...)
In this very strange world...
Every possible mistake
Possible mistake
Every possible mistake
Mistakes, mistakes, mistakes...
Take take take take take... take a mistake
Take, take a mistake
Take, take a mistake
(oh oh oh oh...)
[fade out]
(oh oh oh oh...)

Warkah Ringkas dari Desa

Hari ini sudah 4 hari aku di selatan. Aku sudah hilang motivasi. Aku mahu menghabiskan wang simpanan aku. Bosan. Sesuatu yang telah melanda. Mujur, ada beberapa keping cd yang mengandugi ribuan fail mp3 telah berjaya aku bawa pulang dengan selamatnya. Mujur juga ada tiga biji buku yang tak habis di baca.

Baca sambil dengar lagu. Lentok di atas bantal. Tidur. Esok cari bahan bacaan baru. Atau, aku selongkar gerobok buku itu.

Apa lagi yang aku nak harapkan? Tiada.

Baki pulsa dalam ponsel masih berbaki RM 5. Tak habis. Lebih baik aku letakkan ponsel ini jauh-jauh dari pandangan. Agak-agak baki kredit ini boleh ditukar kepada tunai boleh ke? Kalau boleh, kan bagus. Boleh dibuat tambang bas ke bandar. Skuter aku. Isi RM 10 tak penuh tangki. Hehehe.. Lawak seh. Aku ketawa terbahak sakan dengan atendan pam minyak. Langsung aku mintak nombor ponselnya. Boleh ajak jalan-jalan pasar lambak hari Jumaat.

Cun. Negara ini memang cun. Langkah dan dasar yang diambil memang bagus sangat. Aku gembira dengan perkembangan terbaru. Wow. Indahnya Malaysia. Yay! Kalau lah aku menyahut seruan-seruan di koran atau di televisi. Aku yakin sangat. Tahun depan aku boleh menunaikan haji. Koran perdana itu satu hari 17 kali aku tatapi. Aku mengukir senyum.


Jimat! Efisien! Bravo! Bravo!

Aku angkat tangan, senyum muka pada pakcik-pakcik, mbah-mbah, wak-wak dan lek-lek yang selalu lepak di bilik gerakan dan orang-orang kuat pertubuhan gedegung-gedegang.

Semua buat tak kenal. Tengok pelik.

"Wak, lu jangan ingat gua pakai baju tengorak, dalam tengkorak gua tak de otak..bley? Lu ingat dengan menunggang skuter bercorak kartun ni gua tak sematang anak lu orang yang kawin awal dan gaji hanya pat lima ratus tu? Lu ingat rambut gua panjang gua rempit ke wak? Binawe lu. Sekali gua jadi pemuda umno karang baru lu tau!"

Aku marah.

Apa, hina sangat ke gua balik kampung ni? Apa gua ni membawa kepada masalah sosial di kampung ini ke apabila gua bawak members gua dari pekan sambil membawa gitar terjerit-jerit tengah malam? Lu orang bley plak dengar Inul? Cici Faramida? Trio Macan? Atau lagu-lagu seperti Jablai? Bang Toyib?

"Lai lai lai lai.. panggil aku si Jablai. Abang jarang pulang, aku jarang di belai..." Boley?

Atau

"Bang Toyib, Bang Toyib..kenapa tak pulang-pulang, anak mu, anak mu rindu ingin bertemu, iiihhhhhhh," Ha? Macam mana?

Aku senyum simpul wak-wak, mbah-mbah dan lek-lek di kampung. Lantas aku bersimpuh. Lagak gadis desa yang masih belum tercemar kedaraannya (Tapi ada yang lagak suci, sebenarnya lagi hampas dari perempuan bandar~Hi Syerry!).

"Wak, lu nampak jari tengah gua ni?"

Selasa, 24 Jun 2008

Siri Cerita Dalam Cerita

I. Inspirasi (1)


Suara gemersik yang diiringi petikan gitar. Asyik. Di hujung pentas sana. Cahaya suram menghangatkan mood malam minggu. Di sebelah kanan, senior di kampus sedang bermesra dengan teman wanita. Sang gadis hanyut dalam pelukan hangat si teruna. Asap rokok berkepul-kepul disekeliling aku. Bau minuman beralkohol menyusup tajam ke dalam rongga hidung. Masam. Tempat begini. Memang itulah penyerinya. Tetapi tidak bagi aku. Tersandar malas di atas sofa lembut. Itu aku. Mata tertumpu pada gerak gemalai sang empunya suara gemersik. Seksi. Sayup di belakang. Tukang pukul. Er...bukan kaki pukul. Maksudnya, si pemain gendang. Lincah.


"Someday, you will be like him," bisik seorang rakan. Dari Johor. Sambil matanya tertumpu pada si pemukul tadi.

"Ah. Aku bukan profesional. Main suka-suka. Orang kampung. Takkan nak main macam tu. Kau gila." Kata aku separa menengking.

"Go get him. Salam dia. Ambik berkat."

"Hahaha. Macam tu ke petua dia?"

Macam biasa. Lepas habis show. Akan ada adegan salam-salam. Puji-puji. Aku? Terjelepak malas di atas sofa. Malu. Segan. Kurang berkeyakinan untuk bergaul dengan mereka yang baru aku jumpa. Walau pun pernah bersua. Barang sekali dua.

Di lain malam. Di warung mamak. Sekitar Petaling Jaya. Aku dengan si junior kampus. Menikmati makan malam yang ala kadar.


"Abang Juna. Kau keras hati sangat," kata si junior. "Sampai bila nak macam ni? Kau tak boleh macam ni bang. Jangan cuba nafikan perasaan. Kadang-kadang kita kena buang ego untuk dapatkan sesuatu yang kita mau. Teruk perasaan kau nanti."

Aku terus menikmati makanan. Sambil tersenyum.

"Apa sangatlah yang ada pada aku. Aku tau sapa aku. Aku tak rasa aku ego. Cuma ini adalah prinsip hidup. Aku tak mau hilang kehormatan. Biarlah berpijak pada bumi yang nyata."

Dia meletakkan sudu nasi lemaknya. "Kalau suka, cakap ajelah. Kalau nak, katakan. Berusaha. Hehehe.. Boleh tahan ke macam ni? Sampai bila?"

Aku senyum sambil menghancurkan butiran nasi menggunakan gigi geraham kanan.

Dan

Hati kecil berbisik,"di kampung sana, ada dua orang tua yang perlu di bela nasibnya."

Ke-tidak-yakin-an?

Suku dari perasaan itu. Entah.

Kecil sangat rasanya kalau nak dibandingkan dengan kamu. Umpama sebutir pasir di kaki. Mungkin. Apa sandarannya?

Aku

Perlu

Inspirasi

Tetapi

Bukan dari kamu. Yang bermegah diri.





II. Inspirasi (2)

Anak remaja zaman sekarang bukan macam dulu. Zaman aku. Cukup sukar menggali muzik dan latar patah perkataan di balik irama yang terhidang. Aku cukup terinspirasi apabila ada bait-bait kata dalam lirik lagu yang mampu memberikan satu suntikan dalam diri. Membuatkan aku lebih bermotivasi. Rasa ingin tahu, rasa ingin belajar sentiasa membuak-buak.

Jarang sekali aku dapat menghadirkan diri dalam acara-acara bunyi-bunyian. Maklumlah. Bersekolah. Belajar. Kewangan tidak menentu. Ada tak ada, duduk di rumah dan menulis untuk mendapatkan koleksi kegemaran. Sama ada dalam bentuk bunyian atau bahan bacaan. Setem pun aku kitar semula. Bubuh gam kat atas. Myspace jauh sekali. Paling maju pun, ada email. Bersua muka dengan koresponden, apatah lagi.

Anak-anak remaja sekarang beruntung. Internet dah meluas. Senang. Dengan sekali pelayaran, segala-galanya boleh berubah. Tak hairanlah kalau di acara gig kebelakangan ini dipenuhi anak-anak sekolah atau lepasan sekolah.

Aku tidak pernah memandang sinis kepada mereka. Budak-budak biasalah. Macam-macam la perangai dia. Over pun ye jugak, haha. Dulu kita pun macam tu kan? Aku seronok tengok budak-budak ni. Tak kira la di majlis marhaban atau apa. Tanpa budak-budak majlis itu akan hilang serinya. Bayangkan kalau di satu majlis, hanya ada orang yang sebaya atau dewasa. Pasti membosankan kan?


Bermula dari titik itu lah, aku tidak pernah kisah bergaul dengan anak-anak sekolah, lepasan sekolah atau yang lebih muda dari aku. Ada yang mengatakan aku tak sedar diri. Bercampur gaul dengan budak-budak. Jadi kau mahu aku jadi dewasa? Buang masa terhegeh-hegeh cari isteri? Terhempap-hempap memikirkan hutang? Fikir tentang duit, duit, duit, duit? Masa hilang, badan letih, duit ke mana?

Tanpa mereka yang muda, jadi tiadalah penerus tradisi. Mereka penyeri. Penuh semangat dan sangat bererti. Kalau betul cara dan didikannya, anak-anak ini akan jadi jauh lebih kreatif dari kita. Keupayaan mereka usah kita pertikaikan. Senioriti bukan segala-galanya bagi aku.

Aku bosan. Sekiranya asyik bercampur dengan mereka yang sebaya. Pemikiran jadi tepu. Tak bergerak. Kalau di usia aku. Tak ada benda lain yang nak di cerita. Kerja, gaji, pangkat, eksekutif sana, eksekutif sini, awek, kawin dan kereta. Bosan. Bosan tau? Otak tak berkembang. Kepala jadi pening. Rambut jadi gugur. Dahi berkedut. Jadi tak seronok.

Kehadiran budak-budak menceriakan hidup aku. Mewarna-warnikan hidup aku. Kisah-kisah yang mereka ceritakan kepada aku, kerapkali mampu mengukir senyuman di bibir aku. Gelak tawa bersama umpama penawar kekosongan yang menyapa.

Macam kat blog ni. Ada yang tanya masa "Hari Bertemu Pelanggan" di warung char kue teow Kerinchi tempoh hari(beberapa minggu lepas). "Apsal budak-budak ramai komen kat blog kau?" Tanya salah seorang pelanggan. "Biarlah diorang. Diorang cool." Aku jawab.

Budak-budak semua, biar apa diorang cakap. Korang lepak sini sudah. Dengan aku takde hal punya. Kita boleh sembang punya. Lepak, minum-minum pun takde hal. Jangan ajak aku hisap rokok dan minum tuak sudahlah.

Lagipun, korang macam camouflage bagi aku.

Sebab,

aku akan nampak lebih muda.

Budak-budak sekalian. Aku suka korang. Inspirasi aku.

Kalau ada masa. Ajak aku lepak dengan korang. Boleh? Baru gerek macam ni.





Haha.

Jumaat, 20 Jun 2008

Kita adalah Wajah Drama Kita (Sekali lagi disentap aura seri)

Aku memang suka menonton drama melayu. Apa lagi yang boleh aku buat di masa-masa begini. Saat-saat lapang. Memang sesuai untuk berehat. Menenangkan fikiran. Damai. Apa yang aku dapat simpulkan setelah berkoyan-koyan drama melayu, memang tepat lagi sahih. Drama kita wajah kita. Sebab tu kita selalu berdrama. Kerana sebahagian hidup ini sememangnya satu drama. Kehidupan yang harus diteruskan. Ada serunya, ada komanya dan ada noktahnya. Seperti kebanyakan kita. Engkau, dia dan aku pasti mengalami tidak banyak sedikit babak dalam drama kan? Setelah dipantau, beberapa babak penting selalunya ada di dalam drama melayu.

BABAK 1
Biasanya akan ada babak di mana dalam satu keluarga, ada yang bekerjaya. Biasalah, bila bekerjaya, mesti ada maid. Nama maid mesti lebih huduh/ketinggalan zaman berbanding tauke dan keluarga. Mak Jah, Mak Peah, Mak Kiah (hahaha. Jangan kecik ati pulak Kiah ooii), Mak Munah akan menyediakan sarapan bila waktu pagi. Roti bakar dan tak bakar yang disusun baik punya ala menara berpintal. Atas meja makan pasti ada susu, air oren dan kopi. Tak lupa buah-buahan. Maklumlah, amalan budaya sihat. Melayu mana ada makan nasi lemak, bee hoon berminyak, sotong sambal dan roti tampal pagi-pagi kan? Kelas. Keadaan kelam kabut sikit. Anak sibuk kejar bas sekolah, makbapak sibuk dengan briefcase.
Dialog 1
Mak Jah : Puan, sarapan saya dah sediakan.


Puan Sherry: Takpe la Mak Jah. Saya sibuk. Ada meeting(Minum air oren je. Pastu lain terkangkang atas meja, bley? Anak-anak pun tak sarapan. Apa daa)



BABAK 2

Biasanya akan ada babak di mana boyfriend sembang dengan girlfriend yang suka merajuk. Bukan main lagi pujuk kat restoran mahal atau hotel waktu lunch. Siap pakai suit, tie sumer. Bergaya. Siap bawak briefcase bagai. Peh. Beb, waktu lunch diorang cuma minum air oren atau air tembikai je tau. Lagi pula, tak ada ais. Wah, jaga suara ke bos? Tak ada masa nak makan berat. Malam nanti dorang baru melantak dengan family di rumah diketuai bos rumahtangga merangkap bos di pejabat.

Dialog 2
Girlfriend : Kalau macam ni la gayanya, lebih baik kita berpisah! You langsung tak pedulikan I. Asyik kerja kerja kerja!!! I bosan.

Boyfriend : Sayang, jangan la macam tu(sambil pegang tangan perempuan.) You tau kan, syarikat ni ada 654 anak syarikat (mak, ai). Jadi I sentiasa sibuk. Inak You faham. I buat ni untuk You. I sayangkan You. Kita kahwin (Senangnya kau cakap?!)?


Girlfriend : Ah sudahlah (perempuan bla. Air tak abis. Peh, ni cam ne ni?)!


Boyfriend : Sayang, sayang, sayang (bla jugak. Kejar awek, ni bil sapa bayar ni?)!!!


BABAK 3

Hari minggu. Anak-anak dan keluarga biasanya ada di rumah. Tapi macam bapak kau, bapak aku dan bapak dia. Bapak kita hari minggu mana ada kat rumah. Kalau ada di rumah, lu memang bukan melayu dan lu langsung tak drama. Ibu pula mestilah dikalangan datin (pakai tudung jambul unta). Ya, datin mestilah ada persatuan, dol. Lokasi adalah seperti yang di sebut di dalam dialog.

Dialog 3

Anak: Papa mana mama (sambil gosok mata. Baru bangun tidur. Sure terlepas subuh)?


Mak : Ke mana lagi hujung-hujung minggu ni. Main golflah dengan Tan Sri Nyet (Perghhh, macam gua sebijik!)


Atau,


Anak: Mama, nak kemana?


Mak : Mama ada mesyuarat persatuan dengan Datin Rozy kat Paris. Please take a good of yourself honey..Daa (lambai ala ratu dunia, bley?)




BABAK 4

Babak paling penting sekali adalah babak pejabat. Beb, mana ada orang melayu main MLM sekarang ni? Mana ada orang melayu jual kuih tepi jalan dan lari lintang pukang bila nampak DBKL? Melayu sudah berubah. Hampir 80% drama melayu menunjukkan orang melayu sudah ada syarikat sendiri dan besar-besar belaka. Sering saja ada pertikaian dan perebutan jawatan. Maju Holdings, Cempaka Jingga Berhad dan segala macam nama yang merangsang nafsu jobseekers macam haku ni! Keuntungan dan segala bagai sembang tak ada sebut singgit doringgit, doh. Dialog biasanya macam ni;

Dialog 4

Bos : Syarikat telah berjaya mendapat tender bernilai 59 bilion, hahahahaha


Anak buah: klap klap klap klap (tepok tangan. Dungu. Tak ada pengumuman naik gaji pun?)


Atau,


Bos (bercakap dalam telefon): Apa?!!Syarikat kita baru kerugian 60 juta (terkezut, mak!)? Tapi takpe. Anak-anak syarikat kita mampu menampung kos kerugian(boley, camtu? Tenang gila.).




Sampingan

Bila dah bisnes besar takkan pakai Wira Aeroback tahun 95 beb? Orang melayu sekarang (seperti dalam drama) pakai paling cikai pun BMW(bukan tahun 80 an punya). Mesti pakai kereta mewah tak ingat. Macam kau, aku dan kawan-kawan kau jugak kan? Sama la tu. Perlu diingat rumah di dalam babak cerita urban biasanya takde yang rumah 2 bilik atau pangsapuri DBKL macam di Kerinchi atau Pantai Dalam. Mesti grand gila. Watak kerja kerani, tapi lu orang kena ingat. Gaji diorang bukan calang-calang beb. Kadang-kadang ada gak babak kelab malam. Orang melayu smart beb, pergi kelab malam. Pakai blazer bagai. Peh. Sentap, mak tengok drama-drama melayu ni.


Betul-betul drama kita wajah kita kan?



(p/s: Bila nak ada cerita pasal kehidupan kerani bank oi? Ke cerita graduan menganggur ke? Penternak jaya ke? Pasangan kahwin muda ke? Penjual air tak masak ke? Baru la aku bermotivasi sikit.. Apa daa. Asyik citer orang kaya je? Siang malam pakai blazer, apa barang?)






Khamis, 19 Jun 2008

.....Dan Hujan Renyai Yang Menjadi Memori Antara Kita

Beberapa hari aku tak bekerja. Kebosanan mula menghimpit. Sunyi. Sepi. Tak berpeluh. Tak produktif. Keadaan sejuk diakibatkan hujan beberapa hari di Kuala Lumpur menambahkan lagi rasa kosong hati ini. Lewat petang, barulah apartment ini diisi manusia.


Kesepian aku tak lama. Kehadiran teman-teman di sisi membuatkan kesepian aku terbang melayang.Kini aku percaya, Kuala Lumpur takkan pernah sunyi. Biar dijengah dinihari.


Hari Selasa. Aku terbaring di riba Ana. Setelah pulang dari makan tengah hari di Kampung Baru. Aku sayang Ana. Dia bukan seperti rakanita aku yang lain. Dia sangat memahami aku. Ya. Dia kenal aku. Seorang lelaki kampung yang sukar membuang identiti kekampungannya. Seperti biasa. Dia bukan kekasih aku.


“You kan ada kuliah pukul 2.30 nanti?” Sapa aku setelah hampir 15 minit kami menatap monitor iMac aku. Tanpa sebarang kata. Sekadar menonton Nanny’s Diary.


“I malas nak pergi.”


“Suka hati You lah.” Jarang benar aku menerima alasan malas dalam apa jua hal. Tapi lain benar pada hari ini. Aku seolah merelakan seseorang menggunakan alasan malas. Mungkin kerana keinginannya meluangkan masa dengan aku.


Sesekali Ana mengusap rambut aku yang kian panjang. Tak terurus. Menyisir-nyisir mesra. Kadang-kadang tersenyum. Entah apa yang difikirkannya. Apa yang penting aku mesti halau dia dari rumah ni sebelum pukul 5. Si Tempe biasanya balik pukul 5. Mampus kalau dia nampak aku dalam keadaan begini. Jarang benar aku muncul dihadapan rakan serumah bersama teman perempuan aku yang tak berpakaian sempurna. Jadi, aku lebih selesa menyatakan pada mereka aku kurang mempunyai teman perempuan. Seksi, itu Ana.


Hembusan asap rokok bertali arus dari bibir munggil Ana menyesakkan nafas aku. Tapi ini bukan alasan untuk aku memutuskan hubungan aku dengan Ana. Aku capai telefon Blackberry Ana. Aku ingin ajak dirinya berbual. Agar rokok terlerai dari bibirnya. Lalu, aku buka peti mesejnya. Aku dan Ana. Bagaikan tiada lagi rahsia. Biarpun tiada apa yang istimewa. Antara kami.


“Ini siapa?” merujuk kepada nama Hisham di kotak mesejnya. Aku buka. Isinya. Ayat tipikal lelaki melayu baru mengorat. ‘Samekom/a’kom..Katne tu? Watpe tu? Dah makan? Awak ni cute ar.. Awak dah ada bf lom?’ Aku menghela nafas. “Jantan bangsat.” Dalam hati, aku berkata.


“Oh. Hisham? I jumpa masa kuliah subjek luar fakulti. He can’t take his eyes over me You know? I feel like..uww.” Gedik. Menyampah pulak aku tengok Ana ni bila bercakap pasal lelaki. Cemburukah aku? Ah, mana mungkin.


“Ini pula siapa?” Tanya aku lagi. Merujuk kepada nama James. Ayat-ayatnya dalam kotak mesej itu berbaur separa lucah. Macam dalam cerita mat saleh. Nak ajak ‘one night stand’. Faham sangat.


“Oh. James? Ahaha. He’s from Africa. Dia ni lucu tau. Ada ke dia cakap shape badan I macam Angelina Jolie? Hello…I macam Zila Bakarin, occay? Hahaha..lucu kan? Oh, by the way I jumpa masa kat club minggu lepas, “ jawabnya sambil ketawa terkekeh-kekeh


“Bodoh punya perempuan. Ini mesti sindiket ntah apa-apa ni. Ini lah dia. Pikir sweet lah. Lucu lah. Kalau dah kena baru tau. Tak serik-serik. Apa, ku ni tak cukup lucu ke?” Bisik hati aku.


“Ini siapa pulak?” Merujuk kepada barisan ayat yang menunjukkan kematangan. Dipenuhi bahasa-bahasa intelektual. Sesekali ke arah korporat. Bahasa melayunya juga tersusun. Kadang-kadang ada frasa gurauan berdasarkan skill-skill permainan golf. Hmm..Jarang ada lelaki melayu muda sebegini.


Dalam nada yang lebih lantang, dia menjawab. “Hey..! He is R. A. J. U. N. A.!!!! Siapa tak kenal kan? Rajuna. Very very deh nice man ever I met. Hey hey hey…” Sambil kedua belah tangannya mencubit pipi tembam kanan dan kiri aku.


“WTF?!!!!” Aku mula mendidih. Darah menyirap limau. Menyambar urat-urat amarah aku. Panas. Menggelegak.


Aku bingkas berdiri. Ana mula terkedu. Aku cekak pinggang. Mata Ana memandang tepat ke arah mata aku. Penuh makna. Lirikan matanya juga singgah pada telefonnya.


Aku tak ambil masa yang lama. Aku lemparkan k telefonnya ke dinding.


Berderai!!


“Baby!!!” Jerit Ana. Spontan.


Aku tenung mata Ana yang berair di kelopaknya. Lantas, aku ungkapkan,


“I am a boy, bodoh.”

Selasa, 17 Jun 2008

Mak, di tag? Merembes!

Aku di tag? Auww. Macam nak luruh jantung ni. Terharu. Dag dig dug di buatnya. Ahai, macam Haiza lah pulak kan? Tak koser. Apa pun cek Huzai, dengan lafaz Bismillah saya menjawab tag anda. Ihiks.. Berikut jawapan-jawapan yang telah diberikan. Layan, zasssss ;

7 Fakta Tentang Diri

  1. Aku berasal dari Batu Pahat, Johor. Jadi apa ada hal kalau kau nak gelakkan aku jawa?
  2. Wajah tak seiring dengan usia. Serius. Ramai yang cakap gitu. Mungkin inilah punca mailbox/kotak komen myspace aku dipenuhi utusan anak-anak seusia 14 tahun hingga 18 tahun. Kehkeh
  3. Aku perokok sejak di zaman sekolah. Hanya merokok rokok buatan Indonesia. Tapi sekarang tak merokok. Berjaya. Setelah 2 atau 3 kali percubaan!
  4. Aku bukan pencinta sesame jenis. Kau orang ni dah kenapa? Tengok gaya aku macam gay ke? Abang-abang macho kat luar tu yang patut kau ragui.
  5. Aku rajin mengemas. Tapi bila makhluk satu ruang dengan aku malas, aku jadi malas. Mana boleh tahan beb. Asik gua je mengemas. Apa lu ingat gua tukang gaji?
  6. Cabut dari Universiti Teknologi Mara cawangan Segamat sekitar tahun 2002. Bosan. Tak bebas.
  7. Penuntut Universiti Malaya dari 2004 hingga 2007 . Baru abis belajar (ada kerja kosong?)

7 Lagu Buat Masa Ini

  1. First Base-Reach Out
  2. Balboa-Dues Ex Machina
  3. Enoch Ardon-Cuando Estaba Muerto Los Pajaros Se Posaban Sobre Mi Nariz
  4. Throwdown-Step it Out
  5. Utarid-To Kill and To Heal
  6. Archer In Jeorpardy- Whiskey Waltz
  7. Adorno-Writing script for dream

7 Perkataan Selalu Sebut

  1. Ya rabbi
  2. …..siak!
  3. Giler ah weh!
  4. Perghhhhh!
  5. Sentaps la.
  6. Macam haram
  7. Beb

7 Perkara Amat Bernilai

  1. Pegangan/prinsip
  2. Keluarga
  3. Rakan
  4. Perasaan
  5. Tubuh badan
  6. Kesempatan/masa

7 Pertama Kali Dalam Hidup

  1. Kena tag
  2. Masuk kelab joget India kat PJ. Dah terbakar pun kelab tu. Terbakarlah jua kenangan di situ. Sadus!
  3. Main bongo di khalayak ramai dalam Festival Seni Universiti Malaya masa tahun satu (aku benci binatang ni. Tak cool langsung. Hancur imej hardcore aku. Cis!).
  4. Ada baju pink masa tahun dua di UM (mula-mula orang kutuk. Lepas tu jadi fenomena. Sorry ye. Pengetahuan fesyen saya lebih kehadapan berbanding kamu. Blueek!)
  5. Keluar dating pukul 4 pagi sewaktu tahun satu di kampus. Amacam? Romantis? Jangan jealous.
  6. Berbual mesra dengan seorang perempuan selebriti filem tempatan di sebuah hotel sambil minum teh. Dipandang dan dicemburui rakan sepejabat. Dem. Tak sempat mintak nombor telefon. Terlalu leka berbual.
  7. Kontrak kerja tak boleh diperbaharui. Aku tak ada kerja sekarang. Sekian.

*Perkara yang menakutkan aku tak mau jawab. Nanti kau semua ketawakan aku. Hahaha

Ahad, 15 Jun 2008

Ni Nak Tanya ni, bley?

Malam tadi. Budak-budak rumah aku kepoh. Semua tutup lampu bilik. Ni nak tanya ni, apahal kan? Senyap. Berdiri menghadap ke luar rumah. Rupa-rupanya semua berpakat mengintai dari tingkap dan grill tingkap. Ada perempuan menyusukan teman lelaki dalam kereta Kelisa, bley?

Beberapa minggu lepas. Aku dengan Afdlin Syaukem a.k.a Norden baru balik beli nasi kukus. Lepas maghrib. Waktu orang balik kerja. Orang lalu lalang. Ada satu kereta Persona di kawasan pejalan kaki berhampiran rumah aku. Aku pun teruja la sebab teman wanita "tak jadi sebab takut nak cakap" aku di kampung pakai kereta ni. Ada pasangan melayu Islam hadhari di dalam. Siap bukak lampu dalam kereta. Baguslah. Mahu mengelakkan syak orang-orang bermulut celupar. Sekali dia peluk arab dalam situ daaa. Melekat. Ni nak tanya ni, bro. Bro sorang je ke mampu ada pakai Persona dan ada awek bertudung hadhari? Apa ingat keadaan gua yang sangat rock gini tak mampu ada awek pakai tudung ke, bro? Jangan. Jangan cabar. Meletops!

3 bulan lepas. Semua budak rumah aku berdiri di sliding door. Menghadap cahaya matahari petang tetapi kepala tunduk ke bawah sambil mencekak pinggang. Ni nak tanya ni, apahal kan? Oh, menyaksikan perempuan senam tengkok di riba seorang lelaki dalam kereta merah. Bley?

Beberapa bulan lepas. Masa mula-mula masuk rumah di tingkat satu ini, pada satu malam. Padamkan lampu ruang tamu. Semua jadi kombat di balik balkoni. Meniarap sakan sambil terhendap-hendap. Ni nak tanya ni, apahal kan? Semua pakat menantikan aksi panas pasangan berpimpin tangan ke belukar di luar pagar. Ni nak tanya ni, apahal pergi tempat sarang anjing malam-malam begini? Mahu curi anak anjing kah? Mentang-mentanglah anjing ini pergi mencari rezeki di malam hari kamu mahu ambil kesempatan? Tapi perempuan itu bertudung. Takkan dia mahu menjadikan anak anjing sebagai haiwan peliharaan di malam-malam begini. Ok. Kita tinggalkan persoalan di sini. Bley?


Ni nak tanya ni...Cerita apa pulak lepas ni, bley?

Rabu, 11 Jun 2008

Hati Lelaki Ini Tersentuh Apabila Dirayu Gadis Urban, Malam Tadi. Puhleaaaaazzze!!!

Berdesing telinga aku. Isyarat mesej dari telefon bimbit menerjah ke lubang telinga memenuhi segenap bilik aku. Lantas aku terjaga dari tidur senja. Maghrib missed!

" Temankan I dinner." Skrin telefon betul-betul menyilaukan mata aku. Hmm.. Ini tak ada orang lain. Sebelum aku mengangkatkan biji mata ke atas maklumat penghantar di skrin pun aku sudah tahu siapa sang penghantar. Mimi.

"Where's ur bf?" Aku balas. Pendek. Harap dia faham. Aku tak ada mood.

"Goin' out with his friends. He's so stupid."

"Cool. Then, pick me up." Dikala waktu begini suntikan 'vitamin' memang diperlukan. Dia pasti akan membayar segala macam bil menu pada malam ini. Itu pasti.

"15 minit lagi I sampai. Tunggu kat bawah. Muah."

Cantik. Aku pun memang lapar. Aku tak perlu sepasang persalinan dari CK atau Polo tiruan. Cukup sekadar t-shirt lusuh yang aku beli seusia aku 19 tahun dan baggy short pants rabak di kocek belakang. Aku pandang cermin dan susun rambut menggunakan jari-jemari yang halus bak sayur bendi ini. Ekor rambut aku susun ke arah kiri. Aku tak perlu beriya untuk keluar malam ini. Nanti budak-budak rumah syak aku ada teman wanita. Ini yang aku paling benci. Hey, aku tak semudah itu untuk dimiliki. Ok?

Sepuluh minit kemudian, Honda City hitam sudah menunggu di bawah. Kelihatan samar-samar ada gadis kecil melambai tangan ke arah aku dalam samar malam. Aku meluru ke arahnya. Langsung membuka pintu keretanya.

"Hey," Sapa aku.

"Hi.." Sambil tersenyum. Mimi memang seorang yang ringkas. Sekadar bersinglet dan berseluar pendek coklat. Peha gebunya seakan glow in the dark. Siapa yang tak terliur dengan Mimi. Hanya satu perkataan sudah mampu menjelaskan segala-galanya. "Sempurna". Berbiji mata bundar kecoklatan. Anak kenamaan yang tinggal di Bukit Tunku. Pelajar Lim Kok Wing.

"Kemana kita?" Tanyanya lagi.

"Mamak 223. SS14," lancar sahaja mulut aku menjawab. Ini membuktikan aku benar-benar lapar.


"Ok, sweety." Kereta meluncur laju. Membelah kesunyian Universiti Malaya sebagai jalan pintas. Kami kurang bercakap. Sejak Mimi mengambil keputusan bertunang dengan Reza aku malas nak ambil tahu pasal dia. Tapi aku tahu dia masih menyimpan perasaan dengan aku.

Malam itu aku rasa sedikit aneh. Mimi hanya menyuap beberapa sudu Nasi Lemak Panas Yati ke mulutnya. Dia banyak tenung aku makan sambil tersenyum-senyum. Apahal plak? Mampus tak layan. Aku ada dua roti cheese kaya, nasi goreng cina, 5 otak-otak dan sirap bandung yang perlu dilunaskan. Setelah selesai, cepat-cepat aku angkat tangan, "Mamak, kira!"

Mamak berlari-lari anak ke arah aku. "Dia bayar!" Aku tuding jari kepada Mimi.

Tiada apa-apa yang pelik berlaku dalam perjalanan pulang. Mimi sesekali bertanya tentang rancangan masa depan aku. Sepatah dia tanya, sepatah aku jawab. Sekitar pukul 10.12 malam aku sudah berada semula di hadapan pangsapuri aku.

"Thanks for the treat. Good nite. Have a nice dream, sayang," ucap aku. Saja ambil hati sambil membuka pintu kereta untuk melangkah ke dalam rumah.

"Nanti." Ah, sudah. Tangan aku ditarik. Lantas aku terduduk semula di kerusi kereta.

"You know how I feel right now?" Mimi memandang aku sayu. Ni pahal ni?

"Ha?" Aku tercengang. Rasa apakah?

"You tau kan I memang sayangkan You. I kecewa. I silap buat keputusan." Ni yang aku malas ni bila dia mula buat drama. Dia mula merembes. Er.. maksud aku merembeskan air mata.

"It's ur decision. Then, I nak buat macam mana lagi?"

"Bulan depan I dan Reza akan disatukan. Jadi, I ada permintaan Juna," pintanya sambil menyisir rambut keemasan yang melewati mata bundar kanannya itu. Menampakkan keningnya yang tercukur rapi. Tatkala butir-butir jernih air mata dilihat mula menghiasi pipi merah yang belum tercemar dengan jeragat, Mimi semakin tak keruan.

Hayooo.. Punya la sentaps aku masa tu. Apa lah si perempuan ni nak kan, nyah? Aku beranikan diri untuk bertanya kepada Mimi, dalam bentuk apakah permintaannya itu? Wang ringgitkah? Harta aku kah? Atau?..Ah, aku tak mau berfikir yang bukan-bukan.

Tangan kanan aku diramas lalu bibirnya mengungkapkan, "may I kiss You tonite?"

Apalagi, bergetar la mak dengar! "Hey perempuan. Kurang hajar kau. Kau ingat aku lelaki apa? Senang dibeli ke? Hey, maaf ya. Aku ada maruah!"Bentak aku lagi. Benda begini tak boleh dibawa main-main pada hemah aku.

Mimi menundukkan muka. Tangisannya mula kedengaran. Teresak-esak. Ah, sudah. Aku faham perasaannya. Perempuan. Memang mudah terguris. Baru kena tengking sikit dah nangis. Karang kalau aku tampar, macam mana? Nak?

Aku mula berlembut hati. Nada suara aku perlahankan. Aku pujuk semula jiwanya yang terluka.

"Kalau You suka I bukan begini caranya. Ada cara lain. Kita orang Melayu. Ada adab. Orang timurlah katakan. Begini sahajalah. Kalau You suka I dan rasa nak mempersuamikan I, apakata You datang sendiri jumpa ibu bapa I. Katakan pada mereka yang You berhajat nak mempersuamikan I dan nak jaga I sepanjang hidup You. I yakin, dengan niat You yang baik ni nescaya orang tua I merestui. I memang belum berpunya. Tapi, buat waktu sekarang I masih milik orang tua I. Elok di mata diorang, eloklah di mata I. Kalau I tertunduk malu, maknanya I setuju menjadi suami You. I redha, Mimi. Dahla tu, jangan nangis lagi tau? Tau? Tau? Tau, bangang?"








Isnin, 9 Jun 2008

Santai Hujung Minggu Saya Seperti di Sauna

Hari Ahad bukanlah hari yang bagus untuk berseronok. Apatah lagi sekiranya keseronokan itu dalam keadaan yang lasak. Isnin, memang sudah diketahui umum. Pemusnah segala keseronokan hujung minggu. Kerana pagi Isnin itulah kita akan kembali menatap muka-muka hampas di pejabat atau di sekolah (bagi yang masih bersekolah). Ini sudah tentu membunuh mood duniawi anda semalam. Kalau awak, skema itu awak punya pasal. Saya tak ada masa nak layan orang yang asyik bercakap tentang masa depan dan benda-benda yang kita belum nampak. Awak memang potong stim. Tolong jangan sms saya lagi. Awak membosankan.

Image Hosted by ImageShack.us


Seumur hidup aku, aku jarang benar menghadiri acara muzik yang serba mahal. Memang aku cukup berkira dalam acara-acara begini. Apatah lagi kalau venue tak begitu menepati citarasa. Hari Ahad yang lepas aku sengaja menjenguk acara muzikal di Damansara. Harga untuk tiket cukup memeluhkan tengkok. Tapi tak mengapalah, memandangkan kugiran yang ada pada hari itu cukup memukul. Ada diantara mereka yang sudah lama benar aku tidak saksikan. Kebanyakannya dari genre teraskeras. Lagipun sudah hampir dua bulan aku tak bergila-gilaan.

Agak mengejutkan apabila sampai di pintu masuk, aku beberapa ditahan oleh pihak keselamatan. Tubuh aku diraba bagaikan seorang penjenayah. Tujuh kali kau keluar, tujuh kali la dia raba kau. Padan muka. Beg aku juga diperiksa. Seperti biasa setiap kali keluar, di dalam beg saya akan diisi dengan payung, kamera (pinjam), kek lapis (mak pesan suruh makan kek yang dibawakkan supaya tak lapar) dan buah sour plump (betul ke nama dia ni? yang warna purple tu?). Apa yang mengecewakan saya apabila kek dan buah yang saya bawa itu dirampas. Terkejut sebenarnya. Apabila saya periksa di belakang helaian tiket tertera bahawa makanan/minuman dari luar tidak dibenarkan di bawa masuk. Hamboi, dasyat strategi kau ye? Pergerakan juga terbatas disebabkan terlalu ramai mat sekuriti. Bukan macam gig biasa yang mana kita boleh relaks amek port belakang drum la, lepak sebelah amp la, geletek-geletek budak-budak band la.. Tak boleh. Mat-mat sekuriti berbadan tegap penuh di sana sini. Jarak antara crowd dengan pentas pun jauh. Kau nak sing a long, finger pointing dan rampas mikrofon? Jangan harap. Perit la tekak korang menjerit-jerit kat bawah tu, haha.

Sistem bunyi memang mengancam kalbu. Memang mengkhayalkan diri dari bersolat maghrib, haha. Nasib baik kugiran-kugiran kegemaran aku main lepas maghrib. Jadi sempat keluar dan bersolat dulu. Band-band yang ala-ala ringan dan tak keluar peluh bukan jenis kopi aku. Moh kita keluar minum pepsi kurang gula.

Image Hosted by ImageShack.us

(Ini bukan bergaduh. Ini reaksi dari muzik keras terhenjut-henjut. Awak jangan terkejut pulak. Bosan la awak ni.)

Biarpun banyak kugiran yang tertinggal di sebelah siang sebab lewat datang aku rasa bolehlah untuk aku ucapkan puas hati. Restraint adalah band yang happening pada malam itu bagi aku. Vokalis siap turun ke bawah. Mungkin Cassandra boleh dikatakan happening juga. Aktiviti joget lambak juga sukar dikawal nampaknya. Tapi aku memang suka mengambil posisi depan. Kerana suka dengan aktiviti rampas mikrofon dan tumbuk-tumbuk kecik. Sakit juga badan aku kadang dirempuh budak-budak dari belakang. Alah bisa tegal biasa. Kalau nak shopan shantan sila ke konsert Jom Heboh. Mat-mat sekuriti pun dah bermuka risau. Takut kena marah supervisor la tu, haha.

Seperti kebiasaan mana-mana persembahan aku jarang sekali menonton hingga ke akhir rancangan. Aku terpaksa belah (ke bla ni?) awal sebab sang pemandu Innova dah bising-bising takut kena cas parking mahal. Ini belum harga minyak yang naik lagi. Pening..pening.

Pening kepala makan panadol
tak lega pergi tanya Dol.



Sabtu, 7 Jun 2008

Osman Basah/Air Mata/Redha (Bulatkan yang mana paling relevan)

Dalam usia 48 tahun mata Osman dah mula kabur. Hey, kabur-kabur pun kulit muka dia masih tegang tau. Dia masih boleh nyanyi lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur tanpa ada kesalahan titik note dan pitch. Mungkin inilah sebab si Maya tersangkut pada si Osman bujang tua serba berhias ini. Bukan calang-calang orang boleh rapat dengan Maya. Maklumlah, anak dara (yang diragui kedaraanya) berusia 21 tahun berambut karat. Osman tak boleh tunggu lama. Dia perlu cepat menabung untuk memiliki Maya sebagai isteri yang sah. Sudah terlalu lama bersendirian. Sunyi. Dia tak mahu lagi menjalani kehidupan metropolitan serba serakah ini. Cukuplah segala nista yang ada. Dia mahu menjadi suami. Mithali, kalau boleh.

Dia sudah mula berubah. Ubah gaya hidup. Berjimat. Kepalanya sudah terbayang majlis resepsi gilang gemilang. Dihadiri tetamu serba meriah. Sudah dua minggu hidungnya terbau-bau nasi minyak.

Osman memerhati tajuk muka depan akhbar Daily Sukahati," Nasi Naik Harga, Oii! " Dada mula berombak kencang. Hatinya berdetik, "Ha..nasi? Nasi..! Tak mampu nak meneruskan kata. Nafas kian sesak.

Sabar. Memang itulah prinsip dari usia 24 tahun lagi. Kalau tidak, masakan Osman sanggup membujang hingga kini. Ini semua gara-gara ingin jadi lelaki sempurna di mata orang tua melayu, khususnya. Mahu ada kerja tetap. Mahu ada rumah sendiri. Mahu ada mobil separa mewah. Mahu ada perabot. Selebihnya? Mahu kumpul wang hantaran. Ya, memang dia bersedia. Tidak mahu berhutang bank katanya. Kalau tidak, jangan harap mahu mengambil anak dara orang untuk diperisterikan. Osman pun pelik, kenapa harga diri tak setimpal dengan wang hantaran? Orang tua sekarang memang tak gerek langsung. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mengahwini pelajar-pelajar Uganda yang bertebaran belajar di Kuala Lumpur.

"Ah, persetan. Aku boleh."

Osman memang keras hati. Dia terus melawan perasaannya untuk membaca helaian seterusnya.Tiba-tiba kerongkong Osman terasa sempit. Kotak suaranya seolah-olah mengalami litar pintas. Tersekat air liur. Biji mata berpusing melihat tajuk akhbar di muka surat 2 yang tertulis, "Minyak naik harga: Relaks La, Bai."

Tangan Osman terketar-ketar. Peluh memercik di dahi. Helaian akhbar terlepas dari genggamannya satu persatu. Mulutnya berbuih dan terkumat-kamit, " nasi, minyak...nasi, minyak...nasi, minyak...nasi, minyak...nasi, minyak..." Sayup-sayup kedengaran di sebalik rengekan katak selepas hujan pagi tadi.

Matanya kian kabur. Gelap perlahan-lahan. Dalam gelap pandangannya kelihatan Maya terbang keluar dari sangkar emas. Kepak yang berhayun di tubuh Maya seolah-olah mengucapkan "boleh jalan" kepada Osman.

Osman, masih bujang. Matanya terus berair. "Aku redha," ungkapnya lagi.




Khamis, 5 Jun 2008

I Tak Marah Baby, Sumpah!

Kadang-kadang aku meluat. Benci dengan sesetengah (ni aku dah bold, bodoh. Jangan buat tak paham. Nak kena terajang?) attitude orang melayu bisnes. Ego bodoh sombong. Berlagak tak kena gaya. Kalau aku cakap mengaruk. Melenting. Macam ni la attitude orang melayu. Tak boleh ditegur. Cepat kecik ati bila ditegur. Tampar nak?

Bisnes kedai makan adalah bisnes favourite orang melayu. Perkara pertama yang aku nak sentuh adalah kekedekutan melampau berkira macam haram. Kalau jual kuih jangan tak kecik. Lagi la bila dengar tentang kenaikan itu dan ini, ewah engkau apa lagi ambik kesempatan. Kuih besar ibu jari tupai kau jual sampa 60/70 sen? Kau betul-betul dah melampau. Karipap pulak berintikan angin. Kalau ada inti pun sebesar tahi hidung. Apa kau ingat kau sorang yang berangin. Aku punya hangin kau nak letak mana?

Servis lembap dan bodoh. Kalau tak order dua tiga kali memang tak sah. Nak kata pekak boleh pulak datang bila dipanggil. Ke engkau ni binatang haram? Punya la perlahan macam unta. Buat mee goreng sama dengan perjalanan KL-Melaka patah balik apa cerita? 2 jam tu bai, 2 jam!!! Kalau sampai makanan tu kira bonus. Kalau tak sampai? Aku pernah berpesan kepada dia, "Bang, kalau ada masa nanti mee dah siap silalah hantar ke rumah saya kat belakang tu. Tingkat 1. Itu pun kalau abang senang la," Nampak sangat kau memang berminat melihat aku menghempas kerusi plastik ke dapur.

"Alamak, bang takde duit kecik?" Kau ni binawe haram macam sial. Aku bagi RM10 pun tak ada duit balik? Engkau memang sudah over. Kalau nak berniaga siap-siap la dengan duit tukar sekali. Lepas tu, ewah-ewah, "Boleh abang tukar dulu duit kat kedai sebelah?" Pandai pulak arahkan aku. Bapak kau. Bapak kau. Bapak kau!

Ini betul-betul buat aku marah. Lagi enak bermarahan bersama mendengar lagu-lagu grindcore dari band tempatan. Kalau masak sedap boleh kurang jugak marah aku. Ini tak. Masak macam nak tak nak. Serupa budak main masak-masak. Lepas tu, komplen minyak mahal. Kau komplen tapi bila masak kau bubuh banyak minyak. Aku pun pelik kenapa orang melayu suka masak dengan kadar minyak masak yang banyak. Bukan minyak ada perasa pun. Apa kau ingat bila minyak berlinang itu lambang kegagahan warung jahanam kau tu? Cilaka. Nanti aku gemuk, bongok.Tapi aku terpaksa makan jugak sebab dah tak ada pilihan dan masa. Terpaksa tau, tarpaksa.

Hasad dengki sesama peniaga memang tak boleh dinafikan. Kalau kita tengok masing-masing tersenyum simpul. Belakang mari, ada tabur juga mambra! Sampai bila nak macam ni?


Sampai bila?

Kehidupan

Mencari kehidupan yang sebenar bukanlah semudah yang disangka. Binaan cita yang direka dengan teliti sekalipun boleh punah dengan izin yang di-Sana. Terlalu optimis bukanlah sesuatu yang harus dipuji. Kekuatan menerima ketentuan menjadi ukuran.

Jalan. Jatuh. Jalan. Jatuh.

Apa lagi yang kita kejarkan sebenarnya? Bukankah lebih enak kalau kita terus berada di sini? Oh, ya. Mungkin di sini menyakitkan. Namun apakah kamu pasti sekiranya kamu terus berjalan dan berlari ke sana kamu akan mendapatkan sesuatu yang lebih baik dari hari ini?

Redah.

Lawan segala perasaan. Pastinya kamu tahu apa yang kamu hajati. Pastinya kamu tahu apa yang kamu ingini. Kumpulkan segala kekuatan. Bangun. Jadikan cahaya matahari sebagai inspirasi. Yakin. Esok pasti akan menyinar lagi.

Tersungkur. Menyodok tar. Kulit bercalar. Terseret. Nampak daging putih. Automatis. Air mata mengalir.

Kau ingat aku nak cuba lagi?

Persetan. Di sebalik dada ada daging kecil yang robek.


PUTUS ASA.

Selasa, 3 Jun 2008

Siri Cerita Dalam Cerita 3 (Nada Marah Citarasa Terkini)

1)Minyak


Minyak nak naik harga ke oi?! Okey je. Asal lak? Lek ar kan? Takde hal. Kan? Muaah... Shhhhaaayang....! *lompat bintang*

2)Bola Sipakz

Ni sekarang dah nak musim bola. Orang lelaki terutamanya dah sibuk-sibuk. Ni apahal ni? Ada sepupu kau main ke? Yang dok menggelupur ni kenapa? Eh, panas pulak gua.

Beb. You have got a wrong person to talk about this matter. Kau ingat aku peduli pasal bola sepak Euro, EPL dan entahapakeharamjadah ni? Kau ingat aku ambil tahu pasal mamat-mamat yang terkejar-kejar tengah padang tu? Yang kau ni pun satu sanggup bersengkang mata semata-mata nak tengok orang berlari. Yang lagi sakit hati kau terjerit-jerit tengah malam. Masalahnya, ada mat-mat saleh/mat-mat kejar tu peduli dengan sorakan kau? Aku penat. Tak cukup tidur. Ada insomnia lagi. Kau pekik-pekik. Nak pekik-pekik pergi gig la oi! Sekarang aku nak tanya kau. Apa yang kau dapat? Apa yang kau dapat, mangkok?!

Pada aku, ini permainan yang paling bajet macho. Sebiji bola kejar ramai-ramai. Apa barang? Macam jantan bergaduh berebut betina. Tak cool langsung. Kalau gua, gua let go je. Apa barang? Maruah kena jaga beb, maruah!! Kalau terjatuh pulak, atas padang. Berlumpur. Yucckks... Boleh jangan dekat dengan aku tak? Pakai jersey dengan jeans Levi's is tak stylo langsung, occay.

Main papan luncur lagi cool. Papan sekeping. Pemain sorang. Ada ke orang sibuk-sibuk nak kejar satu papan ni ramai-ramai? Mana ada! Main papan luncur boleh dengar lagu hardcore. Main bola sepak, mana boleh. Kena beri tumpuan. Poyo. Bosan. No life. No fun. Takde hot chicks. Cuba cari mana-mana match. Ada hot and sexay gurlz (bawah 21 tahun, memang taste aku) lepak-lepak situ tak? takde kan? Appa kellassss, nyah!

Dah la weh. Pergi tidur la. Bosan la life korang ni. Bagi aku senang je penyelesaian permainan yang serba bosan ni. Bagi setiap pemain sebiji bola. Nak sangat gol, pergi tiang gol lawan masing-masing. Kalau masuk, kira score. Tak masuk, boleh balik rumah terus. Penjaga gawang, kalau nak jaga, boleh jaga. Kalau tak nak moh kita ke warung burger cekik darah ke depan tu. Nak lagi bagus ada undian SMS. Yang tak dapat score boleh masuk semula. Pokoknya, tampan. Kaki bangku, kerusi, tiang telefon pun takpe. Peghh, merembes kan?


3)Hari Lahir

Apabila menjelang hari lahir aku(4/6), ramai kawan-kawan yang mengucapkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran aku. Terima kasih banyak-banyak. Acara sambutan memang tak pernah ada. Maklumlah kawan tak ramai. Budak kampung. Siapa yang nak kawan dengan aku tengah-tengah bandar gini. Setakat ucapan pun dah kira ok. Budak-budak ni, tak berani ajak aku makan kek atau ke restoran multinasional. Sekali lagi, maklumlah. Budak kampung. Makan tak ada gaya. Kecah belalang. Sos penuh di pipi. Aising kek melekat di rambut. Sudu dan garfu bertebaran di awangan.

Aneh sebenarnya apabila ada orang ingat tarikh lahir aku. Dalam kepala hotak aku yang sarat dengan formula matematik dan statistik ini, haram satu tarikh lahir orang pun aku tak ingat. Mintak maaf banyak-banyak. Aku hanya rujuk pada Myspace atau Friendster sahaja. Kalau terperasan baru aku ucap selamat hari lahir. Kalau tak haram aku buat tak paham. Aku pun tak pernah bagi hadiah kat orang. Jadi aku tak hairan kalau tak dapat hadiah. Apa barang, dapat hadiah macam budak-budak Taska Pasti An-Nur? Dulu teman wanita aku pernah bagi aku topi di hari lahir aku. Disebabkan prinsip aku yang tidak bersetuju dengan acara sambutan ulang tahun yang mengarut bagai, aku buang topi tu hidup-hidup. Perhubungan kami pun tak lama. Aku tak menyesal.

Aku peduli apa. Tiada kompromi. prinsip adalah prinsip. Tidak akan ada persahabatan/perhubungan yang boleh melampaui prinsip yang aku buat untuk diri aku. Walau seikhlas atau selama mana perhubungan, sekiranya ada titik yang melanggar prinsip yang aku pegang aku tidak akan teragak-agak memutuskan perhubungan. Kau nak sedih-sedih itu kau punya pasal. Asyik jaga hati orang hati aku siapa nak jaga? Bodoh.

Orang pertama yang mengucapkan hari lahir aku pada kali ini amat unik sekali. Makhluk yang terselit antara dua identiti. Aku menghormati pilihan hidup dia. Terima kasih untuk dia. Berjela gitu mesej dia, ahaks! Tiga hari sebelum birthday dah wish, noks. Ini diikuti rakan-rakan dari minat yang sama dan perempuan-perempuan bawah 21 tahun (Baby, Onitsuka Tiger tau! winks*).

Dah, aku nak tidur. Selamat hari lahir untuk diri aku sendiri daripada aku sendiri. Semoga dilanjutkan usia, kekal sihat sejahtera, murah rezeki, hormat orang, binatang, alam sekitar dan jadi orang yang tahu bersyukur/berterima kasih. Amin.

Image Hosted by ImageShack.us


Rekaan khas dari Daniyal. kthanxbai.











Isnin, 2 Jun 2008

Siri Cerita Dalam Cerita 2

1) Mana Nak Letak Muka Sekarang Ini(1)?

Hari Jumaat adalah hari penting untuk orang lelaki. Sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, makan dulu. Kalau tak, solat tak khusyuk. Sebelum solat, kita ke tandas dulu. Kalau tak, solat tak khusyuk.

Makan sudah. Qadha hajat pun sudah. Ini bermakna line sudah clear. Ok, aku kena gerak ke masjid cepat-cepat. Kalau tak, bersujud di tar lah nampaknya.

Dari pejabat ke masjid satu lagi hal. Bila melintas perlulah berhati-hati. Kalau di kampung kita kena toleh kanan, toleh kiri dan toleh kanan. Bila sudah selamat, mari melintas. Lain di Kuala Lumpur. Banyak jalan sehala. Adakala kita perlu toleh kanan sahaja atau toleh kiri sahaja. Ini berpunca tiadanya kenderaan dari arah bertentangan dalam satu laluan jalan.

Untuk sampai ke stesen LRT yang menghubungkan ke Masjid Jamek, aku perlu menyeberangi jalan berlampu isyarat di hadapan pejabat. Lampu isyarat sudah menunjukkan warna merah. Cantik. Kenderaan mula berhenti. Kerja aku bertambah mudah. Aku tak perlu toleh sangat. Cuma perlu memastikan agar tiada motosikal gila mencelah-celah antara kereta, lori dan bas semasa aku melintas.

Aneh. Aku kehairanan. Perasaan diamuk resah yang mendalam. Peha dan kelengkang aku terasa berangin kita melangkah di atas jalan raya ketika mencelah-celah antara kenderaan untuk melintas ke seberang sana. Mengapa ya?

Yep. Aku lupa nak tarik zip.

Dem. Dem so much.

2) Mana Nak Letak Muka Sekarang Ini(2)?

Hari Jumaat kebelakangan ini, aku tak lagi ditemani Mustapa Kamal si hero Malaya pergi sembahyang Jumaat di Masjid Jamek. Jadi, kebelakangan ini juga aku seperti serba tak kena. Maklumlah sorang-sorang. Tak selesa. Kakak-kakak dan adik-adik yang nak ke Sogo waktu rehat sembahyang Jumaat suka tenung-tenung aku. Sekarang cakap dengan aku, lelaki mana yang selesa bila asyik direnung dengan tajam oleh perempuan apabila keseorangan(Lain la kalau kau lelaki bangsat)? Tak kossserrr mak!

Minggu lepas aku akan makan awal di kedai mamak Vanilla Dangdut. Selambah redah aku blah awal dari pejabat. Siap makan terus gerak ke Masjid Jamek.

Aku sengih bila dapat sampai awal di Masjid Jamek. Orang belum begitu ramai. Aku tak perlu bersesak-sesak senggol-senggol pinggang orang nak dapat tempat. Meluru terus ke saf ke tiga di hadapan mimbar. Sebelum khutbah ada ceramah. Aku gelak kuat. Hebat. Ustaz ni boleh cakap bahasa Indonesia. Aku gelak kuat-kuat lagi. Pakcik depan aku pelawa duduk di hadapan dia. Aku lagi suka. Dekat dengan penyaman udara. Tempat pun lapang sikit.

Saat ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah berhempas pulas berjuang di medan mengantuk. Waktu untuk solat. "Aqimussolah....." Seru sang bilal. Maka, semua orang berdiri. Aku tak ketinggalan. Berdiri segak. Poket kanan bergetar.

"TRRRRRRR.....TATATATATATA"
"WAAARGHHH WARGHHHH"
"ZIUNG-ZIUNG...WARGHHH!!!"

Ah, sudah. Nada bunyi mula meraung-raung. Lagu hardcore jerit dari kugiran tempatan. Bingit. Jemaah mula kecoh. Tercari-cari dari mana datangnya bunyi hingar itu. Aku cuba buat relaks. Kepala mula berdenyut. Tangan aku meraba-raba peha kanan. Menggelabah picit-picit butang melalui luar poket. Berharap agar dapat mengena butang untuk 'unlock'. Siapa pulak yang bodoh sangat hantar mesej waktu sembahyang ni? Apa lama jemu bernafas ke apa? Aku marah!

"TRRRRRRR.....TATATATATATA"
"WAAARGHHH WARGHHHH"
"ZIUNG-ZIUNG...WARGHHH!!!"

Tak berkesan! Tak ada jalan lain. Memang aku silap. Okey. Memang aku silap! Aku keluarkan telefon. Nah, sekarang sudah terdedah angkara siapa buat bising dalam masjid. Masalah masih belum selesai. Telefon aku bersarung dalam kantung merah. Mahu tak mahu, aku perlu keluarkan telefon ini.

"TRRRRRRR.....TATATATATATA"
"WAAARGHHH WARGHHHH"
"ZIUNG-ZIUNG...WARGHHH!!!"

Bunyi semakin kuat. Jemaah kanan dan kiri memandang tajam ke arah aku.

"Unlock keypad? OK."

Aku tak baca pun mesej. Masuk semula dalam poket.

Selesai.

Sembahyang tak khusyuk. Aku dendam dengan operator mesej Maxis.