Sabtu, 7 Februari 2009

Assalamualaikum pakcik, mana saya boleh menampar?

Aku sangat pelik dengan perangai orang-orang dewasa di kampung aku. Orang selalu berkata bahawa orang kampung kebanyakannya berperangai lebih elok berbanding orang-orang di kawasan bandar. Tapi pada aku hujung pangkalnya, ia terpulang kepada diri mereka sendiri.

Kalau di Kuala Lumpur, keadaan masjid ketika sembahyang Jumaat selalunya penuh dan sesak. Para jemaah kelihatan berebut-rebut menempatkan diri di dalam saf. Ada pula yang sanggup menangguhkan makan tengah hari semata-mata untuk berada di dalam saf yang hadapan dan keududukan yang paling selesa. Budak-budak atau kanak-kanak yang bersembahyang jarang sekali aku lihat mereka membuat aksi kungfu yang diakhiri dengan tangisan (sebab kena sepak perut sampai senak) semasa di salam yang akhir setiap solat. Ini mungkin disebabkan kekurangan ruang untuk berkungfu dan bersilat pulut. Oleh itu mereka lebih gemar layan makan pisang, rambutan dan longan di beranda masjid.

Keadaan amat berbeza bila aku pulang ke kampung. Ada sebilangan golongan pakcik-pakcik yang tak ambil port dengan khutbah. Malah, lebih selesa melepak di balik pintu utama dan berborak sakan sambil gelak-gelak semasa khatib sedang berkhutbah. Biasalah, bila bercakap pasal agama ni, mesti tak lari dari isu moral. Lantak lah apa engkau nak cakap pasal aku. Tapi aku memang tak puas hati dengan perkara ini. Sepatutnya orang yang lebih tua menunjukkan teladan yang baik bila berada di dalam masjid. Padahal, imam dah pesan “maka sia-sialah pahala Jemahatnya (Jumaatnya) kalau engkau menyembang,” itu pun masih buat tak ambil peduli.

Kalau dah macam gini, engkau agak macam mana pula keadaan jemaah kanak-kanaknya? Bukan tak pernah ditegur. Tapi yang menegur tu pun dikalangan pakcik borak. Jadi, macam mana tu ustaz? Mana yang saya nak lempang prata dulu? Yang tua atau yang muda? Nak saya lempang sorang-sorang, masing-masing dah berjambang. Nak saya tegur, nanti mesti diorang tanya saya, “engkau ni dah daftar jadi ahli amno seumur hidup belum?”

"Mintak mahap la ye, pakcik. Politik tu apa?"

21 ulasan:

FAZ berkata...

cuba tukar khutbah kepada ceramah politik.baru la diorang senyap.tu kan benda yang paling 'in' sekarang ni!!

Danielle_Corleone berkata...

apa ni jambang2!

Op berkata...

smbt je mlut msg2 dgn psang..hmm yg tue pn slh, yg mude pun sme..hmm..sepak 2 je la

leng berkata...

nak jambang join jambang lebat hardcore din akar la!hahaah..
rumah kate pergi, kubur kate mari..

adin berkata...

baiklah2...bia ustaz jawab ea!!...ok cmnie...mengikot pandangan ustaz rase nye..elok kalo kamu saje yang baca khutbah...hahahaha

Hajime berkata...

camni la...
ko amik yg tua ngan yg muda...
suruh diorang lempang bertalu2 antara satu sama lain...

Huzai Mansor berkata...

Hape amno amno ni pakcik. Haiya. Saya parti PIS!

l.i.f.e berkata...

tak baik lempang orang tau

Wolfis Black berkata...

serius bro, kalau macam nih lah keadaan di kampung. patutlah banyak remaja lepak kat bus stop sambil mengorat anak gadis yang turun dari bas

KARKADEWA berkata...

lu join menyembang ke makan2 kat beranda?

Rajuna berkata...

xfazx-betul jugak. pandai kau ni. minggu depan aku nak ko siapkan teks ucapan siap dengan cop mohor sekali.

daniel-ha ha ha

phikool-yang muda disayangi yang tua boleh je kalau nak caci.

leng-leng..leng masih sempat kau nak mengumpat din eh.

adin-kalau aku baca khutbah aku nak ada feedback dua hala. kira macam forum boleh?

hajime-itu dinamakan tampar burger

huzai-pis no war kan?

life-ok saya peluk2 arab dengan mereka.

wolf-tapi mereka adalah bakal pemimpin politik yang berjaya suatu masa nanti. pecaye lar.

karkadewa-gua siap open table gulai kawah beb.

apek terror berkata...

masjid mane nie? yg tepi jalan tu ker...

Rajuna berkata...

apek-ye kot. ha ha ha

iyan berkata...

lu penampo jek pakcik2 tuh...
sbb dulu2 gua penah kena penampo dgn pakcik2 sbb main lawan tgn masa khutbah....

Suka Bebel berkata...

samada diorang pun sibuk nak berekhutbah sama atau tak puas puas menyembang dari kecik kecik.hehe politik aku memang malas nak layan.sangat jijik!

dEs berkata...

pacik-pacik tu dulu xde org mrh kot..tu sbb wt x reti je..

areleaf berkata...

gua x faham..lu dgr khutbah ke lu dgr pakcik bersembang ni??

tasekM berkata...

org kg mmg gitu... sembang politik di mana-mana. ha ha.


.

hegira berkata...

mintak maap juna, politik tu apa??

cimon berkata...

aku tido je mase khutbah...xbuat bising...xkaco orang...boleyy ke??

hehe (^v^)

Rajuna berkata...

iyan-main lawan pedang memang pakcik marah. hi hi hi

sukabebel-jijik tahap mughalazah ke?


des-tak. pakcik tu jarang dibelai isteri. hihi

areleaf-gua hanya memerhati dari jauh. macam lu perhatikan si senah dari jauh la. tapi lu tau isi hati dia bahawa dia benci lu hahaha


tasikmerah-ya, termasuklah di dalam tandas. auw.


hegira-politik itu ada frozen food.

cimon-makan sambil tidur boleh? aku cabar ko.