Jumaat, 27 Februari 2009

Amalan Hitam

(Gambar :Pengamal amalan hitam? Sumber : Istidraj)

Maro adalah adik tiri kepada kawan aku yang juga pernah sama-sama bercita-cita nak buat kugiran sewaktu ketika dulu. Sebagai adik tiri kawan karib aku, aku tak ada masalah nak berkawan dengan dia walaupun tak serapat mana. Apatah lagi dia juga merupakan klik-klik skuter pekan ketika dulu. Itupun sebelum dia melanjutkan pelajaran di sebuah intitusi pengajian tinggi awam.

Bila sesekali berjumpa mesti banyak yang disembangkan. Tapi bila hujung minggu, takkan nak lepak pekan kot? Jadi aku, Maro, Zol dan Daud berangkat ke bandar untuk mencari tempat bersantai disamping memburu wi-fi percuma. Ya, bersiar-siar sambil membawa komputer riba nampak seperti ahli perniagaaan e-dagang yang paling sibuk dan berjaya mencapai sasaran jualan.

Selepas beberapa minit pertemuan di pekan, kami memutuskan untuk bergerak ke bandar dengan menggunakan kereta Maro sahaja. Aku terus mengambil keputusan untuk memulangkan kereta aku di rumah dan Maro akan menjemput aku di rumah terus ke bandar.

Setelah beberapa minit aku memarkir kereta di rumah, kereta Maro pun tiba. Aku pun meluru masuk ke dalam kereta dengan diperhatikan mak dari dalam rumah. Belum sempat kereta Maro keluar dari kampung aku, ada satu biji motor sudah melintang tengah jalan. Step-step blocking ala gangster kampung dalam tv. Aku juga dapat melihat dengan jelas beberapa sosok orang kampung yang aku kenali. Kereta yang kami naiki ditahan oleh orang kampung aku sendiri. Kawan-kawan aku seperti biasa, tenang. Ini bukan perkara aneh bagi kawan-kawan aku, terutamanya bagi yang kerap bertandang ke rumah aku dan bermain gitar menyanyi terpekik-pekik hingga dinihari di anjung rumah ketika mula-mula ayah membina rumah di sini dahulu iaitu sekitar hujung tahun 2003.

Lokasi kami ditahan adalah dihadapan sebuah rumah anak gadis yang sedang diserang penyakit misteri. Ia dikatakan kerana perbuatan salah satu teman lelakinya. Berapa orang teman lelakinya aku tak tau. Apa yang aku tau, memang bukan seorang. Salah seorang darinya adalah Maro sendiri. Itu cerita lama. Sekitar tahun 2005 tak silap aku. Ketika kami ditahan, si gadis sedang diubati oleh seorang pawang. Kami telah disiasat seketika. Mahu ke mana? Dari mana? Ada apa? Itu semua adalah soalan yang diajukan. Tetapi bukan pada aku. Sebaliknya kepada teman-teman aku. Sapaan aku tak dijawab. Bila aku angkat tangan, orang-orang kampung tak ambil peduli. Aneh. Beberapa minit kemudian, kami dilepaskan tanpa ada sebarang aksi kungfu hardcore seperti di gig-gig MYHC mahupun aksi mabuk kuda kepang.

Setiba di bandar segala-galanya berjalan lancar. Kami berborak tentang isu semasa, tentang perkembangan rakan-rakan, komputer dan isu piawaian pengubahsuaian kenderaan persendirian. Yang pastinya, tiada isu-isu peribadi disentuh. Pukul 4 pagi aku sampai di rumah dengan selamat.

Keesokan harinya, aku disiasat lagi oleh Pak Tam. Ya, soalan yang hampir sama. Semalam pergi mana? Dengan siapa? Pergi pukul berapa? Akhir sekali, siapa yang tahan kamu semalam?

Aku jadi tertanya-tanya apa maksudnya semua ini. Persoalan akhirnya terjawab. Maro disyaki menghantar ‘benda’ tak elok kepada bekas teman wanitanya. Aku pula dituduh bersekongkol dengan Maro. Menurut Pak Tam, ketika kami melewati rumah gadis terbabit, pawang tersebut telah ‘berlawan’ dengan ‘benda’ yang Maro hantar. Sedangkan Maro masih boleh memandu kereta, bercerita dengan waras dan relaks-relaks dengan aku minum air teh tarik serta bersembang ketika itu.

Tak taulah ia satu fakta yang betul atau tidak. Semoga Allah terus melindungi aku dan keluarga dari sebarang bahaya, gangguan dan syak wasangka.

21 ulasan:

Hannah Sullivan berkata...

ini boleh masuk expose mistik nih..

leng berkata...

gile hebat maro tuh...santet orang tak berpeluh..boleh jalan2 gi bando lagi..bomoh siam pun kalah..

Danielle_Corleone berkata...

kah! kah! kah! wak botox nak Chak Wow! Kah! Kah! Kah! Munkee!

Op berkata...

ok..ini mengajar ak supaye jgn mengatal dgn rami2 jantan.
fuhh..

Yana Ismail berkata...

Smoga keluarga bang Juna selamat..aminnn..

A t i Q a h berkata...

harap2 kawan bang juna tu betul2 tak de hantar pape. aku pantang sungguh orang2 yg tak bertamadun main benda hantar2 nih. rase cam nak silat judo karate jeh.eh. emo lak jap. huhu.

FAZ berkata...

Ini merupakan satu langkah besar ke alam mistik.

Kasi Sil Khannaz satu!!
Kalau takde Metalasia pon boleh!!

H berkata...

eleh... semena nye daktu nak lagi kat member ko kot.
saje2 je bikin gimik tu.
haih.

kim salam la kat maro.
hahahaha...

Huzai Mansor berkata...

Ah. Mistikus.

Bak kata Daughters, The Ghost With the Most. Haha. :)

kecik berkata...

cemane la plak pak tam tu konfiden abes je.

Rajuna berkata...

hannah-er..itu majalah hiburan remaja ke?

lengcipan-aku syak maro berguru dengan malika(anak betong)

danielle-kah kah kah madey..jangan nak lebong!

phikool-anda tepat. adakah anda ramai bf? saya jeles. saya antar semut api nanti. hi hi hi

princess liyana-amin.

atiqah-pastikan anda bertapa sebelum mengambil ilmu judo. setakat sepak terajang antu tak seram, tau.

xfazx-dua2 band yang ko suggest tak seram. cih, hayagriva sekali la meh.

cikenit-miangnyerr..ni misti dah terkena minyak dagu. hi hi hi

huzai-tinggam bak kata assahar.

kecik-pak tam hanya penyampai berita dan penjernih keadaan.

Rembo berkata...

'benda' tak elok tu apa dude? Batu? Kayu? Tahi?

ha ha ha

Mak Su berkata...

fuiyooo, saspen ni...

Unknown berkata...

hehe..pawang tuh pakai ayat Quran x??kalo x pakai x yah lah cayer...pawang yg guna mende2 selain dr bergantung pada Allah,aku takut nnt khurafat lak...mintak jauh lah...

KARKADEWA berkata...

yg jalan2 dgn lu tu maro ke?
lu pasti?

cimon berkata...

gilerr ahh...

boleyy buatciter keliwon kat tv3 nih!

hehe(^v^)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kau kena cerita pada Uncle Seekers ni bro'.

Unknown berkata...

salam ziarah,blog yang bagus,jemput penulis muzakarah di blog saya,dan sila add blog saya...tq

ijan berkata...

kalo laki2 muda lepak minum2 musti isu modified kete timbul. wajib...

Unknown berkata...

Sultan,

tp aku taklah. kalo lepak ngan laki2 yg kuar citer adalah pasal Perak

eh eh aku salah channel ke?

Rajuna berkata...

rambo-benda tak elok? hmmm..alat pencegah kehamilan.

maksu-ye.macam cerita keliwon tu.

tembakau hijau-wallahualam.

karkadewa-lu boleh jangan buat gua cuak tak?

cimon-aku nak buat kelimasaklemak je.

bp-betul2. dia ada banyak props kan? ha ha

anak pendang-insya allah.

sultan-bukan pasal perempuan paling seksi di tempat kerja ke?


kuih-nak aku tahan tanpa bicara?