Sabtu, 14 Februari 2009

Layang-layang tangsi talinya (balik-balik mood nak emorock ala Color My Iris).

Hari Rabu ini aku dipanggil ujibakat untuk menjadi wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen percuma. Seingat aku, aku tak pernah memohon jadi wartawan penyiaran. Aku mintak jawatan lain. Apa yang membosankan, aku akan diletakkan di bawah Unit Bencana. Aku memang tak sangguplah nak redah tempat-tempat ketar macam tu. Semangat aku bukan kuat sangat. Tak caya tanya lah budak-budak rumah sewa aku. Kalau letak aku kat Meja Hiburan syok jugak. Baru lah glamour. Boleh pakai baju labuci-labuci. Rambu-ramba bagai. Dapat salam-salam dengan artis terutamanya Zila Bakarin. Merembes adik-adik tengok aku meletops kat tv. Orang tua aku macam berat nak biarkan aku pergi ujibakat tu. Dulu pernah jugak waktu aku jalan-jalan kat Curve ada kru-kru stesen tv terpekik-pekik panggil aku paksa suruh buat ujibakat pembaca berita kat sana. Gila. Ujibakat apa benda dengan pakai seluar pendek berselipar jepun, misai bersepah?

Minggu lepas Kath marah-marah sebab aku tak datang temuduga jawatan wartawan. Punca aku tak datang temuduga itu adalah disebabkan orang tua aku bising-bising. Ini semua aku punya pasal sendiri suka-suka pada ketika itu. Disebabkan tak ada kerja dan tak tau nak buat apa, aku mengarut-ngarut tulis surat kepada dua buah syarikat penerbitan utama di negara ini mengenai pergerakan muzik bebas. Tapi aku tulis yang positif-positif aje lah. Nampaknya, hanya sebuah sahaja yang respons dengan surat dan resume aku. Walaubagaimanapun, aku tak datang. Kath telefon pagi-pagi buta mengamuk dalam bahasa inggeris. Aku cakap dengan dia bahawa aku terlupa tarikh temuduga walaupun hakikatnya aku malas datang. Rileks lah Kath. Aku tampar kau nanti. Kau tau ke konflik aku kat sini?


Sejak dari zaman aku lepas SPM orang-orang tua disekeliling aku cukup risau dengan kecenderugan aku. Masa isi borang UPU terdapat beberapa bidang yang dihalang keras oleh mereka untuk aku ceburi-muzik/drama, fesyen, hotel dan sebaran am/jurnalis. Yelah, orang tua fikir benda yang bukan-bukan je lah. Fikir panjang sangat. Boring. Subahat lah, kerja tentu masa lah, cuti susah lah, anak bini berterabur lah, bedebak bedebuk tum tam tum tam. Akhirnya aku buat pengajian perniagaan. Memang tak boleh blah. Jadi, aku blah dari UiTM. Tak abis belajar. Itu pun ada yang cuak-cuakkan aku cakap lepas ni susah lah aku nak masuk universiti. Mengarut. Peduli apa aku. Aku ugut mak aku, kalau bising-bising lagi lepas ni aku lari pergi Chenai, India. Aku memang tak minat. Aku sambung belajar kat UM lepas tu. Buat course yang boleh lah dikatakan aku minat ketika itu iaitu salah satu subjek yang tak pernah aku ambil sewaktu di tingkatan 4 dan 5.


Kadang-kdang bila buat keputusan kita tak boleh nak fikir diri kita sahaja. Pada satu tahap tertentu kita kena ambil peduli dengan pendapat orang-orang sekeliling kita terutamanya orang tua kita. Macam aku, dalam rumah sekarang hanya tinggal kami tiga sekeluarga. Adik aku kat Perak. Dapat engkau bayangkan betapa sunyinya rumah aku di tengah-tengah kampung ni bila malam menjelma? Tak boleh blah beb. Lagipun mak bapak aku mungkin dah rasa senang dengan kerja aku sekarang. Dia pun tak raasa sunyi lagi. Walaupun tak tetap lagi, tapi kerja ni agak mulia. Lagipun aku pergi kerja pagi, pukul dua petang dah sampai rumah. Nampak depan mata. Taklah dia risau aku buat benda yang bukan-bukan nun kat KL tu. Takdelah dia orang ingat aku jadi kasanova kat sana, atau buat salah satu perkara yang mereka paling seram- kembali bermadu kasih dengan anak orang kenamaan dari sini.

Pernah ada orang cakap. Asyik jaga hati orang sahaja, hati sendiri siapa mahu jaga beb? Tapi dalam hal ini, aku tak kisah sangat untuk menjaga hati orang tua aku. Selama ni pun aku tak pernah ambil peduli pun pasal diorang. Lagi sakitkan, hancurkan ada lah. Tak apalah. Aku mengalah. Mudah-mudahan ada keberkatannya. Tapi kalau dia orang nak tentukan jodoh aku pulak macam mana?

Jangan!-Ini satu igauan ngeri.

26 ulasan:

Huzai Mansor berkata...

Haha. Kahwin yg dirancang orang tua tu berkaaat (lah sangat!)

Hehehee.

Unknown berkata...

color my iris? wah, band emo Jb yang meletop dulu.. memang layan bro.

A t i Q a h berkata...

Pegi pagi dan balik pukul 2? Jadi chekgu ke Bang Juna? HUHU.

kecik berkata...

dulu waktu isi borang upu mohon music. kaw2 kena marah.sekaang amik econs and management sciences. hambik ko,xminat sungguh.....

hurm..

hzrh berkata...

Unit Bencana??(tahan gelak)
ala...sipiiiiiiiiiiii je lagi Juna boley jd artis..ngahaha~
xD

ps:karam singh pun glemer jugak kan??xD

FAZ berkata...

Kalau tidak lu terpilih menjadi perintis Azwan Ali...

Amboi!Amboi!Amboi!(sambil cangkuk jari kelinking)

Yana Ismail berkata...

hu hu hu..mgkin itu yg terbaik..auww..bang juna, kawin jgn lupa hntr kd. kami mau mkn nasi myk bt pahat ;P

H berkata...

Rileks lah Kath. Aku tampar kau nanti. Kau tau ke konflik aku kat sini?

wow... garang nye si juna ni.
i like.
hahaha...

cop, cop.
mak ko nak jodoh kan ko ngan sape lak ni?
u break my heart la juna.
dem!
=))

Wardrobe kita berkata...

Bang Juna cikgu ke??heehhh..rilex bang Juna..tenang jea..mesti pompuan tu comel mcm bang Juna..

Danielle_Corleone berkata...

pulanglah bang juna!!! hahahah!

Op berkata...

apakh lari pegi chenai? Xd tmpt laen ae bro..hehe

cimon berkata...

bgus2...dpt pikir utk jage hati mak ayah, tandanya ko da dewasa...

wahahaha (^v^)v

kawen???waa...bessttt!!! tgk la dulu...baru citer...k!

hehehe (^v^)

(p/s:nape tv tu xambik ko jd host rancangan gossip ala-indon ek?)

Rahimin Idris berkata...

cuba buat muka ala2 mazidul sikit. aku jamin. ko boleh buat.

tasekM berkata...

patut lu pergi. kasi saing sama karam singh waliah. ha ha.


.

indah-chan berkata...

"Hai. Saya seorang yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Dia mestilah mempunyai kriteria seperti berikut-berkerjaya sebagai model,bila bercakap selit-selit bahasa inggeris, seksi dan pandai makan nasi ambang ketika kenduri selepas isyak"

kasi mak bapak bro juna statement ni, da jumpa nnt, kenen2 kan lah.. hhuhu

wah, jd chekgu ka? baguih2.

apek terror berkata...

relax la lu mmg bakat dalam sains dan bersosial...

BudAk hijAu berkata...

nanti kimsln zila bakarin ok!hehehe..

Rembo berkata...

colour my iris! gua suka.

taking back sunday?! ha ha ha

ijan berkata...

ape ada hal baca berita pakai seluar pendek ngan selipor je. kan dia amik gambo atas je. haha...

Mazlina berkata...

kenapa chennai?

iyan berkata...

kalau de nk jodohkan lu dgn janda berhias belakang rumah cemn?

KARKADEWA berkata...

dah sampai jodoh lu sebat je la...
untung2 diorang support dari hujung rambut sampai hujung kaki...
hah!
teruja la tu...

Suka Bebel berkata...

boleh ganti karam singh walia nanti.tapi kena pandai reka peribahasa sendirik lah, ibarat padi melukut di tepi gantang macam mana nak dapat berasnya?eh, betul ke ni?hehe

Mak Su berkata...

hhhhmmm, maksu setuju bab jaga hati, memang kena jaga. maklumlah sekarang, penyakit hati dah banyak, hepatitis. ngeri gaks.

leng berkata...

malam kalau sunyi ajak mak ko lepak kedai aku la juna.

Rajuna berkata...

huzai-berkat? apakah berkat itu maksudnya bungkusan makanan yang selalu dibawa apabila selesai kenduri kahwin itu?


mary-layan? jangan sebarang layan. lelaki pun tak boleh dilayan sangat sekarang ni.

atiqah-eh artis pun kadang2 pegi pagi balek petang, tiqah oii.

kecik-tak minat? tapi kalau ada lelaki tampan macam bang juna kat situ, tak minat pun boleh jadi minat.

hazirah-glamer ape ber-background-kan tanah runtuh dengan banjir kilat? tak cool langsung.

xfazx-betul! kalau tak dengan lu lu sekali gua aperantiskan jadi aznil.

liyana-auuwww..bang juna tak buat nasi minyak. menu vegetarian occay? hiks!

cikenit-ow shit, u heart me out darl! ha ha ha

qaseh-ow no no no no...bang juna tak rela kegebuan ini ditandingi sesiapa

danielle-fak daniel. berjuang angkat senjata syeikhh..beli sabun naik bukit!!

phikool-tempat lain kurang kari.

cimon-ahh..ko dewasa lah sorang2!!! malas aku nak jadi orang dewasa...

rahimin-aku tak sanggup pakai seluar saiz 42.

tasikmerah-karam singh walia adalah dalam kategori heavy weight.


valsa-cih..mak aku tak suka menantu model. dia nak penyanyi. susah nak cari tu.

apek-ini lah yang gua belajar selama 3 tahun setengah ha ha ha

budak hijau-arghh..tolong jangan beri saya tekanan.

rambo-cakap banyak tak guna. meh layan sedas!

sultan-peh tak cara la beb. apa hal pakai suit dengan suar pendek dan berselipar? ha ha ha

mashliner-tempat asal roti canai.

iyan-belakang rumah gua pusat hiburan. hanya ada GRO China.

karkadewa-tablebla siakk..


sukabebel-bukan bukan..melukut di tepi gantang, kalau tak puasa bayarlah fidyah segantang beras. sekian.

maksu-maksu tau pelempang hardcore? ha ha

lengcipan-aku sekeluarga segan dengan ko leng sebab kau abang2 crusty kental.