Selasa, 26 Mei 2009

Kehidupan kita pilihan kita: Tak mampu melawan takdir

Bila dikenang-kenang kembali, kehidupan yang diinginkan mungkin sekadar fantasi sebelum tidur. Akhirnya, bila mentari terbit-segala fantasi dan khayalan indah itu terbang dimamah masa dan kesempatan yang kita kejar-kejarkan.



Harus kita sedari, setiap inci kehidupan ada aspirasinya tersendiri. Ingin bahagia. Itu pasti. Tapi cara bagaimanakah untuk mencapai kebahagian? Itu ada dalam tangan kita sendri. Kehidupan kita, pilihan kita.




Membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain adalah suatu kesilapan bagi diri saya. Ini menyebabkan saya semakin sesak dihimpit perasaan bersalah. Apakah sememangnya nasib kita akan sama dengan orang yang lebih bernasib baik dari kita? Itu satu lagi persoalan yang bisa membuat kita akan berasa rungsing. Mungkin kita boleh berusaha menjadikan diri kita setanding dengan mereka yang terbaik. Namun, sukar sekali untuk menolak takdir yang telah tersurat. Apa yang telah tertulis haruslah diterima dengan hati yang terbuka. Redha.


Saya sekali lagi tertanya-tanya. Apakah piawaian kebahagian itu diukur dari aspek material semata-mata atau sejauh mana individu tersebut memandu dirinya ke satu sudut kehidupan yang lebih baik?


Jawapan yang logik, barangkali ada di dalam minda kalian. Tetapi, jelasnya masyarakat hari ini menilai kejayaan sebuah kehidupan berasaskan unsur material semata-mata. Besar kereta Amat, maka bahagialah Amat. Mahal telefon Joyah, maka hebatlah Joyah di dalam lrt kelak. Besar rumah Abu, maka keluarga Abu serba serbi sempurna cukup makan pakai.



Pernahkah kalian terfikir bahawa pencapaian dari aspek sosial sebenarnya lebih mahal harganya berbanding pencapaian dari aspek ekonomi?


Bahagiakah Amat apabila berkereta besar, tetapi ianya hasil dari duit perjudian? Bahagiakah Joyah bertelefon bimbit walaupun ianya hasil dari rompakan bersenjata Joyah bersama suaminya? Bahagiakah Abu di dalam rumah besar sedangkan keluarga porak peranda?



Beberapa minggu lalu, seorang teman yang juga bakal pengantin memalukan saya dihadapan rakan-rakan. Dia mentertawakan saya kerana masih tidak punya pacar, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan masih tidak berubah seperti tujuh atau lapan tahun dahulu. Saya hanya tersenyum sambil meneguk air teh yang sudah sejuk di dalam cawan.


Ya. Saya akui. Mendengar muzik keras, membaca zine dan menghadiri acara muzik kecil-kecilan adalah sebahagian hidup saya. Saya cukup minimal dalam mencari erti sebuah hiburan. Maklumlah, tidak dibesarkan dalam keluarga mewah. Saya hanya mahukan hiburan yang betul-betul mempunyai nilai supaya ia nampak lebih berbaloi. Mungkin attitude ini amat melucukan bagi mereka kerana saya masih lagi sebegini sejak zaman sekolah lagi. Lagi pula, saya masih bermotosikal sedangkan mereka sudah berkereta menjalar biarpun hanya lulusan SPM/STPM. Saya redha dengan semua itu.



Saya biarkan.


Cuma di dalam benak ini, timbul persoalan. Mampukah dia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dalam usia semuda ini? Mampukah dia mengharungi tantangan yang lebih besar apabila menjadi suami, sedangkan tantangan dan godaan kecil pun tidak mampu dilawan? Mampukah dia memberi nilai kehidupan yang sempurna kepada anak-anaknya, sedangkan dirinya diselaputi kebejatan nafsu jahat?


Ah, persetankan. Saya juga masih mencari erti kehidupan.

16 ulasan:

Darkkadabra berkata...

biar kita bahagia dengan cara kita.

persetankan semua.

dzul berkata...

ayat kau mmg tersusun cantik mcm biasa..

iya..x perlu bandingkan dengan orang lain. jodoh dia sudah sampai. kiranya, kalau jodoh kau pun sampai besok2..kau pun x akan perdulikan cakap2 orang..haha..

kecik berkata...

setuju. entry ini sgt menusuk jiwa. aiceh

hidup kita tak sama dengan org lain. ada yg rasa bahagia bila berkereta besar, berbinikan pompuan hot tapi bukan hot tempered, atau pun duit juta2.

memang dari dulu kita disogokkan, duit banyak, dia bahagia. duit sikit, kasihan dia. tapi yang berduit sedikit itu mungkin rasa lebih bahagia dari yang berduit juta2.

kebahagiaan itu umum sebenarnya. persetankan mereka2 itu. hidup kita, kita tentukan. kita yang corakkan. bukan mereka

Yana Ismail berkata...

tiba2 gaya tulisan bang juna btukar serta merta..

Bang juna,
biarla pe org nak kata..asal kita bahagia dgn apa yg kita ada.;)

mulut org, smpai bila pun tkleh tutup..biarla pe depa nk kata..depa yg tmbh dosa..

p/s:kalau yana ikut bang juna ritu, leh gak myamar jadi gf..huhu;)

Umie berkata...

aku cukup kagum la dengan gaya penulisan ko..serius kagum nih!!! aku tak mampu buat entry mcm ko <---- perbandingan sedang berlaku di situ... hohohoho

hzrh berkata...

bangJuna,
manusia tak pernah puas.payah lah kita sebagai manusia biasa utk puaskan semua org..hidup bkn utk puaskan org lain,tapi diri sendiri..biarlah org lain..kalau org menilai dengan cara tu,abaikan mereka..janji kita puas dgn apa yg kita ada dan setakat mana pencapaian kita..org mungkin lihat Amat hebat,tapi dia puas ke dgn hidup dia??
sakit la bangJuna kalau nk puaskan hati org lain..

*BM berterabur.ampun cikgu!T__T

yoshz berkata...

oh sekarang u dah pandai dah bagi taskiroh.dulu u bukan main rebel.

meh sini. i sepit u di pintu lrt.

apa pun, kudos!

hegira berkata...

setuju.
dan setuju.
dan setuju.

bahagia itu bukan materi.
bagi aku.

dan oh juna, jom kita pacaran!

cimon berkata...

btul btul btul !!

bahagia xbleyy diukur mlalui material...tp mlalui perut!

heheh (^v^)

(p/s:lepak KL laa ct sek. nie ek)

Rembo berkata...

dude.

satu kuasa yang lu perlu ada adalah hikmat memekakkan telinga dengan denial peringkat ke 5.

siapa taknak ada butterfly in stomach kan?

FAZ berkata...

Perghhhh!!!Dalam tu makna tapi dalam mana kita tak tahu...

p/s:gua ingat dah salah blog dah tadi masa baca entri lu

leng berkata...

sampaikan kate-kate aku ini pada membe ko tu...

"lu sama lu, wa sama wa..
nanti ko tau la camne susahnye nak beli pampers ngan susu"

p/s: aku tgh sakit ati ni..
gambar2 aku kene rip off ngan kompeni global. influenza betol la..

H berkata...

juna,
ape2 pun aku rase ko jugak yang cool.
tak ape pakai motosikal je,
tak ape blom ade keje tetap pun,
yang penting education tu,
dan hati budi juge.
diorang ape tau?
sebab diorang pemikiran 'paras' tu je.
cepat sangat berpuas hati dengan pencapaian yang tak seberapa tu.
hehe.
kan?

oke, skang nak ngurat juna.
:)

Rajuna berkata...

darkk-jangan puja syaitan. dengar lagu hati syaitan dari syj tak pe.

dzul-ha ha. kepedulian dalam bahasa indonesia bermaksud keprihatinan. ha ha

kecik-yang penting sekali,kena ada ilmu bagaimana nak terima hakikat dengan hati terbuka.

yana-cuma tak setuju bila ada kata 'kita pun kongsi dosa.' ah..kenapa ya?


umie-oh umie. apa sangat lah yang ada pada aku nih.


hazirah-pernah tahu apa itu pengertian sebuah kehidupan?


yoshz-jumpa i kat pavilion. i nak bentes kaki you kat escalator.


hegira-kayaknya ga bisa deh. ortu sudah menentukan jodoh ku. ha ha


cimon-cimon rules hidup untuk makaaan!


rambo-aku tak berapa paham dengan bidalan inggeris. cuma pada aku, siapa pun inginkan taman di dalam hati.


xfazx-sejak bila pulak gua buat karangan abstrak? lu nak kena siram dengan air kacip patimah?


lengcipan-cakap orang dah ada pengalaman, kita kena akur la kan. nanti aku boleh refer kat ko la bab jaga2 anak nih.

H-apa pun pendapat anda, luka saya di dalam hati masih belum pernah sembuh sepenuhnya.


(GILA EMO AKU NIH JAWAB KOMEN ORANG)

Fareenz berkata...

hye.
first, oleh kerana saya memang tgh mood nak marah orang sebab orang yang konon pandai berlaku kurang ajar dgn saya, jadi saya amat nak marah dengan kawan kamu yang mentertawakan kamu itu.

mungkin kamu bersabar dengan dia. tapi kalau saya, rasa mahu tuang teh itu ke mukanya seraya berkata, "ada aku mintak duit kau ke?".

jadi oleh kerana encik juna dan saya adalah dari golongan terpelajar, kita stay cool.

encik juna, tiada siapa memahami situasi kita sampailah kita sendiri melalui benda yang sama.

jadi jangan mengata orang sebab bila kena kat diri sendiri baru kau tahu.

time kasih.

Mak Su berkata...

kehidupan kita, kehendak kita, kita saja yg tahu. kita saja yg mampu menguruskan