Sabtu, 30 Mei 2009

Cuma bersimpuh di pinggir pentas, menyaksikan aksi mereka gembira di atas sana.

Apa? Tak ada perempuan nak ajak kau keluar? Gila tak cool. Apa lagi. Ikut Bang Juna lah. Kita pergi gig. Tapi jangan nak celupar cakap budak-budak yang pergi adalah pecundang sebab tak ada teman wanita. Ini kenyataan paling hardcore untuk ditelan.


Bang Juna suka pergi gig. Suka tengok kugiran-kugiran yang main muzik laju-laju. Lepas tu, bising-bising. Baru lah berbaloi. Kita penat bayar masuk gig, diorang penat main muzik. Sama-sama penat.



Kalau dah main muzik laju dan bising-takkan lirik pasal putus kasih kot? Kurang-kurang pun, lirik mesti pasal betapa jijiknya makan di Mac Donald's. Atau pasal bos suruh kerja lebih masa tapi gaji tak ada. Biasa lah. Radikal. Politikal. Ini baru punk. Ini baru hardcore.


Bang Juna paling berderau tengok kugiran yang mempunyai imej yang ganas. Rambut panjang. Baju hitam. Tampal-tampal perca yang mempunyai ayat politikal. Serba serbi lengkap. Imej dan lagu. Biasanya mesti seiring. Baru dengar soundcheck pun dah meremang bulu tengkok. Belum lagi tengok peranti-peranti muzik aneh mereka. Peh. Sekali dia "JREEEEENGGGG", dah mengigil lutut.



Bila dah counting 1, 2, 3 muzik pun masuk. Budak-budak mula rapat depan pentas. Muka masing-masing ketat. Posing berpeluk tubuh. Gaya macho. Mana yang ada kamera DSLR mula beraksi menangkap gambar dengan skill masing-masing.


Vokalis mula rampas mikrofon.


"Okay, we re Kepala Pecah Berderai from pekan Rengit, Batu Pahat. And this is our first song!!! Bluerrghhh!!!" Layan. Muzik laju. Berat. Vokal garau dan rabak. Bang Juna hangguk kepala sikit-sikit je. Dah tua. Nanti pening pulak. Lagu pun habis.



Habis satu lagu vokalis pun berbicara, " This is our next song."


Habis lagu kedua, vokalis pun berbicara lagi," This is our third song. Enjoy." Seminit dua lepas tu, lagu ketiga pun habis.


Dan.
Lagu keempat, " This is our last song for today."



Ok, muzik yang bagus. Permainan yang ketat. Cuma pengisian tiada. Hanya paluan muzik keras bersama jeritan/ngauman garang. Apa salahnya luangkan masa seminit dua untuk terangkan isi lagu dan pendirian mereka. Rasa-rasanya tak lah bazir masa untuk memberikan penerangan kepada para hadirin yang dihormati.


Ya. Bang Juna tau, ada diantara mereka berkobar-kobar nak menyatakan hasrat terpendam di hati untuk berkongsi pendapat. Tapi apakan daya, diri dah dipengaruhi alkohol. Sudahnya, main muzik entah ke mana, etika entah ke mana. Habuk pun tara.


Hapabenda yang nak diubah kalau dah macam gini gayanya?

21 ulasan:

Rahimin Idris berkata...

bang juna, layan iwan fals pun cool juga apa. lagu 'lonteku' hahahaha

kecik berkata...

bang juna suka pergi konsert tak?

dzul berkata...

ye betul..pengisian tak ada..
apa kata dengar keset usrah ustaz akhil hayy pula lepas ni..

yoshz berkata...

Mmg dah tua. Sekarang i pergi gig pun esok mesti ambik MC. sakit satu badan.

si Comot (VIP boy) berkata...

uh..got style.
muse-sick

FAZ berkata...

Band band yang macam itu lagu mereka takde lirik. Vokalis hanya sekadar pelengkap sahaja untuk main jerit jerit lepas geram.

A. H berkata...

begitu yer.hish hish

Op berkata...

huhu,jeles dah lame tak pegi gig huhu

Rajuna berkata...

rahimin-kurang rasa rasa malaysianya.

kecik-suka kalau dapat tiket percuma dari perempuan-perempuan kuala lumpur.

dzulkarnain-ustaz tu tak telefon bini dia tiga bulan oi.

yoshz-you. i cadangkan you angkat satu bio aura lah. amek dari i. you nak jadi member tak?


si comot-is there's any fashion show?

xfazx-hardcore punk bukan untuk social change ke?

amy-iye. gitulah adanya.

phikool-you mungkin dah tak loser lagi.

Sang Pencinta berkata...

hye juna yg comel,
lame xketemu ya
weh gmbar lo 2 nostalgia,
ko g gig 2 ade x nmpak bdak tdo?
ble nak mai kl ni?

Danielle_Corleone berkata...

hye bang juna yg kiut.
gambar bang juna tu chantek la.
bang juna marilah ke kl.
bleh lpak2 oldtown mcm kami berdua. hahahaha.

S.YanaZ berkata...

Bang Juna,
naper pergi gig pakai baju batik hari Khamis?
Tak true taw.

Rembo berkata...

oi! gig mana lu pergi ni?

A t i Q a h berkata...

Paling tak 'in' dengan i kalau dgr lagu yang muziknya kuat tapi vokal sekadar 'huarghh! huarghh!' aje. alahai.

Rajuna berkata...

Tempe-gua nampak lu tidor waktu set daighila kat focus one pj dan set deepset kat one cafe. macam siak.

daniyal-kapitalis.

syannaz-bang juna teruja dengan semangat satu malaysia lah sangat.

rambo-gig kat atas welward lama.

atiqah-i nyanyi auw auw auw..mesti you in habis. sure..!!

Rozita berkata...

salam ziarah..

faqhrule berkata...

bang juna pergi gig yang mana tu?
sekarang banyak yang band musically hardcore jarang dah ada band yang mentally hardcore. kat kl ni bersepah gig macam bang juna tulis ni. tu pasal banyak claim band punk/hardcore tapi just musik je.takde explain dorang jerit ape. betul la guna musick as a medium, to express anger towards yang ditentang tu, tapi macam bang juna cakap tadi la pengisian tu kurang. or takde kan?

Rajuna berkata...

rozita-bersalaman iaitu bersentuhan antara lelaki dan perempuan adalah haram di sisi syariat. sekian.

faqrul-nama kau sebenarnya sikit lagi nak sama dengan nama aku. aku menulis secara random melalui pengalaman. itu sahaja. ada band? jangan kecil hati ya.

Basuh Baju berkata...

hello bang juna..haha

slalu layan gig katne?

cimon berkata...

wei, bile nak turun KL nie? call2 laa k!

(^v^)

Rajuna berkata...

basuh baju-waalaikumsalam warahmatullah hiwabarakatuh! selalu layan kat amahreka sarikat je.. haw haw haw haw


cimon-aku tak dapat cuti. kena jaga budak bola kerajang. bangsat. ini sangat zalim.