Rabu, 13 Mei 2009

Senyum dan hati ini mula mencaci

I.

Ke Kuala Lumpur hujung minggu lepas.
Melepas rindu pada rakan-rakan.

Mendapatkan dos suntikan semangat dari pemuzik bebas tempatan. Hanya irama yang berat. Pantas. Pendek. Tangkas. Bermain-main di minda aku sehingga hari ini.

Itu natijahnya.

Nah, aku sudah kembali bertenaga. Bersemangat. Untuk melawan. Pembudakan ke atas diri aku.

Er.. belum.


Di dalam bas. Keletihan. Menuju semula ke Selatan. Seorang gadis asyik bertanyakan latar belakang aku. Kerana dia duduk bersebelahan dengan aku. Lalu, aku jawab dengan jujur. Satu persatu.


"Awak tak nampak macam cikgu pun?"

* Senyum* (Dalam hati, "babeekow.")



II.

Dengan sisa semangat yang ada aku menghadiri kursus pendidikan jasmani. Atas alasan tiada siapa lagi boleh diharapkan, aku menjadi wira sekolah.

Di kaunter pendaftaran. Urusetia sentiasa tersenyum. Beramah mesra. Sedaya mereka. Untuk menunjukkan etika kerja yang berkualiti barangkali.

"Awak kalau menyamar jadi pelajar pun orang tak tau," sapa si urusetia.

*Senyum dan tidak berkata* ( Hati terdetik,"bapak kau mungkin lambat azan kau ni.")

"Awak mesti tak sangka awak jadi guru kan?"

*Senyum dan berlalu pergi* (Hati berkata, "bapak kau mungkin adalah seekor ayam belanda yang mempunyai kerandut leher yang agak layut.")

12 ulasan:

yoshz berkata...

i sedih tengok pengikut blog u ni. sikit sangat. u dengan rendah diri mmg tak sinonim. i tau.

FAZ berkata...

aku dah kata berenti je jadi cikgu.
jadi make up artis...baru kelas u~

S.YanaZ berkata...

ha.ha.


pstttt...psttttt;
'apehal Yoshz dengki sgt kat lu?'

dEs berkata...

sabar ye...hanya jauhari mengenal manikam..

nak keje..ade cikgu remote sensing tak kat sekolah bang juna?

H berkata...

"bapak kau mungkin adalah seekor ayam belanda yang mempunyai kerandut leher yang agak layut." <-- ini adalah sangat comel. hahahah... cemane bleh tepikir ayam belanda & kerandut nye tu?? aneh... aneh... tapi terbaek!! =))

cimon berkata...

hahaha (^v^)

xde org percaya ko cikgu ke?

hehehe (^_^)

hmm...

aperr laa ko nie...blk kg pagi2...x sempat aku nak salam ...bukannye kg ko bleyy lar pon...

huhu (T_T)

Sitie BUm BUm berkata...

sabau naa..

iyan berkata...

lu mesti selalu tido kat bilik sukan nih...

Yana Ismail berkata...

Yana xkesahla apa org lain nk ckp,yg pnting bang juna tetap di hati,ok?dah dah xmau sdh2:)

SATIRA + KACAU berkata...

Buatlah apa yang patut.

Satira+Kacau

Rajuna berkata...

yosh-peduli apa gua dengan follower. things is supposed to be a joke.

xfazx-gud boiii!!!!!!!!!! ha ha

syanaz-biar je. dia masih dalam pencarian tu.

des-u amek remote sensing ke? qelassss u!

h-entah. mungkin dia adalah binatang paling ayu pernah saya jumpa.

cimon-ko lebih suka karipap dan tidur berbanding aku.

siti bum bum-bauuuuuuuuuuuuu....

iyan-dem ha ha ha ha ha mana lu tau?

yana-ada tisu lebih? air mata jantan bang juna tak renti2 menitis.

satira-buat tak tahu kan?

hegira berkata...

selamat hari guru.