Selasa, 18 Ogos 2009

Petang-petang di kejauhan rindu

Dah berhabuk blog ni. Lama dah tak jenguk. Asal aku nak jenguk ada je orang duduk sebelah aku atau belakang aku. Tak selesa. Nanti ramai sangat orang kenal siapa Bang Juna. Mana boleh.

Ye lah. Bukan selalu dapat online secara gangster macam kat rumah. Kalau ada sisa-sisa jalur lebar, barulah aku menikmati jalur internet. Siksa memang siksa kat Tanjung Malim ni. Kalau duduk area pekan boleh handle lagi. Area rumah sewa aku kira-kira 5.6 kilometer dari pekan. Siot betul. Bila dah siksa emosi, fizikal pun terjejas. Tak boleh tidur lah, Demam lah, makan tak hadam lah, gastrik lah.

Agak sukar aku mencari tune keseimbangan emosi akhir-akhir ini. Tak tau lah kenapa. Agaknya dah lama sangat berlemak kat rumah. Mak masak hari-hari kat rumah. Tidur pun selesa atas katil. Turun katil capai internet. balik kerja cepat. Tak pernah lapar. Makanan bersih dan cukup rasa. Sihat rasanya. Kawan-kawan pun meriah. Tak ada awek pun tak terasa sangat sunyi dia. Duit kocek pun tak pernah putus. Memang selesa lah. Duit masa tu boleh lah dikatakan ‘lebat’ jugak lah masa tu. Walaupun dibelenggu hutang PTPTN. Jadi otak tak rungsing pun. Nak makan chiken chop hari-hari pun tak ada hal.

Bila sambung belajar dia punya tune dah lari secara mendadak. Tak ada geng-geng rock. Tak ada geng-geng ketagih jamming atau karaoke. Tak ada geng kaki shopping atau window shopping. Tak ada lagi sembang-sembang Sogo atau Jaya Jusco. Kalau kat kampung kita boleh sembang BP Mall atau Summit Parade. Aku campur budak-budak yang hisap rokok. Disebabkan aku tak hisap rokok aku rasa aku tidak dipandang cool. Aku selalu kena tinggal tak ajak makan malam bersama oleh mereka. Jadi aku makan sorang-sorang. Tak ada pulak awek tegur-tegur aku masa tu. Geram lah pulak. Macam tak hot je aku ni (padahal memang tak hot pun).

Sabar… Bak kata Rambo, pepatah jawa ada menyebut bahawa orang yang sabar biasanya akan mendapat isteri yang cantik. Iya ke ni Bo? Bab-bab falsafah jawa ni aku ingat kena refer kat Abang Jowopinter lah. Dia lagi pro. Bila duduk kampung la baru aku reti cakap jawa dan sikit-sikit budayanya. Aku memang tak sedar diri. Kau nak cakap apa, cakap lah. Aku tak kisah.


Bila kat perantauan ni aku memang jadi sentimental. Dah tak begitu rock sangat. Lain masa duduk kat KL masa muda-muda dulu. Hati panas. Napsu menendang-nendang. Goda awek power-power. Muka tak malu langsung. Jiwa meronta. Rebel lah bak kata mat-mat underground tu. Memang malas lah nak balik kampung sebab hari minggu memang sibuk macam mesin basuh (rujuk: Yoshz) dengan agenda-agenda penting. Gig sana sini ataupun berdating di kolej kediaman ke 7 sampai pukul 4 pagi. Tak pun menggatal di Millenium Court. Lain pulak sekarang rasanya. Feel dia lebih kat kampung lah. KL dah tak begitu kick lagi.


Bila adik aku dah masuk Manjung dan aku tercampak kat Tanjung Malim Kundang ni mak dengan bapak aku dah tentu tinggal berdua kat rumah. Bila bapak aku kerja atau ke kebun dah tentulah mak aku sorang-sorang. Time ni lah aku teringat mak. Lagi pula time mendung-mendung, hujan lebat atau angin kuat. Aku memang kuat bersembang dengan mak. Dia memang jenis mulut tak berhenti. Aku kenakan dia pun dia buat tak tau je. Kadang-kadang letih nak melayan. Tapi suara tu lah yang aku rindu bila kejauhan. Aku memang tak boleh blah bila bab-bab macam ni. Nak menitis air mata pun ada jugak. Lantak lah apa korang nak cakap. Hardcore sendu ke apa ke.


Sebab tu aku cukup marah kalau ada budak-budak yang kurang ajar dengan mak bapak lagi-lagi depan aku. Memang aku dengan tak malunya masuk campur lah. Orang tua mana yang nak anak-anaknya hancur berderai dik? Cuma kadang-kadang dia tak begitu faham dengan situasi semasa. Jadi komunikasi yang baik tu penting agar hubungan dengan mak bapak tu sentiasa ‘cantik’.


Kadang-kadang terfikir lah. Harap dijauhkan lah jodoh dari orang-orang yang tak hormat orang tua ni. Bukan apa, lama-lama nanti kita pun jadi orang tua juga kan? Kalau gitu aku nak cari pasangan hidup yang bertugas sebagai pengetua rumah orang-orang tua lah. Ada tak yang masih single?

15 ulasan:

faqhrule berkata...

yeah..perenggan last tu ada bau moralis dude..cayalah ada lagi yang masih percaya pada moralist..

Fareenz berkata...

saya single bang juna!!
hahaha...

saya pun masih percaya moralist. saya tak kisah sangat kau nak tungang terlanggang ke kt luar, tapi bila mak bapak mesti no 2. no 1 Tuhan yang pasti.

bukan hipokrit, cume hormat dan sayangnya kita kat mak bapak tu lain macam sikit. yang buruk bole jd baik.

bang juna jangan sedih2, ni pesti pasal nak posa sahur sama2 tengok kerenah adik beradik kan?hm, jom balik kg jom!

ps: selamat berpuasa bang juna..=)

Dewajiwa berkata...

perh.
kebelakangan nie entry banyak mesej mendalam seh. keep it up. memang bagus baca entry yang bermesej di kalangan mereka-mereka yang di luarnya rock tulen. salute~

Rajuna berkata...

faqhrule-moral tak moral. kasih sayang milik setiap insan.

fareenz-selamat berpuasa fareenz. semoga kental menghadapi ujian di bulan puasa.

dewajiwa-eh aku tak rock la. orang kampung tak ada la rock sangat. kalau rockstar dia macam sex, drugs and rock and roll macam tu ke?

cimon berkata...

selamat mnyambut bulan pose ek!

walaupun anda gastrik...xbermakna anda boleyy ponteng pose tau!

hehehe(^v^)

Airinar anastasia berkata...

aritu i tego u semasa di bista..u tak igt ke???brani u ckp takde org tego u..mukakaka..

p/s: skang moskutuk gua dh sehat..baru lu tau gua rempit ke tak..hahah

Unknown berkata...

err..warden penjara ada la gua kenal..solo lagi..pompuan..jelita..

slamat berposa beb..n slamat hari raya gak..

kecik berkata...

orang yang sabar biasanya akan mendapat isteri yang cantik..

ada tak yang masih single?


*angkat tangan*

King berkata...

citer pasal jodoh plak ending entri ni..
ko dah sunat ke belom Juna???

FAZ berkata...

dulu gua stay area tu 2 tahun gak belajar, benda paling up pon 7-E.apahal?!!

Rembo berkata...

asal emo je sebut nama gua, asal emo je sebut nama gua.

cuba sebut nama tuhan sesekali. Amacam?

adin berkata...

ape dh jd dgn lu nie beb!!! dh mereng ke apa??

hegira berkata...

kalau mak hepi, hidup lu mesti Tuhan bagi hepi!!
cayalah.

tasekM berkata...

yg single barangkali ada tp dah tua kot. he he.


.

Rajuna berkata...

cimon-sampaikan salam pada pijan dan diri kau. sebab sudi hantar aku ke klinik ari tu. thanks a lot guys. tak tau nak balas jasa korang macam mana.

syorre-i tak pakai cermin mata noks. i gastrik malam semalamnya. hidup kucar kacir kejap.


kimie-dorang wild dowww!!!


kecik-pergh!

king-rasa macam baru sunat. tu yang asik nak carik awek je.

xfazx-gua dah cakap dah. lu pegi sini la. kita bikin gig. mesti gempak masyuk ribu2 beb.

rambo-yela ustat rembu.

adin-jadahnya cerita macam ni boleh jatuh mereng?

hegira-harapnya macam tu lah.

tasik-tua sikit2 boleh ekjas.