Jumaat, 27 Februari 2009

Amalan Hitam

(Gambar :Pengamal amalan hitam? Sumber : Istidraj)

Maro adalah adik tiri kepada kawan aku yang juga pernah sama-sama bercita-cita nak buat kugiran sewaktu ketika dulu. Sebagai adik tiri kawan karib aku, aku tak ada masalah nak berkawan dengan dia walaupun tak serapat mana. Apatah lagi dia juga merupakan klik-klik skuter pekan ketika dulu. Itupun sebelum dia melanjutkan pelajaran di sebuah intitusi pengajian tinggi awam.

Bila sesekali berjumpa mesti banyak yang disembangkan. Tapi bila hujung minggu, takkan nak lepak pekan kot? Jadi aku, Maro, Zol dan Daud berangkat ke bandar untuk mencari tempat bersantai disamping memburu wi-fi percuma. Ya, bersiar-siar sambil membawa komputer riba nampak seperti ahli perniagaaan e-dagang yang paling sibuk dan berjaya mencapai sasaran jualan.

Selepas beberapa minit pertemuan di pekan, kami memutuskan untuk bergerak ke bandar dengan menggunakan kereta Maro sahaja. Aku terus mengambil keputusan untuk memulangkan kereta aku di rumah dan Maro akan menjemput aku di rumah terus ke bandar.

Setelah beberapa minit aku memarkir kereta di rumah, kereta Maro pun tiba. Aku pun meluru masuk ke dalam kereta dengan diperhatikan mak dari dalam rumah. Belum sempat kereta Maro keluar dari kampung aku, ada satu biji motor sudah melintang tengah jalan. Step-step blocking ala gangster kampung dalam tv. Aku juga dapat melihat dengan jelas beberapa sosok orang kampung yang aku kenali. Kereta yang kami naiki ditahan oleh orang kampung aku sendiri. Kawan-kawan aku seperti biasa, tenang. Ini bukan perkara aneh bagi kawan-kawan aku, terutamanya bagi yang kerap bertandang ke rumah aku dan bermain gitar menyanyi terpekik-pekik hingga dinihari di anjung rumah ketika mula-mula ayah membina rumah di sini dahulu iaitu sekitar hujung tahun 2003.

Lokasi kami ditahan adalah dihadapan sebuah rumah anak gadis yang sedang diserang penyakit misteri. Ia dikatakan kerana perbuatan salah satu teman lelakinya. Berapa orang teman lelakinya aku tak tau. Apa yang aku tau, memang bukan seorang. Salah seorang darinya adalah Maro sendiri. Itu cerita lama. Sekitar tahun 2005 tak silap aku. Ketika kami ditahan, si gadis sedang diubati oleh seorang pawang. Kami telah disiasat seketika. Mahu ke mana? Dari mana? Ada apa? Itu semua adalah soalan yang diajukan. Tetapi bukan pada aku. Sebaliknya kepada teman-teman aku. Sapaan aku tak dijawab. Bila aku angkat tangan, orang-orang kampung tak ambil peduli. Aneh. Beberapa minit kemudian, kami dilepaskan tanpa ada sebarang aksi kungfu hardcore seperti di gig-gig MYHC mahupun aksi mabuk kuda kepang.

Setiba di bandar segala-galanya berjalan lancar. Kami berborak tentang isu semasa, tentang perkembangan rakan-rakan, komputer dan isu piawaian pengubahsuaian kenderaan persendirian. Yang pastinya, tiada isu-isu peribadi disentuh. Pukul 4 pagi aku sampai di rumah dengan selamat.

Keesokan harinya, aku disiasat lagi oleh Pak Tam. Ya, soalan yang hampir sama. Semalam pergi mana? Dengan siapa? Pergi pukul berapa? Akhir sekali, siapa yang tahan kamu semalam?

Aku jadi tertanya-tanya apa maksudnya semua ini. Persoalan akhirnya terjawab. Maro disyaki menghantar ‘benda’ tak elok kepada bekas teman wanitanya. Aku pula dituduh bersekongkol dengan Maro. Menurut Pak Tam, ketika kami melewati rumah gadis terbabit, pawang tersebut telah ‘berlawan’ dengan ‘benda’ yang Maro hantar. Sedangkan Maro masih boleh memandu kereta, bercerita dengan waras dan relaks-relaks dengan aku minum air teh tarik serta bersembang ketika itu.

Tak taulah ia satu fakta yang betul atau tidak. Semoga Allah terus melindungi aku dan keluarga dari sebarang bahaya, gangguan dan syak wasangka.

Ahad, 22 Februari 2009

Satu sisi lain disebalik kehidupan penuh jeritan amarah

Aku bercerita kepada mereka berdasarkan artikel di dalam kertas model SPM. Ia berkisar tentang keupayaan seorang kanak-kanak cina yang mampu membina laman sesawangnya sendiri dalam usia 7 tahun.

“Kau tengok budak ni. Umur 7 tahun dah ada pandai buat website sendiri. Kita? Huiih..malu lah. Hah, sini siapa ada Friendster?”

Tak jawab. Diam. Tak ada respons. Mengantuk barangkali. Kelas tengahari.

“Myspace?”

Diam.

“Facebook?”

Diam tak bersuara. Pelik.

“Myspace pun tak ada? Biar betul kau orang ni?”

Dan,
Akhirnya seorang pelajar bersongkok menjawab.

“Oh..maisepes eh? Ada..ada. tapi bila hari guru je lah,”

Aku tak tau apa gambaran dalam kepala otak berkeladak 16 tahun mereka mengenai Myspace, Friendster dan Facebook. Mungkin bekas kedap udara barangkali (Tupperware).

Sabtu, 14 Februari 2009

Layang-layang tangsi talinya (balik-balik mood nak emorock ala Color My Iris).

Hari Rabu ini aku dipanggil ujibakat untuk menjadi wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen percuma. Seingat aku, aku tak pernah memohon jadi wartawan penyiaran. Aku mintak jawatan lain. Apa yang membosankan, aku akan diletakkan di bawah Unit Bencana. Aku memang tak sangguplah nak redah tempat-tempat ketar macam tu. Semangat aku bukan kuat sangat. Tak caya tanya lah budak-budak rumah sewa aku. Kalau letak aku kat Meja Hiburan syok jugak. Baru lah glamour. Boleh pakai baju labuci-labuci. Rambu-ramba bagai. Dapat salam-salam dengan artis terutamanya Zila Bakarin. Merembes adik-adik tengok aku meletops kat tv. Orang tua aku macam berat nak biarkan aku pergi ujibakat tu. Dulu pernah jugak waktu aku jalan-jalan kat Curve ada kru-kru stesen tv terpekik-pekik panggil aku paksa suruh buat ujibakat pembaca berita kat sana. Gila. Ujibakat apa benda dengan pakai seluar pendek berselipar jepun, misai bersepah?

Minggu lepas Kath marah-marah sebab aku tak datang temuduga jawatan wartawan. Punca aku tak datang temuduga itu adalah disebabkan orang tua aku bising-bising. Ini semua aku punya pasal sendiri suka-suka pada ketika itu. Disebabkan tak ada kerja dan tak tau nak buat apa, aku mengarut-ngarut tulis surat kepada dua buah syarikat penerbitan utama di negara ini mengenai pergerakan muzik bebas. Tapi aku tulis yang positif-positif aje lah. Nampaknya, hanya sebuah sahaja yang respons dengan surat dan resume aku. Walaubagaimanapun, aku tak datang. Kath telefon pagi-pagi buta mengamuk dalam bahasa inggeris. Aku cakap dengan dia bahawa aku terlupa tarikh temuduga walaupun hakikatnya aku malas datang. Rileks lah Kath. Aku tampar kau nanti. Kau tau ke konflik aku kat sini?


Sejak dari zaman aku lepas SPM orang-orang tua disekeliling aku cukup risau dengan kecenderugan aku. Masa isi borang UPU terdapat beberapa bidang yang dihalang keras oleh mereka untuk aku ceburi-muzik/drama, fesyen, hotel dan sebaran am/jurnalis. Yelah, orang tua fikir benda yang bukan-bukan je lah. Fikir panjang sangat. Boring. Subahat lah, kerja tentu masa lah, cuti susah lah, anak bini berterabur lah, bedebak bedebuk tum tam tum tam. Akhirnya aku buat pengajian perniagaan. Memang tak boleh blah. Jadi, aku blah dari UiTM. Tak abis belajar. Itu pun ada yang cuak-cuakkan aku cakap lepas ni susah lah aku nak masuk universiti. Mengarut. Peduli apa aku. Aku ugut mak aku, kalau bising-bising lagi lepas ni aku lari pergi Chenai, India. Aku memang tak minat. Aku sambung belajar kat UM lepas tu. Buat course yang boleh lah dikatakan aku minat ketika itu iaitu salah satu subjek yang tak pernah aku ambil sewaktu di tingkatan 4 dan 5.


Kadang-kdang bila buat keputusan kita tak boleh nak fikir diri kita sahaja. Pada satu tahap tertentu kita kena ambil peduli dengan pendapat orang-orang sekeliling kita terutamanya orang tua kita. Macam aku, dalam rumah sekarang hanya tinggal kami tiga sekeluarga. Adik aku kat Perak. Dapat engkau bayangkan betapa sunyinya rumah aku di tengah-tengah kampung ni bila malam menjelma? Tak boleh blah beb. Lagipun mak bapak aku mungkin dah rasa senang dengan kerja aku sekarang. Dia pun tak raasa sunyi lagi. Walaupun tak tetap lagi, tapi kerja ni agak mulia. Lagipun aku pergi kerja pagi, pukul dua petang dah sampai rumah. Nampak depan mata. Taklah dia risau aku buat benda yang bukan-bukan nun kat KL tu. Takdelah dia orang ingat aku jadi kasanova kat sana, atau buat salah satu perkara yang mereka paling seram- kembali bermadu kasih dengan anak orang kenamaan dari sini.

Pernah ada orang cakap. Asyik jaga hati orang sahaja, hati sendiri siapa mahu jaga beb? Tapi dalam hal ini, aku tak kisah sangat untuk menjaga hati orang tua aku. Selama ni pun aku tak pernah ambil peduli pun pasal diorang. Lagi sakitkan, hancurkan ada lah. Tak apalah. Aku mengalah. Mudah-mudahan ada keberkatannya. Tapi kalau dia orang nak tentukan jodoh aku pulak macam mana?

Jangan!-Ini satu igauan ngeri.

Rabu, 11 Februari 2009

Sekuntum mawar, ku curahkan coklat. Mulut kau, berasa strawberi.

Biasalah. Awal-awal bulan Februari ni. Semua pasangan-pasangan bercinta mesti sibuk. Sibuk cari hadiah. Itu ini. Bukan lu orang tak tau. Bila hari Valentine, harga bunga mawar melambung. Harga sebuku cokelat sama dengan harga sebiji tayar motor. Ini semua kerja gila bagi siapa-siapa yang mengerjakannya. Tapi yang bernafsu buas, masa ni lah kau ambil peluang kacip teman wanita kau ye? Lepas tu kau blah macam tu je? Kurang asam kau ni. Kalau kau buat macam tu pada bekas teman wanita aku, dah lama aku tapak kau tepat kat dahi jendol kau tu.

Seumur hidup, aku tak pernah ambil kisah pun pasal hari Valentine. Mungkin sebab itulah aku tak pernah kekal bila berpacaran. Padahal, pasangan aku yang bodoh macam keldai Arab Saudi. Apahal nak kata gua lembab bila berpacaran? Lu tu yang sengal ubi. Ikut-ikut orang. Tak ada stail sendiri. Buat apa-apa tak pernah nak kaji mana asal mana datang. Jadi sekarang siapa yang lemau. Aku atau bekas-bekas awek aku? Bagi awek yang tak mau jadi awek aku, dia punya lemau lain kelas. Kita boleh kelaskan mereka di kelas Pemulihan atau Kelas Lembam. Amacam? Ok kan? Cantik tapi bodoh. Yes! Macam Paris Hilton, beb.

Dalam membicarakan hal berpacaran, aku teringat satu kisah yang bertajuk Tikam Belakang yang dikarang oleh aku sendiri ketika ini (hapabenda punya ayat entah).

Minggu lepas aku berborak dengan Arif merangkap bekas gitaris (yang tak mendatangkan hasil) aku sekitar tahun 2001 hingga 2003 di salah sebuah restoran Mamak di Senggarang. Bila bersembang dengan dia, mesti nak cerita hal-hal emo. Aku fikir dia ni emo pada lagu-lagu je. Rupanya dengan dia-dia sekali tapau emo kental.

Dia dengan beraninya membuka cerita mengenai bekas teman wanita aku. Eh, kau yang membaca ni, macam tak percaya aku ada teman wanita? Nak kena lempang prata? Ini cerita dulu. Tahun 2002 macam tu. Dulu, nampak awek letops sikit terus sauk. Bukan macam sekarang. Banyak nak kena fikir. Ada kau nampak orang dating bayar asing-asing? Dah lah aku tak ada kerja tetap. Cari nahas kalau ada awek waktu macam ni. Lagipun siapalah suka orang macam aku ni. Jambu. Engkau (baca: perempuan) kan nak yang dark, tall dan handsome kan? Lelaki berwajah Taiwan seperti aku ni hanya digilai ah moi sahaja. Awek tudung bawal dah siap-siap reject aku.

Dipendekkan cerita, kisah bermula ketika aku merajuk dengan awek aku. Bila awek aku call, aku pass kat mak aku. Biar dia berborak dengan mak aku dan aku blah ke padang buat lompat bintang dari pukul 2.00 petang hingga pukul 3.00 petang.

Bila aku merajuk dengan awek aku, ini bermakna aku tak tegur awek dalam jangka masa yang aku tetapkan sendiri. Iaitu kira-kira sebulan. Akhirnya, belum sampai tempoh ‘edah’ aku sudah nampak awek aku diusung oleh kawan aku sendiri. Perbuatan keji ini menyebabkan darah aku berderau deras seperti Sungai Rajang di Sarawak.

Tapi aku tak ada nak settle-settle atau cuba-cuba layangkan kaki ke pipi jantan bedebah tu.. Aku pun tak cakap nak putus atau merayu sayang, kembalilah kepada diri aku. Just move on. Lantak pi. Baik aku bersembang dengan bohsia-bohsia town. Alah, sembang-sembang je, bukan apa pun. Kalau dia orang cuba-cuba nak cium bibir, aku tepis je.

Sebenarnya, aku tak pernah doakan dia bahagia dengan teman lelaki barunya itu. Apa yang pasti teman lelakinya itu kuat tidur dalam kelas dan malas salin nota geografi. Salin lirik lagu jiwang laju pulak. Tak ada modal lah tu. Kalau berani buat puisi sendirilah bagi kat awek. Tak ada telur ke woi?

Khabar terbaru yang aku terima, seperti yang Arif ceritakan- mereka telah berpisah. Ini semua gara-gara bekas teman wanita aku dan dia itu terpesona dengan cikgu yang memakai kereta Iswara berbanding dirinya yang ketika itu tak bekerja. Tengok, kereta Iswara juga yang jadi taruhan. Setakat naik EX5 siapa peduli beb? Lain lah kau budak Multilevel Marketing atau direct selling. Boleh kau belikan awek kau bengkong atau penapis air untuk Hari Valentine. Kah kah kah munkeee (macam Isham).

Apa yang menyebabkan aku ketar, adalah keadaan jantan bedebah ini ketika berhadapan dengan situasi emo ini. Dia dikatakan jatuh demam sampai berdarah hidung. Mak aih

Begitulah saudara. Tingginya nilai cinta hingga sanggup dibayar dengan darah. Ini darah original, ok? Kau ingat sirap ros bubuh kat hidung macam dalam sinetron tu ke? Nilai cinta yang ikhlas tidak galang gantinya sama ada dengan kereta Iswara atau borang skim MLM terbaru. Kesimpulan semua pihak haruslah bekerjasama menggembeleng tenaga untuk menangani gejala sosial ini. akhir sekali, izinkan saya sertakan serangkap pantun berirama penuh ikhlas, tulus dan suci gunakan tanpa was-was.

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih bapak dia Encik Gajus
Janganlah tuan bercouple dengan bekas awek saya
Kerana mereka telahlah hancus.

Bai.

(p/s: carilah awek di pasar lambak Kampung Simpang Enam. Awek di sana mudah tergoda dengan anda sekiranya anda cekap wheelie sampai rabak mud guard belakang)

Sabtu, 7 Februari 2009

Assalamualaikum pakcik, mana saya boleh menampar?

Aku sangat pelik dengan perangai orang-orang dewasa di kampung aku. Orang selalu berkata bahawa orang kampung kebanyakannya berperangai lebih elok berbanding orang-orang di kawasan bandar. Tapi pada aku hujung pangkalnya, ia terpulang kepada diri mereka sendiri.

Kalau di Kuala Lumpur, keadaan masjid ketika sembahyang Jumaat selalunya penuh dan sesak. Para jemaah kelihatan berebut-rebut menempatkan diri di dalam saf. Ada pula yang sanggup menangguhkan makan tengah hari semata-mata untuk berada di dalam saf yang hadapan dan keududukan yang paling selesa. Budak-budak atau kanak-kanak yang bersembahyang jarang sekali aku lihat mereka membuat aksi kungfu yang diakhiri dengan tangisan (sebab kena sepak perut sampai senak) semasa di salam yang akhir setiap solat. Ini mungkin disebabkan kekurangan ruang untuk berkungfu dan bersilat pulut. Oleh itu mereka lebih gemar layan makan pisang, rambutan dan longan di beranda masjid.

Keadaan amat berbeza bila aku pulang ke kampung. Ada sebilangan golongan pakcik-pakcik yang tak ambil port dengan khutbah. Malah, lebih selesa melepak di balik pintu utama dan berborak sakan sambil gelak-gelak semasa khatib sedang berkhutbah. Biasalah, bila bercakap pasal agama ni, mesti tak lari dari isu moral. Lantak lah apa engkau nak cakap pasal aku. Tapi aku memang tak puas hati dengan perkara ini. Sepatutnya orang yang lebih tua menunjukkan teladan yang baik bila berada di dalam masjid. Padahal, imam dah pesan “maka sia-sialah pahala Jemahatnya (Jumaatnya) kalau engkau menyembang,” itu pun masih buat tak ambil peduli.

Kalau dah macam gini, engkau agak macam mana pula keadaan jemaah kanak-kanaknya? Bukan tak pernah ditegur. Tapi yang menegur tu pun dikalangan pakcik borak. Jadi, macam mana tu ustaz? Mana yang saya nak lempang prata dulu? Yang tua atau yang muda? Nak saya lempang sorang-sorang, masing-masing dah berjambang. Nak saya tegur, nanti mesti diorang tanya saya, “engkau ni dah daftar jadi ahli amno seumur hidup belum?”

"Mintak mahap la ye, pakcik. Politik tu apa?"

Rabu, 4 Februari 2009

Apa yang penting? Kerjaaaaaaaaaaaaaasama!-Ming Ming

Badan mula terasa sakit. Momentum melaksanakan tugas belum begitu sebati dengan diri ini. Sukar tidur. Adakalanya.

Apatah lagi bila tersepit di celah keadaan. Sukar membuat keputusan. Pernah Hazim berkata, kelak rezeki bertalu sehingga sukar membuat pilihan. Kini terjadi.

"Engkau perlu segera mencari pasangan hidup," kata seorang junior yang merasakan aku leka dengan permainan ini.

Keadaan belum begitu mengizinkan. Kepala ini terlalu berat dengan pelbagai cerita. Hinga sukar aku membalas komen kalian. Ha, ha.

Aku rasa memerlukan tukang urut. Menghilangkan kesunyian aku. Kesepian. Yang bisa melancarkan aliran darah aku, agar aku kembali melompat riang. Berteriak bersama rakan-rakan.

Pastinya dari jari jemari halus. Panjang. Kuku terawat rapi.


Tapi,
tak apalah. Minyak Wak Dakam masih ada.