Selasa, 4 Mei 2010

literatur tanpa rasa cinta adalah suatu unsur seni penuh kepalsuan

Banyak lagi rupanya yang saya perlu belajar. Tapi pelajaran yang paling bermakna adalah mempelajari diri saya sendiri. Ini perlu sebelum saya mempelajari dan mendalami orang lain. Kerana itu saya sedar apa arah yang perlu saya turuti dan harus bagaimana saya menikmati jalan itu biarpun beronak dan berliku. Oleh itu, besar harapan dari pihak saya untuk kita saling percaya dan mempercayai kerana itu adalah aset paling penting dalam sesebuah pertalian antara manusia. Saya percaya bahawa kita tidak akan jadi apa atau siapa-siapa tanpa dokongan orang lain. Se-DIY mana kamu pun, saya percaya kamu masih memerlukan orang lain.


Seperti saya yang memerlukan dia. Juga sepertimana dia memerlukan saya. Maka terpaksa saya mempertaruhkan masa dan tenaga. Juga sepertimana dia. Terpaksa mempertaruhkan masa dan tenaga. Untuk memenuhi keperluan kami.




Pung-pang-pung-pang.



Pukul 3 pagi. Saya masih bersembang di restoran dengan dia.



Apahal saya bawak anak dara orang sampai gini hari?



Peluh mula menitik di keheningan pagi. Tangan mula memicit-micit dahi mencari alasan yang paling romantis untuk menjawab sapaan orang tuanya di depan muka pintu sebentar nanti.




6 ulasan:

faqhrule berkata...

dalam hati ada heartcore. cepat cepat nikah!

cimon berkata...

perghh...

kompang berbunyi - - -

seriuss benor topik perbincangan tuh... hingga melibatkan wang & tenaga...

cepat2 laa menikah, xelok bwk anak dara orang kuar sampai pagi.

heheh

dzul berkata...

kalau hati dah setuju, cepat2 la bawa sidia berjumpa dengan kedua orang tuamu..segerakan urusan pernikahan ..jgn sampai si dia berubah hati.. - sri siantan..

Black berkata...

Jangan sampai org tua die rejek ko..

iyan berkata...

ah lu...
skang nih mesti dengar sinar malam2...

Rajuna berkata...

rule-tunggu posting lepas tu siap lah. wahahahahahah

cimon-sofa kau berapa ribu harga dia? wahaha

dzul-INI TAK BOLEH BLAH.hahahah jadi cik sri siantan! ahahahaha


black-mulut lancang siak. hahaa

iyan-kau tau tak betapa bermaknanya ganda 23? haha