Ahad, 4 Julai 2010

Gangguan Frekuensi Alam Maya

I.

Masa tinggal di Tanjong Malim sejak tahun lalu. Aku sering terdengar budak main guli tengah-tengah malam. Aku malas nak fikir bukan-bukan dan memang tak terfikir pun. Sebab balik dah penat. Tau nak tidur je. Tak ada masa nak fikir takut-takut walaupun tidur di bilik sorang-sorang. Man di bilik sebelah. Cuma bila Man balik jenguk anak isteri aku akan tidur di rumah Abe Lan.


Makin hari makin menjengkelkan. Setiap kali aku nak tidur aku dengar bunyi guli termantul-mantul di atas lantai. Aku takde syak orang lain. Ni mesti budak rumah Zaki main guli malam-malam. Dah tua-tua pun nak main guli. Apa nak jadi? Aku kumpul kemarahan aku. Maki dalam hati. Tapi bila jumpa Zaki aku buat-buat senyum.


Ada satu masa aku betul-betul dah tak tahan. Aku terpaksa bersemuka dengan Zaki. Aku kecam dia. Haram kau. Malam-malam main guli. Dah tak ada siang ka pe? Time aku nak tidur time tu la budak-budak rumah kau main guli.


Dia buat muka terkejut.


Aku makin panas.


Kau jangan tuduh sebarangan. Dia cakap. Dah engkau main guli, nak tuduh budak rumah aku apahal? Dan bertekak. Bertekak. Bertekak.


Budak rumah paling hujung. Wan Kulai menyampuk. Aku ingat aku sorang dengar bunyi guli malam-malam. Korang pun dengar jugak ke?






II.

Aku tinggal di tingkat lima. Di rumah enam tingkat. Hanya bertangga. Kalau dikira aras. Aku di aras empat. Memang letih. Bayangkan puasa-puasa aku naik turun tangga. Sebab tu la aku kurus sikit hehe.


Ada satu malam. Dua ekor budak ketuk rumah aku. Aku malas nak layan. Man yang jawab. Aku dengar suara soal-menyoal. Jawab-menjawab. Aku tak ambil kisah. Aku dengar pun sayup-sayup. Kat telinga terpasang lagu-lagu Metalasia album pertama.


Hinggalah Man bawak budak dua ekor tu pergi bilik aku.


Ni, mu ada main skipping malam semalam? Man tanya aku.


Abang ada main skipping kat koridor malam semalam? Tanya salah seorang dua ekor beruk yang datang rumah aku.


Aku jawab. Pekejadaharam aku nak main skipping malam-malam.


Budak dua ekor tu jawab. Bunyi tu datang tepat dari rumah abang. Rumah kami aras dua. Rumah tepat atas kami di aras tiga kosong. Saya bukan apa. Nak study terganggu. Tingkap ni ha. Bergegar!


Ah. Itu bukan skipping tu. Itu kaki aku hentak-hentak lantai dengar lagu. Aku sengaja mengaku benda tu dari aku. Bukan apa. Saja nak mengelak budak-budak dua ekor tu bukak kisah mistik. dan cepat berambus. Jadah ko! Rumah aku mengadap hutan gunung-ganang ni, siak.




III.

Pagi tadi lepas solat subuh dan membuat panggilan pada yang tersayang (ada orang bergayut dengan buah hati lepas solat subuh?), aku layan rancangan Tanyalah Ustaz dalam topik jin dan alam ghaib kalau tak silap.


Aku nak ke dapur. Terberhenti kejap.


Ustaz itu bilang.


Bunyi seperti guli jatuh ke lantai. Orang menumbuk. Pasir berterabur atas zink. Antara tanda yang menunjukkan sesebuah rumah itu mengalami 'masalah'.



Aku terkedu. Bulu roma meremang, seh.
Justify Full

10 ulasan:

Bila Diary Bercerita berkata...

Seram....
ada yg menganggu tu..eloklah dibuat sesuatu sebelum melarat.

cimon berkata...

kat KL xde hantu...

coz populasi orang mcm hantu lebih ramai dr hantu2 yg real!

heheh (^v^)

FarhanaLicious berkata...

wah. tak sangka, ko pun layan Tanyalah Ustaz. Bagus!

VanillA berkata...

cite yg bgus.....kbtulan ke ustaz tu kate main guli tu????abes...ape korg wat skang ni?

Rajuna berkata...

aishah-saya dah keluar dari rumah tu.


cimon-sudah la pinggan berlaga kat pantri! haha


farhana- jangan main2..hahahah


vanilla-dah tinggal sejarah..ktorg chow dari situ

cimon berkata...

tu hantu makcik cleaner laa...

hehehe (^v^)

indah-chan berkata...

umah sedara aku pun ade gak dgr men guli. mmg bajet umah sbelah weh. lps g brubat, die mcm marah gtu, skrg men hentak2 pintu dan baling2 barang ke pintu.

aduh, aku igt ko ade penyelesaian nye rajuna selain dr pindah. ehehe

dzul berkata...

xtau nak kata..tp bunyi-bunyian mcm ni byk org dengar..

bagaimana sesetengah bunyian dari alam lain(ikut kata ustaz tu) dapat berfrekuensi pada had pendengaran telinga manusia?...itu persoalannya.

Rajuna berkata...

cimon-ye la tu...haha

indah-hmm..ish. lagi seram. ha ha

dzul-entah la zul. aku pun tak tau nak cakap benda2 ghaib ni.

Razman berkata...

hoo..aku pernah dengar, pastu cuba cari bunyi dari mana tapi tak jumpa. memang bengang gila bila tak jumpa bunyi tu dari mana.