Khamis, 20 Oktober 2011

Kadang-kadang kita perlu cermin ajaib..

" Iye, saya nampak Sarah kiss bibir pakwe dia ari tu, " Safik beriya cerita dengan aku.

Jadi aku panggil Sarah ke depan.


"Sarah kau kiss bibir boyfriend kau ye? Safik cakap dengan aku tadi."


"A'ah. Habis tu, dah sayang kan?"


Aku tersentap. Satu pengakuan berani. Seorang anak gadis di depan gurunya pada usia lewat 20-an, yang jugak pendengar tegar muzik keras. Memang nak kena dia ni. Aku mula ketap bibir. Cari dan susun ayat untuk aku beri sedikit tazkirah kepada anak gadis yang baru nak up ni.


Kejap.


Aku semak fail-fail kehidupan aku untuk dijadikan rujukan rujukan. Hmmm... bzzztt bzzzt bzzztt... Ok. Tak apa. Tak ada yang sesuai untuk dijadikan tauladan.

"Macam ni la Sarah. Kau jangan buat benda-benda tak elok. Aku tak suka. Dah pergi duduk. Aku nak tanda kertas periksa ni."


"Ok bos. Thanks!"


Aku terus cari pengasah pensil yang ada cermin. Renung dalam-dalam ke arah cermin tu.


Hmmmm....

5 ulasan:

FAZ berkata...

Bung Juna, lu pergi sekolah mengajar pakai songkok tak?

Rajuna berkata...

tak. yang pasti pakai spender.

faqhrule berkata...

bang juna sayang makwe bang juna tak? hik

cimon berkata...

bro,kat kg2 pon ade budak kiss2 jgak ke?ingatkan kat bandar jek.

hehehe (^v^)

p/s:ko jgn kiss dgn bdk sek sudah lah...heheh (@_@)

Rajuna berkata...

faqhrul-boiperen mana tak sayang gepren!

cimon-haha ini kat pd. ekstrim. hahah