Ahad, 22 Februari 2009

Satu sisi lain disebalik kehidupan penuh jeritan amarah

Aku bercerita kepada mereka berdasarkan artikel di dalam kertas model SPM. Ia berkisar tentang keupayaan seorang kanak-kanak cina yang mampu membina laman sesawangnya sendiri dalam usia 7 tahun.

“Kau tengok budak ni. Umur 7 tahun dah ada pandai buat website sendiri. Kita? Huiih..malu lah. Hah, sini siapa ada Friendster?”

Tak jawab. Diam. Tak ada respons. Mengantuk barangkali. Kelas tengahari.

“Myspace?”

Diam.

“Facebook?”

Diam tak bersuara. Pelik.

“Myspace pun tak ada? Biar betul kau orang ni?”

Dan,
Akhirnya seorang pelajar bersongkok menjawab.

“Oh..maisepes eh? Ada..ada. tapi bila hari guru je lah,”

Aku tak tau apa gambaran dalam kepala otak berkeladak 16 tahun mereka mengenai Myspace, Friendster dan Facebook. Mungkin bekas kedap udara barangkali (Tupperware).

Sabtu, 14 Februari 2009

Layang-layang tangsi talinya (balik-balik mood nak emorock ala Color My Iris).

Hari Rabu ini aku dipanggil ujibakat untuk menjadi wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen percuma. Seingat aku, aku tak pernah memohon jadi wartawan penyiaran. Aku mintak jawatan lain. Apa yang membosankan, aku akan diletakkan di bawah Unit Bencana. Aku memang tak sangguplah nak redah tempat-tempat ketar macam tu. Semangat aku bukan kuat sangat. Tak caya tanya lah budak-budak rumah sewa aku. Kalau letak aku kat Meja Hiburan syok jugak. Baru lah glamour. Boleh pakai baju labuci-labuci. Rambu-ramba bagai. Dapat salam-salam dengan artis terutamanya Zila Bakarin. Merembes adik-adik tengok aku meletops kat tv. Orang tua aku macam berat nak biarkan aku pergi ujibakat tu. Dulu pernah jugak waktu aku jalan-jalan kat Curve ada kru-kru stesen tv terpekik-pekik panggil aku paksa suruh buat ujibakat pembaca berita kat sana. Gila. Ujibakat apa benda dengan pakai seluar pendek berselipar jepun, misai bersepah?

Minggu lepas Kath marah-marah sebab aku tak datang temuduga jawatan wartawan. Punca aku tak datang temuduga itu adalah disebabkan orang tua aku bising-bising. Ini semua aku punya pasal sendiri suka-suka pada ketika itu. Disebabkan tak ada kerja dan tak tau nak buat apa, aku mengarut-ngarut tulis surat kepada dua buah syarikat penerbitan utama di negara ini mengenai pergerakan muzik bebas. Tapi aku tulis yang positif-positif aje lah. Nampaknya, hanya sebuah sahaja yang respons dengan surat dan resume aku. Walaubagaimanapun, aku tak datang. Kath telefon pagi-pagi buta mengamuk dalam bahasa inggeris. Aku cakap dengan dia bahawa aku terlupa tarikh temuduga walaupun hakikatnya aku malas datang. Rileks lah Kath. Aku tampar kau nanti. Kau tau ke konflik aku kat sini?


Sejak dari zaman aku lepas SPM orang-orang tua disekeliling aku cukup risau dengan kecenderugan aku. Masa isi borang UPU terdapat beberapa bidang yang dihalang keras oleh mereka untuk aku ceburi-muzik/drama, fesyen, hotel dan sebaran am/jurnalis. Yelah, orang tua fikir benda yang bukan-bukan je lah. Fikir panjang sangat. Boring. Subahat lah, kerja tentu masa lah, cuti susah lah, anak bini berterabur lah, bedebak bedebuk tum tam tum tam. Akhirnya aku buat pengajian perniagaan. Memang tak boleh blah. Jadi, aku blah dari UiTM. Tak abis belajar. Itu pun ada yang cuak-cuakkan aku cakap lepas ni susah lah aku nak masuk universiti. Mengarut. Peduli apa aku. Aku ugut mak aku, kalau bising-bising lagi lepas ni aku lari pergi Chenai, India. Aku memang tak minat. Aku sambung belajar kat UM lepas tu. Buat course yang boleh lah dikatakan aku minat ketika itu iaitu salah satu subjek yang tak pernah aku ambil sewaktu di tingkatan 4 dan 5.


Kadang-kdang bila buat keputusan kita tak boleh nak fikir diri kita sahaja. Pada satu tahap tertentu kita kena ambil peduli dengan pendapat orang-orang sekeliling kita terutamanya orang tua kita. Macam aku, dalam rumah sekarang hanya tinggal kami tiga sekeluarga. Adik aku kat Perak. Dapat engkau bayangkan betapa sunyinya rumah aku di tengah-tengah kampung ni bila malam menjelma? Tak boleh blah beb. Lagipun mak bapak aku mungkin dah rasa senang dengan kerja aku sekarang. Dia pun tak raasa sunyi lagi. Walaupun tak tetap lagi, tapi kerja ni agak mulia. Lagipun aku pergi kerja pagi, pukul dua petang dah sampai rumah. Nampak depan mata. Taklah dia risau aku buat benda yang bukan-bukan nun kat KL tu. Takdelah dia orang ingat aku jadi kasanova kat sana, atau buat salah satu perkara yang mereka paling seram- kembali bermadu kasih dengan anak orang kenamaan dari sini.

Pernah ada orang cakap. Asyik jaga hati orang sahaja, hati sendiri siapa mahu jaga beb? Tapi dalam hal ini, aku tak kisah sangat untuk menjaga hati orang tua aku. Selama ni pun aku tak pernah ambil peduli pun pasal diorang. Lagi sakitkan, hancurkan ada lah. Tak apalah. Aku mengalah. Mudah-mudahan ada keberkatannya. Tapi kalau dia orang nak tentukan jodoh aku pulak macam mana?

Jangan!-Ini satu igauan ngeri.

Rabu, 11 Februari 2009

Sekuntum mawar, ku curahkan coklat. Mulut kau, berasa strawberi.

Biasalah. Awal-awal bulan Februari ni. Semua pasangan-pasangan bercinta mesti sibuk. Sibuk cari hadiah. Itu ini. Bukan lu orang tak tau. Bila hari Valentine, harga bunga mawar melambung. Harga sebuku cokelat sama dengan harga sebiji tayar motor. Ini semua kerja gila bagi siapa-siapa yang mengerjakannya. Tapi yang bernafsu buas, masa ni lah kau ambil peluang kacip teman wanita kau ye? Lepas tu kau blah macam tu je? Kurang asam kau ni. Kalau kau buat macam tu pada bekas teman wanita aku, dah lama aku tapak kau tepat kat dahi jendol kau tu.

Seumur hidup, aku tak pernah ambil kisah pun pasal hari Valentine. Mungkin sebab itulah aku tak pernah kekal bila berpacaran. Padahal, pasangan aku yang bodoh macam keldai Arab Saudi. Apahal nak kata gua lembab bila berpacaran? Lu tu yang sengal ubi. Ikut-ikut orang. Tak ada stail sendiri. Buat apa-apa tak pernah nak kaji mana asal mana datang. Jadi sekarang siapa yang lemau. Aku atau bekas-bekas awek aku? Bagi awek yang tak mau jadi awek aku, dia punya lemau lain kelas. Kita boleh kelaskan mereka di kelas Pemulihan atau Kelas Lembam. Amacam? Ok kan? Cantik tapi bodoh. Yes! Macam Paris Hilton, beb.

Dalam membicarakan hal berpacaran, aku teringat satu kisah yang bertajuk Tikam Belakang yang dikarang oleh aku sendiri ketika ini (hapabenda punya ayat entah).

Minggu lepas aku berborak dengan Arif merangkap bekas gitaris (yang tak mendatangkan hasil) aku sekitar tahun 2001 hingga 2003 di salah sebuah restoran Mamak di Senggarang. Bila bersembang dengan dia, mesti nak cerita hal-hal emo. Aku fikir dia ni emo pada lagu-lagu je. Rupanya dengan dia-dia sekali tapau emo kental.

Dia dengan beraninya membuka cerita mengenai bekas teman wanita aku. Eh, kau yang membaca ni, macam tak percaya aku ada teman wanita? Nak kena lempang prata? Ini cerita dulu. Tahun 2002 macam tu. Dulu, nampak awek letops sikit terus sauk. Bukan macam sekarang. Banyak nak kena fikir. Ada kau nampak orang dating bayar asing-asing? Dah lah aku tak ada kerja tetap. Cari nahas kalau ada awek waktu macam ni. Lagipun siapalah suka orang macam aku ni. Jambu. Engkau (baca: perempuan) kan nak yang dark, tall dan handsome kan? Lelaki berwajah Taiwan seperti aku ni hanya digilai ah moi sahaja. Awek tudung bawal dah siap-siap reject aku.

Dipendekkan cerita, kisah bermula ketika aku merajuk dengan awek aku. Bila awek aku call, aku pass kat mak aku. Biar dia berborak dengan mak aku dan aku blah ke padang buat lompat bintang dari pukul 2.00 petang hingga pukul 3.00 petang.

Bila aku merajuk dengan awek aku, ini bermakna aku tak tegur awek dalam jangka masa yang aku tetapkan sendiri. Iaitu kira-kira sebulan. Akhirnya, belum sampai tempoh ‘edah’ aku sudah nampak awek aku diusung oleh kawan aku sendiri. Perbuatan keji ini menyebabkan darah aku berderau deras seperti Sungai Rajang di Sarawak.

Tapi aku tak ada nak settle-settle atau cuba-cuba layangkan kaki ke pipi jantan bedebah tu.. Aku pun tak cakap nak putus atau merayu sayang, kembalilah kepada diri aku. Just move on. Lantak pi. Baik aku bersembang dengan bohsia-bohsia town. Alah, sembang-sembang je, bukan apa pun. Kalau dia orang cuba-cuba nak cium bibir, aku tepis je.

Sebenarnya, aku tak pernah doakan dia bahagia dengan teman lelaki barunya itu. Apa yang pasti teman lelakinya itu kuat tidur dalam kelas dan malas salin nota geografi. Salin lirik lagu jiwang laju pulak. Tak ada modal lah tu. Kalau berani buat puisi sendirilah bagi kat awek. Tak ada telur ke woi?

Khabar terbaru yang aku terima, seperti yang Arif ceritakan- mereka telah berpisah. Ini semua gara-gara bekas teman wanita aku dan dia itu terpesona dengan cikgu yang memakai kereta Iswara berbanding dirinya yang ketika itu tak bekerja. Tengok, kereta Iswara juga yang jadi taruhan. Setakat naik EX5 siapa peduli beb? Lain lah kau budak Multilevel Marketing atau direct selling. Boleh kau belikan awek kau bengkong atau penapis air untuk Hari Valentine. Kah kah kah munkeee (macam Isham).

Apa yang menyebabkan aku ketar, adalah keadaan jantan bedebah ini ketika berhadapan dengan situasi emo ini. Dia dikatakan jatuh demam sampai berdarah hidung. Mak aih

Begitulah saudara. Tingginya nilai cinta hingga sanggup dibayar dengan darah. Ini darah original, ok? Kau ingat sirap ros bubuh kat hidung macam dalam sinetron tu ke? Nilai cinta yang ikhlas tidak galang gantinya sama ada dengan kereta Iswara atau borang skim MLM terbaru. Kesimpulan semua pihak haruslah bekerjasama menggembeleng tenaga untuk menangani gejala sosial ini. akhir sekali, izinkan saya sertakan serangkap pantun berirama penuh ikhlas, tulus dan suci gunakan tanpa was-was.

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih bapak dia Encik Gajus
Janganlah tuan bercouple dengan bekas awek saya
Kerana mereka telahlah hancus.

Bai.

(p/s: carilah awek di pasar lambak Kampung Simpang Enam. Awek di sana mudah tergoda dengan anda sekiranya anda cekap wheelie sampai rabak mud guard belakang)

Sabtu, 7 Februari 2009

Assalamualaikum pakcik, mana saya boleh menampar?

Aku sangat pelik dengan perangai orang-orang dewasa di kampung aku. Orang selalu berkata bahawa orang kampung kebanyakannya berperangai lebih elok berbanding orang-orang di kawasan bandar. Tapi pada aku hujung pangkalnya, ia terpulang kepada diri mereka sendiri.

Kalau di Kuala Lumpur, keadaan masjid ketika sembahyang Jumaat selalunya penuh dan sesak. Para jemaah kelihatan berebut-rebut menempatkan diri di dalam saf. Ada pula yang sanggup menangguhkan makan tengah hari semata-mata untuk berada di dalam saf yang hadapan dan keududukan yang paling selesa. Budak-budak atau kanak-kanak yang bersembahyang jarang sekali aku lihat mereka membuat aksi kungfu yang diakhiri dengan tangisan (sebab kena sepak perut sampai senak) semasa di salam yang akhir setiap solat. Ini mungkin disebabkan kekurangan ruang untuk berkungfu dan bersilat pulut. Oleh itu mereka lebih gemar layan makan pisang, rambutan dan longan di beranda masjid.

Keadaan amat berbeza bila aku pulang ke kampung. Ada sebilangan golongan pakcik-pakcik yang tak ambil port dengan khutbah. Malah, lebih selesa melepak di balik pintu utama dan berborak sakan sambil gelak-gelak semasa khatib sedang berkhutbah. Biasalah, bila bercakap pasal agama ni, mesti tak lari dari isu moral. Lantak lah apa engkau nak cakap pasal aku. Tapi aku memang tak puas hati dengan perkara ini. Sepatutnya orang yang lebih tua menunjukkan teladan yang baik bila berada di dalam masjid. Padahal, imam dah pesan “maka sia-sialah pahala Jemahatnya (Jumaatnya) kalau engkau menyembang,” itu pun masih buat tak ambil peduli.

Kalau dah macam gini, engkau agak macam mana pula keadaan jemaah kanak-kanaknya? Bukan tak pernah ditegur. Tapi yang menegur tu pun dikalangan pakcik borak. Jadi, macam mana tu ustaz? Mana yang saya nak lempang prata dulu? Yang tua atau yang muda? Nak saya lempang sorang-sorang, masing-masing dah berjambang. Nak saya tegur, nanti mesti diorang tanya saya, “engkau ni dah daftar jadi ahli amno seumur hidup belum?”

"Mintak mahap la ye, pakcik. Politik tu apa?"

Rabu, 4 Februari 2009

Apa yang penting? Kerjaaaaaaaaaaaaaasama!-Ming Ming

Badan mula terasa sakit. Momentum melaksanakan tugas belum begitu sebati dengan diri ini. Sukar tidur. Adakalanya.

Apatah lagi bila tersepit di celah keadaan. Sukar membuat keputusan. Pernah Hazim berkata, kelak rezeki bertalu sehingga sukar membuat pilihan. Kini terjadi.

"Engkau perlu segera mencari pasangan hidup," kata seorang junior yang merasakan aku leka dengan permainan ini.

Keadaan belum begitu mengizinkan. Kepala ini terlalu berat dengan pelbagai cerita. Hinga sukar aku membalas komen kalian. Ha, ha.

Aku rasa memerlukan tukang urut. Menghilangkan kesunyian aku. Kesepian. Yang bisa melancarkan aliran darah aku, agar aku kembali melompat riang. Berteriak bersama rakan-rakan.

Pastinya dari jari jemari halus. Panjang. Kuku terawat rapi.


Tapi,
tak apalah. Minyak Wak Dakam masih ada.

Jumaat, 30 Januari 2009

Metallica live in Batu Pahat (coming soon. Book your ticket now!)

Lepas berbasikal di awal pagi biasanya aku akan melayan saluran televisyen Indonesia. Seawal pagi selepas berita pagi akan ada cerita-cerita mengenai gosip artis. Memang layan. Segar. Maklumlah pelakon dan penyanyi memang cantik-cantik. Mata bundar, kulit halus. Tubuh berhias rapi. Seksi. Agak-agak diorang pakai susuk tak?

Tiba-tiba terpacul iklan mengenai persembahan Bullet For My Valentine (BFMV) minggu hadapan di Jakarta. Kota besar itu sememangnya tidak pernah sunyi dari kehadiran band-band besar. Tak lama kemudian seorang sahabat dari Jakarta mengirimkan pesanan teks ringkas.

“Sales tiket BFMV slow. Aku baru lepak dengan krew-krew gig. Aku lupa nak mintak poster untuk kau,”

Ah, alasan. Aku cemburu. Sungguh. Siap boleh lepak dengan krew-krew gig. Silap hari bulan boleh masuk free lagi. Apa yang aku faham dia akan ke Muar hari ini. Padan muka kau. Tak dapat tengok show BFMV. Duduklah kau kat Muar tu. Jadi macam aku. Jadi batu di Batu Pahat. Kau pulak jadi ular gergasi bawah pasar Muar tu. Ha ha.

Aku tanya, “ Bila kau nak balik sini?”

“Hari ni. Flight tengah hari kang.”

“ Turun mana?”

“ Turun kat LCCT. Terus pergi KL. Malam ni lepak Laundry. Mabuk-mabuk tengok Republic Of Brickfields. Hihi. Kau bila nak datang sini? Rindu siak,”

Rindu mu tak berguna lagi. Enjoi lagi. Enjoi. Enjoi. Enjoi. Siak. Abis tu nasib aku kat sini macam mana? Tak kira, aku kena buat production team bawak Metallica main kat Rengit. Lokasi di kawasan lapang tapak jualan barang terpakai di sepanjang sungai Rengit. Kira macam beach parti. Ada siapa-siapa nak jadi krew? Sila angkat ibu jari kaki bercagu anda. Yang tidak bercagu boleh usulkan rayuan. Kalau kabel kuat aku boleh terima. Kalau tak, pergi jalan masuk mana-mana parti politik.

Rabu, 28 Januari 2009

Meh dok kampong ( banyak gila gua mencarut, entri paling tak rasional setakat ini)

Gua malas nak menceceh satu perkara dalam satu entri. Dalam nada panas, gua lebih suka membebel banyak perkara dalam satu entry. Apakah ini dinamakan collateral damage? Ah, mampus lah apa orang nak cakap. Dulu masa gua bukak ini blog, berada di Kuala Lumpur. Bercakap soal Selatan ketika berada di tengah ibu kota adalah tidak cool. Feelnya juga lain macam. Macam dengar lagu jazz di dalam kebun yang banyak nyamuk. Ha, dapat dia punya sial feel macam mana? Lantak lu orang. Gua malas nak elaborate.

Sekarang gua berada di kampong. Gua sedang cuba mengejas semula kehidupan gua menjadi mat kampong sebab gua lebih senang digelar budak pekan. Proses ini memang makan tahun beb. Dah macam sial la mengadap muka budak-budak kampong yang macam kimak nih. Berikut adalah leteran gua mengenai budak-budak kampong. Kebanyakan dorang cakap besar habok pon tarak. Fak! Lek-lek sudah.

Bertenggek
Fak la kalau lu orang lalu area kawasan pedalaman atau darat dalam istilahnya. Kita akan nampak budak-budak kampong suka bertenggek atas motor kat depan kampong di waktu malam. Kebanyakan dorang adalah melayu jahanam. Kalau lu orang lalu dorang akan tengok lu orang slack. Eh fak. Suka ati gua la gua mahu lalu mana gua bayar cukai jalan gua ada lesen. Lu tengok-tengok tak puas hati dengan gua pahal? Lu lesen belum tentu ada. Motor power lesen tak ada pun tak guna mat. Fak kaki lepak tengok badi kat orang.

Pekan is my megalopolis
Biasanya datang pekan ramai-ramai. Dorang datang waktu ada pasar lambak. Datang bukan nak beli apa-apa pun. Paling kuat ngorat awek. Awek kampong suka la abang pakai Yamaha LC. Pergi kedai bundle pun dorang beli kesat kaki kerana taste mereka terlalu teruk.Bawak motor ramp sana sini. Apahal? Ingat bapak lu je mampu belikan lu motor? Bapak gua punya mampu lu nak letak mana? Fak yu. Cibai. Lu kira pekan kecik macam gini ghetto ke apa? Pakai baju Polo ada nombor kolar ternaik kat atas. Ada tak ada, dorang pun pakai beg silang perut macam konduktor bas dan suka pakai bangle sebesar rantai motor. Lu bajet lu dah stailo sangat? Eh fak la. Yang lebih sial ketika batch aku. Datang pekan buat huru hara bakar public phone apa hal? Macam mana gua nak telefon awek gua? Gua bukan ada henfon pun time tu. Bapak gua tak ada peruntukan henfon untuk gua. Dah la gua jenis tak tau curi line. Mampus kumpul duit syiling nak telefon awek. Kira ingat lu ramai budak-budak pekan yang naik basikal ni gerun la? Fak ah.

Hobi yang macam pundek
Dorang pandang rendah pada budak kaki bangku macam gua. Eh fak la. Ingat cool sangat main bola tengah padang tak rata? Bau Lumpur cibai. Bila gua datang mau tengok dorang macam biasa la tengok slack. Fak. Macam bagus sangat kau main. Kimak la. Setakat jaguh kampong apa ada hal beb. Bukan best sangat pun main bola nih. Pakaian seragam macam bomba sukarela. Tak boleh dress up macam main skateboard ke waktu main bola ni? Kejar sebiji bola ramai-ramai dah macam gangbang bola tu dikerjakan. Fak la. Dah la tak boleh dengar lagu waktu main bola. Gila bosan. Dengar orang sorak buat apa. Saiko doh! Fak!

Sikit-sikit pergi memancing. Bapak bosan duduk senyap-senyap tunggu ikan. Nyamuk banyak plak tu. Tempat stok seram-seram. Tak pernah lagi aku nampak tempat mancing ada awek cun bawakkan beer ke, sirap limau ke, nasi goreng kerabu..tak pernah..tak pernah..mengarut ah.

Peh paling enjoi pun karaoke jamban je? Fak ah. Bila gua jamming ala hardcore dorang gelakkan gua. Dorang kata, “Peh apa benda kau main tu? Peh, tak malu ke? Weh gi main sekali lagi. Lawak seh.” Eh lu lagi lawak siak macam pukimak masuk karaoke jamban bawak awek. Bukan nyanyi pun, lu raba-raba tetek awek. Fak la weh. Bukan gua tak nampak. Fak fak fak. Nak main pergi hotel la. Takkan tak ada duit? Kebun banyak macam cibai.

Rempit, rempit, rempit. Cibai lu…takde hobi lain? Fak!


Aku melayu sejati
Disebabkan hanya berpeluang baca buku teks dan tengok berita, mat-mat kampong kental biasanya terlalu proud menjadi melayu. Benci gila dengan bangsa lain. Sama ada yang kerja kilang atau gomen sama aja. Fak la rasis nak mampus. Nak aku sepak je sorang-sorang. Step-step bergaduh pasal parti. Sama je dua-dua fanatik parti politik macam lubang bontot. Fak. Dari bergaduh baik lu orang sain petisyen mintak perpustakaan sebijik. Macam kimak punya bosan.

Pakai kereta dan percayalah lu akan dapat awek yang cun
Selain menggunakan motosikal sebagai asset utama, memacu kereta juga menjadi kebanggaan mat-mat kampong. Ini semua hasil kegigihan mereka berusaha. Kudos. Tapi relaks-relaks la brader. Gua tau lu cool bila pakai Wira tahun 1997, tapi toksah la pandang gua macam gua tak pernah kenal lu. Gua tau gua tak cool. Pakai scooter macam adik-adik hip hop. Gua tau lu tak suka hip hop tapi lu layan lagu Mentera Beradu. Apa hal? Fak la. Lu jadi tambah sombong bila sebelah lu ada awek. Fak ah. Pegi la kawin cepat-cepat. Nanti dapat anak luar nikah susah pulak. Pegi kawin dan buat anak banyak-banyak. Fuck like rabbit la weh. Memang gua tak ada awek. Jadi apa masalah nak renung gua jalan sorang-sorang kat shopping mall? Gua punya pasal la cibai. Nak tegur, tegurlah tapi lu tengok gua macam gua seorang Leonardo Decaprio. Fak!