Ahad, 30 November 2008

Kisah sehari di Ipoh dan sedikit huraian dari kesimpulan rutin harian




Macam aku cakap. Selagi engkau kawan aku, selagi itu kalau ada kesempatan aku akan cari engkau yang cuba melarikan diri. Macam Hidayat. Yang tiba-tiba hilang dari Kuala Lumpur. Jangan ingat aku tak akan sampai Ipoh. Walaupun dalam keadaan tiada punca sara diri yang stabil, itu semua tak jadi halangan.


Perjalanan ke Ipoh tidak terasa lama bila dihiasi gelak tawa teman-teman. Kadangkala, hujan menyerikan lagi perjalanan selama 3 jam itu. Ini adalah kali pertama aku ke Ipoh menyaksikan beberapa aksi kugiran dari Kuala Lumpur, Kajang dan sekitar Perak.


Layanan mesra dari rakan-rakan di Ipoh memang aku tak akan lupakan. Tetapi apa yang lebih tak dapat aku lupakan adalah bilangan golongan 'manusia dua alam pencari rezeki haram' yang ramai di Ipoh dapat dilihat semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Pusing sana ada. Pusing sini ada. Paling aku tak tahan apabila ada seorang dari mereka dengan muka tak bersalah menyelak skirt mereka lalu ditunjukkan isinya kepada rombongan kami. Lu gila apa kalau gua tak terlopong?! Ini aksi ekstrim, ok? Tetapi sekadar melihat, tak salah kan? Melainkan seorang brader cina dari ahli rombongan Kuala Lumpur yang selamba sekadar bertanya. RM50 sekali cas, beb. Ha ha ha.


Namun, sayang sekali. Kamera DSLR Amirul habis bateri. Ini semua gara-gara Farhan. yang suka snap gambar bukan-bukan. Ini menyebabkan aku sangat marah-marah manis. Macam mana aku update gambar kat Myspace nanti? Oh, dem. Nggrr..


Sesekali berkumpul dengan rakan-rakan memang banyak yang disembangkan. Bukan hanya isu muzik atau etika. Malah melewati kisah-kisah kehidupan. Berada dalam lingkungan set sosial yang mempunyai corak pemikiran yang hampir sama, sememangnya memberikan semacam inspirasi dalam kehidupan aku. Kalau boleh, aku ingin terus begini. Bersama terus rakan-rakan. Tapi, harus kita sedari. Kita punya tanggungjawab untuk diselesaikan. Terutama terhadap individu-individu yang telah lama menanggung, mengasuh, menyokong dan berjasa kepada diri kita. Aku tahu, ramai berpendapat pada usia sebegini aku tak harus melakukan rutin kehidupan remaja aku.


Ramai yang juga berpendapat. Di usia sebegini aku sudah harus mempunyai karier yang bagus, mempunyai kereta nasional atau sudah berkira-kira untuk berumah tangga seperti mana rakan-rakan aku di kampung. Mulut tempayan boleh ditutup, tapi adakah mulut manusia boleh disepak? Tentu tidak. Tak faham-faham? Aku belum ada rezeki lah bodoh! Aku dah malas nak jadi kuli-kuli batak handalan ni, celaka. Fak!


Bulan depan ada budak kelas aku kahwin lagi. Aku nak menyorok. Jangan cakap siapa-siapa aku kat kampung pulak, tau? Aku malas pergi kenduri kahwin. Nanti kawan-kawan aku paksa aku pergi kenduri. Aku segan. Sebab aku kuat makan. Itu je sebabnya. Percaya lah, pleaaaasee?


(p/s: Terima kasih kepada mereka yang sudi menghabiskan masa, melayan karenah, menjawab soalan dan mendengar masalah aku Sabtu lepas. Terima kasih)

Jumaat, 28 November 2008

Kita Adalah Abang-Abang Darah(terjemahan terus dari Bahasa Inggeris)

Seorang senior aku. Pernah menyatakan bahawa. Ada segelintir individu di sekeliling yang sentiasa memandang rendah terhadap diri kita sekiranya kita tak mempunyai 'sesuatu' dan menjadi 'seseorang'. Betapa peritnya aku lihat dia menterjemahkan rasa tersisihnya itu. Are we need to be somebody to be accepted? Tak perlu. Kita buat apa sahaja yang dirasakan perlu. Itu sudah memadai. Untuk diterima, seharusnya ada keikhlasan. Keikhlasan itu pula harus datang terus dari hati.


Buruk. Hodoh. Miskin. Melarat. Kaya. Makan Mekdonel hari-hari. Pakai baju Cheetah. Apa sekalipun. Selagi engkau kawan aku. Selagi aku pernah berhutang budi dengan engkau. Nama engkau tak akan aku padam dalam senarai telefon genggam aku. Aku akan mencari engkau sejauh mana pun engkau lari. Usah ada rasa rendah diri dan malu kalaupun engkau merasakan aku lebih baik dari engkau. Percayalah. Itu semua mengarut.


Kita semua sama sahaja.


Ah, syial. Apa benda aku mengarut ni setan?!

Khamis, 27 November 2008

Lemas Dalam Bayangan Cinta Semalam

Bulan lalu. Di Kuala Lumpur. Limpahan cahaya lampu pentas yang menyambar wajah aku membuatkan titik peluh mula kelihatan di dahi, bawah hidung dan leher. Aku jadi lemas. Jantung bergerak laju. Begitu banyak persoalan bermain di kepala ketika ini. Aku seperti kehilangan tumpuan.


Aku terus memutar-mutarkan punat-punat di perkakasan gitar. Tak dapat. Putar lagi. Tak dapat. Putar lagi. Masih tak dapat. Putar. Petik. Putar. Petik. Putar dan petik. Ya, akhirnya. Inilah bunyian yang aku cari. Sesuatu yang pastinya menjadi identiti kugiran ini sejak 4 tahun lalu.


Aku tunjuk isyarat ibu jari kepada yang lain. Semua mengangguk. Semua berpaling kepada sang pemukul gendang pada petang itu. Untuk memulakan langkah. Hadirin terus menanti dengan penuh setia. Ada yang sekadar berpeluk tubuh. Ada yang kaki sebelahnya telah berpijak di atas pentas yang setengah meter itu. Ada pula yang sudah siap sedia dengan kamera DSLR masing-masing.


Aku faham. Penampilan kami memang ditunggu-tunggu. Memandangkan kami adalah kugiran yang paling sibuk. Jadi, penampilan kali ini amat istimewa. Karim menuntut di universiti tempatan. Osman bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat kewangan. Ismail jurugambar sebuah organisasi antarabangsa. Habib pula sentiasa bertanggungjawab memastikan perusahaan makanan sejuk beku keluarganya berjalan lancar. Aku? Sedang sibuk membuat persiapan untuk pengajian sarjana aku di salah sebuah pusat pengajian di Indonesia bulan hadapan.


Ismail cuba menerangkan apa yang cuba disampaikan dalam lagu pertama kami. Tidak mahu sekadar menjadi kosong tak berisi. Ada sesuatu untuk dikongsi. Politikal, itu sudah pasti. Sebaik sahaja kiraan 1, 2 dan 3 tamat. Alunan mula bergema. Padat. Bergema. Pantas. Garang. Menggila. Baru beberapa saat muzik dialunkan, aksi para hadirin menjadi liar. Ada yang menganggukkan kepala. Ada yang menjulang penumbuk. Ada yang berterbangan melambung-lambung ke kiri dan kanan. Ada pula yang cuba merebut mikrofon Habib. Cahaya dari kamera tak berhenti-henti berkelip. Kadang-kadang mengganggu perhatian aku. Silau. Hura-hara. Tapi, alah bisa tegal biasa. Adat persembahan muzik begini memang mengundang amarah tak bertepi.


Ismail kelihatan bersungguh-sungguh meluahkan isi hatinya. Tiada satu butir perkataan yang dilaungkan dapat difahami. Garau. Diselang selikan dengan jeritan halus dari aku yang pada masa yang sama sibuk menumpukan perhatian terhadap permainan gitar aku. Begitu juga dengan yang lain. Kosentrasi. Harus tinggi untuk muzik sebegini.


Untuk persembahan seperti ini. Tenaga harus dikerah sepenuhnya. Jika tidak, muzik jadi kosong tak berjiwa. Penghayatan harus seiring dengan apa yang cuba disampaikan. Untuk itu, aku sekadar menghayun gitar aku ke atas dan ke bawah mengikut rentak. Apa yang pasti, aku tak pernah lekang dari turut mengibas rambut separas bahu aku ke hadapan dan kebelakang. Terhangguk-hangguk. Asyik.


Dalam kehanyutan irama. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan telinga aku. Bagai ditarik-tarik. Aku pandang ke kotak muzik yang mengeluarkan irama gitar aku. Semua ok. Tapi, ah…telinga aku bagaikan ada sesuatu yang..


“Dah, bangun subuh…dari tadi engkau duduk bersila je? Tak bangun-bangun? Terhangguk-hangguk. Nak berapa kali mak kejut? Apa nak jadi kau ni? Dah tua-tua pun sembahyang subuh pun nak kena orang gerak? Pemalas. Macam gini ada hati nak jadi calon suami mithali? Jangan harap!”



“Sakit lah mak. Boleh kejut orang elok-elok tak? Jangan tarik telinga orang boleh? Sakit tau tak?”



Ketika itu, hati aku mula berbunga. Tersenyum walaupun dipiat telinga oleh mak aku. Syok jugak jadi gitaris ni, ramai orang tangkap gambar. Kan? Lepas tu mesti aku dapat tawaran jadi model iklan. Lepas tu pulak mesti aku dapat tawaran berlakon drama. Lepas tu dapat main filem. Lepas tu dapat berkenalan dengan model-model hot. Lepas tu boleh lepak sama-sama. Lepas tu timbul gosip. Lepas tu pulak dapat bergambar dalam kolam renang kat majalah Mempelam. Lepas tu.. Eh, kejap.



Aku

tak

tahu

main

gitar

douh....

l. o. s. e. r/hakikat

Selasa, 25 November 2008

I Suka Gurau, You (dis is pang rok)

Pang!

"Aduh. Apa you ni?" dia kehairanan. Aku geram dengan pipi gebunya. Sungguh. Apa salahnya aku sentuh sedikit?

"I gurau."

"Oh.. I ingat kenapa tadi."

Macam tu la hidup masa berpasangan. Kena lempang pun tak apa. Semua-semua best. Hingga satu hari aku nampak dia berbonceng dengan kawan aku.

Pang!

Pang!

Pang!

"You gurau kan?" air mata dia meleleh.

Jumaat, 21 November 2008

Pam Juna, Pam Sampai Mampat!

Lin tersengih-sengih. Tersenyum simpul. Kalau diibarat senyum itu seperti mee siam murah, pasti susah nak ditelan. Terlalu keras dan seolah berpintal-pintal di tekak. Seperti senyumannya juga yang tak lekang dari wajah licin itu. Sukar untuk aku hadam ke dalam jiwa. Macam tak ikhlas bentuknya. Namun dia tetap tenang. Memandang wajah aku. Seperti menatap poster artis lelaki yang merangsang nafsu wanitanya. Bila sampai bab begini. Biasanya perempuan yang tak tentu arah. Ini sudah terbalik. Aku yang tak tentu hala. Menggelabah. Gelojoh. Mahu cepat habis cerita. Berpeluh-peluh. Jantung berdenyut laju.



Aku henjut. Aku pam. Aku henjut. Aku pam. Huff. Huff. Huff.



Terkangkang-kangkang dibuatnya. Nafas sudah tak tentu arah. Tapi aku yakin dan pasti. Aku tidak pernah dijangkiti asma sepanjang hidup aku. Lin masih tenang. Masih tersenyum melihat telatah aku. Mungkin aku terlalu buas di matanya.



Ya. Memang sudah lama aku tak begini. Satu sudut kehidupan yang telah lama aku tinggalkan. Kini aku kembali melakukannya bila di kampung. Setelah bertahun-aku tenggelam dalam ghairah arus kemodenan kapitalisme kota raya. Tapi aku mulai sedar. Ilmu bukan untuk kekayaan. Cih!



Aku sudah tak peduli. Aku rasa Lin sudah terpaut hati pada aku. Kalau tidak, masakan dia serahkan semua ini kepada aku. Ah, ini mungkin sekadar cetusan naluri lelaki aku. Mungkin juga Lin sekadar ingin menduga iman aku. Aku akui. Sukar mata aku untuk menolak untuk melirik sekujur tubuh yang seksi itu. Auw. Auw. Ih.. Ih..Ih..Akukah makhluk Tuhan….ah, aku sudah mengarut! Menyanyi lah pulak. Ini dah bahaya. Tumpukan perhatian Juna…!



Aku henjut. Aku pam. Aku henjut. Aku pam. Semua untuk Lin. Segalanya! Tapi sayang, engkau sudah bertunang. Arghhh..Ini sebenarnya adalah suatu bentuk tekanan kepada diri aku untuk meneruskan niat aku yang entahkan baik entahkan buruk ini. Aku keliru.



Nah. Saatnya telah tiba.Aku letih. Sudah tak tertahan lagi. Aku harus melepaskan bebanan ini. Aku rasa ia sudah dikemuncaknya. Cukup untuk kali ini. Wajah Lin seakan bertambah ceria. Cis. Dasar perempuan. Aku tamatkan di sini. Aku berjanji tak akan buat lagi. Taubat. Stamina sudah kurang. Mungkin aku sudah tua. Lalu, aku titipkan kata kepada Lin.



“Okeh siap Mem. Dah keras dah tayar tu. Lin, bila nak keluar tu pastikan tayar mempunyai tekanan angin yang mencukupi. Pastikan juga bunga tayar dalam keadaan yang baik. Ukur dulu dengan wang syiling dua puluh sen ya? Taklah bocor nanti. Nasib baik pancit depan rumah aku. Tengok, sekarang siapa jadi mangsa? Aku jugak. Tak tolong pam tayar basikal engkau karang, mak aku bising pulak. Sekarang aku dah letih mengepam tayar basikal kau. Belikan aku ais krim kacang merah bila sampai di baruh nanti ya?” aku memberikan nasihat ala-ala pakar tayar sambil mengelap peluh jantan di dahi yang kemerah-merah jambuan ini.



“Ok, bos!” Lin terus berlalu mengayuh basikal mendaki bukitnya lengkap dengan pakaian sukan meninggalkan aku di beranda rumah termengah-mengah. Peh, baik punya view dari belakang keh keh keh. Aku kemaskan pam tayar manual itu dan simpan di bawah katil. Kalau lah aku mampu membeli sebuah mesin pam tayar macam di kedai motor tu suatu hari nanti…….

Khamis, 20 November 2008

Rumah Terbakar Nampak Asap, Hati Sejuk Nampak Salju

Minggu lalu aku bermalam di rumah rakan lama aku. Rakan yang pernah duduk di sebelah aku sewaktu tingkatan 6 atas. Rakan yang pernah mengherdik bekas teman wanita aku. Rakan yang dulunya tak mahu jadi skuad Tok Misai dan akhirnya dia kini menjadi Tok Misai di ibu kota.


Dulu aku pernah cuba menjauhinya. Kerana semacam ada perasaan curiga kepada dia. Sikapnya seakan berubah suatu ketika mula-mula menjawat jawatan Tok Misai. Aku naik seram. Mana lah tau dia syak aku bukan-bukan. Syak aku ada hubungan dengan Pol Pot ke, Ali Ghufron ke. Tak ke naya namanya tu?


Tapi dia masih macam dulu. Masih ceria. Biarpun banyak sangat kisah luka dia dan teman-teman wanitanya. Yang mana ada diantaranya juga pernah ada dalam list ganggu-gugat aku sewaktu ketika dulu. Aku lihat dia semakin matang dalam membuat keputusan. Bukan macam dulu. Duit biasiswa, dibuatnya membeli radio mini hi-fi. Akhir semesta, duit tinggal seposen. Nasib baik aku ada tinggalkan sikit duit. Aku buat beli tali pinggang besi. Peduli lah mak aku membebel. STPM dah habis. Time ni lah tunjuk belang abang-abang. Baru nampak emo hardcore kental (musim time tu, ceh!) sangkut kunci banyak-banyak kat celah tempat tali pinggang. Tali pinggang tu masih pakai sampai hari ni. Kadang-kadang malu jugak. Mat rempit pun dah pakai sekarang ni. Cis!


Aku ditinggalkan beberapa jam di rumahnya. Dia keluar menjalankan tanggungjawab. Tahu sajalah Tok Misai. Kerja ada shift. Aku menghabiskan masa dengan membaca buku-buku yang aku bawa dari rumah. Keesokan harinya aku ada sesi temuduga dengan sebuah pusat pengajian di Ibu Kota. Mata semakin kelam. Aku sudah muak membaca bahan-bahan ilmiah. Aku mula mengais-ngais zine-zine yang aku baru beli di Rice Cooker. Tak lama kemudian. Dia balik. Dia menyelak langsir bilik. Lihat aku terbaring sambil membaca zine. Aku jeling-jeling jugak dia. Mana tau dia bawak pistol. Boleh jugak aku try-try acu kat cicak. Cuak tak cuak cicak-cicak tu kan? Keh keh keh.


"Kau tak berubah lagi? Masih baca zine?" dia terus membuka uniform kerjanya. Berkata tanpa memandang aku.


"Tak jugak. Cuma aku mesti baca apa-apa sebelum aku tidur. Apa-apalah yang tercapai depan mata. Tenang sikit bila nak tidur nanti," jelas aku.


Dia menyelongkar almarinya, "nah, ambillah..."


Sekeping CD ceramah motivasi keagamaan, "Mencari Ketenangan".


Yay~!

Selasa, 18 November 2008

Bajet Infotainment Presint 7 Sentral Desa Wawasan

Berada di dalam negara kebajikan seperti yang aku pijak sekarang ni, menyebabkan aku rasa berhangtuah. Aku suka memandu kereta tanpa hala tujuan seorang diri. Maklumlah, bila memandu di malam hari hingga awal pagi lalu melewati tol, dapat diskaun seposen. Bapak ah. Sewaktu mendapat berita itu terus sujud ke hadrat Ilahi. Ya Allah, aku bersyukur. Walaubagaimana pun, aku jarang memandu kereta biarpun dipelawa ajak-ajak ayam oleh bapak aku yang mengesyaki aku ada hubungan istimewa dengan Lin.


"Alah, kalau nak ke bando bawak je lah."


Aku malas nak layan sangat.


Biasanya aku akan naik bas. Sebab naik bas bolehlah dikatakan antara 'haiwan' yang paling tak banyak karenah. Ada pemanas udara, pemandu yang suka mencaci penumpang, jadual waktu perjalanan anjal dan macam-macam jenis lagi keistimewaan yang tak terdapat pada kapalterbang. Lagipun bila naik bas boleh sembang-sembang dengan orang yang baru kita kenal. Kenaikan cas tambahan yang dikenakan tak langsung menghalang hobi aku untuk terus menggunakan bas sebagai alat riadah aku. Diorang kata sekejap je. Lepas tu turun balik. Alah, kalau tak turun pun bukan apa sangat pun. Sebab aku tak ada dengar nak turun pun. Rakyat kita ni bagus. Lama-lama nanti bila dah boleh sesuaikan diri dia senyap lah. Aku ni bukan apa. Aku sentiasa menyokong seruan dan langkah yang diambil oleh pihak yang berkenaan. Bak kata pepatah, alang-alang bermain bola sepak, terajang terus kepala bapak kau lah. Ha, macam mana tu? Entah dek, akak pun tak tau la lahanat.


Tetapi bila di kampung aku suka naik basikal. Basikal nenek aku atau basikal Nurul akan jadi mangsa. Aku tak boleh duduk diam bila waktu pagi di kampung. Aku suka bersenam sambil cari surat khabar. Apa lagi kalau tak Hutusan Melaya-ak-aw. Ini punya akhbar memang best dan terbaik. Memang betul-betul satu wadah perjuangan lah.


Muka surat satu-perjuangan bangsa. Muka surat dua-perjuangan bangsa. Muka surat tiga-orang yang tak sama pendapat dengan pemimpin adalah bodoh. Muka surat empat-bangsa lain macam jahat je? Muka surat enam ribu empat belas ratus-politik politik politik politik politik. Oklah tu. Iklan kerja tak payah ada sangat. Tak penting. Yang penting perjuangan bangsa la sangat ini perlu diteruskan hingga tegang urat merih. Budak-budak ni tau la dia usaha sendiri. Internet kan ada. Yang duduk kampung tak ada internet, nasib la. Siapa suruh bapak kau tak belajar betul-betul? Apa orang susah? Sia-sia pak-pak songkok hitam susun strategi untuk you all, bertahun-tahun tau supaya you all maju. Look, apa dah jadi? You jangan cakap hidup susah. Sekarang semua orang-orang kita sudah senang. You je lambat. Slow. Macam siput londang! Bangaaaaaaaaaaaaaaaaaang!!! HO HO HO meri kismes. Ni, harga sawit dah turun. Ha..macam mana tu? Hayoh tak tau mak balik bawak kayu tersepak bontot lembu! Makan rumput la oi.. Oi.. Dengar tak? Siapa suruh beranak banyak-banyak? Tak tau guna alat pencegah kehamilan? Ha? Ha? Ngrr!


Lepas cari sarapan dan belek-belek akhbar kegemaran biasanya aku terus balik melewati makcik-makcik yang sedang sapu sampah dan borak secara jemaah. Melalui gerak tutur mulut mereka seolah mereka mengatakan,


"Muka hensem tapi naik basikal? Jangan harap aku nak bagi anak dara aku senyum dengan budak Juna ni bila dia lalu depan rumah aku. Hapebenda entah dia buat kat unibesti. Kerja pun tak ada. Apa nak jadi entah."


"Makcik, tau ke mana nak cari borang untuk jadi ahli pemuda parti politik Dot Det Dut tu?"- Kalau begini caranya, aku harus menceburkan diri dalam politik berhaluan kanan demi kemadirian diri, keluarga masyarakat, bangsa. Oh, ye ye. Agama sekali. Apa pakcik cakap dan buat akan saya ikut je hi hi hi hi hiburan minggu ini!

Melodi sokongan untuk entri ini ;
XbravefuckingheartX - sehat untuk semua umur