Khamis, 27 November 2008

Lemas Dalam Bayangan Cinta Semalam

Bulan lalu. Di Kuala Lumpur. Limpahan cahaya lampu pentas yang menyambar wajah aku membuatkan titik peluh mula kelihatan di dahi, bawah hidung dan leher. Aku jadi lemas. Jantung bergerak laju. Begitu banyak persoalan bermain di kepala ketika ini. Aku seperti kehilangan tumpuan.


Aku terus memutar-mutarkan punat-punat di perkakasan gitar. Tak dapat. Putar lagi. Tak dapat. Putar lagi. Masih tak dapat. Putar. Petik. Putar. Petik. Putar dan petik. Ya, akhirnya. Inilah bunyian yang aku cari. Sesuatu yang pastinya menjadi identiti kugiran ini sejak 4 tahun lalu.


Aku tunjuk isyarat ibu jari kepada yang lain. Semua mengangguk. Semua berpaling kepada sang pemukul gendang pada petang itu. Untuk memulakan langkah. Hadirin terus menanti dengan penuh setia. Ada yang sekadar berpeluk tubuh. Ada yang kaki sebelahnya telah berpijak di atas pentas yang setengah meter itu. Ada pula yang sudah siap sedia dengan kamera DSLR masing-masing.


Aku faham. Penampilan kami memang ditunggu-tunggu. Memandangkan kami adalah kugiran yang paling sibuk. Jadi, penampilan kali ini amat istimewa. Karim menuntut di universiti tempatan. Osman bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat kewangan. Ismail jurugambar sebuah organisasi antarabangsa. Habib pula sentiasa bertanggungjawab memastikan perusahaan makanan sejuk beku keluarganya berjalan lancar. Aku? Sedang sibuk membuat persiapan untuk pengajian sarjana aku di salah sebuah pusat pengajian di Indonesia bulan hadapan.


Ismail cuba menerangkan apa yang cuba disampaikan dalam lagu pertama kami. Tidak mahu sekadar menjadi kosong tak berisi. Ada sesuatu untuk dikongsi. Politikal, itu sudah pasti. Sebaik sahaja kiraan 1, 2 dan 3 tamat. Alunan mula bergema. Padat. Bergema. Pantas. Garang. Menggila. Baru beberapa saat muzik dialunkan, aksi para hadirin menjadi liar. Ada yang menganggukkan kepala. Ada yang menjulang penumbuk. Ada yang berterbangan melambung-lambung ke kiri dan kanan. Ada pula yang cuba merebut mikrofon Habib. Cahaya dari kamera tak berhenti-henti berkelip. Kadang-kadang mengganggu perhatian aku. Silau. Hura-hara. Tapi, alah bisa tegal biasa. Adat persembahan muzik begini memang mengundang amarah tak bertepi.


Ismail kelihatan bersungguh-sungguh meluahkan isi hatinya. Tiada satu butir perkataan yang dilaungkan dapat difahami. Garau. Diselang selikan dengan jeritan halus dari aku yang pada masa yang sama sibuk menumpukan perhatian terhadap permainan gitar aku. Begitu juga dengan yang lain. Kosentrasi. Harus tinggi untuk muzik sebegini.


Untuk persembahan seperti ini. Tenaga harus dikerah sepenuhnya. Jika tidak, muzik jadi kosong tak berjiwa. Penghayatan harus seiring dengan apa yang cuba disampaikan. Untuk itu, aku sekadar menghayun gitar aku ke atas dan ke bawah mengikut rentak. Apa yang pasti, aku tak pernah lekang dari turut mengibas rambut separas bahu aku ke hadapan dan kebelakang. Terhangguk-hangguk. Asyik.


Dalam kehanyutan irama. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan telinga aku. Bagai ditarik-tarik. Aku pandang ke kotak muzik yang mengeluarkan irama gitar aku. Semua ok. Tapi, ah…telinga aku bagaikan ada sesuatu yang..


“Dah, bangun subuh…dari tadi engkau duduk bersila je? Tak bangun-bangun? Terhangguk-hangguk. Nak berapa kali mak kejut? Apa nak jadi kau ni? Dah tua-tua pun sembahyang subuh pun nak kena orang gerak? Pemalas. Macam gini ada hati nak jadi calon suami mithali? Jangan harap!”



“Sakit lah mak. Boleh kejut orang elok-elok tak? Jangan tarik telinga orang boleh? Sakit tau tak?”



Ketika itu, hati aku mula berbunga. Tersenyum walaupun dipiat telinga oleh mak aku. Syok jugak jadi gitaris ni, ramai orang tangkap gambar. Kan? Lepas tu mesti aku dapat tawaran jadi model iklan. Lepas tu pulak mesti aku dapat tawaran berlakon drama. Lepas tu dapat main filem. Lepas tu dapat berkenalan dengan model-model hot. Lepas tu boleh lepak sama-sama. Lepas tu timbul gosip. Lepas tu pulak dapat bergambar dalam kolam renang kat majalah Mempelam. Lepas tu.. Eh, kejap.



Aku

tak

tahu

main

gitar

douh....

l. o. s. e. r/hakikat

37 ulasan:

hzrh berkata...

takpe..kitorang tak kisah.............**menyedapkan hati anda**

KARKADEWA berkata...

lu lemas dlm bayangan cinta ke peluh ketiak..??

King berkata...

typical kali ni yer Rajuna...

tukar tajuk arrr...

Inspirasi Labu Labi..

Ps: pehal Datin plak???

Rembo berkata...

xpe. sang ketua terror beb. bile ni??

yoshz berkata...

ya la. u jangan la main gitar. main gitar buat hujung jari u jadi keras. i sayang jari youu...

norsaritanaini berkata...

hahaha...

opsss..salam jengah yer...

hegira berkata...

wah. kontradik gitu!

hehe. kata ganti nama cakap ngan mak is 'orang'. cutenya!!

Mak Su berkata...

waduh, waduh.... koyak ler tinga, ahaks.

zairi berkata...

x tau main gitar x bemakna lu pun x tau main keting2 yang benda 3 segi tu...sambil keting2 sambil nyanyi.

ofaghag berkata...

jum pekena shisha kat rhb downtown.

Rajuna berkata...

this-betul you dapat terima i dalam keadaan sebegini? i mahu jawapan dari you.


karkadewa-sebenarnya gua lemas dalam sorakan anak-anak gadis kota.

king-memang cunnnnnnnnnn sangat idea tu!!!!-datin biasanya tak reti sangat pakai tudung molek2. ckp je lebey ha ha ha

rembu-bila masanya aku ada ben metel hatko?


yoh-you memang konsen dgn i walaupun u nampak inesen kan?

norsarita-ha jengahla rumah tangga saya nie..

hegira- aku bahasakan diri dengan x-gr aku dulu sebagai boss.

maksu-telinga aku tak capang. jadi ia tebal sedikit.

zairi-itu namanya kerincing, sayang! aku hanya pakar main tamborin, kayu tik tok dan kastenet je.

ofa-jauh giler douh...umah ko kat mana ni? oh, ya..aku tak berapa gemar unsur2 asap. hi hi hi

hzrh berkata...

i pasti yuuuu~
haha..~

hafiz berkata...

hahaha wei! mimpi ko bro memang realla. cuma ayat last tu bunyinye sedeh la hahahaha

.farah. berkata...

ahaha..amboi.komain lagi die punye mimpi.asyik.

adin berkata...

"Macam gini ada hati nak jadi calon suami mithali? Jangan harap!”...hahahahaha

FAZ berkata...

klu men gitar gua tau finishing je..

hempuk gitar ke lantai!!

azie berkata...

dah agak dah...

kalau berangan tu, sah2 memang sbb tak pandai main gitar,ahaha

Rajuna berkata...

this-auwwwwwwww..i terharu!

hafiz-hidup kalau tak ada kesedihan seperti donut yang tak dimakan habis.

farah-agak2 farah boleh hadir dalam mimpi kanda tak?


adinosaurus-sejak hari itu aku bertekad untuk menjadi calon suami yang soleh.

xfazx-gejala rockstar lu semakin parah. pernah mimpi jumpa kurt cobain?

azie-agak2 kalau mimpi ade awek, pandai berawek tak?

dzul berkata...

owh..kiranya tak sempat la kau nak goreng guna gigi?..

Aku berkata...

Aduh Juna, kita serupa..i pon tak pandai main gitar yewww. heheheh

Tanpa Nama berkata...

ala takpe rajuna. muzik-muzik macam tu pakai power chords je. kalau ajar pun sebulan dah khatam.

H berkata...

alahai...
baru berangan nak bekenalan.
potong betul la ayat last tu.
haih.

pssst!
pegi la blaja maen gitar cepat.
:D

Tanpa Nama berkata...

majalah mempelam mmg bole buat org terkenal....

.farah. berkata...

haha..kalau dinda hadir dalam mimpi kanda..ape kanda mahu buat?? *angkat angkat kening

Huzai Mansor berkata...

ahah. Kau boleh mengetuk dram kan? lagi best dari strum gitar. Heheh. Ikut formula lagu jiwang ni~

bass 5x + floor tom
snare setiap 5 ketukan floor tom
tempo: sangaat perlahan.


dum dum dum dum dum tak!!


terpikat org dibuatnye!!

Rajuna berkata...

akim-sebab dari mempelam la datangnya 'buah betik'. ha ha ha


cikenit-tangan aku dah keras la. buat kue teow goreng kerang boleh lah.


huzai-ni kira macam beat lagu finch-what it is to burn je? emo giler. meh jamm sepam! ha ha ha
ni tgn kaki aku pun dah keras huzai oii!! bukan mcm zaman belajar, studio provided. skrg suma kena bayar. tekanan!

Rajuna berkata...

farah-aku ku bina istana bahagia. boleh? ok la tu. kang aku merapu bukan2 kang bahaya pulak. ha ha ha


hanim-jum kita bernasyid?! lagu ni cuba teka lagu apa- setelah..diijabkabul..syariat telah meingatkan pelajari ilmu rumahtangga..agar kita lebih bahagia
*mengarut giler*

Umie berkata...

ade hati nak jadi suami mithali tu!!! ape ciri2 suami mithali???

hohoho

pemikir lapuk berkata...

mula2 jadi gtaris/pyanyi ke...main tk bgus tapi bleh ppular kalau cun....pastu jdi plakun...bila blakupun tk bagus....janji cun..dpt kwin org hebat2....tak dapat juga... balik kg..jual nasi lemak....hehehehe

apek terror berkata...

ah lu ketua banyak hal la itu ini...macam2 dating la makwe la....

hahaa...

Rajuna berkata...

umie-antara ciri-cirinya adalah seperti berikut; tahu bedak compact dan foundation apa yang digunakan oleh sang isteri.

pemikiran lapuk-tak dapat jugak? buat-buat cerita ada org bagi suntikan dan terbaring tepi jalan.


apek-sebagai ketua gua amat komited. terpaksa menolak tour ke eropah. kerana ingin bercuti dengan keluarga teman wanita.

itu kan komited namanya?

Danielle_Corleone berkata...

Gua nak jadi 'someone' bleh? hahahaha!

Rajuna berkata...

daniel-malaysia bleh lu pun boleh dol

cimon berkata...

bukan ke lu main drum?

*confuse* (^o^)

indah-chan berkata...

takpe. nk jd suami mithali xperlu pandai maen gitar. huhu

ultramantarojuga berkata...

ala,,,
ptok jer,,,
janji kuar bunyi,,,
"hentam sajala labu"...

Rajuna berkata...

rajuna-tak.gua main kompang


valse-haha.tp kena tahu memasak!


utrumen-uiks. camtu plak~