Selasa, 18 November 2008

Bajet Infotainment Presint 7 Sentral Desa Wawasan

Berada di dalam negara kebajikan seperti yang aku pijak sekarang ni, menyebabkan aku rasa berhangtuah. Aku suka memandu kereta tanpa hala tujuan seorang diri. Maklumlah, bila memandu di malam hari hingga awal pagi lalu melewati tol, dapat diskaun seposen. Bapak ah. Sewaktu mendapat berita itu terus sujud ke hadrat Ilahi. Ya Allah, aku bersyukur. Walaubagaimana pun, aku jarang memandu kereta biarpun dipelawa ajak-ajak ayam oleh bapak aku yang mengesyaki aku ada hubungan istimewa dengan Lin.


"Alah, kalau nak ke bando bawak je lah."


Aku malas nak layan sangat.


Biasanya aku akan naik bas. Sebab naik bas bolehlah dikatakan antara 'haiwan' yang paling tak banyak karenah. Ada pemanas udara, pemandu yang suka mencaci penumpang, jadual waktu perjalanan anjal dan macam-macam jenis lagi keistimewaan yang tak terdapat pada kapalterbang. Lagipun bila naik bas boleh sembang-sembang dengan orang yang baru kita kenal. Kenaikan cas tambahan yang dikenakan tak langsung menghalang hobi aku untuk terus menggunakan bas sebagai alat riadah aku. Diorang kata sekejap je. Lepas tu turun balik. Alah, kalau tak turun pun bukan apa sangat pun. Sebab aku tak ada dengar nak turun pun. Rakyat kita ni bagus. Lama-lama nanti bila dah boleh sesuaikan diri dia senyap lah. Aku ni bukan apa. Aku sentiasa menyokong seruan dan langkah yang diambil oleh pihak yang berkenaan. Bak kata pepatah, alang-alang bermain bola sepak, terajang terus kepala bapak kau lah. Ha, macam mana tu? Entah dek, akak pun tak tau la lahanat.


Tetapi bila di kampung aku suka naik basikal. Basikal nenek aku atau basikal Nurul akan jadi mangsa. Aku tak boleh duduk diam bila waktu pagi di kampung. Aku suka bersenam sambil cari surat khabar. Apa lagi kalau tak Hutusan Melaya-ak-aw. Ini punya akhbar memang best dan terbaik. Memang betul-betul satu wadah perjuangan lah.


Muka surat satu-perjuangan bangsa. Muka surat dua-perjuangan bangsa. Muka surat tiga-orang yang tak sama pendapat dengan pemimpin adalah bodoh. Muka surat empat-bangsa lain macam jahat je? Muka surat enam ribu empat belas ratus-politik politik politik politik politik. Oklah tu. Iklan kerja tak payah ada sangat. Tak penting. Yang penting perjuangan bangsa la sangat ini perlu diteruskan hingga tegang urat merih. Budak-budak ni tau la dia usaha sendiri. Internet kan ada. Yang duduk kampung tak ada internet, nasib la. Siapa suruh bapak kau tak belajar betul-betul? Apa orang susah? Sia-sia pak-pak songkok hitam susun strategi untuk you all, bertahun-tahun tau supaya you all maju. Look, apa dah jadi? You jangan cakap hidup susah. Sekarang semua orang-orang kita sudah senang. You je lambat. Slow. Macam siput londang! Bangaaaaaaaaaaaaaaaaaang!!! HO HO HO meri kismes. Ni, harga sawit dah turun. Ha..macam mana tu? Hayoh tak tau mak balik bawak kayu tersepak bontot lembu! Makan rumput la oi.. Oi.. Dengar tak? Siapa suruh beranak banyak-banyak? Tak tau guna alat pencegah kehamilan? Ha? Ha? Ngrr!


Lepas cari sarapan dan belek-belek akhbar kegemaran biasanya aku terus balik melewati makcik-makcik yang sedang sapu sampah dan borak secara jemaah. Melalui gerak tutur mulut mereka seolah mereka mengatakan,


"Muka hensem tapi naik basikal? Jangan harap aku nak bagi anak dara aku senyum dengan budak Juna ni bila dia lalu depan rumah aku. Hapebenda entah dia buat kat unibesti. Kerja pun tak ada. Apa nak jadi entah."


"Makcik, tau ke mana nak cari borang untuk jadi ahli pemuda parti politik Dot Det Dut tu?"- Kalau begini caranya, aku harus menceburkan diri dalam politik berhaluan kanan demi kemadirian diri, keluarga masyarakat, bangsa. Oh, ye ye. Agama sekali. Apa pakcik cakap dan buat akan saya ikut je hi hi hi hi hiburan minggu ini!

Melodi sokongan untuk entri ini ;
XbravefuckingheartX - sehat untuk semua umur

22 ulasan:

pemikir lapuk berkata...

lu anak muda yg bsemangat....suka aku baca yg lu tulis...dah lama aku tk naik bas....last aku naik...15thn dulu..aku ajak drver bas btumbuk..sb mulut dia mcm celaka...hahaha

Huzai Mansor berkata...

Semua dalam utusan meloya tu benar. Semua aku percaya. Semua kita patut sokong.

hak-tuih!.


Acah mak enon. Lepas kau join pemuda parti berhaluan kanan tu, bahagialah hidup. Ceh.



btw, boleh tolong suggestkan nama hakkor yang nampak serius sikit tak? Aku ingat nak tukar nama band lah. Haha.

azie berkata...

emm..


well, cudn't agree more with u:-)

Suka Bebel berkata...

aku dah lama tak naik bas kat klang balley nih.sungguh hangit kalau berhimpit.tambang memanjang naik tapi servis maintain turun.

surat kaba pun aku dah malas mau baca selain berita sukan sebab penuh ngan politik.sungkang puaka sungguh mereka.sukan pun tak lama lagi tak baca dah sebab makin ramai pak menteri yg malas bekerja ni join persatuan sukan.baik aku baca the sun, percuma saja dan berita yg penting saja keluar.politik tetap ada tapi setakat cukup syarat

Wardrobe kita berkata...

Juna...Juna..terlalu emo..jgn ikut darah muda. Trima jea hakikat. hidup pun senang..

zairi berkata...

ko pegi sumbat ngan rim basikal kat mak juna tu jap..

yoshz berkata...

Suratkhabar utusan la best. ada hallo bos.

ijan berkata...

"ala... sy pun x hingin tgk ank2 mkcik tu punye senyum oi..."

bole x ckp cam ni kat mkcik2 tu...

haha...

Rajuna berkata...

pemikir lapuk-gua sendiri pernah dilarang naik bas kerana tahan bas pakai kaki ada berani?

huzai- er..TARSIKSA?

Azie-ada ayat lain? heheh

Sukabebel-aku dengar setiap surat kabar perdana ni ada parti politik yang jaga. aku pun tak dapat nak pastikan sejauh mana kebenarannya heheheheheeh.

qaseh-ish..aku suka emoviolence je.

zairi-kita kena belajar kasih mengasihani. bukan asik bercinta je. ada faham? ceh!

yoshz-jgn lupa. senyum kambing. dari dulu sampai sekarang macam tu binatang karton itu.

sultan-boleh. sambil putar2 kunci kereta proton saga BLM kat jari kan?

dzul berkata...

bang juna..perjuangan bangsa yg dimomok2kan tu cuma utk mengaburi mata je..semua pn hantu momok..

kalau ada doraemon kau suh dia bawak keris dia tu p lawan portugis..hah ada brani?

l.i.f.e berkata...

hoh! pati apa pulak ni?
lagi baik join party taperwer tu juna oih.

aku setuju sama dzul. panggil doremon bawak mesin merentasi masa & bawa bala tentera ngan scud sekali. kasi lawan sama itu geng alfonso!

Brader Black berkata...

Belakangan ni, kau punye luahan rasa makin menjadi2.

Kau tertekan yg amat ke dude? Isap gam jom!

ngahahahahah!

Sang Pencinta berkata...

utusan is the best.gua tau lu mmg ske naik bus smpai sggup tgu bus lain semate2 nak ngorat awek jalanan..hahha

Sang Pencinta berkata...

lagi satu ko sejak bile jadi beautician ni?

apek terror berkata...

haha..lu nie kutu la haha..gua phm perasaan lu beb...

hegira berkata...

aku suka naik bas yang dulu dulu. takde ekon. cuma bukak tingkap dan angin masuk. sebijik macam feel filem muhsin.

sekaran ini kau hanya kenal utusan malaysia ONLINE. haha.

kad0k. berkata...

juna..mungkin makcik2 yg buat mesyuarat tingkap tu sibuk cite apa nak masak tgh hari tu kot...hahahah..:p

Aku berkata...

sungguh satira sekali entry anda kali ini. hehehehhe

Rajuna berkata...

dzul-kau tengok sendiri. orang melayu bab menyihir orang nombor satu. kenapa tak guna kekuatan sihir untuk cabut janggut orang jahat ke, seliuhkan kaki pencuri ke, kenapa? kenapa?


life-aku rasa aku prefer pati ikan haruan ginseng.


suparjo-maaf. aku tak suka hidu bahan kimia. sebaliknya, aku suka hidu sesuatu yang organik. seperti wanita..er..


tempe-walaupun gua seorang beautician tetapi gua berjiwa tampan!


apek-kutu bukan sebarang kutu, kutu datang melintang pukang beb!


hegira-betul. aku jarang sekali beli surat khabar ini melainkan aku benar2 terdesak mencari sesuatu untuk dibaca.


kadok-mungkin juga sedang memperkatakan akan susuk tubuh persis model aku ini. ha ha ha!

Rajuna berkata...

hanim-satira kacau? haha

Rahimin Idris berkata...

woi, naik kuda amacam. kuda sokmo macam kat terangganu tu. hahaha

cimon berkata...

makcik2 tu xmngumpat ko laa... diorg "puji" ko jee...

dapat ko pahale free.

hehe(^v^)