Jumaat, 21 November 2008

Pam Juna, Pam Sampai Mampat!

Lin tersengih-sengih. Tersenyum simpul. Kalau diibarat senyum itu seperti mee siam murah, pasti susah nak ditelan. Terlalu keras dan seolah berpintal-pintal di tekak. Seperti senyumannya juga yang tak lekang dari wajah licin itu. Sukar untuk aku hadam ke dalam jiwa. Macam tak ikhlas bentuknya. Namun dia tetap tenang. Memandang wajah aku. Seperti menatap poster artis lelaki yang merangsang nafsu wanitanya. Bila sampai bab begini. Biasanya perempuan yang tak tentu arah. Ini sudah terbalik. Aku yang tak tentu hala. Menggelabah. Gelojoh. Mahu cepat habis cerita. Berpeluh-peluh. Jantung berdenyut laju.



Aku henjut. Aku pam. Aku henjut. Aku pam. Huff. Huff. Huff.



Terkangkang-kangkang dibuatnya. Nafas sudah tak tentu arah. Tapi aku yakin dan pasti. Aku tidak pernah dijangkiti asma sepanjang hidup aku. Lin masih tenang. Masih tersenyum melihat telatah aku. Mungkin aku terlalu buas di matanya.



Ya. Memang sudah lama aku tak begini. Satu sudut kehidupan yang telah lama aku tinggalkan. Kini aku kembali melakukannya bila di kampung. Setelah bertahun-aku tenggelam dalam ghairah arus kemodenan kapitalisme kota raya. Tapi aku mulai sedar. Ilmu bukan untuk kekayaan. Cih!



Aku sudah tak peduli. Aku rasa Lin sudah terpaut hati pada aku. Kalau tidak, masakan dia serahkan semua ini kepada aku. Ah, ini mungkin sekadar cetusan naluri lelaki aku. Mungkin juga Lin sekadar ingin menduga iman aku. Aku akui. Sukar mata aku untuk menolak untuk melirik sekujur tubuh yang seksi itu. Auw. Auw. Ih.. Ih..Ih..Akukah makhluk Tuhan….ah, aku sudah mengarut! Menyanyi lah pulak. Ini dah bahaya. Tumpukan perhatian Juna…!



Aku henjut. Aku pam. Aku henjut. Aku pam. Semua untuk Lin. Segalanya! Tapi sayang, engkau sudah bertunang. Arghhh..Ini sebenarnya adalah suatu bentuk tekanan kepada diri aku untuk meneruskan niat aku yang entahkan baik entahkan buruk ini. Aku keliru.



Nah. Saatnya telah tiba.Aku letih. Sudah tak tertahan lagi. Aku harus melepaskan bebanan ini. Aku rasa ia sudah dikemuncaknya. Cukup untuk kali ini. Wajah Lin seakan bertambah ceria. Cis. Dasar perempuan. Aku tamatkan di sini. Aku berjanji tak akan buat lagi. Taubat. Stamina sudah kurang. Mungkin aku sudah tua. Lalu, aku titipkan kata kepada Lin.



“Okeh siap Mem. Dah keras dah tayar tu. Lin, bila nak keluar tu pastikan tayar mempunyai tekanan angin yang mencukupi. Pastikan juga bunga tayar dalam keadaan yang baik. Ukur dulu dengan wang syiling dua puluh sen ya? Taklah bocor nanti. Nasib baik pancit depan rumah aku. Tengok, sekarang siapa jadi mangsa? Aku jugak. Tak tolong pam tayar basikal engkau karang, mak aku bising pulak. Sekarang aku dah letih mengepam tayar basikal kau. Belikan aku ais krim kacang merah bila sampai di baruh nanti ya?” aku memberikan nasihat ala-ala pakar tayar sambil mengelap peluh jantan di dahi yang kemerah-merah jambuan ini.



“Ok, bos!” Lin terus berlalu mengayuh basikal mendaki bukitnya lengkap dengan pakaian sukan meninggalkan aku di beranda rumah termengah-mengah. Peh, baik punya view dari belakang keh keh keh. Aku kemaskan pam tayar manual itu dan simpan di bawah katil. Kalau lah aku mampu membeli sebuah mesin pam tayar macam di kedai motor tu suatu hari nanti…….

34 ulasan:

Yana Ismail berkata...

yeah!first..ehehe

ceh...suka je cuci mata tgk view blakang tu ek;p

apek terror berkata...

yeah second !!! amacam? hehe..
kalau jodoh gua dgn lin lu ok kan...

KARKADEWA berkata...

yeah third..!!!
gua nak ais krim kacang merah..!!!

Huzai Mansor berkata...

yeah....fourth?


Oh, ini rupanya entri 'pam-mengepam' yang dikatakan dalam ruang komen entri lepas.


Aku dah agak dah, mesti bukan cerita lucah. Pengakhiran cerita yang mengecewakan. Kih kih.

SATIRA + KACAU berkata...

Rajuna, bagus juga "satira" ini.

Satira + Kacau

l.i.f.e berkata...

hhmmmm...maksiat mata
*geleng2 kepala*

Rajuna berkata...

liyana-hehehehe *eyes rolling*


apek teror-macam ada peluang je kan? hahahaha..takpa2 relaks! haha


karkadewa-haha lu punya taste sama dengan gua siak!


huzai-ahahaha..mula2 nak melucah jugak tapi nanti penat pulak aku nak membalas kumen hahaha


satira+kacau-hahah..bagus ke? hihih

life-apa pulak? menghargai kecantikan la..salah ke? hi hi hi

Wardrobe kita berkata...

Pam tayar baskal??da lama aku x buat aktivi ni..usahkan nk pam tayar basikal,pam tayar keter kat stesen minyak pon aku x reti..hehehh..

kad0k. berkata...

huh..aku ingat ko henjut apa td..hahaha...kelucahan melampau...

dzul berkata...

juna kalau bab menolong orang dalam kesusahan mmg pantas sungguh..hahaha

FAZ berkata...

lu punya pam henjut besi ke plastik?
klu besi lu mmg pengepam hardcore selatan!!

fadzil hafiz berkata...

ni punya cerita berapa tahun yg lepas ni brader?

pemikir lapuk berkata...

satu tulisan yg penghairahan yg penuh suspen....hehehehe

Tanpa Nama berkata...

suspen dowh


;)

azie berkata...

wah, nak jugak eskrim!

King berkata...

erkk...

x biase arr pam2 ni..

maza berkata...

perkhhhh.......ko punya cerita.....hampuir aje membuatkan aku merembes oooo


hehehhheeh

cayah lah bro!

http://mazaaida.blog.friendster.com

Bunga Rampai berkata...

Kalau lah aku mampu membeli sebuah mesin pam tayar macam di kedai motor tu suatu hari nanti……

Semoga satu hari nanti dapat memilikinya. Berusahalah.

Terima kasih mengunjungi blog saya. Amat menghargainya. Salam :)

Umie berkata...

ais krim kacang merah memang sedap..lg sedap makan pas penat mengepam... sila belanja haku eskrem kacang merah 1...hohoho

hegira berkata...

erm.. nak jugak sebut yeah! yang kebrapa ntah.

wah juna. kreativiti melampau. best.

Rahimin Idris berkata...

bila nak buka bengkel. bengkel krafkaki ke...

Rembo berkata...

classic!!

Aku berkata...

nasib baik kena pam tayar basikal jer, kalau kena pam tayar lori?! hehehehe

jinggo berkata...

guna taya besi lagi senang tak payah pam dam beskat tu..........

Sang Pencinta berkata...

ahahha..bnyak kali ko jmpe lin ni?aku pon xpaham bile mase ko jmpe lin ni..lin ni sape Lin Dan ke?

ofaghag berkata...

alamak gua baru nak stim. potong la cite lu.

Airinar anastasia berkata...

ayat kasi bersopan sket bole bai??-->sempena entry baru aku..haha

Rajuna berkata...

qaseh-ceh cakap nak jadi wonder woman la, boleh hidup tanpa lelaki la...ni macam mana ni?

kadok-hoi kadok...ish ish ish...bersihkanlah jiwa mu ha ha ha


dzulkarnain-kita manusia marhaen dzul. nak buat macam mana. kena lah kita 'tolong' antara satu sama lain keh keh keh keh


xfazx-beb, gua akan digelar loser sekiranya menggunakan pam plastik ala bdk2 bmx. ini pam besi berat dan khas untuk beskal kargo. ada beran? heavy metal!


padelkopak-er er......semalam!


pemikiran lapuk-huih...apa yang ghairahnya? ghairah dengan tayar beskal? anda memang supernormal!


tyhasarkawi-lek douk.takyah menggelabah. lek lek suaaa...jgn bedek aaa? apa benda aku merapek ni.


maza-hoi hoi hoi.. apa merembes2 ni nyah?! ni yang mak malas nak tulis nie...adek2 suka la tu.. tak koserrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.. ha ha


bunga rampai-hahaha.. ya ya.. macam ni punya ucapan pun ada ya? terima kasih sudi melawat blog sampah ini. ha ha ha


umie- ko suka yang betuk petak atau kon? tapi aku benci yang pemegangnya buluh kecil. tak seimbang. asik nak jatuh je.


hegira-cis..ini menyindir ni...ha ha ha ha

rahimin-aku dah nak lancarkan kelab menari aku. datang lah!


rambo-kita orang kampung. kena tahu roots kita!
Roots baru pun dengar cerita nak keluar dah. ha ha ha


hanim-kalau dah cinta, cium tayar jentolak pun aku sanggup.


jinggo-ok gak. tapi kena ada rel basikal. sumpah jem gila rempah kari babas!!!


ofa-oit oit. kalau nak stim cari lu punya Hong la ha ha..


syore-nak sopan lagu mana lagi?

Yana Ismail berkata...

Lin oo lin..hehe ;P

FarhanaLicious berkata...

baik punya view belakang?
cesss!

Rembo berkata...

dah roots da release la.

jaketbiru berkata...

... nasib boleh pam.. kalau tak kena hembus-hembus, tiup tiup lak.. hehehehehe

Rajuna berkata...

liyana-euww..haha

farhana-haip..nak bersilat ke?

rembu-yeke? dem.

jaketbiru-perghhhhhhhhh....macam mana tu? kira pernafasan dari mulut ke mulut la ye? ha ha ha

cimon berkata...

gilerr ahh..!!

buat suspenn jee...

hehehe(^v^)