Khamis, 20 November 2008

Rumah Terbakar Nampak Asap, Hati Sejuk Nampak Salju

Minggu lalu aku bermalam di rumah rakan lama aku. Rakan yang pernah duduk di sebelah aku sewaktu tingkatan 6 atas. Rakan yang pernah mengherdik bekas teman wanita aku. Rakan yang dulunya tak mahu jadi skuad Tok Misai dan akhirnya dia kini menjadi Tok Misai di ibu kota.


Dulu aku pernah cuba menjauhinya. Kerana semacam ada perasaan curiga kepada dia. Sikapnya seakan berubah suatu ketika mula-mula menjawat jawatan Tok Misai. Aku naik seram. Mana lah tau dia syak aku bukan-bukan. Syak aku ada hubungan dengan Pol Pot ke, Ali Ghufron ke. Tak ke naya namanya tu?


Tapi dia masih macam dulu. Masih ceria. Biarpun banyak sangat kisah luka dia dan teman-teman wanitanya. Yang mana ada diantaranya juga pernah ada dalam list ganggu-gugat aku sewaktu ketika dulu. Aku lihat dia semakin matang dalam membuat keputusan. Bukan macam dulu. Duit biasiswa, dibuatnya membeli radio mini hi-fi. Akhir semesta, duit tinggal seposen. Nasib baik aku ada tinggalkan sikit duit. Aku buat beli tali pinggang besi. Peduli lah mak aku membebel. STPM dah habis. Time ni lah tunjuk belang abang-abang. Baru nampak emo hardcore kental (musim time tu, ceh!) sangkut kunci banyak-banyak kat celah tempat tali pinggang. Tali pinggang tu masih pakai sampai hari ni. Kadang-kadang malu jugak. Mat rempit pun dah pakai sekarang ni. Cis!


Aku ditinggalkan beberapa jam di rumahnya. Dia keluar menjalankan tanggungjawab. Tahu sajalah Tok Misai. Kerja ada shift. Aku menghabiskan masa dengan membaca buku-buku yang aku bawa dari rumah. Keesokan harinya aku ada sesi temuduga dengan sebuah pusat pengajian di Ibu Kota. Mata semakin kelam. Aku sudah muak membaca bahan-bahan ilmiah. Aku mula mengais-ngais zine-zine yang aku baru beli di Rice Cooker. Tak lama kemudian. Dia balik. Dia menyelak langsir bilik. Lihat aku terbaring sambil membaca zine. Aku jeling-jeling jugak dia. Mana tau dia bawak pistol. Boleh jugak aku try-try acu kat cicak. Cuak tak cuak cicak-cicak tu kan? Keh keh keh.


"Kau tak berubah lagi? Masih baca zine?" dia terus membuka uniform kerjanya. Berkata tanpa memandang aku.


"Tak jugak. Cuma aku mesti baca apa-apa sebelum aku tidur. Apa-apalah yang tercapai depan mata. Tenang sikit bila nak tidur nanti," jelas aku.


Dia menyelongkar almarinya, "nah, ambillah..."


Sekeping CD ceramah motivasi keagamaan, "Mencari Ketenangan".


Yay~!

19 ulasan:

Rahimin Idris berkata...

woi, mana entri pam juna, pam sampai mampat? karate kang!

sekarang zine tak happ dah. amacam, print blook plak?

Rembo berkata...

belt besi eh?
emo metal hardcore eh?

hmmmm.....

Rajuna berkata...

rahimin-siak. dah ada orang perasan ke? cih. aku dah tapis. tak memenuhi tahap piawaian. ha ha ha

rambo-tak tau. budak cakap macam tu. aku terpengaruh dengan rakan sebaya. engkau pun pengaruh aku jugak!

Suka Bebel berkata...

dia sudah tenang lah tu.hehe...eh, zine tu menatang apa?zinedine zidane aku kenal lah, dia je yg tak kenal aku.ha ha

yoshz berkata...

Asal tak beli tali pinggang Boy London?

hegira berkata...

huhu. alhamdulillah.

rajin rajin lah lepak situ ya...

Huzai Mansor berkata...

Aku pun ada ape belt besi. Sampai sekarang pakai. Tadak hal-lah. Barulah hakkor. Huhu.


Untuk lebih ketenangan sebelum tidur, bacala puisi "kucari damai abadi" oleh Pak Lah.


Tidur terus.

dzul berkata...

aku nak komen tajuk..

apesal hati sejuk nampak salju ha? kat mana saljunya siak?..tak nampak pun.

rOhock berkata...

padan muka lu..wkakaka..ai...

Yana Ismail berkata...

huhu..sila lah.dgr ceramah itu;)auwww

Rembo berkata...

tapi, mana ada gua pakai belt besi weh. Baju Poison The Well ada la. Dengan belt sekolah menengah buckle besi petak, pastu letak grip tape.
hahahah

Wardrobe kita berkata...

Mmg elok sgt lah layan cd tuh sbb jiwa ko kacau..

l.i.f.e berkata...

urgghhh ingat kamu nak buat entry mari berbalas pantun.

tasekM berkata...

amacam temuduga?

Mak Su berkata...

orait gaks baca apa-apa

Rajuna berkata...

sukabebel-zine adalah sejenis bahan bacaan yang memang direject terus dari akta bahan cetakan. terima kasih. hahaha

yosh-aku sampai sudah tak dapat pakai jam boy london yang tukar2 kaler tu.


hegira-insya allaaaaaaaaaaaaaaaah!!


huzai-pandaaaaaaaaaaai!! ha ha ha


dzulkarnain-kau ni banyak sangat baca harian misteri. semua nak kena terjemah dengan fizikal. mana boleh? ini metafora tau tak? ngrrr..haha


rohock-mak ai


liyana-weuweuweuweuweu....


rambo-apa kau guna tali pinggang tu buat main skate board ke apa?


qaseh-ceh!aku ok. mana ada kacau. kalau kacau pun aku kacau air supaya sebati ibu oren tersebut.


life-cih! kalau aku buat pantun mesti nak mencarut. bahaya!


tasikmerah-berdub dab dub dab menunggu jawapan!


maksu-orait2!!! peace..haha

FarhanaLicious berkata...

bagus nye. membaca sebelum tidor. bagus gilak tabiat neh. kalau lah saya ada tabiat yang bagus. hurm~

apek terror berkata...

peh gua ade gak itu aksesori...full leather tajam mmg ngam la beb...

cimon berkata...

membaca sebelum tido?

perghh....powerrzz...

hehehe (^v^)

(p/s:aku?membaca utk tido)