Khamis, 19 Jun 2008

.....Dan Hujan Renyai Yang Menjadi Memori Antara Kita

Beberapa hari aku tak bekerja. Kebosanan mula menghimpit. Sunyi. Sepi. Tak berpeluh. Tak produktif. Keadaan sejuk diakibatkan hujan beberapa hari di Kuala Lumpur menambahkan lagi rasa kosong hati ini. Lewat petang, barulah apartment ini diisi manusia.


Kesepian aku tak lama. Kehadiran teman-teman di sisi membuatkan kesepian aku terbang melayang.Kini aku percaya, Kuala Lumpur takkan pernah sunyi. Biar dijengah dinihari.


Hari Selasa. Aku terbaring di riba Ana. Setelah pulang dari makan tengah hari di Kampung Baru. Aku sayang Ana. Dia bukan seperti rakanita aku yang lain. Dia sangat memahami aku. Ya. Dia kenal aku. Seorang lelaki kampung yang sukar membuang identiti kekampungannya. Seperti biasa. Dia bukan kekasih aku.


“You kan ada kuliah pukul 2.30 nanti?” Sapa aku setelah hampir 15 minit kami menatap monitor iMac aku. Tanpa sebarang kata. Sekadar menonton Nanny’s Diary.


“I malas nak pergi.”


“Suka hati You lah.” Jarang benar aku menerima alasan malas dalam apa jua hal. Tapi lain benar pada hari ini. Aku seolah merelakan seseorang menggunakan alasan malas. Mungkin kerana keinginannya meluangkan masa dengan aku.


Sesekali Ana mengusap rambut aku yang kian panjang. Tak terurus. Menyisir-nyisir mesra. Kadang-kadang tersenyum. Entah apa yang difikirkannya. Apa yang penting aku mesti halau dia dari rumah ni sebelum pukul 5. Si Tempe biasanya balik pukul 5. Mampus kalau dia nampak aku dalam keadaan begini. Jarang benar aku muncul dihadapan rakan serumah bersama teman perempuan aku yang tak berpakaian sempurna. Jadi, aku lebih selesa menyatakan pada mereka aku kurang mempunyai teman perempuan. Seksi, itu Ana.


Hembusan asap rokok bertali arus dari bibir munggil Ana menyesakkan nafas aku. Tapi ini bukan alasan untuk aku memutuskan hubungan aku dengan Ana. Aku capai telefon Blackberry Ana. Aku ingin ajak dirinya berbual. Agar rokok terlerai dari bibirnya. Lalu, aku buka peti mesejnya. Aku dan Ana. Bagaikan tiada lagi rahsia. Biarpun tiada apa yang istimewa. Antara kami.


“Ini siapa?” merujuk kepada nama Hisham di kotak mesejnya. Aku buka. Isinya. Ayat tipikal lelaki melayu baru mengorat. ‘Samekom/a’kom..Katne tu? Watpe tu? Dah makan? Awak ni cute ar.. Awak dah ada bf lom?’ Aku menghela nafas. “Jantan bangsat.” Dalam hati, aku berkata.


“Oh. Hisham? I jumpa masa kuliah subjek luar fakulti. He can’t take his eyes over me You know? I feel like..uww.” Gedik. Menyampah pulak aku tengok Ana ni bila bercakap pasal lelaki. Cemburukah aku? Ah, mana mungkin.


“Ini pula siapa?” Tanya aku lagi. Merujuk kepada nama James. Ayat-ayatnya dalam kotak mesej itu berbaur separa lucah. Macam dalam cerita mat saleh. Nak ajak ‘one night stand’. Faham sangat.


“Oh. James? Ahaha. He’s from Africa. Dia ni lucu tau. Ada ke dia cakap shape badan I macam Angelina Jolie? Hello…I macam Zila Bakarin, occay? Hahaha..lucu kan? Oh, by the way I jumpa masa kat club minggu lepas, “ jawabnya sambil ketawa terkekeh-kekeh


“Bodoh punya perempuan. Ini mesti sindiket ntah apa-apa ni. Ini lah dia. Pikir sweet lah. Lucu lah. Kalau dah kena baru tau. Tak serik-serik. Apa, ku ni tak cukup lucu ke?” Bisik hati aku.


“Ini siapa pulak?” Merujuk kepada barisan ayat yang menunjukkan kematangan. Dipenuhi bahasa-bahasa intelektual. Sesekali ke arah korporat. Bahasa melayunya juga tersusun. Kadang-kadang ada frasa gurauan berdasarkan skill-skill permainan golf. Hmm..Jarang ada lelaki melayu muda sebegini.


Dalam nada yang lebih lantang, dia menjawab. “Hey..! He is R. A. J. U. N. A.!!!! Siapa tak kenal kan? Rajuna. Very very deh nice man ever I met. Hey hey hey…” Sambil kedua belah tangannya mencubit pipi tembam kanan dan kiri aku.


“WTF?!!!!” Aku mula mendidih. Darah menyirap limau. Menyambar urat-urat amarah aku. Panas. Menggelegak.


Aku bingkas berdiri. Ana mula terkedu. Aku cekak pinggang. Mata Ana memandang tepat ke arah mata aku. Penuh makna. Lirikan matanya juga singgah pada telefonnya.


Aku tak ambil masa yang lama. Aku lemparkan k telefonnya ke dinding.


Berderai!!


“Baby!!!” Jerit Ana. Spontan.


Aku tenung mata Ana yang berair di kelopaknya. Lantas, aku ungkapkan,


“I am a boy, bodoh.”

31 ulasan:

Mak Su berkata...

wow! salah interpretasi

King berkata...

kalau beta..
hempas saja kepala Ayu di dinding batu itu...
macam Dayang yg panggil beta "abang" masa tgh mandikan beta aritu..

Rmywvs berkata...

gua rasa hempas pintu ke dinding lagi menyakitkan.

haih, blackberry tuh kasik gua pun best. wishlist 2008 oke

Diana Jamal berkata...

slambe je hempaskan hp org lain. huhu..

t i u n g berkata...

ini mmg btui2 darah mnyirap limau aa..
hehe..

z e e berkata...

marah betul nampak?
jangann.
nnt kena jual.

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! gua masih igt lagi ketika PC Mac lu sampai dulu.! kami beramai-ramai membantu! :P hahahahaha!

d o m i n o berkata...

hmm..

=\

tasekM berkata...

hamboih... sesedap baling tepon org tu... :P

banyak betul perkara2 yang kamu lalui yang aku tak pernah sangka ianya berlaku...

ladylikeme berkata...

La...walaupun marah...kena kontrol macho beb...tue yang penting...

Rajuna berkata...

maksu-tepat maksu.

king-askusmi king. Ana.
Ya.Tapi patik masih baik hati.

kiah-ni bdk2 zaman skrg. burberry la. blackberry la. kambing beberi mau?

diana-i mmg penyabar

tiung-limau pula ku curah dikeris yang ku perasapkan dgn kemenyan.

zhz-jual la. tapi laku ke?

daniell-gua tak pernah lupa jasa lu. walaupun iMac gua ringan je.

domino-sampai u taknak tengok wayang dgn i. :(

tasikmerah-kita kena belajar menerima hakikat. hidup mmg banyak kejutan.

lady-dah pernah jumpa saya. saya over macho. org kata saya mcm azwan ali. plzzz!

Rajuna berkata...

domino-*sampai ati

ofaghag berkata...

errr. boy? i tot u are...

d o m i n o berkata...

hehe.bwk la anaconda u! :D

Rajuna berkata...

ofaghag-gewd. i belanja u senyuman :)

domino-huhu..mentang2 la i tak kerinting macam si Giring

d o m i n o berkata...

hahaha..jgn slhkn si giring i!hikhik
:P

A t i Q a h berkata...

Aaa?
Tak paham.
Aiyak!

Yana Ismail berkata...

WTF stands for what the fish ke?hahaha
kalau bckp pasal angelina jolie, tang bibir yang sexy tau...auww:p
haha,sukanya dia baling hp ana..

uranus berkata...

yeah..sorry bro..aku macam pernah dengar kisah macam nih sebelum ini..

mungkin secara kebetulan kot..

jangan marah yer..

King berkata...

ehh.. betul laa ko ni boy...

diorang x tau yer ko blm sunat lg???

Lily Abdullah berkata...

Ana? Siapa dia? Teman tapi mesra? Bukan kekasih, tapi kenapa cemburu?

Dari kamar rumah sebelah aku terdengar-dengar Shiela on 7 mendendangkan lagu " Selamat tinggal kekasih gelapku..moga cepat kau lupakan aku"

Sayup-sayup! Dan semakin perlahan.....

Ana bagai sebuah kereta yang dikongsi secara pintar oleh lelaki hidung belang. Dan Ana tidak sedar kebanggaannya memakan diri.

Sadis!

ps; akak tolong sambung benda yang kau tak sempat cerita aja hahaha!

Rajuna berkata...

domino-tapi i pun ada shemagh macam giring


atiqah-tak faham selak kamus

liyana-wtf is stands for whats the fun la.

fahmi-kehidupan kadang2 macam mesin fotokopi. sama tapi tak serupa.er cinta fotokopi. bley?

kak lily-cemburu sbb dia lebih ramai peminat berbanding. sbb both of us memang hot apa. ini tak adil!


kak lily, jahat!

d o m i n o berkata...

haha.yela tu. :P

FAZ berkata...

~awwww u nih garang la....grrr
*smbl tnjk gaya cakar rimau

Rajuna berkata...

domino: hahah

xfazx: mcm shiaal lu, hahahha

Rmywvs berkata...

jambunye avatar ko nie

Rajuna berkata...

kiah-taperlu dipesoalkan kehkeh

Airinar anastasia berkata...

byk sgt org bg komen kat ko..maleh la nak komen lg..ahah

Rajuna berkata...

syore-yang kau tulis ni apa seh?

rasso berkata...

kesian kat Blackberry tu...

alahai~

Rajuna berkata...

rasso-apa sangatlah kalau nak dibanding dengan hati aku yg remuk