Berdesing telinga aku. Isyarat mesej dari telefon bimbit menerjah ke lubang telinga memenuhi segenap bilik aku. Lantas aku terjaga dari tidur senja. Maghrib missed!
" Temankan I dinner." Skrin telefon betul-betul menyilaukan mata aku. Hmm.. Ini tak ada orang lain. Sebelum aku mengangkatkan biji mata ke atas maklumat penghantar di skrin pun aku sudah tahu siapa sang penghantar. Mimi.
"Where's ur bf?" Aku balas. Pendek. Harap dia faham. Aku tak ada mood.
"Goin' out with his friends. He's so stupid."
"Cool. Then, pick me up." Dikala waktu begini suntikan 'vitamin' memang diperlukan. Dia pasti akan membayar segala macam bil menu pada malam ini. Itu pasti.
"15 minit lagi I sampai. Tunggu kat bawah. Muah."
Cantik. Aku pun memang lapar. Aku tak perlu sepasang persalinan dari CK atau Polo tiruan. Cukup sekadar t-shirt lusuh yang aku beli seusia aku 19 tahun dan baggy short pants rabak di kocek belakang. Aku pandang cermin dan susun rambut menggunakan jari-jemari yang halus bak sayur bendi ini. Ekor rambut aku susun ke arah kiri. Aku tak perlu beriya untuk keluar malam ini. Nanti budak-budak rumah syak aku ada teman wanita. Ini yang aku paling benci. Hey, aku tak semudah itu untuk dimiliki. Ok?
Sepuluh minit kemudian, Honda City hitam sudah menunggu di bawah. Kelihatan samar-samar ada gadis kecil melambai tangan ke arah aku dalam samar malam. Aku meluru ke arahnya. Langsung membuka pintu keretanya.
"Hey," Sapa aku.
"Hi.." Sambil tersenyum. Mimi memang seorang yang ringkas. Sekadar bersinglet dan berseluar pendek coklat. Peha gebunya seakan glow in the dark. Siapa yang tak terliur dengan Mimi. Hanya satu perkataan sudah mampu menjelaskan segala-galanya. "Sempurna". Berbiji mata bundar kecoklatan. Anak kenamaan yang tinggal di Bukit Tunku. Pelajar Lim Kok Wing.
"Kemana kita?" Tanyanya lagi.
"Mamak 223. SS14," lancar sahaja mulut aku menjawab. Ini membuktikan aku benar-benar lapar.
"Ok, sweety." Kereta meluncur laju. Membelah kesunyian Universiti Malaya sebagai jalan pintas. Kami kurang bercakap. Sejak Mimi mengambil keputusan bertunang dengan Reza aku malas nak ambil tahu pasal dia. Tapi aku tahu dia masih menyimpan perasaan dengan aku.
Malam itu aku rasa sedikit aneh. Mimi hanya menyuap beberapa sudu Nasi Lemak Panas Yati ke mulutnya. Dia banyak tenung aku makan sambil tersenyum-senyum. Apahal plak? Mampus tak layan. Aku ada dua roti cheese kaya, nasi goreng cina, 5 otak-otak dan sirap bandung yang perlu dilunaskan. Setelah selesai, cepat-cepat aku angkat tangan, "Mamak, kira!"
Mamak berlari-lari anak ke arah aku. "Dia bayar!" Aku tuding jari kepada Mimi.
Tiada apa-apa yang pelik berlaku dalam perjalanan pulang. Mimi sesekali bertanya tentang rancangan masa depan aku. Sepatah dia tanya, sepatah aku jawab. Sekitar pukul 10.12 malam aku sudah berada semula di hadapan pangsapuri aku.
"Thanks for the treat. Good nite. Have a nice dream, sayang," ucap aku. Saja ambil hati sambil membuka pintu kereta untuk melangkah ke dalam rumah.
"Nanti." Ah, sudah. Tangan aku ditarik. Lantas aku terduduk semula di kerusi kereta.
"You know how I feel right now?" Mimi memandang aku sayu. Ni pahal ni?
"Ha?" Aku tercengang. Rasa apakah?
"You tau kan I memang sayangkan You. I kecewa. I silap buat keputusan." Ni yang aku malas ni bila dia mula buat drama. Dia mula merembes. Er.. maksud aku merembeskan air mata.
"It's ur decision. Then, I nak buat macam mana lagi?"
"Bulan depan I dan Reza akan disatukan. Jadi, I ada permintaan Juna," pintanya sambil menyisir rambut keemasan yang melewati mata bundar kanannya itu. Menampakkan keningnya yang tercukur rapi. Tatkala butir-butir jernih air mata dilihat mula menghiasi pipi merah yang belum tercemar dengan jeragat, Mimi semakin tak keruan.
Hayooo.. Punya la sentaps aku masa tu. Apa lah si perempuan ni nak kan, nyah? Aku beranikan diri untuk bertanya kepada Mimi, dalam bentuk apakah permintaannya itu? Wang ringgitkah? Harta aku kah? Atau?..Ah, aku tak mau berfikir yang bukan-bukan.
Tangan kanan aku diramas lalu bibirnya mengungkapkan, "may I kiss You tonite?"
Apalagi, bergetar la mak dengar! "Hey perempuan. Kurang hajar kau. Kau ingat aku lelaki apa? Senang dibeli ke? Hey, maaf ya. Aku ada maruah!"Bentak aku lagi. Benda begini tak boleh dibawa main-main pada hemah aku.
Mimi menundukkan muka. Tangisannya mula kedengaran. Teresak-esak. Ah, sudah. Aku faham perasaannya. Perempuan. Memang mudah terguris. Baru kena tengking sikit dah nangis. Karang kalau aku tampar, macam mana? Nak?
Aku mula berlembut hati. Nada suara aku perlahankan. Aku pujuk semula jiwanya yang terluka.
"Kalau You suka I bukan begini caranya. Ada cara lain. Kita orang Melayu. Ada adab. Orang timurlah katakan. Begini sahajalah. Kalau You suka I dan rasa nak mempersuamikan I, apakata You datang sendiri jumpa ibu bapa I. Katakan pada mereka yang You berhajat nak mempersuamikan I dan nak jaga I sepanjang hidup You. I yakin, dengan niat You yang baik ni nescaya orang tua I merestui. I memang belum berpunya. Tapi, buat waktu sekarang I masih milik orang tua I. Elok di mata diorang, eloklah di mata I. Kalau I tertunduk malu, maknanya I setuju menjadi suami You. I redha, Mimi. Dahla tu, jangan nangis lagi tau? Tau? Tau? Tau, bangang?"
45 ulasan:
"Cool. Then, pick me up."
hahahaha! :P macam haram! lu ini memang! aishh!!! hampir terpacul kata-kata hidup kau dari mulut aku di dalam komen ini! namun aku telah kembali bersama-sama dengan air liur aku! hahahaha!
daniyal-cool, then believe it, dude!
its real hehehe..
Betul kata Tok Rimau.
Lu ni gezek je lebih. Apa2 pun gezek tu yang akak suka :p
kak lily-puhleaseeee kak. Mak bukan sengaja nk reka cerita. perempuan ni memaaang seswatu taw, ahaks!
tumpang lalu sambil baca....^^
ni kes terbalik ni..watak terbalik. patut pmpuan la y ckp mcm perenggan akhir tu...
mencemar duli..
wow bro, "dahsyat giler ler"
- sila baca ikut skrip Awie dlm Zombi Kg Pisang.
lu tau bro, beta teringat satu dialog dulu:
"please Honey.. I nak anak daripada benih U, please.."
sgt berbangga ada lg lelaki mcm neh kat dunia.
=)
maya-eh takkan tumpang je? amek la buat harta. weehoo~
hazim-yeke? Atau aku ni terlalu naif? plzzz zim, aku terlalu kecil di kl ini :P
king-uiii King. Dialog tu buat aku menggeletar lutut. Tak kosssser mak. Merembes dibuatnyew ahakss..
zhz-terima kasih kerana memahami. I rimas dgn gadis2 bimbo di KL. pUhleazze~
yearghhhh!!gua bangga dgn sikap lu.cmtu la bru lelaki sejati.
truskn perjuangan lu.bia mrka yg cari kita yg istimewa ini.
*rakan bloga wanita gua suda brani komen sme lu.amacam?
bimbo.
nice.
hahahahahahaha.
xfazx-jangan salahkan gua, boleh? haha.
napa gua sering jadi mangsa gadis macam Mimi?
kulalala-i mmg meluat! siyes u! hehehe
weh nh cte btol kew cobaan semate2.........ha3...ini mmg ayat terune pingitann nh..
haha lu slalu jd mangsa ke?
baik dari jadi pemangsa..
hehe..
perghh dramatis...tangkap leleh
Aku tak tahulah nak ketawa, bangga, simpati atau rasa bangang membaca cerita kau ini.
Kalau nama MImi memang itu ek...?
fuyoo..glow in the dark?soounds interesting..huhuhu
berani seyh mimi itu!dasyatla..
lieza-u nak percaya ke tak caya ke terpulang. bagi i seksi tu subjektif (tibe2 je)
tiung-apapun, i tetap pasrah.
muki-apa yg meleleh muki? ke merembes?auw!
JP-haha.Macam rojak asma lebih tempe pulak perasaan u kan? ahaks
as i knw la kan, all named with Mimi can be so so so so ridiculous! ew..
Liyana-itu la kan. femfuan sekrang ni sesuatu la kan? ala penyapu gitu.
ouch! gile daring ah..
btol ke bimbo?
if bimbo how come u bleh wit her? hehe...
but seriously, kauw kate rambut keemasan...sounds bimbo to me..heheh
*omg!jahat gile mulut aku*
ahax!
ape da?
da macam pompan!
ahaha.
penat aje aku baca!
ahahaha
woih faq..komen aku yg ke 21..malas a komen mcm ni..biase aku antara yg terawal..haha..
p/s:name mimi tak cukup seksi dan menggoda a..letak la fasha ke..nasha ke..tak pon syura..hahahah
ala penyapu?apakah..haha,kuatkan diri bro:p.you can do it!hahaha
ces.. hantu engkau bro...
weh.. kisah benar ke fantasi ni hah?
:)
efie-i rimas. dorg yg keja2 i. asal ntah..eii.nasib baik i ramai kawan gurls PMIUM
kayrol-whuutt?!!! I perempuan? sorry. I jantan asli gagah berani, okeeey?
syore-kau ni slow. Kalau kau nak tau, nama Mimi sebenarnya Mimarkonah.
liyana-siapalah i. lelaki kampung. tak mengapalah. rela i begini.
tasikmerah-terpulang kepada you. i lelaki inesen yg sering disalahanggap perempuan bimbo.
pergh...xlarat aku ko ni..
erm, mempersuamikan ek??ek??
kaii-tak larat? sila dapatkan kacip patimah orang kampung.
azie-abis tu? mempermainkan i? sudah la. i dah tak sanggup...:(
garang gila! baru mintak kiss blum yang lain-lain. haish
kiah-mesti la.kalau nak sepuluh ribu ada? standard la wang hantaran sekarang. lepasan pmr pun rm66,666 tau.ngrr!
cits!
mahal pulak. gua memilih untuk jadi andartu la nampaknya.
p/s; lu batu pahat punya org ke?
lelaki kampung lagi bersopan pe dari lelaki bandar:p..errr.pandai2 je ckp.btol ke?
kiah-so? i kampung? ok2..
*sambil meletakkan cangkul di bahu dan memperbetulkan topi pertanian i*
liyana-assalamualaikum..nak kemana tu makcik? macam mana dengan tekanan darah? meh la singgah dulu rumah saya pekena sirap peti ais
*selalu macam ni bila nampak jiran2 i*
sirap peti ais?haha.bunyi sedap je.sirap ais jela bro:p
alalala,sopannya:p..hahaha
liyana-org selalu megah bila dia ada peti ais. ngrr!
haha.yela bro:P
perghh... lu pun tunggu pinangan...
i pun nak suh mereka jumpa parent i la...
ni da mcm chatting plak ak tgk kt cni. ni blog ke ym ni?
xsangka ko adalah roomate ku tg sejati!!kalo aku tau leh aku skodeng ala2 awek stokin tgn depan balcony..hehhe
liyana-:)
rasso-kita lelaki bermaruah!
kaii-ini tempat mencari jodoh!
tempe-haha..mari2!
YeW!!!~GeLi BuLu KeTiNg I NyAh...
kimie-meh2 i tarik bulu u! hehe
hahhahaa..baru nk msok feel!!
potong ar broo!
p/s:rmbot sikat tepi ke?
domino-kalau tak caya belah la dada i
susah aku nak percaye beb. susah susah..susahhhh.hahah.
hahahahahaha harun!
Catat Ulasan