Khamis, 5 Jun 2008

Kehidupan

Mencari kehidupan yang sebenar bukanlah semudah yang disangka. Binaan cita yang direka dengan teliti sekalipun boleh punah dengan izin yang di-Sana. Terlalu optimis bukanlah sesuatu yang harus dipuji. Kekuatan menerima ketentuan menjadi ukuran.

Jalan. Jatuh. Jalan. Jatuh.

Apa lagi yang kita kejarkan sebenarnya? Bukankah lebih enak kalau kita terus berada di sini? Oh, ya. Mungkin di sini menyakitkan. Namun apakah kamu pasti sekiranya kamu terus berjalan dan berlari ke sana kamu akan mendapatkan sesuatu yang lebih baik dari hari ini?

Redah.

Lawan segala perasaan. Pastinya kamu tahu apa yang kamu hajati. Pastinya kamu tahu apa yang kamu ingini. Kumpulkan segala kekuatan. Bangun. Jadikan cahaya matahari sebagai inspirasi. Yakin. Esok pasti akan menyinar lagi.

Tersungkur. Menyodok tar. Kulit bercalar. Terseret. Nampak daging putih. Automatis. Air mata mengalir.

Kau ingat aku nak cuba lagi?

Persetan. Di sebalik dada ada daging kecil yang robek.


PUTUS ASA.

7 ulasan:

Danielle_Corleone berkata...

Putus asa = Mati

areleaf berkata...

ni aku x faham..serius..x faham..

Muki berkata...

hati kecil...parut yg dalam...berdiri teguh tegar akur pancaroba kehidupan..kau mmg kuat

Rajuna berkata...

danial-putus asa=relaks la

alif-lantak kau

muki-semua ada kekuatan

FAZ berkata...

lu mabuk ka jln,jth,jln,jth tu?
sakit x??

ka-ii berkata...

eh post ko yang ni kan..

cube ko bace post latest aku..

1st part die cm menjawab persoalan aku.. tp last part ak realize post ni lebih kurang post aku..tp emo version.

Rajuna berkata...

xfazx-sesungguhnya gua sudah lama tidak mabuk. tetapi akhir2 ni gua mabuk bercinta.

kaii-pergolakan perasan. biasa la tu. ni saje2 je. bila mata mengantuk dan tangan gatal macam ni la jadinya.