Aku memang suka menonton drama melayu. Apa lagi yang boleh aku buat di masa-masa begini. Saat-saat lapang. Memang sesuai untuk berehat. Menenangkan fikiran. Damai. Apa yang aku dapat simpulkan setelah berkoyan-koyan drama melayu, memang tepat lagi sahih. Drama kita wajah kita. Sebab tu kita selalu berdrama. Kerana sebahagian hidup ini sememangnya satu drama. Kehidupan yang harus diteruskan.
BABAK 1
Biasanya akan ada babak di mana dalam satu keluarga, ada yang bekerjaya. Biasalah, bila bekerjaya, mesti ada maid. Nama maid mesti lebih huduh/ketinggalan zaman berbanding tauke dan keluarga. Mak Jah, Mak Peah, Mak Kiah (hahaha. Jangan kecik ati pulak Kiah ooii), Mak Munah akan menyediakan sarapan bila waktu pagi. Roti bakar dan tak bakar yang disusun baik punya ala menara berpintal. Atas meja makan pasti ada susu, air oren dan kopi. Tak lupa buah-buahan. Maklumlah, amalan budaya sihat. Melayu mana ada makan nasi lemak, bee hoon berminyak, sotong sambal dan roti tampal pagi-pagi
Dialog 1
Mak Jah : Puan, sarapan saya dah sediakan.
Puan Sherry: Takpe la Mak Jah. Saya sibuk.
BABAK 2
Biasanya akan ada babak di mana boyfriend sembang dengan girlfriend yang suka merajuk. Bukan main lagi pujuk kat restoran mahal atau hotel waktu lunch. Siap pakai suit, tie sumer. Bergaya. Siap bawak briefcase bagai. Peh. Beb, waktu lunch diorang cuma minum air oren atau air tembikai je tau. Lagi pula, tak ada ais. Wah, jaga suara ke bos? Tak ada masa nak makan berat. Malam nanti dorang baru melantak dengan family di rumah diketuai bos rumahtangga merangkap bos di pejabat.
Girlfriend : Kalau macam ni la gayanya, lebih baik kita berpisah! You langsung tak
Boyfriend : Sayang, jangan la macam tu(sambil pegang tangan perempuan.) You tau
Girlfriend : Ah sudahlah (perempuan bla. Air tak abis. Peh, ni cam ne ni?)!
Boyfriend : Sayang, sayang, sayang (bla jugak. Kejar awek, ni bil sapa bayar ni?)!!!
BABAK 3
Hari minggu. Anak-anak dan keluarga biasanya ada di rumah. Tapi macam bapak kau, bapak aku dan bapak dia. Bapak kita hari minggu mana ada kat rumah. Kalau ada di rumah, lu memang bukan melayu dan lu langsung tak drama. Ibu pula mestilah dikalangan datin (pakai tudung jambul unta). Ya, datin mestilah ada persatuan, dol. Lokasi adalah seperti yang di sebut di dalam dialog.
Dialog 3
Anak: Papa mana mama (sambil gosok mata. Baru bangun tidur. Sure terlepas subuh)?
Mak : Ke mana lagi hujung-hujung minggu ni. Main golflah dengan Tan Sri Nyet (Perghhh, macam gua sebijik!)
Atau,
Anak: Mama, nak kemana?
Mak : Mama
BABAK 4
Babak paling penting sekali adalah babak pejabat. Beb, mana ada orang melayu main MLM sekarang ni? Mana ada orang melayu jual kuih tepi jalan dan lari lintang pukang bila nampak DBKL? Melayu sudah berubah. Hampir 80% drama melayu menunjukkan orang melayu sudah ada syarikat sendiri dan besar-besar belaka. Sering saja ada pertikaian dan perebutan jawatan. Maju Holdings, Cempaka Jingga Berhad dan segala macam nama yang merangsang nafsu jobseekers macam haku ni! Keuntungan dan segala bagai sembang tak ada sebut singgit doringgit, doh. Dialog biasanya macam ni;
Dialog 4
Bos : Syarikat telah berjaya mendapat tender bernilai 59 bilion, hahahahaha
Anak buah: klap klap klap klap (tepok tangan. Dungu. Tak ada pengumuman naik gaji
Atau,
Bos (bercakap dalam telefon): Apa?!!Syarikat kita baru kerugian 60 juta (terkezut, mak!)?
Sampingan
Bila dah bisnes besar takkan pakai Wira Aeroback tahun 95 beb? Orang melayu sekarang (seperti dalam drama) pakai paling cikai pun BMW(bukan tahun 80 an punya). Mesti pakai kereta mewah tak ingat. Macam kau, aku dan kawan-kawan kau jugak kan? Sama la tu. Perlu diingat rumah di dalam babak cerita urban biasanya takde yang rumah 2 bilik atau pangsapuri DBKL macam di Kerinchi atau Pantai Dalam. Mesti grand gila. Watak kerja kerani, tapi lu orang kena ingat. Gaji diorang bukan calang-calang beb. Kadang-kadang ada gak babak kelab malam. Orang melayu smart beb, pergi kelab malam. Pakai blazer bagai. Peh. Sentap, mak tengok drama-drama melayu ni.
Betul-betul drama kita wajah kita
(p/s: Bila nak ada cerita pasal kehidupan kerani bank oi? Ke cerita graduan menganggur ke? Penternak jaya ke? Pasangan kahwin muda ke? Penjual air tak masak ke? Baru la aku bermotivasi sikit.. Apa daa. Asyik citer orang kaya je? Siang malam pakai blazer, apa barang?)
28 ulasan:
nak jugak tuh ditaruknya nama gua. iskh iskh. usaha lu amatlah gua hargai.
p/s; aha part pergi semayang jumaat berjamaah pun gua tak pernah tngok. nape eh?
hehehehe...
Tunggu gua beli kamera video! kita buat filem pendek! skrip dah byk dalam kepala hotak gua ni! lu kena bantu gua!
ehh.. bukan skrg dh berubah sikit ker??
"bang.. jgn laa.. gelilah...hmm"
"alaa.. sikit jer.. sikit jer ye.."
lokasi: dlm kete, bawah tangga, pondok di taman bunga, celah semak, air terjun dan ...
huhu...
Kiah-ada lagi yang takde. Adegan amek air semayang tak penah ade.
fahmi-hahhaha
daniel-lu kejap nak beli ps, kejap nak beli kamera. ni kenapa ni? tak istiqamah langsung...
haha
king-oit oit! Nak kena report dengan awek ni!
yang drama orang-orang kaya tu, i tak kisah. lantak deme la. tapi yang peliknya, tang kerja kerani tu ha. rumah dia mak aih. fully furnished siap. tak koser.
korg penah tgk part sembahyang pakai mekup ?
yg tuh lg sedey beb!
I nak you pilih sekarang? I ke kerja u tu?cepat!sebelum i lari.takmo kawan u lagi.huhu kata girlfriendnya:p
atiqah-eh. gaji semilan ratus besau tu. kalau duk kat kl nih boleh sara satu keluarga 7 beranak. tak gitu? :P
diana-lu pernah tgk razlan jelatang tidur rambut spiky siap bercelak mata sampai bulu mata lentik?
liyana-u nak lari? lari la. lari setempat je tau.
pergh, peminat cerita jelatang rupanya lu ni.
nak kena motivasikan pengarah² derama swasta ni.. asyik2 gitu ja ceritanya..
jelatang tak pernah tgk pun.
pnh tgk gadis cuci ?
haaa.. nora danish tido bermekup dan bergincu merah yg sgt menyala! siap ikat rambut.. kemas! tak serabut! ahahahhaa..
hahaha! sebelum gua membuka pekung di dada lu! baik lu support gua! hahahahaha! :P
drama melayu skrg tangkap syahdu oh!
alahai, i suh pilih antara dua. Ada ke u suh i lari setempat je. tak kurusla g2:p
hik2..
bg gua drama kita xmaju lg.
klu dh mcm sinetron indonesia atau telenovela amerika latin bru gua anggap maju!!!
kiah-standard la. gua pun melayu. ada org tanak tengok produk layar melayu takde kelas. kecuali razak mohaideen. bley?
tiung-tak bley nak buat pe bro. fadzillah kamsah pun layan drama melayu.lu je la gua lantik jadi kaunselor?
daniyal-tak kisah. dada i memang berbulu lentik.
domino-memang seh.lagi syahdu bila ada adegan koprat2 nie.syahdu banget!
liyana-i tak mau u kurus.kalau wang hantaran kurang takpe la. i nak u gemuk. jadi wang hantaran lagi bernilai. kira ikut kilo. bley?
xfazx-ala.lu ni.gua tau piawaian maju lu ni. asal mata bundar,rambut blonde berlurah dada dah kira maju la kan? kan? kan?
diana-ala pengarah saje la tu, dia nak kita enjoi!!!!!!!!!!
erm, nature of malay drama..very2 predictable
ko tertinggal 1 scene lagi..bila scene ppuan muntah2 or pengsan je, satu umah aku boleh tau die pregnant,haha
alahai,wang hantaran ikot kilo ek?bgus punya cadangan.huhu kena naikkan bkilo2 la cm gni.:p
bila ler nak ada cerita mengkisahkan nasib malang kerani perempuan taraf penchachai plankton yang senantiasa dibuli konsepnyer.... oops! teremo plaks. aku lagik suka nengok susan dalam desperate housewives, sbb aku pun tak pandai masak, masak cekodok, angus beb....
pada hal org besar2.. datuk2 tu pun mkn nasi lemak n cekodok gak pepagikan?...
pengarah malaysia takut berpijak di bumi nyata kot..
entah lah...
sape kata xde adegan amik air semayang?
ada..
Amy Search dalam Fenomena ker Isabela.. x ingat plak
aper kata lu plak jadi pengarah???
jangan di lupa part tel kat public phone tapi haram seposen pun tak dimasukkan. apakah logiknya ada disitu?
azie-"jadi bagaimana dengan isteri saya doktor?" Sambil mengejar doktor.
liyana-bagus. teruskan usaha.mee goreng lebih minyak dan telur goreng satu
maksu-sila hantarkan skrip ke razak mohaideen. hero pasti saipol apek heroin era pazira. dah tau.
tasikmerah-eh takdelah. kalau macam tu susahla dia nak cakap broken english nanti.
King-hello encik. Kita berbicara soal drama. Itu filem. Bahagian filem di kaunter sebelah ye. Terima kasih.
ladylikeme-apa kata lu jadi heroinnya?
kiah-ini bermaksud melayu sudah perkasa. sudah mempunyai kuasa beli yang mutlak. Hidup melayu (macam la melayu kurang oksigen)
haha naikla lemak dlm badan:p
x bgus untk kesihatan.hihi
Catat Ulasan