Selasa, 17 Jun 2008

Mak, di tag? Merembes!

Aku di tag? Auww. Macam nak luruh jantung ni. Terharu. Dag dig dug di buatnya. Ahai, macam Haiza lah pulak kan? Tak koser. Apa pun cek Huzai, dengan lafaz Bismillah saya menjawab tag anda. Ihiks.. Berikut jawapan-jawapan yang telah diberikan. Layan, zasssss ;

7 Fakta Tentang Diri

  1. Aku berasal dari Batu Pahat, Johor. Jadi apa ada hal kalau kau nak gelakkan aku jawa?
  2. Wajah tak seiring dengan usia. Serius. Ramai yang cakap gitu. Mungkin inilah punca mailbox/kotak komen myspace aku dipenuhi utusan anak-anak seusia 14 tahun hingga 18 tahun. Kehkeh
  3. Aku perokok sejak di zaman sekolah. Hanya merokok rokok buatan Indonesia. Tapi sekarang tak merokok. Berjaya. Setelah 2 atau 3 kali percubaan!
  4. Aku bukan pencinta sesame jenis. Kau orang ni dah kenapa? Tengok gaya aku macam gay ke? Abang-abang macho kat luar tu yang patut kau ragui.
  5. Aku rajin mengemas. Tapi bila makhluk satu ruang dengan aku malas, aku jadi malas. Mana boleh tahan beb. Asik gua je mengemas. Apa lu ingat gua tukang gaji?
  6. Cabut dari Universiti Teknologi Mara cawangan Segamat sekitar tahun 2002. Bosan. Tak bebas.
  7. Penuntut Universiti Malaya dari 2004 hingga 2007 . Baru abis belajar (ada kerja kosong?)

7 Lagu Buat Masa Ini

  1. First Base-Reach Out
  2. Balboa-Dues Ex Machina
  3. Enoch Ardon-Cuando Estaba Muerto Los Pajaros Se Posaban Sobre Mi Nariz
  4. Throwdown-Step it Out
  5. Utarid-To Kill and To Heal
  6. Archer In Jeorpardy- Whiskey Waltz
  7. Adorno-Writing script for dream

7 Perkataan Selalu Sebut

  1. Ya rabbi
  2. …..siak!
  3. Giler ah weh!
  4. Perghhhhh!
  5. Sentaps la.
  6. Macam haram
  7. Beb

7 Perkara Amat Bernilai

  1. Pegangan/prinsip
  2. Keluarga
  3. Rakan
  4. Perasaan
  5. Tubuh badan
  6. Kesempatan/masa

7 Pertama Kali Dalam Hidup

  1. Kena tag
  2. Masuk kelab joget India kat PJ. Dah terbakar pun kelab tu. Terbakarlah jua kenangan di situ. Sadus!
  3. Main bongo di khalayak ramai dalam Festival Seni Universiti Malaya masa tahun satu (aku benci binatang ni. Tak cool langsung. Hancur imej hardcore aku. Cis!).
  4. Ada baju pink masa tahun dua di UM (mula-mula orang kutuk. Lepas tu jadi fenomena. Sorry ye. Pengetahuan fesyen saya lebih kehadapan berbanding kamu. Blueek!)
  5. Keluar dating pukul 4 pagi sewaktu tahun satu di kampus. Amacam? Romantis? Jangan jealous.
  6. Berbual mesra dengan seorang perempuan selebriti filem tempatan di sebuah hotel sambil minum teh. Dipandang dan dicemburui rakan sepejabat. Dem. Tak sempat mintak nombor telefon. Terlalu leka berbual.
  7. Kontrak kerja tak boleh diperbaharui. Aku tak ada kerja sekarang. Sekian.

*Perkara yang menakutkan aku tak mau jawab. Nanti kau semua ketawakan aku. Hahaha

37 ulasan:

Rmywvs berkata...

gua rasa lu lelaki hardcore yang pertama sekali pakai layout warna pink.

Unknown berkata...

hahaha!!!~PINK??

aiyak..terjejas imej hang selaku jantan sejati..kehkehkeh..

Yana Ismail berkata...

huhu. PINK:). Alahai,tomelnye. nak tgk u pakai?:p

Rajuna berkata...

kiah-you memang tepat. dengan ini i melantik u sebagai kaki pukul dalam band i. minggu depan rekoding.

kimie-pink hanyalah retorik kehidupan. percayalah!
haha

liyana-bila i pink, maka banyaklah rama-rama yang singgah dalam diri ini. rimas!

Lily Abdullah berkata...

Akak rasa ko orang kedua yang pakai warna pink.

Budak botak yang sorang tu pakai warna pink juga.

Ala budak botak yang selalu akak panggil adik Botak dalam blog akak tu

ps: Cumanya pink nampak janggal dengan avatar ko hahaha!

FAZ berkata...

pink...hanyalah warna.tidak perlu dijantinakan.

woi!!!ngelat nih...letak je 7 bnde lu takot tu.gua kepingin tau.

Danielle_Corleone berkata...

apa yang ko selalu sebut bro bila ko tgk awek mata besar kat myspace? hahahahaha! :P

Lu cool bila main bonggo! hahaha!

Rmywvs berkata...

rekoding kat jamming studio dekat summit parade kah?

t i u n g berkata...

pandai main bongo apo?
hehe..

cimon berkata...

perkara menakutkan...???

hmm....

share2 la bro...

watpe nak rahsia...

kitorag tak gelak punye lah...

ketawa sikit...je...heheh (^v^)

uranus berkata...

:)..aku hanya senyum jer.

Rajuna berkata...

xfazx-lu memang tepat syiiialll!!!
warna usah dijantinakan!
er..kena tolak markah la ye tak btau perkara yang menakutkan? haha

kak waterlily-hahaha.apasal dgn avatar aku? macam penyangak ke?

daniyal-dem lu. Lu mesti tengok gua termengah2 joget sambil ketuk bongo, ni kan? ahah!
awek mata bundar di myspace? dem! hahaha

kiah-oi. apa barang kat situ. kat kl lagi power. gadis di sini pun lagi gegar!!

p/s: lu dari batu pahat jugak kah?

tiung-tak glamour main binatang ni. Sebab nampak huduh!

cimon-hamboiii..dah pandai berkata-kata ya? hahaha.Tahniah!


fahmi-jangan senyum lebar sangat. Nanti nampak cebisan lada di celah gigi. Hahaha

tasekM berkata...

bro... UM sgt bebas ke?

kelab joget india tu....

Rajuna berkata...

tasikmerah-bagai syurga pelajar mengekspresikan diri.Rambut panjang dan berwarna. Telinga bertindik.Ke kuliah berseluar pendek bwh lutut.sleeveless ke kuliah, ingat aku peduli?keluar masuk suka hati.main muzik sampai ke pagi(patut tak boleh ni, tapi takde org marah pun?).sekarang kau nak apa lagi? suruh belajar pun tak nak? kebebasan dah diberi. yieepaa yieeppa!

King berkata...

- bukan lagu kegemaran ko Surti & Tejo (JAMRUD) ker?
- nk keje ngan beta? Personality Advisor.. gaji 2x sebulan.. cam gomen...
- bukan lu slalu sebut "baik punyer..."
- 1 perkara yg ko takut tu kan.. abang guard yg slalu kenyit mata kt ko tu.. huhu..

z e e berkata...

sy orang batu pahat juga.
siapa berani kutuk?
nak kena pahat ke?

Mak Su berkata...

apsal suka sebut siak? nak jadik tok siak ker?

Rmywvs berkata...

gua cuma berkeliaran di batu pahat bila tiba musim raya.

awek kat summit tu memang la kurang getahnya. cuba kau pergi carik kat pekan parit raja tu sesekali pasti jumpa yang BERGETAH gajah.


p/s; kg aje kat bp.gua orang-orang.

Airinar anastasia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Airinar anastasia berkata...

..haa..ape lg..tanak tag aku ker??-->bole plak tag dimintak2..haha

..lu pink..gua pink..tak da hal la..aku suke pink pon sering kali dikatakan ensem..ermm..luaran pink..ati dalam keras beb..takpe..ekspresi diri bukan mencerminkan ati..haha..

Huzai Mansor berkata...

Waah,,, mcm ni aku pun wong jowolah!! [ketawa]

Sang Pencinta berkata...

heheh..dah siap tag ko?wah bagus aku dah lame kene tag tp smpai skg xle nak jwb xda mase plak asik bz jek..ermm..pink base jek..tp ko main bongo 2 mmg power spruh jalan dah semput hardcore mende!!..perkara plg ko tkt 2 aku tau..cz aku pena tgk time kite tgk cite dalam gelap kat kolej 2..hahahah..ops

Rajuna berkata...

king-gua tak suka tejo. sex bebas. macam haram. tak straight edge hardcore langsung.
abg guard memang bangsat. selalu "tembak" tangga blok aku. macam siak!

maksu-saya sebut siak sbb takmo sebut syyiall. tapi kadang2 ter sebut jugak. so siak ni sedap sikit bunyi dia. JB stail, dok! lek, dok!


zhz-KeWL! ko kena amek kelas tumbuk dari aku. sangat bergaya dan hardcore!tumbuk berirama, sweeety!

Kiah-parit raja is awesome. lu tak rempit jangan harap lu nak dpt awek parit raja. kebun setakat sekangkang kera, lu boleh bla. wang hantara mahal awek parit raja.

syore-lu tag diri lu sendree boley?
pink is a symbol of loving and caring. enuff say.


huzai-ok.cun. boleh start band hardcore metal ala jawa.amacam berani?

tempe-siak.siak.siak.pecah tembelang.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Sentaps la.


Aku cuma pinjam frasa kau. Aku dah komen, aku pulangkan balik. Terima kasih.

Rajuna berkata...

JP-ahah.sama2 kang. terima kasih jugak selalu mampir!

Rmywvs berkata...

pejadah rempitnya kalau lesen L gua dah 2tahun xpired.

kalau boobies mcm gua yang ngorat awek getah kat parit raja tu dikira gay ke tak?

hantaran gegadis dari tongkang pechah pun mahal!

d o m i n o berkata...

bru nk join p joget kt kelab india
cmne lak leh tebakaa..
haiyaa...~

Kamal Gajadhar berkata...

gile best blog kau bnyk orang baca!

ahahaha.

Rajuna berkata...

kiah-lu boleh dikira macam satu kes pengkid jongang yang nikah dengan satu perempuan ayu satu masa dulu.
tongkang pechah? cis. diorg selalu reject proposal aku. Apa orang Rengit tak de kelas ke?

domino-nak join? ada berani? dulu nama kelab ni Focus 1. hehe

kayrol kamal-tak sampai tahap abg neraka lagi.kehkehkeh

Rmywvs berkata...

eleh lu bekas pelajar sekolah menengah kebangsaan sungai tongkang ke apa yang kecoh sangat tu?

d o m i n o berkata...

smk sg.tongkang ktne?

Yana Ismail berkata...

haha bro tidak suka rama-rama kah?tomel apa?;p
ahaks..hu hu hu

Rajuna berkata...

kiah-eh, bukan. I sekolah kat Ireland.

domino-kat kepulauan Dominica

Liyana-I ada butang baju melayu rama-rama.macam azwan ali.

Rmywvs berkata...

aha,ko pasti? ke sekolah dekat dekat dengan azhar si taukeh kerepek?

Diana Jamal berkata...

adakah isu pink dan lelaki di up kan smula ? ehehe.. oh, bf sy juga pernah berbaju pink dan juga mpunyai baju raya berwarna pink! sgt seksi! i likeeee!

Rajuna berkata...

kiah-oi oi. mana kau tau semua ni?

diana-i seksi tak? ha? ha? seksi ke?

*buat gaya ala ahli bina badan

Rmywvs berkata...

kan gua dah cakap kg gua kat bp.