Sabtu, 7 Jun 2008

Osman Basah/Air Mata/Redha (Bulatkan yang mana paling relevan)

Dalam usia 48 tahun mata Osman dah mula kabur. Hey, kabur-kabur pun kulit muka dia masih tegang tau. Dia masih boleh nyanyi lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur tanpa ada kesalahan titik note dan pitch. Mungkin inilah sebab si Maya tersangkut pada si Osman bujang tua serba berhias ini. Bukan calang-calang orang boleh rapat dengan Maya. Maklumlah, anak dara (yang diragui kedaraanya) berusia 21 tahun berambut karat. Osman tak boleh tunggu lama. Dia perlu cepat menabung untuk memiliki Maya sebagai isteri yang sah. Sudah terlalu lama bersendirian. Sunyi. Dia tak mahu lagi menjalani kehidupan metropolitan serba serakah ini. Cukuplah segala nista yang ada. Dia mahu menjadi suami. Mithali, kalau boleh.

Dia sudah mula berubah. Ubah gaya hidup. Berjimat. Kepalanya sudah terbayang majlis resepsi gilang gemilang. Dihadiri tetamu serba meriah. Sudah dua minggu hidungnya terbau-bau nasi minyak.

Osman memerhati tajuk muka depan akhbar Daily Sukahati," Nasi Naik Harga, Oii! " Dada mula berombak kencang. Hatinya berdetik, "Ha..nasi? Nasi..! Tak mampu nak meneruskan kata. Nafas kian sesak.

Sabar. Memang itulah prinsip dari usia 24 tahun lagi. Kalau tidak, masakan Osman sanggup membujang hingga kini. Ini semua gara-gara ingin jadi lelaki sempurna di mata orang tua melayu, khususnya. Mahu ada kerja tetap. Mahu ada rumah sendiri. Mahu ada mobil separa mewah. Mahu ada perabot. Selebihnya? Mahu kumpul wang hantaran. Ya, memang dia bersedia. Tidak mahu berhutang bank katanya. Kalau tidak, jangan harap mahu mengambil anak dara orang untuk diperisterikan. Osman pun pelik, kenapa harga diri tak setimpal dengan wang hantaran? Orang tua sekarang memang tak gerek langsung. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mengahwini pelajar-pelajar Uganda yang bertebaran belajar di Kuala Lumpur.

"Ah, persetan. Aku boleh."

Osman memang keras hati. Dia terus melawan perasaannya untuk membaca helaian seterusnya.Tiba-tiba kerongkong Osman terasa sempit. Kotak suaranya seolah-olah mengalami litar pintas. Tersekat air liur. Biji mata berpusing melihat tajuk akhbar di muka surat 2 yang tertulis, "Minyak naik harga: Relaks La, Bai."

Tangan Osman terketar-ketar. Peluh memercik di dahi. Helaian akhbar terlepas dari genggamannya satu persatu. Mulutnya berbuih dan terkumat-kamit, " nasi, minyak...nasi, minyak...nasi, minyak...nasi, minyak...nasi, minyak..." Sayup-sayup kedengaran di sebalik rengekan katak selepas hujan pagi tadi.

Matanya kian kabur. Gelap perlahan-lahan. Dalam gelap pandangannya kelihatan Maya terbang keluar dari sangkar emas. Kepak yang berhayun di tubuh Maya seolah-olah mengucapkan "boleh jalan" kepada Osman.

Osman, masih bujang. Matanya terus berair. "Aku redha," ungkapnya lagi.




7 ulasan:

Abang Long berkata...

Berlaku adil pada semua, tidak kira bujang mahupun yang sudah berkeluarga. Kerana Allah Maha Adil, siapa yang zalim diatas muka bumi, maka tunggulah AZAB SIKSA YANG MAHA DAHSYAT diakhirat kelak. Semoga saudara tergolong didalam golongan orang yang beriman dan mendapat rahmatNya. AMIN.

Danielle_Corleone berkata...

Osman lu tak cukup jimat lagi tu!

FAZ berkata...

lps nih kenduri wat biasa2 sudah.duit bebyk tu smpn bwat bli minyak dgn beras.

*gig heal the world...puas~

LADesign berkata...

weh...pe la osman tu kalo nk kawen tp xmo invest skit....bujangla smpi tue

Rajuna berkata...

abang long-amin *betulkan songkok*

daniyal-ini osman stylo

xfazx-ni kena tanya mak bapak belah perempuan. diorang arif dalam hal jual beli anak ni haha.

lieza-mari kita gelarkan osman ini osman tikus, hidup mesti terus.

azie berkata...

kedekutlah abg osman nih..kalau kedekut sangat, buatlah kenduri makan ubi keledek je:)

Lily Abdullah berkata...

Ala ubi kayu pun boleh bang Osman