Isnin, 9 Jun 2008

Santai Hujung Minggu Saya Seperti di Sauna

Hari Ahad bukanlah hari yang bagus untuk berseronok. Apatah lagi sekiranya keseronokan itu dalam keadaan yang lasak. Isnin, memang sudah diketahui umum. Pemusnah segala keseronokan hujung minggu. Kerana pagi Isnin itulah kita akan kembali menatap muka-muka hampas di pejabat atau di sekolah (bagi yang masih bersekolah). Ini sudah tentu membunuh mood duniawi anda semalam. Kalau awak, skema itu awak punya pasal. Saya tak ada masa nak layan orang yang asyik bercakap tentang masa depan dan benda-benda yang kita belum nampak. Awak memang potong stim. Tolong jangan sms saya lagi. Awak membosankan.

Image Hosted by ImageShack.us


Seumur hidup aku, aku jarang benar menghadiri acara muzik yang serba mahal. Memang aku cukup berkira dalam acara-acara begini. Apatah lagi kalau venue tak begitu menepati citarasa. Hari Ahad yang lepas aku sengaja menjenguk acara muzikal di Damansara. Harga untuk tiket cukup memeluhkan tengkok. Tapi tak mengapalah, memandangkan kugiran yang ada pada hari itu cukup memukul. Ada diantara mereka yang sudah lama benar aku tidak saksikan. Kebanyakannya dari genre teraskeras. Lagipun sudah hampir dua bulan aku tak bergila-gilaan.

Agak mengejutkan apabila sampai di pintu masuk, aku beberapa ditahan oleh pihak keselamatan. Tubuh aku diraba bagaikan seorang penjenayah. Tujuh kali kau keluar, tujuh kali la dia raba kau. Padan muka. Beg aku juga diperiksa. Seperti biasa setiap kali keluar, di dalam beg saya akan diisi dengan payung, kamera (pinjam), kek lapis (mak pesan suruh makan kek yang dibawakkan supaya tak lapar) dan buah sour plump (betul ke nama dia ni? yang warna purple tu?). Apa yang mengecewakan saya apabila kek dan buah yang saya bawa itu dirampas. Terkejut sebenarnya. Apabila saya periksa di belakang helaian tiket tertera bahawa makanan/minuman dari luar tidak dibenarkan di bawa masuk. Hamboi, dasyat strategi kau ye? Pergerakan juga terbatas disebabkan terlalu ramai mat sekuriti. Bukan macam gig biasa yang mana kita boleh relaks amek port belakang drum la, lepak sebelah amp la, geletek-geletek budak-budak band la.. Tak boleh. Mat-mat sekuriti berbadan tegap penuh di sana sini. Jarak antara crowd dengan pentas pun jauh. Kau nak sing a long, finger pointing dan rampas mikrofon? Jangan harap. Perit la tekak korang menjerit-jerit kat bawah tu, haha.

Sistem bunyi memang mengancam kalbu. Memang mengkhayalkan diri dari bersolat maghrib, haha. Nasib baik kugiran-kugiran kegemaran aku main lepas maghrib. Jadi sempat keluar dan bersolat dulu. Band-band yang ala-ala ringan dan tak keluar peluh bukan jenis kopi aku. Moh kita keluar minum pepsi kurang gula.

Image Hosted by ImageShack.us

(Ini bukan bergaduh. Ini reaksi dari muzik keras terhenjut-henjut. Awak jangan terkejut pulak. Bosan la awak ni.)

Biarpun banyak kugiran yang tertinggal di sebelah siang sebab lewat datang aku rasa bolehlah untuk aku ucapkan puas hati. Restraint adalah band yang happening pada malam itu bagi aku. Vokalis siap turun ke bawah. Mungkin Cassandra boleh dikatakan happening juga. Aktiviti joget lambak juga sukar dikawal nampaknya. Tapi aku memang suka mengambil posisi depan. Kerana suka dengan aktiviti rampas mikrofon dan tumbuk-tumbuk kecik. Sakit juga badan aku kadang dirempuh budak-budak dari belakang. Alah bisa tegal biasa. Kalau nak shopan shantan sila ke konsert Jom Heboh. Mat-mat sekuriti pun dah bermuka risau. Takut kena marah supervisor la tu, haha.

Seperti kebiasaan mana-mana persembahan aku jarang sekali menonton hingga ke akhir rancangan. Aku terpaksa belah (ke bla ni?) awal sebab sang pemandu Innova dah bising-bising takut kena cas parking mahal. Ini belum harga minyak yang naik lagi. Pening..pening.

Pening kepala makan panadol
tak lega pergi tanya Dol.



12 ulasan:

Danielle_Corleone berkata...

Sauna memang berpeluh bogel! :P

Rajuna berkata...

kau ingat ini feng tau ke?
kah!

FAZ berkata...

len kali cari la majlis yg murah dan meriah.venue atas bumbung mmg mahal.lg pon tmpt kapitalis tu.mmg die nk duet je.xkesah psl ati dn pwasaan jiwa yg ingin lbh mesra dgn kugiran yg ada.ceh!!

Rajuna berkata...

xfazx-saya mau bilik kecil, anak-anak yg penuh.hehehe

SATIRA + KACAU berkata...

Seronok juga membaca kisah-kisah di sini

Satira + Kacau

Airinar anastasia berkata...

faq..aku dh tukar lagu..semoge ko lebih terhibur..ko patut terharu tu..aku tukar pon mengenangkan ko yg selalu je kutuk2 lagu kat blog aku..igt sng ke nak wat tu tau..haha

Unknown berkata...

huhu!!~

hamboi!~~

Rajuna berkata...

satira-apalah sangat tulisan saya yang hina dina ini.

syore-aku tak tahan dengar lagu kau yang ala2 clubbing tu. apa kau selalu ke club dengan mat arab ke?

kimie-hamboooiiiiii, azwan ali kan?

Yana Ismail berkata...

napa tak tgk smpai hbs..rugi tau!huhu..byr mahal

Rajuna berkata...

Liyana-i rimas. banyak sangat flash camera kat muka i.

d o m i n o berkata...

phaca sitara ade?

Rajuna berkata...

domino-daud kilau pun ada