Isnin, 2 Jun 2008

Siri Cerita Dalam Cerita 2

1) Mana Nak Letak Muka Sekarang Ini(1)?

Hari Jumaat adalah hari penting untuk orang lelaki. Sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, makan dulu. Kalau tak, solat tak khusyuk. Sebelum solat, kita ke tandas dulu. Kalau tak, solat tak khusyuk.

Makan sudah. Qadha hajat pun sudah. Ini bermakna line sudah clear. Ok, aku kena gerak ke masjid cepat-cepat. Kalau tak, bersujud di tar lah nampaknya.

Dari pejabat ke masjid satu lagi hal. Bila melintas perlulah berhati-hati. Kalau di kampung kita kena toleh kanan, toleh kiri dan toleh kanan. Bila sudah selamat, mari melintas. Lain di Kuala Lumpur. Banyak jalan sehala. Adakala kita perlu toleh kanan sahaja atau toleh kiri sahaja. Ini berpunca tiadanya kenderaan dari arah bertentangan dalam satu laluan jalan.

Untuk sampai ke stesen LRT yang menghubungkan ke Masjid Jamek, aku perlu menyeberangi jalan berlampu isyarat di hadapan pejabat. Lampu isyarat sudah menunjukkan warna merah. Cantik. Kenderaan mula berhenti. Kerja aku bertambah mudah. Aku tak perlu toleh sangat. Cuma perlu memastikan agar tiada motosikal gila mencelah-celah antara kereta, lori dan bas semasa aku melintas.

Aneh. Aku kehairanan. Perasaan diamuk resah yang mendalam. Peha dan kelengkang aku terasa berangin kita melangkah di atas jalan raya ketika mencelah-celah antara kenderaan untuk melintas ke seberang sana. Mengapa ya?

Yep. Aku lupa nak tarik zip.

Dem. Dem so much.

2) Mana Nak Letak Muka Sekarang Ini(2)?

Hari Jumaat kebelakangan ini, aku tak lagi ditemani Mustapa Kamal si hero Malaya pergi sembahyang Jumaat di Masjid Jamek. Jadi, kebelakangan ini juga aku seperti serba tak kena. Maklumlah sorang-sorang. Tak selesa. Kakak-kakak dan adik-adik yang nak ke Sogo waktu rehat sembahyang Jumaat suka tenung-tenung aku. Sekarang cakap dengan aku, lelaki mana yang selesa bila asyik direnung dengan tajam oleh perempuan apabila keseorangan(Lain la kalau kau lelaki bangsat)? Tak kossserrr mak!

Minggu lepas aku akan makan awal di kedai mamak Vanilla Dangdut. Selambah redah aku blah awal dari pejabat. Siap makan terus gerak ke Masjid Jamek.

Aku sengih bila dapat sampai awal di Masjid Jamek. Orang belum begitu ramai. Aku tak perlu bersesak-sesak senggol-senggol pinggang orang nak dapat tempat. Meluru terus ke saf ke tiga di hadapan mimbar. Sebelum khutbah ada ceramah. Aku gelak kuat. Hebat. Ustaz ni boleh cakap bahasa Indonesia. Aku gelak kuat-kuat lagi. Pakcik depan aku pelawa duduk di hadapan dia. Aku lagi suka. Dekat dengan penyaman udara. Tempat pun lapang sikit.

Saat ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah berhempas pulas berjuang di medan mengantuk. Waktu untuk solat. "Aqimussolah....." Seru sang bilal. Maka, semua orang berdiri. Aku tak ketinggalan. Berdiri segak. Poket kanan bergetar.

"TRRRRRRR.....TATATATATATA"
"WAAARGHHH WARGHHHH"
"ZIUNG-ZIUNG...WARGHHH!!!"

Ah, sudah. Nada bunyi mula meraung-raung. Lagu hardcore jerit dari kugiran tempatan. Bingit. Jemaah mula kecoh. Tercari-cari dari mana datangnya bunyi hingar itu. Aku cuba buat relaks. Kepala mula berdenyut. Tangan aku meraba-raba peha kanan. Menggelabah picit-picit butang melalui luar poket. Berharap agar dapat mengena butang untuk 'unlock'. Siapa pulak yang bodoh sangat hantar mesej waktu sembahyang ni? Apa lama jemu bernafas ke apa? Aku marah!

"TRRRRRRR.....TATATATATATA"
"WAAARGHHH WARGHHHH"
"ZIUNG-ZIUNG...WARGHHH!!!"

Tak berkesan! Tak ada jalan lain. Memang aku silap. Okey. Memang aku silap! Aku keluarkan telefon. Nah, sekarang sudah terdedah angkara siapa buat bising dalam masjid. Masalah masih belum selesai. Telefon aku bersarung dalam kantung merah. Mahu tak mahu, aku perlu keluarkan telefon ini.

"TRRRRRRR.....TATATATATATA"
"WAAARGHHH WARGHHHH"
"ZIUNG-ZIUNG...WARGHHH!!!"

Bunyi semakin kuat. Jemaah kanan dan kiri memandang tajam ke arah aku.

"Unlock keypad? OK."

Aku tak baca pun mesej. Masuk semula dalam poket.

Selesai.

Sembahyang tak khusyuk. Aku dendam dengan operator mesej Maxis.

16 ulasan:

ka-ii berkata...

haha..len kali jgn lupe ttp zip ye bang.

Airinar anastasia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Airinar anastasia berkata...

nasib ko same ngn kwn aku..tp ko baik sket psl time tu tak smayang lg..kwn aku lg horror..tgh2 smayang..msg bunyik..
"glory2 man united..dan sterusnya lagu tu smpai abes.."
nak ditambahkan keenakan cerita..lagu tu dinyanyikan sendrik olehnye dan kedengaran sore2 tak puas ati kat blakang dia..
"ek eh..man u la.."
sorg lagik berkate.."sore dia ke tu??"-->of course la org tu berckp smbil membuat muke..
kwn aku trus memaki dlm hati kpd pengirim msg itu..dan sesungguhnye smayang dia tidak khusyukk..

p/s:dan pengirim msg adalah AKU..ko rs ape yg aku dpt..hahah

Danielle_Corleone berkata...

tlg jgn kaitkan gua ngan tempe dalam crita lu! hahahaha! :P

tasekM berkata...

lain kali sila pakai sluar jerut... tak payah zip .. :P

ka-ii berkata...

syo..ko mmg kool. kwn ko pon satu ngek.da tau tgh kt masjid tu off la hp tu xpon silent ke.

areleaf berkata...

x lelaki la klu x prnh lupa tutup zip..bab henset 2 ko jgn salahkn operator maxis,baek ko salahkn org yg hntr msj 2..xtau ke tghari jumaat adalah waktu larangan utk bermsg2 bg org lelaki..

Rajuna berkata...

kaii-baik *tabik hormat*!!

syore-nampaknya aib aku lagi bermaruah sebab tak nyanyi lagu yang glamour. Apa barang lagu sukan?
Bola sepak liga Inggeris patut diboikot. Menjurus kepada pembiakan kapitalis. Puih!

daniel-jgn risau. Ada point, kena la batang hidung lu orang.

tasik merah-saya bukan berkejaya badut :(

alif-masalahnya, yang hantar adalah syarikat komunikasi itu sendiri. Kalau dikalangan rakan aku, mesti muka mereka akan dipenuhi air ludah aku apabila bertemu kelak.

A t i Q a h berkata...

wakakaka. guling-guling baca entri nih.

FAZ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
FAZ berkata...

cerita ini semua berlaku pada hari jumaat.

banyak banyakkanlah amalan kamu.

amin.

azie berkata...

aiyak..bro, banyak betul memalukan diri sendiri nih,harharhar

Yana Ismail berkata...

jangan lupa zip tau bro:p
hehe,mesti segan bangat.

LADesign berkata...

don't forget to close ur coffee shop r next time.....free2 ja weh. niat nk g slt jumaat, nnti org egtkan ko flasher lak....ngeh3.....

Airinar anastasia berkata...

oii kaii..ko tak bc ke..jelas dan nyata aku ckp KAWAN AKU..bukan AKU la..cess

Rajuna berkata...

azie-pasrah. suratan takdir :(

atiqah-jgn jadi tenggiling

xfazx-amvoiii2!! haha

liza-sesekali apa salahnya. biar bergetar iman2 perempuan tak guna tu! hahaha

syore-ala kau pun suka david beckham.