Selasa, 24 Jun 2008

Siri Cerita Dalam Cerita

I. Inspirasi (1)


Suara gemersik yang diiringi petikan gitar. Asyik. Di hujung pentas sana. Cahaya suram menghangatkan mood malam minggu. Di sebelah kanan, senior di kampus sedang bermesra dengan teman wanita. Sang gadis hanyut dalam pelukan hangat si teruna. Asap rokok berkepul-kepul disekeliling aku. Bau minuman beralkohol menyusup tajam ke dalam rongga hidung. Masam. Tempat begini. Memang itulah penyerinya. Tetapi tidak bagi aku. Tersandar malas di atas sofa lembut. Itu aku. Mata tertumpu pada gerak gemalai sang empunya suara gemersik. Seksi. Sayup di belakang. Tukang pukul. Er...bukan kaki pukul. Maksudnya, si pemain gendang. Lincah.


"Someday, you will be like him," bisik seorang rakan. Dari Johor. Sambil matanya tertumpu pada si pemukul tadi.

"Ah. Aku bukan profesional. Main suka-suka. Orang kampung. Takkan nak main macam tu. Kau gila." Kata aku separa menengking.

"Go get him. Salam dia. Ambik berkat."

"Hahaha. Macam tu ke petua dia?"

Macam biasa. Lepas habis show. Akan ada adegan salam-salam. Puji-puji. Aku? Terjelepak malas di atas sofa. Malu. Segan. Kurang berkeyakinan untuk bergaul dengan mereka yang baru aku jumpa. Walau pun pernah bersua. Barang sekali dua.

Di lain malam. Di warung mamak. Sekitar Petaling Jaya. Aku dengan si junior kampus. Menikmati makan malam yang ala kadar.


"Abang Juna. Kau keras hati sangat," kata si junior. "Sampai bila nak macam ni? Kau tak boleh macam ni bang. Jangan cuba nafikan perasaan. Kadang-kadang kita kena buang ego untuk dapatkan sesuatu yang kita mau. Teruk perasaan kau nanti."

Aku terus menikmati makanan. Sambil tersenyum.

"Apa sangatlah yang ada pada aku. Aku tau sapa aku. Aku tak rasa aku ego. Cuma ini adalah prinsip hidup. Aku tak mau hilang kehormatan. Biarlah berpijak pada bumi yang nyata."

Dia meletakkan sudu nasi lemaknya. "Kalau suka, cakap ajelah. Kalau nak, katakan. Berusaha. Hehehe.. Boleh tahan ke macam ni? Sampai bila?"

Aku senyum sambil menghancurkan butiran nasi menggunakan gigi geraham kanan.

Dan

Hati kecil berbisik,"di kampung sana, ada dua orang tua yang perlu di bela nasibnya."

Ke-tidak-yakin-an?

Suku dari perasaan itu. Entah.

Kecil sangat rasanya kalau nak dibandingkan dengan kamu. Umpama sebutir pasir di kaki. Mungkin. Apa sandarannya?

Aku

Perlu

Inspirasi

Tetapi

Bukan dari kamu. Yang bermegah diri.





II. Inspirasi (2)

Anak remaja zaman sekarang bukan macam dulu. Zaman aku. Cukup sukar menggali muzik dan latar patah perkataan di balik irama yang terhidang. Aku cukup terinspirasi apabila ada bait-bait kata dalam lirik lagu yang mampu memberikan satu suntikan dalam diri. Membuatkan aku lebih bermotivasi. Rasa ingin tahu, rasa ingin belajar sentiasa membuak-buak.

Jarang sekali aku dapat menghadirkan diri dalam acara-acara bunyi-bunyian. Maklumlah. Bersekolah. Belajar. Kewangan tidak menentu. Ada tak ada, duduk di rumah dan menulis untuk mendapatkan koleksi kegemaran. Sama ada dalam bentuk bunyian atau bahan bacaan. Setem pun aku kitar semula. Bubuh gam kat atas. Myspace jauh sekali. Paling maju pun, ada email. Bersua muka dengan koresponden, apatah lagi.

Anak-anak remaja sekarang beruntung. Internet dah meluas. Senang. Dengan sekali pelayaran, segala-galanya boleh berubah. Tak hairanlah kalau di acara gig kebelakangan ini dipenuhi anak-anak sekolah atau lepasan sekolah.

Aku tidak pernah memandang sinis kepada mereka. Budak-budak biasalah. Macam-macam la perangai dia. Over pun ye jugak, haha. Dulu kita pun macam tu kan? Aku seronok tengok budak-budak ni. Tak kira la di majlis marhaban atau apa. Tanpa budak-budak majlis itu akan hilang serinya. Bayangkan kalau di satu majlis, hanya ada orang yang sebaya atau dewasa. Pasti membosankan kan?


Bermula dari titik itu lah, aku tidak pernah kisah bergaul dengan anak-anak sekolah, lepasan sekolah atau yang lebih muda dari aku. Ada yang mengatakan aku tak sedar diri. Bercampur gaul dengan budak-budak. Jadi kau mahu aku jadi dewasa? Buang masa terhegeh-hegeh cari isteri? Terhempap-hempap memikirkan hutang? Fikir tentang duit, duit, duit, duit? Masa hilang, badan letih, duit ke mana?

Tanpa mereka yang muda, jadi tiadalah penerus tradisi. Mereka penyeri. Penuh semangat dan sangat bererti. Kalau betul cara dan didikannya, anak-anak ini akan jadi jauh lebih kreatif dari kita. Keupayaan mereka usah kita pertikaikan. Senioriti bukan segala-galanya bagi aku.

Aku bosan. Sekiranya asyik bercampur dengan mereka yang sebaya. Pemikiran jadi tepu. Tak bergerak. Kalau di usia aku. Tak ada benda lain yang nak di cerita. Kerja, gaji, pangkat, eksekutif sana, eksekutif sini, awek, kawin dan kereta. Bosan. Bosan tau? Otak tak berkembang. Kepala jadi pening. Rambut jadi gugur. Dahi berkedut. Jadi tak seronok.

Kehadiran budak-budak menceriakan hidup aku. Mewarna-warnikan hidup aku. Kisah-kisah yang mereka ceritakan kepada aku, kerapkali mampu mengukir senyuman di bibir aku. Gelak tawa bersama umpama penawar kekosongan yang menyapa.

Macam kat blog ni. Ada yang tanya masa "Hari Bertemu Pelanggan" di warung char kue teow Kerinchi tempoh hari(beberapa minggu lepas). "Apsal budak-budak ramai komen kat blog kau?" Tanya salah seorang pelanggan. "Biarlah diorang. Diorang cool." Aku jawab.

Budak-budak semua, biar apa diorang cakap. Korang lepak sini sudah. Dengan aku takde hal punya. Kita boleh sembang punya. Lepak, minum-minum pun takde hal. Jangan ajak aku hisap rokok dan minum tuak sudahlah.

Lagipun, korang macam camouflage bagi aku.

Sebab,

aku akan nampak lebih muda.

Budak-budak sekalian. Aku suka korang. Inspirasi aku.

Kalau ada masa. Ajak aku lepak dengan korang. Boleh? Baru gerek macam ni.





Haha.

28 ulasan:

Danielle_Corleone berkata...

haha! bleh gua ajak lu keluar? :P hahaha!

Airinar anastasia berkata...

gua rs..gua tau sape planggan tu..cm gua je..cess..lu kerek skang ye mat..mentang2 glamer..cettt

King berkata...

inspirasi 1,
amik 'berkat' adalah lebih baik selepas kenduri di rumah seorang rakan berketurunan Jawa..

inspirasi 2,
untuk lebih matang..
beta bersama lelaki yg sebaya atau lebih tua,
tetapi...
untuk lebih muda...
beta bersama Sherry, Julia dan mereka yg berbuah dada sahaja..

Rajuna berkata...

daniel-haha.lu pak syeikh.mesti org gua keluar dengan pendakwah bebas.

syorre-ahah? terasa? hahaha.

King- 1)kau memang bijak king.
2) hampas kau ni. Kaki
perempuan.cih!

tasekM berkata...

aku bukan budak... boleh lepak sini?.. ahaks

King berkata...

oit!!
beta lelaki laa..
so kaki beta kaki lelaki..
kalu pompuan baru kaki pompuan..
yg pondan...
kaki pompuan tetapi berbulu cam lelaki..boleh?
huhu..

Rmywvs berkata...

dah dah, jangan buang masa. jum ngeteh kat rengit yok, makan kari kaki ayam dengan roti canai. sedap

Rajuna berkata...

tasik-tiada yg tua, tiada yang muda. semua sama. mari bergumbira


king-hahaha...mak mana tau nyah!

kiah-tarahal.kita lepak haji abbas

t i u n g berkata...

tak ada inspirasi rasa macam ada sesuatu yang belum lengkap

Mak Su berkata...

saya pun budak2

FAZ berkata...

makcik2 gua slalu tnye gua form bpe setiap kli blk kg.padehal gua dh msk U.

apehal hah?

Rmywvs berkata...

haji abbas? kat mana kot?

Yana Ismail berkata...

alahai bro, jom lepak?;p

d o m i n o berkata...

yer2!
bdk2 mcm saye mmg cool!
hehehehe.

azie berkata...

yok, turun jb..lepak sama kancil klan!

Rajuna berkata...

tiung-hmm..kalau tak ada gula? boleh lengkap?

maksu-kalau macam tu, aku panggil deksu

xfazx-sbb lu kawan dgn gua. lu nampak muda.siyes!

kiah-rengit la. tepi sungai.roti canai kaki ayam.

liyana-kat bangsar? boleh?

domino-cool ke cold ni? hehe

azie-apa pula kata anak-anak yg lain? haha

Rmywvs berkata...

bile lu nak balik kampung, kirim kerepek keledek dkat azhar food tu.

(tetibe).

Chuck Bass berkata...

cara r lu bro.haha

ka-ii berkata...

ehem2..cm ku kenal je qoute pelanggan tuh. ehem..ehem..sakit plak tekak ni.

ofaghag berkata...

sy rasa lu ade ciri-ciri jadi baby sitter yg bertauliah. apekata lu amek part time. memandangkan lu pun bukan buat ape. dari keje menoreh getah tuka la kerjaya yg lebih bergaya

Rajuna berkata...

kiah-lu sama macam kwn2 gua. lu tau gua segan bawak kerepek berbondong2 dalam bas ekspress. mesti awek2 igt aku berniaga kerepek.

matnoq-semuanya OK!Assalamualakum dari general.haha


khai-aik? kurangkan minum ais. pitching kena jaga, ok?

ofa-ini menunjukkan gua adalah calon yg sesuai untuk dijadikan suami. tapi mengapa fakta ini dinafikan?

Rmywvs berkata...

agak-agak kau, rumah kau dekat tak dengan parit berong? depan kilang kelapa tu..

aha, ckp la kerepek tu mak kau suh bawak balik bagi kawan-kawan makan. awek suka orng yang baik hati

A t i Q a h berkata...

Bergaul dengan orang lebih muda ni, pada I secara tak langsung boleh juga merendahkan ego kita. Kita dengar pandangan mereka, dan tak meremehkan mereka. Ya ya. Kita pun akan rasa lebih muda. Ha ha!

azie berkata...

all of kancil klan okeh saje mau lepak sama u,hehe

Yana Ismail berkata...

huhu bro!kat cafe citron bangsar ok?semua on you.?leh kan?kan kan?;)huhu

larikkkk.......

ofaghag berkata...

ape? calon suami? besar betul cite cite lu.

Rajuna berkata...

kiah-dekat sangat. lu pun bleh agak kat mana gua amek gambar kat tittle gua tu.

atiqah-kenapa awak ni bijak sangat? :)

azie-kancil clan, takde hal. ada masa mesti turun jb punya.

liyana- boleh boleh, huhuhuhu.. :(

ofa-apa ingat gua takde kellas ke?

A t i Q a h berkata...

Well, see the leg la bro. Ha ha ha!