Isnin, 30 Jun 2008

Thrash Hardcore Desa Yang Penuh Persoalan

Malam semalam. Aku pergi ke studio. Bermuzik. Bersama teman lama. Seleksi lagu-lagu keras ala migrain menjadi pilihan. Buas.

Berdua. Sudah cukup menambah kehangatan malam. Dua pemuda tak berbaju. Peluh tak lagi malu dengan penghawa dingin.


Tekak tiada rasa silu. Jerit. Mengaum. Mesra. Gitar bingit menghiris telinga. Distorsi di tahap maksima. Paluan gendang menggila. Solo berterabur. Ketukan menghambur. Langsung tiada melodi. Hanya kemarahan. Kemarahan. Kemarahan. Menjerumus kepada kekecewaan. Sesekali Man Dawai tertinggal di balik ketukan dram aku. Bukan sesekali sebenarnya. Hampir kesemua lagu.


"Kau ni dah kenapa?" Man Dawai graduan UTM bertanya. Muka mencuka. Mengetap bibir. Menyerlahkan muka tua tak laku kahwinnya. Macam anak dara terlajak usia.


"Betul ke Man baca NST senang dapat kerja?" Tanya aku sambil menggali hidung dengan menggunakan kayu dram.


"Ok Juna. Next cover song dari Anjing Tanah. Budaya Timur Harus Mati. Ingat lagi lagu ni? Jangan off beat lagi. You dont belok-belok. Dont belok-belok. Straight je," Pesan Man Dawai.


Lagu berkumandang. Laju menderu. Peluh berjurai. Meninggalkan aku dalam persoalan demi persoalan. Kami harus cepat. Kami harus melajukan tempo 2 kali ganda dari kebiasaan. Kami mahu cepat. Esok pagi Man mahu bangun awal.

Ke pejabat.

Bersama sabit dan gerabak sawitnya.

28 ulasan:

FAZ berkata...

iklhas gua tanye.

apesal lu xtry apply keje sme Man Dawai?

jgn memilih,mne la tau dgn ijazah lu tmpt CEO akn dimiliki.

cimon berkata...

asyik jamming je raden...

bile nak kembali ke kota mencari rejeki bagi menabur bakti pada ibu pertiwi? ...

ceh...ter'over' laks...

heheh (^v^)

Yana Ismail berkata...

You don't belok2?huhu kelakar la teringat iklan tu..
English is useful:)
Psstt..Man Dawai tu amik course pe kat UTM dulu:p

King berkata...

1. pendingin hawa bukan penghawa dingin

2. kan lebih baik jamming lagu dangdut..

3. Man Dawai tu CEO buat bisnes jual barang2 utk ber'sawit' yer? Ada jual buruh kasar asal Lombok?

4. lebih baik rentikan ler main muzik tu.. bagusnyer..
jadi jaga.. kat Ipoh..

yoshz berkata...

Ah...poyo la iklan NST tu.Bagus sgt ke English budak yg baca paper tu? Setakat MUET band 4 jgn nak eksyen. Bila Caliban bila?
More info pls....

p/s: saya tidak mencapai orgasm ketika soilwork tempoh hari. perlu ada stimuli tambahan.

ladylikeme berkata...

nie jamming kat studio ker..jamming atas tembok..huhuhuhuhu

tasekM berkata...

kerja ladang pun baca nst ape.. :)

t i u n g berkata...

sesekali jamming syiokk..
seb baik aku tak pandai main instrument.. :<

Rajuna berkata...

xfazx-pasal gua buta tuli bab berkebun ni. duduk pekan hampir 17 thn. skrg baru duduk kampung.

cimon-aku malas.aku benci kapitalis.

liyana-man dawai amek kos gubah bunga telor.


king-1)time kasih. memang bahasa melayu aku cam sial.entry ni ditulis secara spontan hantam barai.2)lagu dangdut terlalu banyak nilai komersil.sudah tidak avant garde.3)man dawai org kampung yg langsung tak berpolitik.nak buruh indo sila cari ahli politik di kawasan anda. mereka pandai melobi pihak berkuasa.4)aku dah cuba. tapi penilai berkata, kamu terlalu kacak untuk jadi jaga. pergi la jadi model. aku tak sanggup.


yosh-caliban bulan 8 siap ada guest band dari japan.gila best.
daripada comeback kids, horse the band sampai la ke soilwork haram aku tak sempat tgk.aku dgr soilwork lambat main ari tu?

lady-tak, dalam bilik pengantin.

tasik-habis tu manager ladang nak ke baca utusan melayu? harian metro? hahaha

tiung-belum terlambat tiung. usaha! nanti buat band dengan aku.hantam tarabi sudah!

Mak Su berkata...

wah? betui ker baca NST senang dpt kerja?

Rajuna berkata...

maksu-tak tau la pulak maksu. betul ke? haha
musykhil musykhailah...

AL-BIMA SAKTI berkata...

salam kenal...

Rmywvs berkata...

cuba lah jadi nelayan pulak. ke buat kerepek mcm azharfood tu ke?

Yana Ismail berkata...

Wahahaha:p course gubah2 ek?menarik tu bro. Nanti yana nak naik pelamin boleh minta dia gubahkan hantaran?:p hik2...

azie berkata...

man tu amik kos engineering pertanian kut kat UTM

Huzai Mansor berkata...

Mcm mana dengan projek hakkor ala jawa kau? Aku mau dengar jeritan-jeritan jawa!

"Ojo DiCekel!! Ambrok Disenaini Seng Duei!! Hakkor! Hakkor! Hakkor......!!!!(to fade..)"

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! lu jangan gelabah! gua tau!

azie berkata...

kamu di tag!

Rajuna berkata...

al sakhtee- salam-salam. takkan salam je? mamak, roti kosong 2!

cempaka- u memang bijak. tapi i memang pemalas. sekrang sapa nak jawab?

liyana-man dawai dan I sama-sama suka mengandam.

azie-i di tag?! auuwww!

huzai- opo ne seng arep di cekel? arep di tabok? ahahaha

daniel- aku sanggup begini dari terus menjadi hamba politician!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kalau setakat 'menyawit' pakai bahasa Jawa lagi mantap.

azlishukri berkata...

ada 2 kekecewaan dalam iklan tu, pertama merendahkan bahasa ibunda kita sendiri, kedua menjatuhkan maruah orang melayu yang disinonimkan dengan sikap tak pandai bahasa inggeris.

Ki Kiey berkata...

tumpang lalu..;]

teringin nk dgr lagu 2,sedapkah?
hee..

Yana Ismail berkata...

Mengandam?auww~
nanti leh jadi pak andam princess?huhu

Rmywvs berkata...

malas? duk rumah la dude, tunggu gua pinang amcam?

Rajuna berkata...

bp@jp- ramai yang melayu deli kat sini. cakap menyawit kang pening plak. haha

azli-eh,saya tak suka belok-belok. straight je azli. saya support! haha

kikie-lagu orang marah-marah ni u suke ke? i tak pandai la nyanyi lagu-lagu cinte nie auww!
lagu ini kurang ajinomoto.


liyana- mak tak kesahhhhh!


chempaka-lu mampu bagi duit doti kah? apa engkau ingat aku hero tamil kah?

Yana Ismail berkata...

orait, diskaunla ek:P

d o m i n o berkata...

pengaroh tb btol dye nieh

:P

Rajuna berkata...

liyana-haha k

domino-batuk kering?