Sabtu, 30 Ogos 2008

Perpaduan Hapebende?

“Juna, hari Khamis ikut lah aku. Kita konvoi. Dari kampung kita. Pergi Senggarang. Pastu. Patah balik. Jangan risau. Duit minyak, baju kitorang bagi. Dapat makan lagi. Esok aku bagi baju. Bagi aku catat nombor motor kau?” Jerkah Pak Tabong kepada aku dengan panjang lebar.


“Ha?” Aku kebingungan. Garu-garu dahi. Rupa aku seperti si rempit kah? Jahanam.


Esok. Pak Tabong datang ke rumah. Bawa t-shirt. Ada lambang parti politik apa entah. Aku tak pasti sangat. Tapi rupanya agak lucu je. Simbol tak sepadan dengan motto perjuangan. Aku ambil. Senyum.


Khamis. Aku tak pergi konvoi. Duduk rumah. Cuba-cuba korek hidung dengan jari tengah. Jumaat, Sabtu, Ahad dan sampai hari ini. Orang kampung pulaukan aku. Bila aku angkat tangan semua buat tak pandang. Dosa kah aku hanya kerna lap skuter aku dengan t-shirt parti politik berkenaan? Nak pakai pergi lepak kat studio jamming Wak Sarno satu jam RM10 pun segan tau.


Itu, cerita empat tahun lepas. Takkan luka sampai hari ni kot? Orang kampung..orang kampung. Bukan aku ngorat puteri-puteri merah jambu kau pun. Aku tak hairanlah gadis perempuan pakai vest di luar baju kurung. Sejuk sangat ke?

31 ulasan:

azlishukri berkata...

biarkan mereka dengan cara mereka..salam kemerdekaan dan ramadhan..

yoshz berkata...

camner ko boleh tahan kaler pink?
pink tu pink....meresap otak woh..

Rahimin Idris berkata...

laaa, kau pun kena? aku kena sound dengan bos sebab bendera lambang neraca kisah benar tu aku buat tempat la kaki. dah tak ada kain lain. masa tu musim hujan. kalau kaki basah masuk dalam site ofis tentu kotor. tak kan nak lap dengan baju bos aku pulak!

Rajuna berkata...

azli-awak. awak suka ayam serama tak?

yosh-oi oi..pink is emo ok. emo is located in times square ok?


rahimin-rahimin! kau tergamak rahimin..kau! kau! kau, hero syial..
kenapa tak 'tapak' je bos ko tu? ha ha ha

Wardrobe kita berkata...

haha..mmg brani btl la buat mcm tu..bgs2..

Kikuri-hime berkata...

Senggarang??? Masa dulu selalu ga gi picnic kat sungai lurus... Aku ada kawan kat senggarang. She's a teacher too.

azie berkata...

aahahahha..bang juna ni..ada2 je.

ai pun decline offer utk join merempit sempena merdeka ni ha.

Danielle_Corleone berkata...

Perpaduan ya?! hahahaha! gua menahan gelak menonton lawak perpaduan di kaca TV.

Rmywvs berkata...

pergh, nala baik punya lap. dah tak dak kain buruk ka?

t i u n g berkata...

cara korek hidung yang sempoi..hehe..

slmt menyambut merdeka & selamat menunaikan ibadah puasa

AL-BIMA SAKTI berkata...

biar terluka...

puasa tetap puasa.

selamat berpuasa....

A t i Q a h berkata...

Best ape naik motor ramai2 bro. Dapat tee free. Ha ha ha.

Ayu Hasman berkata...

bwahaha...
sempoi2...
pasni dapat t-shirt wat la lap tingkap lak..
sempena raya :D

l.i.f.e berkata...

owhhh bang juna tak suka pink ye?

abis, suka yang uniform merah pulak ke?

hehehehe

stam berkata...

Gua dah start suka blog lu! Tahniah!

Sastri berkata...

wow, kerana mengelap skuter dengan baju percuma itu, sampai begitu sekali layanan mereka ek...

muor76 berkata...

senggarang?
ermm pernah mandi parit kat pt kemang dulu.. ade makcik kat pt saidi.. kat ngan sekolah rendah pt kemang pon ade.. dedulu kalo nak gi pt saidi.. sampai jerk kat simpang jln besor tu.. tunggu ler sesape lalu mintak tolong anto ke pt saidi..

org dr bangse yg ajaib memang tokleh tengok penimbang mereka disalahgunekan.. dan dorang tokleh terime penimbang mereka itu dah diekjas dan takde cop sirim

Yana Ismail berkata...

Salam merdeka bro..

Bang Juna, slmt berpuasa ok. Sila puasa penuh:)

apek terror berkata...

ah sudah la padahal join tulis lain plak...haha..

blackpurple @ jowopinter berkata...

Bulan puasa ni jangan kau korek hidung juga ya..

H berkata...

pakai vest kat luar baju kurung?
fesyen kot.
muahahaha...
*korek idong juna*

cimon berkata...

hahaha.lantak diorg lerr... takpe..aku tau ko just merempit g surau je kan?hehe anyway...slmt berpose n solat tarawikh. (^v^)

dzul berkata...

haha..juna, selamat berpuasa..Tak marhaen la org kampung kau..buat lap skuter pn marah..takut kena tulah atau kena bala satu kampung? haha..

Mak Su berkata...

kalau cerita 4 tahun mendatang macamana pulak ek?

Denanz ... berkata...

pa hal lak pulau memulau ni. kita bukan dok kat pulau.
err ... t-shirt tu ada lagi?
nak wat lap selsema.

Rajuna berkata...

qaseh-eh tak jugak. seram2 kuku jugak tu

kikuri-orang sungai lurus pun kadang2 tak lurus jugak

azie-i pernah nampak orang 'superman' kat jalan rahmat. macam u je?

daniel-kalau gelak kuat sangat, hati jadi gelap douhh

cempaka-nak wat camne, itu kain paling buruk pernah aku dapat?

tiung-kau pernah korek hidung pakai siku? selamat berpuasa!

albima-sama2 bang!

atiqah-ur bf might be a mat rempit, kan?

areyou-peh bijak betul. pernah makan pil examo ke?

life-suka gak.lagi suke warne oren..euwww

otam-gua suka lu nyanyi kat bar di bangsar beberapa bulan lepas

sastri-fanatik politik memang begitu..

muor-huhu...begitu emosional sekali pandangan brader!

princessliyana-salam hari malaysia 16 september!

apek-bila kita nak buat kolektif naik basikal kat batu pahat ni?

bp/jp-kalau tak korek, mau tak berserabut lobang hidung aku. macam mana nak carik awek macam gini?

cikenit-nampak intelektual kot? keh keh...


cimon-cakap banyak tak guna. kau lepas buka tidur kan?


dzul-dorang terlalu taksub dengan bullet in utama dan utusan melayan kot?

Rajuna berkata...

maksu-4 tahun mendatang harga minyak dan tiket bas dah semakin tak munasabah.


denanz-banyak.tapi dah buat bungkus nangka.amekle kat belakang tu..

areleaf berkata...

skali lg ade org sebut perpaduan aku kompang..

Suka Bebel berkata...

hakhakhak...kau patut pegi ke serian.walaupun parti tersebut memerintah, baju free tersebut digunakan untuk membalut nangka.hahaha

Rajuna berkata...

areleaf-mana jidurnya?

sukabebel-bijak.di saat sebegini kita harus bijak mengaplikasikan semua kemudahan yang ada.

sepuluh markah untuk warga serian dan suku kaum iban di sana!

ka-ii berkata...

parti ape tu?

mesti akim kan?