Sabtu, 6 Mac 2010

Stesyen berikutnya

Cukup risau kalau mengalami perubahan gaya hidup. Ini kadang-kadang membuat aku jadi menyampah. Mula marah-marah. Apa pun, semua keputusan ini aku yang pilih. Semenjak umur 16 tahun semua pilihan berada di tangan aku. Orang tua aku jarang-jarang sekali masuk campur.



Ya. Aku mula serius dengan hal kerjaya. Ini bermaksud aku sudah sedikit demi sedikit menjauhkan diri dari hal-hal yang lain. Kerjaya untuk jaminan hidup. Aku pilih bidang ini dengan harapan aku gembira melaksanakannya. Bukan kerana faktor wang. Kalau kerana faktor kewangan aku tak pilih bidang ini. Mungkin aku pilih bidang peragaan (haha).


Faktor geografi(seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini) amat memainkan peranan dalam menetapkan gaya hidup aku seterusnya. Kerana disitulah penentu sudut sosiologi dan budayanya. Kalau tak dapat menyesuaikan diri memang jahanam. Tekanan ada di situ.



Aku akui, kebelakangan 5 atau 6 tahun ini aku gembira belajar di Kuala Lumpur dan ketika di Tanjong Malim pun aku masih ada peluang meluangkan masa datang ke gig. Berjalan-jalan dengan kawan-kawan Inquiry Last Scenery membuat persembahan misalnya. Ke hulu dan ke hilir. Bagaikan satu keluarga yang tak pernah berenggang. Jadi, aku berterima kasih kepada mereka kerana memeriahkan kehidupan aku yang memang tak berapa ramai kawan ni. Aku pernah bercerita dengan Kimmy Tyrant kalau tak berkenalan dengan mereka pasti aku dah jadi mat skima. Berseluar slack ke sana ke mari dan memakai tshirt persatuan. Berkahwin. Menanggung beban membeli kereta buatan tempatan. Memikirkan benda-benda tipikal seorang lelaki melayu muda. Atau secara mudahnya, mungkin aku langsung tidak mengambil tahu perkembangan dunia hardcore punk tempatan.


Ok. Ringkasnya aku rindu nak bertemu rakan-rakan di Kuala Lumpur. Baring-baring dan tengok tv dengan budak-budak Bukit Kerinchi. Pergi makan ramai-ramai satu rumah. Selain dari pergi melihat-melihat persembahan rakan-rakan yang ada kugiran. Setidak-tidaknya lega juga lah tulang temulang dan urat saraf aku bila bergelak sakan dengan diorang nih. Dah lama sangat rasanya tak jumpa diorang. Aku terlalu sibuk. Terlalu banyak nak dikejar dan difikirkan. Sampai rambut dan janggut pun beruban. Kalau aku ada awek, mesti awek aku dah lari ke Lombok. Masa yang terluang, hanya cukup-cukup untuk melepaskan lelah.


Kenapa lah masa itu mencemburui aku. Kalau lah masa itu seorang awek, mesti aku dah slow talk dengan dia. Belanja makan pisang goreng yang dicicah sambal kicap sambil menghirup barli ais petang-petang di tepi jalan.


Tapi akan daya. Masa itu emas kata orang-orang. Emas bagi orang-orang yang menganggap masa seperti komoditi yang mempunyai nilai kewangan. Ini sangat bodoh. Aku tidak setuju dan aku bantah dengan sekeras-kerasnya sampai ketuk meja dan berkocak air di dalam cawan.


Bagi aku, masa itu kesempatan.


Kesempatan boleh dinilai dengan wang ringgit? Sapa ngajar? Nak kena lempang?




5 ulasan:

FAZ berkata...

Jam G-Shock yang ayah gua hadiahkan hilang. Memang celaka si pencuri!!

Buat gua tak de masa nak tengok tangan selalu.

cimon berkata...

Bile ko nak dtg KL?...bley la lpak2 n mkn di Hijaz @ abg charkueteow d bwh...

Tp...ko kene bwk TOTO skali coz si buncit da angkut sofa die bln lepas...skali dgn astro.

K, bro - sory tak blanje lu mkn kat Kg Baru ari tuh...lu blk cepat sgt...

K, bye2 (^v^)

(p/s:set hidangan smakin kecil di Kg Baru...tau laa sume nak jd JUTAWAN)

Rembo berkata...

lepak Somban ah. Hipster ramai sana gua dengar cerita.

Mak Su berkata...

masa redha jer dengan masa, sebab maksu tak ada jamtangan, tunggu suami maksu hadiahkan, tapi dah bertahun-tahun dok postpone. huhuhuhu, apa masa-lah dia?

Rajuna berkata...

faz-babi jam mahal siak

cimon-ow yeke...sedihnya.....aku nak tido dgn pijan la...

rembo-pejadahnya aku hipster..aku cuma my hip dont lie


maksu-masalah ekonomi dan masalah dalaman tu maksu...