Ahad, 14 Mac 2010

Ulasan Persembahan Muzikal : Maaf Muar, kamu mengecewakan


Jujurnya, aku memang tak pernah berkunjung ke Muar untuk acara muzikal. Malah bandar Muar ini hanya sekadar transit aku setiap kali aku menaiki bas ekspress. Bukan memperkecilkan bandar Muar cuma dari segi tarikan peribadi aku, Muar bukan bandar pilihan untuk membeli-belah hatta 'membeli belah tingkap' sekalipun.


Jadi, tatkala terdengar perkhabaran adanya persembahan muzikal di sini, aku mengambil peluang untuk berkunjung ke bandar ini. Seawal pukul 11 pagi aku dah bergerak ke rumah kenalan aku di Penggaram dengan berkereta. Aku tinggalkan kereta di rumah kenalan itu dan menggunakan keretanya untuk ke sana. Kenalan ini merupakan kenalan sewaktu kami mula-mula membikin newsletter hardcore/punk dahulu. Kenalan ini merupakan seorang pendukung falsafah straight edge pada satu ketika namun tidak lagi pada hari ini walaupun dia masih tidak merokok. Biarpun begitu, aku masih berkawan dengannya.


Sekadar mengisi masa terluang cuti sekolah, aku rasa aku perlu gembirakan hati aku untuk bersiar-siar dan melakukan sesuatu yang aku suka. Persembahan yang berlangsung di dewan kecil milik Persatuan India memang telah diduga akan bermula lewat. Itu sudah menjadi kebiasaan. Barisan kugiran terdiri dari pelbagai genre. Ada nama yang pernah aku dengar dan ada pula nama yang tak pernah aku tau. Aku beranggapan pasti ada beberapa kugiran dari Muar yang mana ingin sekali aku jengah idea mereka.


Persembahan yang bermula kira-kira pukul 3.45 dimulakan dengan lagu Negaraku. Ya, lagu Negaraku. Syarat baru bagi penganjuran aktiviti muzikal, menurut pengajur. Kugiran pertama menyaksikan Locomoco membuka tirai. Hadirin masih segan-segan anak dara tunggu pinangan. Apatah lagi aku yang sudah tua ni dan bukan anak Muar. Lagi lah segan. Hmmm muzik brit pop yang memanglaaaaaah bukan citarasa aku. Tapi ah, layankan je. Sempat juga aku petik-petik kamera kompak murah aku. Jenuhnya menunggu kugiran ni menutup persembahan.


Band kedua merupakan band apa tah nama dia dari Kuala Lumpur. Kang tulis kang, kalau salah buat segan aku je. Kalau tengok dari segi nama pun dah dapat agak. Ni mesti stail-stail hardcore metal moden masa kini. Apatah lagi apabila menyaksikan technician mereka merupakan seorang abang otai scene metal hardcore terkini. Band ini siap dengan synth dan keyboard. Sesi soundcheck pun dah try-try main Devil Wears Prada. Habis. Memang punah. Tempat kecik. Ni kalau nasib tak baik mau melambung kamera aku. Tapi aku gamble. Berdiri kat tengah crowd. Benda ini sangat rare dan tak pernah aku buat. Aku masih bersangka baik bahawa hadirin berada tahap malu-malu ayam serama.


Lagu pertama dimainkan. Hadirin hangguk-hangguk kecil. Aku lega. Snap gambar sana sini budget macam pakai DSLR sial. Dan ya! Itu dia... bila part breakdown suasana terus bertukar jadi macam kandang babi. Macam cilaka. Aku terkocoh-kocoh masukkan kamera dalam beg! Ah babi!! Huru hara. Macam mana ni setan? Aku kat tengah-tengah. Sekali itu dia!!!! Jam tangan Casio gaji pertama aku lesap dari tangan!! Tak guna!!!! Selang beberapa saat kaca mata Evisu aku melambung. Aku sempat cekup!! Tak gunaa.. Mana jam? Mana jam?!!! Binatang!! Budak tolak-tolak aku yang tengah dok meraba-raba cari jam tangan aku. Itu dia!! Jam tangan aku tersepak-sepak oleh budak-budak ni. Ya rabbi!! Aku nak capai. Budak sepak. Nak capai lagi budak sepak. Haram!!!!! Akhirnya muzik pun berhenti. Budak pun steady. Aku capai jam aku cepat-cepat dan duduk di atas monitor yang diletakkan atas lantai. Tiada kecederaan major pada jam aku. Maklumlah jam ada harga sikit. Cuma tali je putus. Walaubagaimanapun aku tetap mencarut. Aku terus quit ambik gambar.



Aku terperasan ada beberapa ekor budak-budak saiz umur 15 hingga 17 berpakaian ala skinhead dengan corak pakaian tak mengikut piawaian yang ditetapkan. Agak lucu dan cuba membuat huru-hara di sebalik hadirin yang moshing. Ini buat gua panas. Lu nak dress up macam sampah gua tak kisah. Tapi bila lu orang cuba sepak-sepak dengan sengaja mereka yang tak bersalah ini sudah lebih. Ada beberapa budak cuba berjoget hardcore terkini. Itu pandangan biasa walaupun aku tak begitu berkenan. Biarkan. Namun, beruk-beruk skinhead ini terus memprovok dan mengganggu semahu-mahunya. Menunjukkan jari tengah. Menjerit-jerit dengan bahasa yang kurang elok. Ada satu ketika seorang anak terjatuh ketika sedang menari-nari. Lantas, peluang ini tak dilepaskan untuk mereka untuk menyepak perut budak yang gemuk itu bertubi-tubi. Topi yang dipakai oleh budak gemuk ini kemudiannya dilempar ke belakang. Aku hormat budak hardcore gemuk tersebut kerana dia pantas bangun tanpa reaksi dan mengambil semula topinya. Tak layan. Kalau dilayan memang 'menjadi'.


Aku memerhati sahaja. Memang inilah tugas anak-anak yang memakai pakaian ala skinhead ini pada ketika persembahan diadakan. Membuat huru-hara. Dari pemerhatian aku mereka datang untuk memberi sokongan kepada band kawan mereka yang difahamkan berkonsepkan street rock tapi membawakan lagu dari band skinhead ke Offspring ke The Jet ke Dum Dum Tak dan suka hati kau lah kau nak gasak lagu apa janji kau happy dengan kawan-kawan sudah. Time ni, dorang dengan kawan-kawan dorang je la seronok. Lantak kau.


Aku selalu terserempak anak-anak skinhead di gig-gig hardcore di Kuala Lumpur ataupun tempat-tempat lain. Mereka tenang. Memerhati. Pernah juga bertukar-tukar senyuman dengan aku. Jelasnya, mereka saling menghormati. Namun lain sekali senarionya di Muar. Adakah mereka benar-benar faham disebalik prinsip dan falsafah budaya skinhead itu aku tidak pasti. Tapi ini amat menjelikkan dan menjadikan venue gig tersebut kurang selamat. Aku menjangkakan, sekiranya ada yang kurang sabar pasti pergaduhan akan timbul.


Sangkaan aku tepat. Sewaktu berehat untuk solat maghrib. Mereka akhirnya bertelagah sesama sendiri. Seorang abang berpakaian ala metal kental dengan selamba menyindir, "Masalah keluarga la tu," sambil diiringi gelak tawa rakan-rakannya. Memang melucukan. Cuba mencari pasal dengan orang lain, akhirnya bergaduh sesama sendiri. Teruskan. Aku terus hilang mood untuk ambil gambar. Adalah sikit-sikit... Tapi dah tak seronok. Cuma memerhati dari jauh dan bersembang dengan Arwith tentang pemakanan seimbang. Suasana masih sama. Budak-budak yang berpakaian ala skinhead masih memaki hamun, mengeji dan mengejek persembahan-persembahan band yang mereka tak suka. Namun sayang, siapa pun tak peduli. Kelihatan anak-anak berpakaian skinhead ini amat berbakat mengeluarkan suara kucing, harimau dan monyet. Kalau kena salurannya, mereka pasti mempunyai peluang yang cerah dalam bidang alihsuara.


Akhirnya aku malas nak buat ulasan tentang kugiran kerana tumpuan aku sangat-sangat terganggu dan lebih banyak bersembang dengan kawan-kawan. Harap adalah orang yang menegur atau usir sahaja mereka yang suka buat kacau ni lain kali. Kesian kawan-kawan yang nak berseronok dengan selamat. Perkara macam ni menyebabkan aku malas nak datang gig di Muar ni lebih-lebih lagi gig campur. Aduhai.. Ada lagi rupanya suasana macam ni kan? Ingatkan dah tak ada dah....


Pukul 10.30 malam aku bergerak dari Muar. Campur sembang dan merapu-rapu sampai rumah kira-kira pukul 12.45 tengah malam. Esok pagi rewang. Siapa tak datang, ketua kampung catat nama. Aduhai..





5 ulasan:

Rajuna berkata...

faqhrul- lagipun tempat dia. kita lebih-lebih kang ada yang tak balik nanti. apa pun aku dapat menyimpulkan perangai kekampungan itu masih tebal walaupun mereka pakai boot yang rare.


misya-amboi. macam ejen insurans.

the artist and i berkata...

ada banyak method untuk connect dengan depa. layan saja depa. tak semestinya suruh depa siapkan kerja. layan saja telatah, slowly inject. memang depa ni ambik masa. bukan salah depa pun. banyak sebab depa jadi lagu tu. cikgu2 sebelum hang layan depa pun lain. mak bapak pun lain. so, untuk salahkan depa 100% tu tidak lah adil. zaman sekarang pula penuh durjana kan. hehe. banyak kan tengok movie pasal teaching. jadikan insiprasi. bukan nak suruh depa dapat A pun. at least depa cuba yang termampu. kalau ang tak putuih asa, pasti hang akan berjaya. :)

Dewajiwa berkata...

heh.
itu pasal gig BP lebih happening.
scene Kluang pun lagi up.

Rajuna berkata...

miss weed-betul. mungkin silap aku juga. jadi aku rasa aku belum dapat lagi flow tempat baru macam mana. tak apa. pelan2.


dewajiwa-haha..mungkin juga. kita pun tak tau lah apa masalah dia. by the way banyak band kluang yang aku minat. unveiled (Death metal), reconstruct (crust-hardcore) dan apa ntah lagi band grindcore tu. he he

akmal hakim fuad berkata...

ermmm...
xsangka bdk2 muar mcm nie...
amat memalukan...