Khamis, 11 Mac 2010

Teknik Pembelajaran Berkesan Untuk Tahun 2001

Gua masih ingat lagi ketika itu. Esok peperiksaan matematik tambahan akan diadakan.


Gua jadi bosan. Dah berminggu-minggu terperap dalam bilik. Belajar. Itu pun bukan masuk. Mantul beb. Nak telefon awek, mak dia je yang angkat. Ingat nak ajak dating. Tapi nanti langgar pantang pulak. Ye lah. Musim periksa. Kalau buat benda bukan-bukan, nanti hati gelap.


Aduh. Ada tak ada. Aku mengambil keputusan untuk berkecimpung dalam arena papan luncur pada petang itu setelah beberapa minggu mengambil keputusan untuk bersara di arena sukan ekstrim berkenaan.


Petang itu aku meluncur. Dengan Zaki. Dengan Ayel. Dengan beberapa budak tingkatan 4 dan 3. Main papan luncur. Mengajar erti persahabatan tak kira senior junior. Faham? Ini baru hardcore.


Petang itu jugak. Aku mendapat bahagian. Koyak bahu kiri. Rebah di hadapan seorang kakak tingkatan 6 atas yang suka berkurung dengan teman lelaki di rumahnya itu. Baju sedikit koyak. Ada kesan darah. Aku bangun. Tepuk-tepuk bahu dan luncur lagi. "Tara papa, hey!" dalam hati. Balik rumah. Senyum pada mak dan buat tanda, "good". Tahan sakit. Terus tidur dengan nyenyaknya. Sambil berangan membuat perkara-perkara yang bukan-bukan dengan teman wanita ketika itu.


Esok pagi aku bangun dengan sengal-sengal badan. Pergi ambil peperiksaan matematik tambahan dengan bahu beralas sapu tangan kerana khuatir pedih bergesel dengan fabrik baju. Aku menjayakan peperiksaan itu dengan damai, aman dan sejahtera.


HASILNYA, saya telah berjaya memadamkan subjek matematik tambahan dari sijil SPM saya. dengan tanpa sebarang kesan degil. Sekian.

6 ulasan:

FAZ berkata...

Lu guna Dynamo ke?!

cimon berkata...

gilerr ahh...

lu memang terbaik!!

hahaha (^v^)

faqhrule berkata...

hardcore skateboard baru fastcore!

Danielle_Corleone berkata...

Eh Eh Eh. Entot-Entot lari. Kah kah kah.

Rembo berkata...

-Main papan luncur. Mengajar erti persahabatan tak kira senior junior. Faham? Ini baru hardcore.-

Sekarang kau faham kan kenapa hardcore BP tak macam dulu?

Rajuna berkata...

faz-daia!

cimon-lu sindir gua nampak?

faqhrule- lepas tu nama ko mesti jadi xxxfaqhrulexxx

danielle-woit EEE ni nak mengaku melayu? kah kah kah

rembo-tiada mesej untuk paparan (keh keh keh)