Isnin, 26 April 2010

Nafas kehidupan ini adakalanya seperti melodi sebuah lagu post-rock

Perasan tak?


Hidup kita adakalanya indah. Berbanding dengan orang lain. Walaupun kurang sepuluh sen dari Osman, misalnya. Tapi kita tetap tersenyum dan gembira.



Kerana apa?



Ya. Kerana kita bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Pejamkan mata dan bawa diri kita ke tepi sedikit. Jauh dari mereka yang sibuk melangitkan kehidupan. Kita ada di horizon kita yang tersendiri. Jelasnya disini, usah bandingkan diri kita dengan orang lain. Kerana inilah kehidupan kita yang telah tertulis dan mahu atau tidak. Kita terpaksa tempuhinya.



Rutin harian yang meletihkan. Memang tak dapat dinafikan. Kerana rutin itu adalah dos-dos yang perlu diambil secara berterusan biar sampai ketagih kalau boleh. Untuk meneruskan kehidupan ini.



Andainya kelelahan.


Duduk sebentar. Bagi yang merokok. Nyalakanlah. Sedut dalam-dalam. Hembus perlahan-lahan. Bagi yang tak merokok macam aku. Apakata sandarkan kepala kamu sebentar di bahu teman kamu. Berehat di kerusi malas di beranda rumah. Tatap awan yang disinari suria. Renung ke lautan yang bergelora.



Mungkin di situ ada jawapannya.



Langit tak selalu cerah. Laut mana yang tak bergelora. Kan?

4 ulasan:

Leplep berkata...

sandarkan di bahu teman?

ok,gua dah x kenal lu..

cimon berkata...

sandar atas bahu teman?... di beranda rumah?

tido je atas tilam kat lantai rumah tu...bukak sikit tingkap biar angin sepoi2 masuk....

perghh...nikmat!

heheh (^v^)

Black berkata...

Kau x merokok?
Gorenglah tempe bersalut tepung dicampur ketumbar, dan tumbuk cili padi+bawang putih+gula+perahan limau kasturi bersama kicap.

Tempe goreng+sambal kicap. Nikmat yang sungguh melegakan.

Huzai Mansor berkata...

gado ek?? haha