Selasa, 8 Jun 2010

kias ala fansuri

Macam biasa. Kalau duduk dekat kampung. Ada saja isu yang hot dan diperkatakan. Apa sahaja. Jadi kahwin tak jadi kahwin. Jadi pergi haji tak jadi pergi haji. Rumah si polan kena pecah. Rumah si polan kena rompak. Macam-macam isu. Semua akan jadi perbualan. Macam isu bapak aku jatuh motor dan tangannya patah. Mak aku kemalangan dan kereta langsung rosak teruk. Satu kampung dah tahu.

Jadi aku hanya ada dua buah motosikal sedang dua lagi rosak. Langit yang mendung menyebabkan aku gusar untuk menguruskan hal-hal keluarga dan peribadi di bandar yang jaraknya hampir 30 kilometer. Semacam patah kaki juga. Aku beruntung punya teman wanita yang sentiasa di sisi. Adakalanya dialah yang menghantar aku ke sana ke mari kalau dia punya kesempatan. Kerapkali keretanya diparkir di halaman rumah ini. Keluarga aku pun dah mengenalinya. Pernah dia bersembang dengan mak di ruang tamu. Jadi tiada apa masalah di situ.


Cuma Ahad lepas. Masa orang sibuk-sibuk rewang.


Pak Abu. Jiran sebelah rumah aku. Bertanya khabar kedua ibu bapa aku. Aku macam biasa. Bercerita dengan penuh bersahaja sambil menjamah nasi minyak kenduri kahwin semeja dengan Pak Abu.


"Habis tu, kereta tu macam mana?" Pak Abu tanya aku. Padahal bukan dia tak tau dah berhari-hari garaj kereta aku kosong.


"kena tarik lah masuk bengkel."


"Oh...repair ke?"



"Yelah."


"Bukan kau beli kereta baru ke? Selalu nampak kat rumah warna coklat," hampas. Itu bukan kereta teman wanita aku ke? Kurang asam keping orang tua ni. Pandai pasang perangkap. Perangai macam abang rambut ketak. Sekali aku tetak baru tau. Aku potong kotak-kotak. Bagi makan katak.


Sebenarnya. Inilah stail pengorek cerita nak korek cerita. Macam wartawan. Tapi tidak terlatih. Memang cekap. Nak tanya, tanya lah direct. Bukan aku tak tau dia selalu mengendap. Cih!



Aku bangun tinggalkan meja. Cuci tangan. Balik.



Aku malas dah nak datang rewang sesi petang!

4 ulasan:

yoshz berkata...

Tu pasal la aku pilih jadi anti sosial. tak kuasa la rewang rewang ni.leceh.

cimon berkata...

bukan ke rewang dpt byk makanan free ke? spt sup2 ekor & sup tulang?

alaa...ko layan je orang tue tuh...dia boring lerr tuh..xde orang nak borak ngan die...mcm tn hj. rmh sewa kite larr jgak...ingat?

heheh (^v^)

faqhrule berkata...

terus terang sudah!

Rajuna berkata...

yosh-kau dah kawin lain cerita. kalau aku kalau mampu dah lama aku amek catering je. senang! haha

cimon-saja la tu. menambah gosip liar. pak aji ok. takde la gosip. cerita berisi.


rul-nanti2 lah...segan.