Jumaat, 2 Januari 2009

Dari kedinginan desa yang tercemar budayanya

Perubahan

"Kau kena ingat. Kita ni bila bercakap soal umur, umur kita semakin meningkat. Kena fikir positif segala perubahan yang berlaku. Takkan kau nak set pemikiran kau macam umur 18 tahun lagi."

Hmmm..Ok. Boleh terima. Ya, walaupun wajah kita awet muda pemikiran haruslah matang kan?

"Tak usah la difikirkan sangat kawan-kawan kau tu. Terima je lah offer mana-mana kerja. Jangan memilih sangat. Kawan mana-mana pun ada."

Hmmm..Ok. Boleh terima.


"Kawan kau pun ada tanggungjawab. Mana ada diorang nak layan kau setiap masa. Nanti kalau masing-masing dah berkeluarga lagi lah sibuk."


Mak, boleh jangan cakap pasal berkeluarga tak? Bingit.


Frekuensi

Bila aku memandu, aku perlukan tenaga. Dari Ipoh sampai Batu Pahat misalnya. Kadang-kadang neslo panas tidak begitu membantu aku melegakan mengantuk ketika memandu.

Aku perlukan muzik tanpa henti. Sinar Fm misalnya. Ada ketikanya sarat dengan lagu rock kangkang. Terutama dalam segmen Arena Rock Keras. Tapi aku belum pernah lagi terdengar lagu-lagu SYJ yang penuh kata-kata garang itu berkumandang.

Tapi bila bertukar tangan siaran radio akan berubah. Jadi aku ubah ke saluran radio kegemaran aku. Bila bertukar tangan lagi. Berubah lagi.

Xfresh fm.

Apasal bos a.k.a bapak aku suka sangat dengar Xfresh nih?

Wajah

Dalam beberapa temuduga aku untuk menjadi pendidik, nampaknya aku gagal. Jelas aku tidak layak untuk menjadi pendidik. Tapi, aku puas. Ada pengajaran di sebalik kegagalan.

Gred yang selesa. Hujah berapi. Mulut berbuih liur kanan dan kiri. Belum tentu tiket untuk engkau berasa selesa selepas sesi temuduga.

Dari pemerhatian aku. Untuk menjadi pendidik, kita perlulah ada imej yang garang. Muka kasar. Lelaki sejati. Berjambang adalah bonus. Sekurang-kurangnya ada misal sikit dan janggut. Rambut masai. Gunting kedai mamak punya stail. Kalau tak pun sikat belakang. Jangan mengada nak belah tepi rambut tu. Belah tengah tak apa. Macam Badrul Muhayat. Kemeja perlulah lebih besar dari saiz yang biasa kita pakai. Barulah nampak lelaki. Kalau tidak, engkau akan dilabel lembut.

Lagi satu.

Suara kenalah husky. Growl kalau boleh. Cara bercakap mesti kasar sikit. Soft spoken boleh blah. Ini baru lelaki.


faham?

Mak+Nyonya

Aku menuruni tangga kompleks membeli belah di Batu Pahat petang itu. Tangga keluar yang agak sunyi. Aku terpaksa berselisih dengan segerombolan mak nyah. Aku ketepi. Memberikan laluan.

Tiada apa-apa perasaan pun lahir dari hati keci aku.

Usai mereka menaiki tangga. Aku menuruni tangga. Di anak tangga yang terakhir, aku terdengar salah seorang dari mereka menjerit.

"PANTIS BULU KENING?!!!! PONDAN KERRRRRRRRRRRR?!!!!"

Kurang hajar. Bak kata Ofa sentap sundel!

25 ulasan:

Yana Ismail berkata...

yeah!first kah? ;P

alaahai bang juna,
huhu ramai je cikgu2 hensem..muka tak garang pun..wakaka ;P

Darkkadabra berkata...

tulisan anda membuka minda ku.

Danielle_Corleone berkata...

hoi bang! lu datang sini cepat!

FAZ berkata...

muka lu jambu sangat!!

tu yg diorg ingt lu geng sama diorg

hahaha...

kecik berkata...

pendidik?

oke.ape2 hal.salute.
sebab selalu jumpa laki yg xmau jd pendidik.seriously.

Rembo berkata...

susah jadi rupa paras elok ni. errr...gua rasa bos lu selalu tunggu lagu Mawar Khayalan.

yoshz berkata...

la itu u ke? sumpah mak tak perasan.

KARKADEWA berkata...

haha...
gile ngeri weyh....
nasib baik tak kene tepuk punggung....

Dhada berkata...

Aku dlm proses menjadi seorg yg matang :P

H berkata...

pantis kening tu hape?
kot panties tu ciki tau la.
hehe.
:p

btw, jadi pendidik eh?
siyes salute.
;)

Tanpa Nama berkata...

pondan2 nih kalau beramai memang naik hantu...

Airinar anastasia berkata...

gua pon tak pantis kening bai..takpe..lu abaikan je derang tu..patutnye..lu balas balik kat derang..

"APESAL?JELES KE KENING AKU LAGI CANTIKKK???"

p/s: sbelum jd cekgu..jom kite lepak2 dulu beb..lu dh jd cekgu nnti..msti tanak nye lepak gerai2 dh..huhu

hegira berkata...

cuba mintak keje jadik SB. ada banyak penyamaran. boleh apply punya dengan watak ko nih.

takpun sign up untuk pejuang hamas. itu pun banyak kosong. tambah tambah awal tahun baru nih. byk gile aktiviti kat sana.

Suka Bebel berkata...

pendidik?aku memang tak berbakat dan tak pernah berminat biarpun pernah cuba digesa ibuku untuk menjadi cekgu.hehe

cimon berkata...

aku rase ko mcm ade masalah kelakian la di sini...

bak kata danielle;hoi bang! lu datang sini cepat!

hahaha (^v^)

(p/s:wayar kabel internet rmh kite ade hantu yg potong...huhu (T_T))

ofaghag berkata...

dh malas nak type byk. jawab tag!

apek terror berkata...

peh mcm shabery chik mulut buih kiri kanan la...haha...

lu dulu gua offer job tak mau...hehe..

A t i Q a h berkata...

Tips menghadapi interview yang lain dari yg lain. Wah gitu.

Mak Su berkata...

hahahhahhaahha

(oops!)

CAHAYA berkata...

Haha. Pantis ke? Ayat tak hengat. :)

Huzai Mansor berkata...

Ha. Memang perlu growl bila perlu.Guru lelaki perlu meskulinnn.


*RRRRrrroAArrr!!!!

.farah. berkata...

sini la bang..tengok sikit kening tu..haha.

adin berkata...

aku tau nape bapak lu dgr xfresh fm...sebab bapak lu nk nampak COOLLL..!!

FarhanaLicious berkata...

ha ha ha ha! apa punya mak nyah la.

Rajuna berkata...

liyana-guru yang hensem menyebabkan anak murid mudah jatuh cinta dengan cikgu. merbahaya. bang juna tak kuat tahan godaan.

dark25-tak mengapa. jangan buka pakaian dikhalayak ramai pulak.

danielle-kecewa.

xfazx-cis.tak perlu jerit2 kot.

kecik-salute balek.dah lama mengidam nih.

rambo-itu la. tak pe la. hensem pun hensem la (hahaha). aku ingat dia paling suka part 'monarki untuk apa..badot2..di tut tut'

yosh-i suka betis you..sluurrp!

karkadewa-auuuuwww fantasi seks yang ganaz!

dhada-matang di sini *tunjuk kepala*

cikenit-ciki pantis itu adalah perbuatan haram mencukur kening.

akim-naik hantu takpe jangan naik badan i..serrramz!

syore-silap. gua rasa gua nak jawab, sini gua pantis bulu betis lu!

hegira-alang2 jadik SB lebeh baek aku jadi pelakon. influenced by shaharudin thamby.

sukabebel-bakat tak penting. yang penting rupa ok?

cimon-tak apa. tak kisah. janji aku tak berselera dengan bontot ayam goreng tepong sudah la.

ofa-ya rabbi. tag panjang tak ingat.

apek-ni buih apa pulak yang lu nak offer ni? parti buih ada?

atiqah-sinikal.

maksu-ammmmmmmmmmmmmmmvoi!!!!

cahaya-auw!

huzai-lu lagi layak dari gua douhh.

farah- sini sini..meh rapat2!

adinosaurus-peh.ni fans sejati nih!

farhanalicious-ini nyah mengancam tau. lawa tuu.